Bab 33

Romance Series 39746

"Hahahahahahahahaha, pelik ke? tak pelik sebab abang i tu handsome. Lagi handsome daripada you" kata tania sambil memusingkan kerusi

Talhah menjelingkan matanya, "ada lagi ke yang you nak tanya? kalau ada i sedia menjawab. But kalau tak ada, i keluar dulu lah. Bye" tania bangun lalu keluar dan menuju ke biliknya

Talhah hanya memandang kosong ke arah tania yang keluar, dan melihat ke arah bunga yang diambilnya itu

"Apasal aku rasa macam ni? dengan abang dia pun aku nak jealous ke? tak kan la aku suka kan dia? Ishhhhh tak mungkinlah! perasaan aku je ni. Tak ada apa-apa lah" kata talhah sendirian

Talhah melihat tania memulakan kerjanya dengan gembira

"Hehh! jumpa abang sendiri pun macam jumpa boyfriend. Tersengeh-sengeh" kata talhah seorang diri sebelum menamparkan pipinya. "Fokus talhah fokus, apa benda la kau ni pun" kata talhah sendirian dan menyambung kerjanya

Pada hari minggu itu, office tan sri anaqi telah membuat event di salah sebuah hotel di bandar kuala lumpur. Hotel itu kelihatan mewah dan serba canggih, ditambah pula dengan hiasan yang istimewa. Event itu dilakukan secara berpasang-pasangan. Pada malam itu, talhah hadir dengan ariana kerana sudah berjanji, manakala tania hadir dengan abangnya. Mereka mengenakan tona warna yang sama iaitu royal blue kerana temanya biru

Talhah dan ariana sampai di hotel terlebih dahulu, beberapa minit kemudian tania dan abangnya tiba di majlis. Tania dan abangnya dilihat seperti pasangan yang sepadan dan istimewa sedangkan ianya adik-beradik

Talhah melihat tania masuk ke ruangan majlis dengan senyuman. Talhah ditampar dengan perasaan cemburu

Mereka duduk satu meja dengan talhah dan ariana, ariana dengan sikap angguhnya. Langsung tidak dihairankan dengan kehadiran tania dan abangnya

Tiba-tiba abangnya membuka bicara dengan tania "Fia abang nak pergi toilet kejap eh. Tunggu tau"

"Haaaaah? ouhh, okay" jawab tania

"Ouhh, panggil fia rupanya" kata talhah dalam hati

"Abang you pergi mana tu?"

"Ouhh, dia pergi tandas sekejap"

"Ouhh"

"Biy, i nak ambik dessert boleh?"

"Boleh, pergi la ambik lebih sikit. I nak" jawab talhah

Ariana pun bangun dan menuju ke arah tempat letak makanan. Tinggallah tania dan talhah sahaja dimeja itu

"Cantik you malam ni tania"

"Ouhh, thanks. By the way you pun handsome but my brother lagi handsome"

"Hehh, tak habis-habis lagi dengan abang dia yang handsome tu" kata talhah sambil jelingkan matanya

"Hahahahahahahaha you marah eh?"

"Eh i marah pun, for what i nak marah? benda betul kann?" perli talhah

"Okay-okay, you okaylah handsome la jugak"

"Okay, thanks" jawab talhah dengan muka monyoknya

Ariana pun datang dengan membawa dessert dan duduk disebelah talhah. Manakala abang tania pun datang dengan membawa dessert juga

"Aikk!, abang. Bukan ke cakap tadi pergi toilet ke? ni datang sekali dengan dessert kenapa?"

"Ouhh memanglah abang daripada toilet tadi. Lepastu lalulah depan makanan, abang rasa dessert tu macam sedap. Jadi abang pun rembatlah. Benda free kannn?"

"Hahahahahahahaha, apa-apa je la abang ni. Abang sape la ni?"

"Abang fia"

"Eh yeke?"

"Eh tak, tapi boyfriend fia" lalu mereka ketawa bersama, talhah yang mendengarnya panas telinganya

"Suka hati abanglah, fia nak try sikit dessert ni"

"Ambiklah, nahh" hulur emir kepada adiknya. Emir menyuapkan kepada adiknya, kerana adiknya ingin bergambar. Talhah yang melihatnya panas mata jadinya

"Nak main suap-suap pulak dah. Ni drama pukul berapa pulak ni?" kata talhah tegas

Abang tania pun berkata "drama pukul 9 tv3. Ni mesti tak pernah tengok drama" lalu digelakkan oleh tania

"Eh abang ni, suka-suka hati je eh kata drama" mereka pun bergelak ketawa bersama. Hanya talhah yang jeling-jeling

"Ada bro ni jealous lah, main jeling-jeling. Nanti terkeluar biji mata baru tahu" kata emir ingin mengusik talhah

Last-last talhah makan dessertnya sahaja, sambil buat-buat tidak dengar

Setelah hampir pukul 10.30 malam, tania pun pulanglah ke rumah keluarganya. Dalam perjalanan tania banyak berborak dengan abangnya

"Abang ni, suka kan mengusik talhah tu?"

"Ouhh, nama dia talhah. Sape dia?"

"Dia boss dekat office fia kerja. Nama dia ahmad talhah anak tan sri anaqi"

"Ouhh, mak aii nama penuh terus dia bagi. Bagus-bagus.

"Dah abang tanya nama, fia bagilah nama penuh dia"

"Baiklah, cik tania sofiana"

"So dia anak tan sri?"

"Yup"

"Masa fia mula-mula masuk office tu, dia memang dah kerja dekat situ ke?"

"Tak lah, dia masuk lepas fia kerja dekat situ 3 bulan kott. Tak ingatlah"

"Ouhh, baru secoitlah daripada fia?"

"Yeah, lebih kurang begitulah"

"Perempuan sebelah dia tadi tu siapa?"

"Tunang dia"

"Ouhh, dah bertunang rupanya"

"Iye, kenapa? abang berkenan ke dekat perempuan tu?"

"Hehhh, tak ada maknanya abang nak berkenan dekat perempuan yang tak cukup kain macam tu. Dah la rambut macam air banjir, jauh lagi abang nak pandang. Buat tambah dosa je pandang. Tapikan macam mana dorang boleh bertunang eh?"

"Dah jodohkan bang, nak buat macam mana? lagipun maybe dia suka perempuan yang macam tu kann. Kita nak cakap macam mana, lain orang lain citarasanya. Lagi pun bang, dosa dia yang tanggung. Bukannya abang. So abang buat tak tahu je la" kata tania

"Hemmm betul jugak tu"

"Abang tak ada ke girlfriend ke dekat sana?" tanya tania

"Kenapa?"

"Saje nak merasakan dapat kakak ipar"

"Hehh, lambert lagi. Nak kumpul duit dulu baru boleh kahwin"

"Elehhh, iye la tu. Entah-entah abang dah ada girlfriend, tapi tak nak bagitahu. Kannnnnn?"

"Ya allah, abang tak ada girlfriend. Tak ada, yilek faham yilek?"

"Hahahahahahahahahaha abang ni, fia fahamlah" lalu mereka ketawa bersama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience