Bab 8 Tekad

Romance Series 2769

Luth berdiri di hadapan cermin biliknya, mengenakan baju sekolah yang sudah kemas di tubuhnya. Dia memandang pantulan dirinya dengan penuh rasa bangga. Rambutnya yang tersisir rapi dan pakaian yang terletak sempurna membuatkan dia tersenyum puas.

"Not bad," katanya perlahan, memuji penampilannya sendiri. "I look good. I look amazing. Anyone would fall for this."

Dia menghela nafas, matanya menatap wajahnya dengan tekad yang semakin membara. "Nuha, aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku. Kali ni, kau takkan terlepas." gumamnya di dalam hati.

Puan Maryam melihat anak kesayangan masih berdiri di hadapan cermin. Dia tidak menafikan wajah tampan milik anaknya seakan-akan sama seperti arwah suaminya.

"Amboi.. hensemnya anak ibu hari ini, berapa lama lagi nak tilik muka tu depan cermin?" Puan Maryam mendekati Luth.

Luth angkat muka. Wajah ibunya di pandang. "Luth rasakan, Luth layak pergi buat audition jadi idol dekat Korea ni." Ibunya yang mendengar itu menggelengkan kepala perlahan. "Jangan nak berangan sangatlah Luth. Pergi breakfast sekarang ibu nak cepat pagi ni." Puan Maryam perlu cepat ke hospital. Dia ada appoinment pagi ni.

"Makk aii..garangnya doktor Maryam ni, boleh lari patient kalau macam ni." Luth mencuit-cuit bahu ibunya.

"Ada sahaja jawapan kamu ya. Dah pergi makan cepat kalau lambat ibu tinggal." Luth segera patuh pada arahan ibunya risau kalau kena tinggal.

Dia membuka zip beg sekolahnya. Dia keluarkan buku nota addmath yang dipinjam semalam. "Izzat, terima kasih bagi pinjam buku nota ni. Memang terboeklah Izzat! Mudah nak faham!" Nuha menghampiri Izzat dan buku nota dihulurkan kepada Izzat.

"Baguslah kalau Nuha faham, sebagai balasan Izzat caj Nuha rm50."Izzat sekadar bergurau.

"Ni sejak bila kau orang berdua jadi kawan baik ni?" Noah menegur mereka. Noah perhati sahaja Nuha berborak dengan Izzat. Noah menghampiri mereka.

"Baru sehari, kita orang tak teman kau. Kau dah ada pengganti baru ya Nuha." Zara yang sedang menyapu lantai di dalam kelas turut memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Eh! Eh! Kau orang ni rilekslah. Tahulah sayang aku. Takkan nak berkawan dengan classmate sendiri tak boleh. Ingat aku budak kecik ke." Nuha mencebik.

"Izzat.. kau kena isi borang dulu kalau nak berkawan dengan si lurus bendul ni sebab aku bodyguard Nuha yang tidak berbayar." Noah memandang wajah Izzat yang sedang berkerut.

"Kalau macam tu baik aku isi borang permohonan nikah terus, kan senang macam tu." Izzat berseloroh.

"Berapa hantaran kau nak bagi? Kalau setakat seringgit aku tak terima kau jadi suami Nuha."Zara pula menyampuk.

"Oi..oii.. kau orang buat drama apa ni?! Dahlah malas layan korang. Aku rasa sel-sel otak korang dah rosak."Nuha kembali ke tempat duduknya.

Zara cuba menahan ketawa. Noah dan Izzat berpandangan sesama mereka. Mereka melepaskan tawa kecil. Terhibur tatkala mereka bertiga sengaja mencipta drama di pagi buta ni.

"Ehem! Morning semua. Ada sesiapa nak flying kiss dari Luth Haidar yang kacak tak?!" Luth melaungkan suaranya. Dia yang baru sampai, berdiri tercegat di hadapan pintu kelas. Tangan kanannya dimasukkan dalam poket seluar. Bibir digigit, sempat sebelah mata dikenyit dengan senyuman menggoda.

Terus terbuntang mata Noah, Izzat, Zara dan beberapa orang pelajar yang lain. Mulut Nuha pula dah ternganga luas. Dahi Nuha juga berkerut seribu.

Krik..krik.. suasana bertukar menjadi sunyi sepi. Zara meneruskan menyapu lantai, Izzat menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya, Noah kembali semula ke tempat duduknya, dan Nuha melentokkan kepala di atas meja. Beberapa pelajar yang lain terus sambung berborak sesama mereka.

Mereka seperti berhubung sesama sendiri menggunakan kuasa telepati. Sengaja palaukan Luth Haidar. Kalau pelajar perempuan kelas lain mesti dah berkerumun mengelilingi Luth.

Luth mendengus geram. "What the hecks?! Korang palau aku.. korang tak tahu ke aku ni orang paling kacak pada abad ini?" Luth bepura-pura menunjukkan reaksi sedih campur kecewa.

"Mee goreng mee basah, ada aku kisah?" Zara yang masih menyapu lantai sempat memberikan sedas pantun kepada Luth.

"Sudahlah labu.. baik kau duduk. Dahlah lepas ni subjek sejarah pula tu." Noah mengeluarkan buku teks sejarah dan kotak pensil dari beg sandangnya. Nuha pula cuba melelapkan matanya.

"Cis.. boring betul korang ni. Serius sangat mengalahkan cikgu displin kita yang misai kontot tu."Luth melangkah ke mejanya, bersebelahan dengan meja Noah. Sempat dia mengetuk kepala Nuha dengan wajah selamba.

"Woi.. sakitlah syaitonn." Nuha angkat kepala. Tangan kanan menggosok kepala yang berlapikkan tudung, mata sempat memberi jelingan maut pada Luth. Luth mengukir senyum nakal. Berpura-pura tidak dengar. Tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience