Tendangan Haziq begitu kuat sehingga bola melencong ke atas gawang gol. Penjaga gol hanya memerhati sahaja tanpa melompat untuk menangkapnya.
"Haih, sudah kenapa kau ni, asyik tersasar je sepakan?" Keluh Amirul kerana ini adalah tendangan kali ketiga telah dilakukan.
"Sabar lah kawan, aku tengah mencuba tendangan terbaru aku, semalam baru aku belajar tendangan jarak jauh dari saluran 'youtube'." Jawab si Haziq dengan bergaya.
"Masalah betul kau ni, disebabkan kau lah kita ketinggalan dua skor gol." Geleng kepala Amirul.
"Jom kita tunjukkan kehebatan gandingan tiga 'striker' terbaik yang kita ada." Ajakan Haziq bagi menaikkan semangat berpasukan bagi mengejar mata penentuan.
Tiupan wisel berbunyi menandakan perlawanan telah bermula. Aktiviti semasa pendidikan jasmani terasa seperti pertandingan rasmi dalam perlawanan bola sepak. Ketumpuan bermain bola semakin memuncak di setiap pemain.
Hazrul menghantarkan bola kepada Khai. Dia berlari laju di bahagian sayap kanan lalu menendang tinggi apabila sampai di penjuru 'corner'. Amirul melompat tinggi sebagai umpan kerana dia ingin Haziq menanduk setelah bola melintas di kepalanya.
Hasilnya, gol pertama berjaya dihasilkan disebabkan tandukan terbaik oleh Haziq. Sorakan penuh oleh rakan sepasukan bagi meraikan kejayaan yang dicapai.
Perlawanan seterusnya diteruskan dengan kehangatan sekali. Pihak lawan mula menunjukkan corak langkah yang agresif untuk mengelakkan skor mata sama.
Tendangan pihak lawan berjaya ditangkap kemas oleh Mad selaku penjaga gol. Johari mendekatkan diri kepada Mad untuk mengambil bola yang diberikan secara meleret olehnya. Pihak lawan sepantas datang untuk menghalangi Johari daripada memberikan bola kepada rakan sepasukan lain.
Akhirnya Johari memberikan kembali kepada Mad lalu dia menendang bola dengan tinggi hingga ke tengah padang. Zubair telah mengetahui tendangan itu sedang menghala kearahnya. Justeru dia bersiap berlari ke belakang sedikit agar bola itu sampai dengan baik.
Bantuan Zubair telah memberikan hasil yang positif kepada pasukan kerana dia berjaya melepasi halangan pihak lawan lalu membuka ruang yang terbaik bagi Haziq menjaringkan gol.
Secara keseluruhan mata bagi kedua-dua pasukan adalah sama iaitu dua berbalas dua. Mereka terpaksa menerima mata penentuan tersebut kerana waktu pendidikan Jasmani telah tamat.
"Tengok, aku memang mahir dalam bermain bola tapi tu la aku mahu mencuba sepakan terbaru aku yang dipelajari dari media sosial tu" ujar Haziq kepada Amirul.
"Aku tak kisah kau mahu bereksperimen dalam perlawanan ke ataupun tidak, tapi kalau membebankan sepasukan memang memberikan masalah yang besar." Keluh si Amirul namun dalam hatinya berasa lega kerana pasukannya menang dalam perlawanan bola sebentar tadi.
Amirul berharap Haziq melupakan perkara-perkara hasil rekaan daripada video di media sosial itu agar hidupnya akan lebih tenang di waktu pendidikan jasmani mendatang.
Share this novel