DIA menyedari akan adegan yang hampir saja dilakukan oleh lelaki itu. Secepatnya Nuha bersuara menghentikan perbuatan lelaki itu. Dia tahu apa yang akan dilakukan lelaki tua itu pada gadis yang berbaring disitu. Dan tentu saja gadis itu tidak sedari dirinya hampir saja dinodai tanpa dia ketahui.
Nasib baiklah dia melalui jalan bilik ini. dan tidak sengaja melihat pintu bilik itu masih terbuka sedikit.
"Pakcik! Pakcik buat apa dalam ni?" tegur Nuha, sengaja dia lantangkan sedikit suaranya kerna mahu gadis yang berbaring itu tersedar dari tidurnya.
Tuan Azim yang hampir saja menyentuh gadis itu sedikit tersentak mendengar suara yang tiba tiba saja muncul itu . Pantas Tuan Azim bangun dalam keadaan sedikit panik dia terus berpaling ke arah empunya suara itu.
"Pakcik nak buat apa? " soalnya lagi. Nada suaranya langsung tidak berkurang sedikit pun. Dia jelas melihat tatapan ayah angkatnya itu seperti tidak berpuas hati padanya.
"Shushh! Kamu jangan buat bising dalam ni. Dah pergi keluar!" balas Tuan Azim sedikit keras dengan nada yang separah perlahan. Dia tidak mahu nanti akan ada yang terbangun dari tidurnya.
"Ta-tapi Pakcik!" Nuha semakin menguatkan lagi suaranya bila dimana Tuan Azim menarik tubuhnya dibawa keluar dari dalam bilik itu.
Nimrah yang mendengar sedikit kekecohan didalam bilik itu. Mula mencelikkan matanya. Sebelum ia bangun dari tidur dan terus saja mengerling ke arah mereka. Ayah angkatnya bersama seorang lagi budak perempuan? Siapa budak perempuan itu??
Nimrah yang sedikit keliru dengan apa yang dah berlaku, pantas saja ia menarik tudung sarung miliknya yang sudah dia sediakan disampingnya sebelum tidur tadi.
Sebaik tudung kain itu sudah dibalut untuk menutupi rambutnya yang tadi terurai. Nimrah perlahan menghampiri mereka yang masih tidak sedar dirinya sudah mendekati mereka.
"Ada apa ini?.." tegur Nimrah, buat kan mereka berdua sedikit terperanjat sebaik melihat dia sudah berdiri disitu.
"Nimrah.. Kamu.." Tuan Azim tak sempat menghabiskan ucapannya. Nimrah sudah lebih dulu memintas.
"Pak kenapa ada dekat dalam ni?" Nimrah terus saja menyoal ayah angkatnya itu. Dia ingat lagi yang dia dah mengunci bilik ini sebelum dia tidur tadi. Kalau macam tu macam mana mereka boleh masuk kedalam? Dan apa yang Tuan Azim buat dalam bilik ni?
Tidak mendapatkan balasan. Nimrah terus saja mengerling sekilas ke arah budak perempuan yang juga berada disitu. Adakah dia anak perempuan Tuan Azim? Atau budak perempuan ini juga sama seperti dirinya? Di jaga dan dirawat dirumah ini.
"Nimrah, saya minta maaf sebab masuk bilik ni. Saya cuma risaukan Nimrah.. Sebab tadi saya panggil dan ketuk pintu bilik ni, tapi saya langsung tak dengar suara dalam bilik ni.." laju saja Tuan Azim menjelaskan pada anak angkatnya itu. Bila dimana anak angkatnya itu mula memandang ke arah Nuha. Dia takut Nimrah akan bertanyakan sesuatu pada Nuha yang juga berada disitu dan merupakan anak angkatnya yang dia sudah jaga dari kecil.
Dia adalah seorang budak perempuan bernama Nuhaila yang baru saja berumur 16 tahun. Adik kepada seorang wanita bernama Nayla yang dirawatnya sewaktu itu. Jadi disebabkan tiada pilihan lain. Dia terpaksa menjaga dan merawat kedua adik beradik itu bersama..
Namun perbezaan watak dan character antara adik beradik itu sangat jauh. Tingkah laku si adik ini tidak lah seperti kakaknya yang sejenis cepat akur dan mengikuti arahannya.
"Nuha!? Kamu buat apa dekat sini?" panggil satu suara yang tiba tiba saja muncul disitu.
"Kak Nayla.."
"Kamu buat apa dekat sini Nuha? Apa kakak cakap tadi? Kakak nak kamu duduk je dalam bilik jangan keluar pergi mana mana kan. Kenapa kamu tak dengar cakap akak, Nuha.." ujar Nayla lagi, sebelum ia mengangkat wajahnya memandang ke arah mereka. Dan serta merta raut wajahnya berkerut memandang seorang wanita baru dilihatnya disitu.
"Ta-tapi Kak Nayla.." belum sempat Nuha bersuara, tangannya terus saja ditarik keluar dari situ.
"Maafkan Nuha pak.." ucap Nayla sekilas sebelum ia bergegas membawa adiknya pergi dari situ.
Tuan Azim hanya mengetap bibirnya cuba mengawal emosi yang semakin membuak buak. Semuanya gagal disebabkan gangguan tadi.
Nimrah yang masih berdiri disitu hanya diam kan diri saja. Tak berani dia mahu menegur ayah angkatnya itu. Jelas terlihat dari raut wajahnya yang tegang itu seperti tidak berpuas hati.
Apa yang sudah terjadi? Dia sendiri masih dalam kekeliruan dan tidak pasti apa yang sedang berlaku tadi.
Yang lagi membuatkannya sedikit bingung. Bila dimana wanita tadi terlihat seperti ketakutan sesuatu akan terjadi. Siapa mereka??
"Kamu bersiap dan nanti turun bawah. Kita makan malam bersama.." ujar Tuan Azim sebelum ia berlalu keluar dari dalam bilik itu.
* * *
Nayla terus saja membawa masuk adiknya kedalam bilik lalu dikunci bilik itu. Sebelum Nayla mendekati adik perempuan nya itu dan terus saja melayangkan tamparan pada wajahnya.
"Kak Nayla! Kenapa Kak Nayla tampar Nuha haa?? Kak Nayla tak tahu ke apa yang pakcik tu nak buat tadi?? Nuha nampak kak! Pakcik tu cuba nak buat sesuatu pada perempuan tadi! Dia nak buat perkara tak baik kak! Takkan Nuha nak berdiam diri!!"
"Diam Nuha!! Tolong jangan masuk campur urusan siapa siapa, lagi lagi urusan pakcik Azim! Nuha kena ingat, pakcik Azim yang jaga kita selamani. Kita terhutang budi dekat dia Nuha. Jadi tolong jangan melawan macamni, kak Nayla taknak jadi apa apa dekat Nuha nanti.."
"Terhutang budi yang nak dibalas dengan harga diri. Macam tu ke yang Kak Nayla maksudkan? Itu ke akak maksudkan tolong kita? Itu bukan tolong kak! Itu hanya pergunakan kita, dia nak ambik kesempatan dekat kita.."
"Nuha nampak kak Nayla! Nuha dah tahu semuanya. Selamani Kak Nayla terpaksa layan pakcik tu kan? Kak Nuha turutkan saja kemahuan dia kan?"
Nayla mendengar semua yang keluar dari mulut adiknya itu sedikit tersentak. Tanpa dia sedari air matanya turut mengalir. Macam mana adiknya itu boleh tahu semua itu? Perkara sebenar yang sudah lama dia terpaksa tutupi dari pengetahuan adiknya itu sudah pun terbongkar sendiri.
"Dah Nuha.. Nuha tak tahu apa apa.." bidas Nayla cuba menafikan apa yang dikatakan adiknya itu.
"Nuhaa tahu..." belum sempat Nuha meneruskan ucapannya. Bunyi ketukan kuat dari luar menyentakkan mereka berdua.
Ketukan demi ketukan tanpa henti dari sebalik pintu membuatkan kedua mereka mula ketakutan. Lebih lebih lagi Nayla yang sudah mula bimbang akan terjadi sesuatu pada mereka nanti.
"Buka pintu ni!!" Pekikan suara dari luar membuatkan bahu Nayla sedikit mengigil. Seluruh tubuhnya sudah mulai terasa seram sejuk.
"Kak Nayla.. " Nuha sudah mula ketakutan
"Dah.. Nuha tunggu sini, biar kak Nayla yang buka pintu.." dengan sekuat hati Nayla cuba memberanikan dirinya berhadapan dengan lelaki itu. Nak buat macam mana, ini lah risiko yang dia terpaksa tanggung.
Baru saja pintu dibuka. Dengan kuat Nayla tertolak ke belakang hingga jatuh tersungkur kelantai bila dimana pintu itu dengan kuat ditolak oleh lelaki diluar itu.
"Mana budak tu!"
"Pak.. Maafkan Nuha Pak.. Nayla dah cakap dekat dia. Nanti lepasni Nayla akan pastikan dia takkan buat masalah lagi pak.."
"Aku tanya mana budak tu! Kau dengar ke?"
"Pakcik nak apa?" muncul satu suara dari arah belakang.
Nayla melihat adik perempuan nya yang berani datang mendekat itu. Mula semakin susah hati.
"Nuha! Jangan masuk campur!" tengking Nayla pada adiknya itu.
"Ehh! Kau ni memang tak tahu nak kenang budi kan? Aku dah bagi hidup kau dengan kakak kau senang lenang dekat sini. Kau masih berani nak lawan aku!" amarah Tuan Azim sambil mencengkam pipi gadis itu.
"Pak! Tolong pak! Lepaskan Nuha pak!!.." rayu Nayla sambil cuba melepaskan tangan lelaki itu dari mencengkam wajah adiknya.
"Sa-sakit!.." rintih Nuha air matanya sudah mengalir, cengkaman dipipinya itu membuatkan Nuha susah untuk bersuara.
"Pak.. Tolong pak!! Nayla merayu.. Lepaskan Nuha.. Nayla akan buat apa saja yang bapak suruh.." Nayla mula melutut memeluk kaki ayah angkatnya itu. Dia tidak sanggup melihat adiknya disakiti seperti itu.
Mendengar apa yang dikatakan Nayla tadi. Tuan Azim terus saja melepaskan tangan nya dari wajah Budak perempuan tadi.
"Betul kau nak buat apa yang aku suruh?" soal Tuan Azim dengan serius.
Nayla hanya mengangguk patuh. Dia mula menelan air liur kesat dan hanya mampu menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentangan dengan ayah angkatnya itu.
"Keluar dalam bilik ni. Tinggalkan aku dengan dia dekat sini.."
Nayla mendengar itu pantas mengangkat wajahnya memandang ayah angkatnya itu. Keningnya mula berkerut tidak faham. Sebelum matanya beralih memandang adik perempuan nya yang berdiri di samping ayah angkatnya itu.
"Aku dah lama tunggu dia membesar, untuk dia balas semua benda yang aku dah bagi dekat korang adik beradik. Jadi kau boleh keluar.. Biar dia layan aku malam ni.."
Mendengar saja kalimat itu. Jantung Nayla bagaikan hendak jatuh direntap. Tatapan matanya semakin kabur kerna sudah dipenuhi dengan takungan air matanya.
"Pak!!.. Tolong pakk.. Nayla merayu pak.. Nuha masih terlalu kecil untuk itu. Biarkan Nayla yang tanggung semuanya.. Nayla sanggup bertahan untuk layan bapak... Tolong jangan buat apa apa dekat Nuha.." sekali lagi Nayla melutut dihadapan ayah angkatnya itu. Titisan demi titisan air mata mengalir di wajahnya.
Dia tidak mahu adiknya akan merasai hal yang sama seperti yang dia rasakan selama ini.. Biarlah dia sendiri yang sudah tidak bermaruah. Dia tidak mahu adiknya juga turut kehilangannya.
Nuha melihat kakaknya yang sudah melutut mempertahankan dirinya hanya mampu menangis ditepian. Mulutnya terbungkam tidak termampu mengeluarkan sebarang kata protes. Dia tidak mahu kakak nya semakin merasa serba salah dan menemukan jalan buntu untuk membantunya.
* * *
Nimrah yang sudah menunggu diruang tamu bersendirian. Sedikit pelik melihat suasana sunyi sepi. Dimana mereka semua? Kedua perempuan tadi dimana? Kedua orang tua angkatnya pergi kemana?
Sebelum seorang wanita tua datang ke arah nya berserta dulang yang membawa segelas cawan Jus Oren dan juga beberapa makanan manis dan makanan ringan untuk cicipan.
"Jemput makan cik.." ucap Wanita tua itu. Sebelum wanita itu beransur pergi dari situ sebaik meletakkan makanan untuknya.
Namun pantas saja Nimrah bangun untuk menahan kepergian wanita itu.
"Makcik siapa??" soalnya lebih dulu. Dia pun tidak mengenali siapa wanita tua dihadapan nya itu. Dia takut nanti wanita tua ini merupakan keluarga dalam Rumah ni.
"Maaf cik. Makcik hanya pembantu rumah disini. Makcik pergi dulu.. Kalau ada yang kurang boleh bagitau makcik." jawab wanita tua itu sedikit kalut. Sebelum ia bergegas pergi meninggalkannya disitu.
"Ehh, makcik!!" panggil Nimrah lagi. Namum wanita itu sudahpun hilang kelibat.
Kenapalah dia merasakan suasana dirumah ini sangat menyeramkan. Bahkan penghuni dirumah ini begitu dingin dan tidak banyak bicara.
Baru saja Nimrah hendak melabuhkan kembali pungungnya di atas sofa. Dengan tidak sengaja mata Nimrah tertuju pada satu kelibat seseorang yang berlari tergesa gesa di tingkat atas. Dan orang itu.. Dia seperti kenal siapa orang itu. Kenapa dia seperti ketakutan?
Dengan pantas Nimrah mengangkat pungungnya ingin mengejar kepergian gadis itu. Apa yang sudah terjadi sampai dia ketakutan hingga berlari seperti itu. Siapa yang ingin mengejar nya?
enjoy.. and see you in the next chapter..
Share this novel