bacdh 'Beginikah Takdir?'

Drama Series 55610

"Kalau Di mengandung, tu anak Abang ye Mi..."
"Tolong simpan aib Abang Mi... Abang minta maaf."
"Maa... ampunkan Am. Am sayang mama."

Itu kata-kata terakhir Hamzah kira-kira 15 minit yang lepas sebelum keadaan Hamzah menjadi tenat. Darah keluar dari hidung, doktor dan nurse minta Hamizah dan mama keluar dari ruangan unit rawatan rapi.

Dari 15 bertukar 20 minit dan bertukar satu jam. Masih lagi mereka tidak dibenarkan masuk melihat Hamzah.

Lama kemudian sekumpulan doktor dan jururawat keluar dari unit rawatan rapi dan mengizinkan mereka berdua masuk menemankan saat-saat terakhir Hamzah.

Hamizah rasa mahu marahkan seseorang, tapi siapa? mama dan abah? kerana merekakah Hamzah mati. Kerana merekakah dia adik-beradik terpisah?.

Kasihannya Hamzah. Abangnya yang cuma satu. Satu-satunya saudara lelaki yang dia ada. Abang yang baik.

Bagaimana Hamzah boleh tersilap langkah sampai merosakkan masa depan Khaleeda. Gadis yang dia sayang seikhlasnya. Sikap Hamzah bukan begitu sepatutnya.

Beginikah takdir?.

@@@@@@@

"Encik Yusoff sign sini."

Lelaki bernama encik Salim peguam pasangan kaya itu membantu dia untuk menurunkan tandatangan di beberapa bahagian mukasurat dokumen perjanjian.

"You nikah only for a time to be determined. Berapa lama itu bergantung pada keadaan."
"Once I said divorce, you just said the word. The rest will be history and you must leave from her life."
"The amount as agreed was one hundred thousand."
"50 once akad nikah and 50 when I order you to leave the house."
"The amount will be paid in cash."
"Selagi you masih suami dia you kena duduk rumah tu dan layan dia selayaknya seorang suami yang baik kepada isteri yang dicintai."
"I tak nak dengar your relationship with other woman as long as you are still her husband".
"Minggu depan... mungkin dalam hari Ahad you nikah."
"Okay itu sahaja untuk hari ni. Peraturan mungkin berubah mengikut keadaan... tapi tak akan memudaratkan sesiapa. This is win win agreement."

Encik Hamdan hulur tangan kepada Yusoff dan Yusoff menyambutnya dengan tangan yang gugup dan sejuk.

Satu jam seterusnya dia masih disitu berurusan dengan encik Salim untuk urusan mengisi borang-borang jabatan agama secara dalam talian.

"Yus... call."

Yunus hulur kepada dia telefon pintarnya. Hamizah!? Hal Hamzah ke? Dia risaukan teman baik itu yang pelik perangainya sejak akhir-akhir ini tapi sejak hampir dua minggu ini dia sibuk dengan urusan Yunus.

"Assalamualaikum Mi..."
"Mi... jangan nangis. Kenapa ni?"

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

@@@@@@@

"Abang minta maaf Mi. Abang ada urusan keluarga."

"Tak apa Abang. Dah sampai janji Abang Am."
Sembab muka dan mata Hamizah kerana banyak menangis.

Dia ralat kerana tidak dapat berjumpa Hamzah buat kali terakhir tapi apakan daya dia cuba menjalankan tanggungjawab dia sebagai adik kepada Yunus, satu-satunya Abang yang dia ada.

Memang selama seminggu terakhir ini dia banyak di rumah arwah mama kerana urusan Yunus cuba menyelamatkan Wati.

Dia nampak kelainan Hamzah dan pernah cuba berbual mendengar curahan hati sahabatnya itu tapi Hamzah sepertinya tidak bersedia dan beralasan memberitahu yang dia baik-baik sahaja.

Terik matahari menemankan perjalanan terakhir Hamzah berpindah menuju ke negeri abadi.

Selamat jalan sahabat. Sampai kita bertemu kembali.

@@@@@@@

Hamizah berdiri di hadapan rumah besar milik mama dan papa Khaleeda. Membunyikan loceng berulang kali namun tiada siapa memunculkan diri.

Tak mungkin Khaleeda ke mana-mana. Sahabat itu tiada teman rapat lain untuk waktu berat seperti ini. Dia pula perlu pulang ke Kedah. Mama tidak betah lagi di Kuala Lumpur. Hamizah juga tidak mahu mama berlama di sini.

Di kubur semalam mujur ada sanak saudara menenangkan mama dan abah. Hamizah bimbang bakal ada urusan pengebumian lagi jika mama tidak segera pulang ke Kedah.

Mana Khaleeda?.

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pintu pagar, di hadapan Hamizah tepatnya.

"You better go now, before I called the police".

"Tolonglah Aunty... untuk kali terakhir. Saya dah nak bertolak balik ke Kedah."

"Untuk apa? merosakkan anak I? You beritahu Abang tak guna you tu... Dida memang tak nak cakap siapa jantan bangsat tu, but I know it's must be your brother... tell him I will marry her to the best man soon."

"Aunty... bagi pihak Abang saya... saya minta maaf..."

"Huh! how dare you...!"
"Go! aku sepatutnya dari dulu lagi jauhkan kau adik-beradik, anak-beranak dari anak aku!"
"Useless family!"
"I count till five... one, two..."

"Mi!"

Mama yang menunggu di seberang jalan sana sudah menjerit memanggil namanya. Hamizah serba salah. Besar harapannya untuk bertemu Khaleeda melepaskan rindu dan menyampaikan permohonan maaf dari Hamzah.

Lambat-lambat Hamizah melangkah. Masih tertoleh-toleh lagi ke rumah besar dalam setiap langkah walau besar dan merah mata mama khaleeda mencerlung memandang marah kepadanya.

Di, maafkan aku dengan Abang Am!.

@@@@@@@

"Betulkan, dalam perut tu anak jantan haramjadah tu!"
"Dengar amaran aku ni Di, walau kau dah dapat telefon kau nanti pastikan kau jangan berhubung lagi dengan diaorang adik-beradik. Kalau kau berani buat... aku bunuh kau dengan anak dalam perut kau tu!"

Michan datang ke? Bunyi loceng pintu tadi Michan ke? Ya Allah dia sangat rindukan Michan. Dia perlukan Michan saat ini. Dia mahu meluahkan segala rasa hati yang rawan dan kecewa ini pada teman baiknya itu.

Khaleeda yakin Michan tidak akan berpihak kepada Hamzah. Apa yang Hamzah lakukan kepada dia sangat zalim. Dia tidak mahu kehilangan Michan angkara kezaliman Hamzah kepadanya.

"Hujung minggu ni kau nikah."
"Pak Sanggup tu tau kau mengandung anak haram."
"Sampai hati kau Di malukan aku dengan Papa kau macam ni."
"Apa benda yang kau pandang pada jantan macam tu sampai sanggup serahkan diri pada dia!".
"Hujung minggu ni ikut aje apa aku suruh. Kalau tak, kau berambus dari rumah ni dan jangan panggil lagi aku mama."
"Kau dengar tak Di!?"

Khaleeda angguk dua tiga kali. Ke mana dia mahu pergi jika ibu bapanya menghalau dia. Biarlah dia di sini walau dimaki sekalipun. Di sini dia sudah biasa tidak disayangi, dia sudah biasa diabaikan. Makanya tiada beza.

Kerisauan dia hanya satu. Siapa calon suami yang mama dan papanya pilih untuk menjadi kambing hitam kepada anak dalam kandungannya ini.

Selama ini dia tidak pernah merasa disayangi. Besar angan-angannya sebelum ini berjodoh dengan orang yang boleh memberi cinta, kasih dan sayang tapi... nampaknya sememangnya semua hanya angan-angan.

Tidak mungkin lelaki itu ikhlas. Pasti mama dan papa sudah membayar lelaki itu atas kesudiannya menutup cerita kandungannya.

Bagaimana kalau dia akan terikat selamanya dengan lelaki itu tanpa kasih dan kasihan. Hanya nilai imbuhan yang mengekalkan lelaki itu untuk duduk disampingnya yang sudah rosak.

Kalau imbuhan sudah tiada, akan pergikah lelaki itu? Macam mana dengan dia?

Ujian untuk dia... kasih sayang memang jauh dari ikhlas untuk bersatu dengan Khaleeda.

Ya Allah...
Ampunkan dia. Tolong ampunkan dia atas segala kekhilafan ini.

@@@@@@@

Hmmm...

Yusoff duduk menongkat dagu. Memerhati orang yang lalu lalang dan orang yang turun dan naik tangga yang di dudukinya.

Dah nak kahwin dah aku...
Nampaknya betullah kata-kata orang dulu kala. Jangan mengata orang sangat, jangan cakap besar sangat.

Dia yakin calon isterinya itu mesti anak manja, budak tak pernah susah sebab tu menyusahkan. Kalau dah mak bapak dia pun sampai susah payah membayar orang supaya berkahwin dengan anak mereka yang dah rosak mesti orangnya Astaghfirullahhalazim macam ...

Astaghfirullahhalazim, Astaghfirullahhalazim
Lagi nak mengata orang. Dah Allah uji macam ni pun masih nak mengata orang.

Hai lah Yunus...
Nasib baik aku sayang kau. Mudah-mudahan berbaloilah pengorbanan aku ni Yun. Kalau tak fikirkan kau, anak kau, memang aku lari jauh-jauh.

Ye ke Sop?...
Bukan sebab 100K?

Okaylah! okaylah!
Memang sebab 100K. Memang sebab orang kaya tu janji kalau keputusan STPM dah keluar dia boleh keluar dari rumah besar tu untuk pergi belajar.

Habis tu kalau tak buat semua ni dia nak buat macam mana?
Biarkan Yunus macam ayam berak kapur. Biarkan Yunus terpisah dari Baby Boo. Tak mungkinlah dia boleh keras hati buat macam tu. Kecualilah kalau yang menerima akibat Wati seorang. Huhu.

Argh...
Apa-apalah! Win win situation apa!. Dia untung, Yunus untung, Orang kaya tu untung.

Macam manalah rupa bakal isteri dia... Cantik tak? Ada tak cantik macam... macam siapa ye? cantik macam budak mata bundar?

Astaghfirullahhalazim!
Apa benda kau fikir ni Sop?!
Waduh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience