"Yunus! Yunus!"
Tung! Tung! Tung!
"Yunus!"
"Bukak la b0d0h!"
Tung! Tung!...
"Wati!"...
Terhenti gerakan tangan Wati dari menghentam besi pintu pagar dengan kayu yang dipegangnya.
"Yunus tak ada."
Tanpa menunggu Wati bertanya, jiran sebelah rumah yang memanggilnya sudah memberitahu.
"Sibuk la!...
"Yunus! Yunus!"...
"Dia dah pindah Perak. Acik dah beli rumah ni untuk anak Acik, si Epul."
Mencerlung marah mata Wati memandang jiran sebelah rumah.
"Yusoff mana!?"
"Masuk U."
"U mana!?"
"Entah, dia orang tak cakap. Tak nak cakap. Takut Wati tau katanya."
B@&I! sampai macam tu sekali!
Dia mahu menuntut hak jagaan Baby Boo tapi mesti melalui peguam.
Mama dan Abah langsung tidak melayan ketika dia meminta pertolongan kewangan untuk mengupah peguam.
'Tak ada, lagipun kau tak layak'.
Macam tu Abah jawab.
Tak apa.
Kau orang sepakat kenakan aku ye.
Nanti...
Sampai lubang cacing aku cari dan kenakan kau orang semula.
@@@@@@@
Anak ini anak halal. Anak yang wujud dalam rahimnya dari hubungan berakad dan dengan hati yang memang ikhlas kasihkan bapa anak ini.
Patut tak dia pergi pada Yusoff dan beritahu lelaki itu dia sedang hamil. Zalimkah dia jika buat begitu?.
Yusoff dahulunya seorang lelaki yang merdeka, tiba-tiba tersepit agar terikat dengan dirinya.
Kemudian dia mahu ambil pula peluang untuk Yusoff pergi mencari kejayaan hidup juga kerana dirinya. Memanglah zalim jika begitu.
Tapi, bagaimana dengan dia dan... anak ini?.
Terngiang-ngiang pula amaran Yunus di dalam kepala otaknya.
Dia keliru, tidak tahu mahu meletakkan setiap bait perkataan yang dia dengar lewat telefon beberapa malam dahulu sebagai amaran atau sebagai rayuan daripada Yunus.
Beruntungnya menjadi Yusoff kerana ada seorang abang yang sanggup berusaha untuk kebaikan dan kebahagiaan si adik sebegitu tulus.
Kasihannya hidup dia. Bapanya sendiri mahu menolak dia kepada seorang lelaki sebagai pertukaran untuk kebebasan.
Mendengar cerita itu dia bukan sahaja terlalu sedih tapi juga malu dengan Khairul dan seluruh keluarga bapanya.
Untuk menjadi apa dia mahu di tolak kepada Khairul... isteri?.
Bukankah Pak Long dan bapanya adik beradik lelaki. Walaupun mereka sepupu tapi darah keturunan kuat di situ. Bagaimana Papa terfikir mahu jodohkan dia dengan Khairul.
Jodoh ke? atau Papa tidak kisah sebagai apa, janji imbuhannya kebebasan.
Khaleeda usap-usap perut yang masih rata. Dia sudah pernah merasa sedihnya kehilangan kandungan yang lalu walau anak itu tidak pernah dijangka kehadirannya. Kali ini lain, ini hadiah tapi datangnya pada masa yang....
"Di!"
Khaleeda tersentak, Mek Mah sudah mencampak tudung periuk ke dalam sinki. Beletum bunyinya.
Api dapur juga cepat-cepat Mek Mah matikan kerana air rebusan di dalam periuk sudah melimpah ke atas dapur.
"Maaf Mek, Di tak sengaja..."
"Kamu ni kenapa!?"
Mati ayat Khaleeda kerana Mek Mah menyergah marah.
"Aduh... tengok ni lodoh habis sayur ni! Kamu kenapa?!"
"Masih tak sihat ke?".
Khaleeda tidak berani mengangguk. Bimbang Mek Mah menyuruhnya mengambil cuti lagi.
Kalau cuti bermakna tiada gaji. Dia pula dibayar gaji hari. Dua hari dia di hospital RM140 dia rugi.
Sedangkan duit adalah masalah paling besar padanya sekarang ini dan dia harus menghimpun sebanyak mungkin.
Mek Mah tarik nafas panjang kemudian lepas perlahan-lahan.
"Di... Mek faham kamu banyak masalah tapi... jangan macam ni Di."
Sambil bercakap Mek Mah mengelap lelehan air di atas dapur dan para dapur.
"Bukan kamu sorang yang banyak masalah. Orang lain pun sama."
"Sabar, berfikir elok-elok. Ujian hidup Di... tapi tak bolehlah macam ni."
"Macam ni kamu akan tambah masalah."
"Kemas ni. Sayur tu buang ajelah. Dah lodoh sangat."
"Mek..."
Langkah Mek Mah yang mahu ke hadapan ruang restoran terhenti.
"Mek tolak la gaji Di untuk sayur tu."
Mek Mah tidak menjawab, menonong meneruskan langkahnya ke hadapan.
Kerja di sini sebenarnya berat kerana Mek Mah tidak mampu menggaji pembantu yang ramai.
Tapi Alhamdullilah Mek Mah sudi beri dia peluang pekerjaan kerana buat masa sekarang hanya kerja ini yang sesuai dengan keadaan dirinya.
Mek Mah tak salah marahkan dia
kerana Mek Mah sendiri bukan orang senang. Bersungguh berusaha berniaga kerana tuntutan hidup.
Khaleeda tarik nafas panjang. Menarik sebuah bangku plastik dan duduk di situ.
Mahu menangis juga terasa penat dan malas dengan perasaanya yang libang-libu.
@@@@@@@
Rumah sudah dia sewakan kemudian dia pula menyewa sebuah bilik berdekatan kolej kediaman dan universiti Yusoff. Berdua dengan Baby Boo.
Yunus dan Yusoff berpakat dengan jiran sebelah rumah, jika Wati bertanya beritahu sahaja mereka sudah menjual rumah itu.
Walaupun buat masa sekarang belum terfikir lagi mereka mahu menjual rumah dengan seribu kenangan itu.
Awal perbincangan dengan Yusoff, selepas urusan cerainya dengan Wati selesai dia akan terus pulang ke kampung arwah baba di Perak.
Tapi dia tangguhkan perancangannya itu. Bukan apa... dia mahu memantau Yusoff, bimbang Yusoff akan berubah fikiran meninggalkan pelajaran untuk mengejar isterinya yang cantik itu.
Kepada Yusoff dia beritahu mahu menghabiskan masa yang sisa sebelum Yusoff ke luar negara enam bulan lagi.
Kerana selepas itu mungkin sehingga Yusoff habis belajar baru mereka bertemu lagi.
Maklumlah besar belanja belajar di luar negara walau ada tajaan biasiswa.
Lelaki, jika ingin berjaya harus lupakan dulu dua perkara. Pertama perempuan dan yang ke dua cinta.
Dua perkara itu cuma... Haktui!.
Hmm... entahlah.
Yunus cuma ambil iktibar dari cerita hidupnya. Dahulu dia bekerja kilang sudah berjawatan 'QC'. Ada dia terdengar ura-ura bakal dinaikkan pangkat menjadi 'supervisor'.
Tapi... itulah, terjebak pula dengan cinta Wati. Terharu dan teruja sungguh Yunus dahulu dengan sikap Wati yang mengambil berat, malu-malu dan lemah-lembut.
Beberapa minggu berkenalan sudah dijamu pemanis. Dia yang tidak pernah merasa sebelumnya jadi kecanduan pula meneroka lebih.
Akhirnya sudah tidak ada jalan pulang. Hidupnya Wati pagar dengan ugutan demi ugutan.
Sampailah arwah mama marah sungguh dengan gigitan cinta dipahat Wati di lehernya.
Dia memilih untuk hidup dengan ugutan Wati daripada mendengar rayuan mama supaya dia menerima pendapat mata tua ibunya. Sesal yang bukan sedikit ya.
Hari ini dia di sini.
Cuba menjaga Yusoff yang sebelumnya lebih banyak baiknya dalam semua segi daripada dia. Satu-satunya sosok tempat arwah mama bergantung pertolongan kesihatan fizikal dan emosi.
Dia cuma tidak mahu Yusoff menyesal. Dia tidak percaya dengan cinta lagi. Tiada perasaan itu sebenarnya. Hanya satu perkataan yang cuma orang dari dahulu hingga kini ada-adakan.
Apatah lagi cinta pandang pertama. Mana mungkin Yusoff yang tidak pernah kenal Khaleeda dan hanya sebumbung dua bulan boleh ditimpa perasaan hingga jatuh sakit begitu!.
Itu semua hanya nafsu kerana rupa dan paras tubuh badan anak tuan Hamdan yang rupawan.
Cukuplah dia pernah tersilap menilai perempuan tapi jangan Yusoff. Adik itu ada tanggungjawab besar untuk menaikkan nama baik keluarga walau mama dan baba sudah tiada.
@@@@@@@
"Dah Maghrib Yus."
"Sekejap la. Kejap aje. Bagi aku cuba Yun."
"Buat apa kau nak ambik masalah orang Yus! Bapak budak dalam perut tu dah ada! Kau nampak kan aritu... segak, kaya, berjawatan!".
"Aku... nak cuba. Sampai hari ni masih belum ada surat tuntutan fasakh. Mungkin Di boleh ubah fikiran".
"Kalau dia ubah fikiran kau nak buat apa? drop belajar kau!?. Eh Yus! kau ingat tak agreement belajar tu kalau kau tarik diri!? Berapa kau kena bayar!?".
"Tak pe, tak pe. Nanti aku bayar guna baki duit yang tuan Hamdan bagi tu. Lepas tu aku boleh belajar part time aje kat sini."
Yunus kusal-kusal rambutnya sendiri dengan sebelah tangan kerana geram.
Nasib baik benda ni semua dia sudah agak akan berlaku. Nasib baik dia terfikir untuk duduk dekat Yusoff dalam waktu kusut seperti ini.
Lebih nasib baik Yusoff mengajak dia menemankan berjumpa Khaleeda.
Jadi Yunus simpulkan Allah juga maha menolong supaya Yusoff pergi belajar bukan mengejar isteri perjanjian tuan Hamdan.
Dalam pada geram yang mula naik marah selesai juga pesanan wasap yang dikarangnya.
Hantar.
@@@@@@@
"Ui! tak nak balik ke?".
Sampai terjatuh telefon tangan yang dipegangnya. Mujur hanya jatuh di atas meja. Dia membaca pesanan daripada Yunus.
"Tak nak balik ke?"
Mek Mah ulang soalannya kerana pelik dengan Khaleeda yang kelam-kelibut.
"Mek... Di nak lalu belakang..."
"Kenapa?".
"Ada orang tunggu kat depan. Di tak nak jumpa dia."
"Eiii... macam-macam la kau ni Di."
"Sape tunggu? Along!?"
"Kau jangan macam-macam Di, kang abis kedai aku kena simbah cat."
"Eh, takk... bukan. Anu... anu..."
"Anu, anu. Anu siapa!?"
"Suami Di. Di dah tak nak jumpa dia."
Tidak lagi berbalas jawab Mek Mah bukakan mangga pintu belakang kedai.
"Dah... keluar. Mek nak balik cepat."
Khaleeda tidak bertangguh lagi. Dicapai beg di atas meja dan keluar kedai dari pintu belakang yang sudah Mek buka.
"Terima kasih Mek".
Tanpa menjawab Mek Mah sudah menutup kembali pintu grill dan daun pintu dapur.
Berdirilah dia berseorangan di lorong belakang yang agak sunyi, menangisi nasib diri. Nak ke mana ya?. Yusoff menunggu dia di hadapan pintu naik ke bilik sewanya.
Kenapa Yusoff masih cari dia? Benarkah ada cinta di hati Yusoff atau sebenarnya Yusoff hanya kasihan.
Pergilah belajar Abang. Kalau Abang memang jodoh Di... InsyaAllah kita berjumpa lagi.
Nak masak apa ye hari ni?
Share this novel
ko ni mmg xde iman la yunus, x percaya qadha n qadar. eee.... geram haku