NUR bersorak riang seperti anak kecil yang baru mendapat mainan baru. Serentak dengan itu dia melompat ke sana ke sini sambil mengibas-ngibas tuala mandinya. Audi hanya mampu menggeleng sambil tersenyum.
"Yak yak yeah! Puasa, puasa. Lusa puasa. Lepas ni tiap malam boleh pergi terawih dengan Jun. Eee, sukanya!" teriak Nur dengan senyuman meleret.
"Ya Allah kawan aku sorang ni kan... ada yang tergolek nanti. Lupa ke kaki tu tak kuat lagi. Lain betul semangat puasa kau kali ni Nur," tegur Audi baru masuk ke ruang tamu. Tubuhnya di hempas ke sofa.
"Mestilah. Lusa dah puasa. Lagi lima hari pula aku nikah dengan Junaidi. Maka...apa yang selama ini digosip orang kampung dulu termakbul. Aku dan Jun bakal bersatu dan ditakdir bersama hingga ke jannah."
Bantal kecil dilempar ke Nur masih lagi tersenyum lebar. Audi menarik nafas dalam. Dia mengumpul kekuatan sebelum mengajukan soalan ke rakannya.
"Nur, nak tanya sikit boleh tak?"
"Tanya apa wahai Cik Audiku sayang? Wait, cuma satu jea aku minta. Jangan cakap kau tak datang majlis aku. Aku tak suka yang tu. Kau kawan aku merangkap saudara aku dunia akirat sama seperti Jun. Jun sekarang dah bakal jadi sahabat dan suami aku yang paling handsome dan lembut."
Audi tersenyum hambar. Dia tahu soalan ini pasti membunuh senyuman di bibir Nur.
"Lembut tu juga kau suka. Tak kisah sangat aku yang tu sebab dah tahu. Sebenarnya aku nak tanya... kau kan dah habis idah dengan Syawal dua minggu lepas. Sekarang ni kau terima lamaran Jun siap nak nikah puasa ke lima lagi. Kau rasa Syawal tak ganggu ke majlis kau nanti?"
"Asal kau sebut dia malam-malam ni?"
"Ya la... selama dalam idah aku tengok macam dia tak cara hal kau tapi aku dengar daripada bapak aku tiap minggu ada jea orang dari syarikat dia hantar barang-barang untuk anak-anak Baitul."
Kaki kirinya ditenung seketika. Saat kotak fikiran mengimbas kembali kenangan bersama Syawal hatinya terasa pedih dan sakit. Nur menggeleng.
"Nur, aku minta maaf. Aku tak ada niat nak flash back kisah kau," gumam Audi bila riak wajah Nur berubah.
"Santai sudah Audi. Dia nak sedekah dengan anak-anak Baitul itu hak dia. Dia niat kerana Allah mungkin dia dapat pahala. Alhamdulillah. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan pun. Audi sayang, kalau betul dia rasa bersalah dengan aku kenapa dia tak pernah datang minta maaf lepas apa dia buat ke aku. Aku bukan sehari dua duduk tersadai dalam wad sebab dia beb," sambut Nur tenang.
"Betul juga ya. Elok sangat kau kahwin Nur. Ada Jun boleh jagakan kau."
"Ayat kau buat aku teringat ke atuk Adnan."
*
Air teh O panas di depannya ditenung lama. Entah kenapa bicara Audi semalam telah mengganggu fikirannya hingga tidak dapat melelapkan mata. Wajah seorang demi seorang melintasi fikirannya di awal pagi.
Nur tersenyum nipis membayangkan peristiwa lalu. Junaidi satu-satunya kawan baik yang tidak pernah mengecewakan dirinya dari dulu hingga sekarang. Kedatangan Junaidi ke rumah lewat malam setelah pulang dari hospital tidak dapat dilupakan.
~
"Junaidi?!"
Tanpa fikir panjang Nur turun ke tanah dan memeluk erat Jun dengan perasaan teruja. Dia tahu Jun tercekik dan tak cukup nafas dibuatnya namun sedikit pun tidak diendahkannya. Tubuh Junaidi ditolak kasar selepas selang beberapa detik memeluknya.
"Apa khabar Cik Nur kita? Makin sihat atau makin sakit. Sorry la aku tak dapat temankan kau keluar hospital."
Perut lelaki itu sengaja ditumbuk sekali dua seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat sekarang. Lambat dia membalas soalan Junaidi.
"Terus sihat nampak kau. Tak kisah pun, kau kerja kan... lagi pula Audi ada tolong aku. Kau ni memang dari rumah sini ke atau...."
"Semua sebab kau Nur. Aku turun flight terus datang sini. Rumah pun belum singgah demi nak tengok bakal isteri aku okey atau tak."
Nur terkedu sedetik.
"Nur, kenapa sembang depan pintu. Ajak Jun masuk."
"Tengah ajak ni Mak Uda. Jun ni mengada tak nak masuk. Mak Uda, Jun bagitahu dia dari airport terus terjah sini."
"Amboi, amboi.... rindu betul dengan Nur rupanya. Jun, kawin jea la dengan Nur tu!" jerit Mak Uda dari jauh.
"Mana maunya Nur dengan saya Mak Uda. Dia ni memilih!" pekik Jun mengikut langkah Nur naik ke rumah.
Nur hanya tersenyum malu mendengar bicara Junaidi.
"Aku sayangkan kau Jun. Kau pun tahu dari dulu lagi," bisik Nur spontan.
Junaidi mengoyak senyuman. Dia dengar dengan jelas bisikan Nur.
"Ya dan sebab tu aku datang cari kau dulu Nur. Kau tahu tak bila kau hilang dari pandangan aku, buatkan dunia aku tiba-tiba bisu. Dunia aku gelap tanpa senyuman dan gelak tawa kau nyah," jawab Junaidi dengan senyuman meleret.
Rasa seperti kena tampar. Nur hanya mampu tersengih dan memandang perubahan yang berlaku ke Junaidi. Satu perubahan yang tidak pernah dia sangka seumur hidupnya. Sungguh dia tidak pernah menduga Junaidi bicara Junaidi berubah romantik. Pandangan terhenti ketika Mak Uda keluar melihat mereka di ruang tamu.
"Junaidi, duduk dulu. Mak Uda buatkan air."
"Mak Uda, ada makanan tak? Lapar perut ni dari tadi tak makan. Last saya makan kenduri Pak Aiedd sebelum bertolak."
"Ada masak lemak labu baki makan tadi. Boleh ke?"
"Mak Uda keluarkan jea. Junaidi semua dia makan tak ada pantang. Tambah lagi bila lauk tu Nur yang masak."
"Hmm, macam tu Mak Uda hidang dekat meja jea ya. Nur nanti ajak Jun makan."
"Boleh Mak Uda. Wei, Jun! Kau bukan tak makan malam ke dulu?"
"Itu dulu nyah. Sejak aku sambung belajar lepas tu kawan dengan mamat kolej sana tu... hah, sejak tu la aku makan malam. Hilang diet aku nyah."
"Nyah, nyah. Kau ni tiap kali balik dari Bangkok mesti keluar nyah tu? Kau jumpa geng nyah ya kat sana?"
Wajah Junaidi Nur tenung lama sambil tersenyum sinis namun diakhiri dengan tawa nakal.
"Hisyh, kau ni Nur. Aku tak sengaja. Lebih kurang la. Aku bukan pergi Bangkok. Aku pergi rumah atuk aku. Keluarga besar arwah Apak aku sebelah sana ramai uncle nyah."
"Uncle nyah, takutnya."
"Muka tu tak usah la macam tu. Nyah pun ada anak okey. Perempuan comel-comel lagi."
"Siapa lagi comel, aku ke cousin kau?"
"Semestinya kau. Aku cuma suka Nur Jasnita yang suka pakai seluar jeans koyak lutut, baju lengan panjang yang menggelebeh. Tengok tu duduk bersila atas kerusi. Turunkan kaki tu. Kau tu perempuan."
Satu tumbukan manja Nur hadiahkan ke pipi Junaidi.
"Mulut kau memang manis bodek aku."
Mereka ketawa mengekek bersama disulami tepuk tampar tanpa rasa segan silu.
"Boleh tak aku lamar kau? Boleh aku bagitahu mak aku. Dia suka sangat nanti bila tahu aku nikah dengan kau."
"Otak kau! Jangan buat perangai. Kau dah janji tunggu aku habis idah. Mak Ton pun sanggup tunggu yang kau gelojoh sangat dah kenapa?"
Junaidi hanya tersengih memandang Nur. Rindu sungguh hatinya dengan gadis ini.
"Elok apa kau sekarang. Tengok tu rambut panjang mengurai dan beralun. Badan kau pun hour glass. Lagi... tu tinggi pun sesuai dengan aku. Kira nanti gambar kahwin sama cantik sama padan. Kahwin nanti aku make up kau ya nyah."
Membahang pipi Nur apabila Jun mula memujinya. Kedua tangan dia tekup ke pipi terasa malu.
"No. Kita dah janji. Bab make up aku on."
"Bila?" soal Junaidi spontan.
"Bila apa? Sabar boleh tak. Aku pun baru keluar hospital."
Sejujurnya jantungnya bagai nak gugur melihat Junaidi. Dia tahu maksud rakannya tadi namun sengaja dia berdolak dalik.
"Laju betul jawab. Tahu jea apa yang ada dalam otak aku. Apa kata nantu Amaku bawa kau kenal dengan atuk saudara aku. Boleh Nur?"
"Erkk... tercekik. Alamak, tak dengar. Tiba-tiba aku rasa telinga aku pekak. Kau cakap apa tadi?"
~
"Amboi kau ni Nur... awal pagi dah tersenyum sorang-sorang. Ingat ke siapa tu?"
"Ingat ke bakal suami."
"Sebut bakal suami hari ni dia hantarkan kau pergi jumpa tuan yang sewa tapak kita kan? Berbuka dengan dia ke nanti?"
"Ya, dia hantar. Mana dia baginya aku naik train sorang-sorang lepas tu jumpa pak cik tu."
"Korang berdua darah manis. Sorang bujang sorang lagi janda. Jangan nakal dalam kereta masa. Esok puasa, anak kau tak balik ke Nur?"
"Dia tak balik. Mungkin minggu depan hari aku nikah nanti katanya."
"Dia tak kisah Jun jadi ayah dia?"
"Audi, Haqi tu membesar dengan Jun dulu. Kau lupa ya."
Audi tersengih sambil mengusap perutnya yang mengeluarkan bunyi.
"Aku nak check in. Sakit perut. Kau la ni, pergi ajak aku bersembang pula."
"Aku pula salah."
Suasana berbeza di rumah Mak Ton dengan suara saudara mara dari sebelah suami berkumpul awal demi majlis perkahwinan yang bakal berlangsung puasa ke5 nanti.
"Mana Didi Ton? Tak nampak pun dari balik pasar."
"Didi keluar. Katanya dah janji dengan kawan dia. Banyaknya beli lauk Boon? Kita ni sambut puasa ke sambut raya?"
Bungkusan plastik di atas meja dibuka satu demi satu.
"Raya pun boleh Ton. Keluarga kita ni tak ramai anak saudara lelaki. Bila dia dah kata nak kahwin kita kena la restu. Dulu Boon ingatkan budak-budak ni dah hilang nafsu lelaki."
Mak Ton hanya tersenyum nipis.
"Dia dapat perempuan yang terima dia seadanya. Kita ikutkan jea dan doa yang baik-baik. Ton sebenarnya memang berkenan sangat dengan Nur tu dari awal lagi. Budaknya baik walaupun kasar ada masa. Dia suka tolong orang kampung."
"Mak Ton, terima kasih izinkan kami guna rumah Mak Ton."
Mak Ton memandang ke arah susuk tubuh yang menyapanya.
"Tak usah nak terima kasih. Atuk tahu ke majlis ni?" tegur Mak Ton namun susuk tubuh itu hanya diam membisu sambil memeluk Boon.
"Kau ni Ton. Baba tengah sibuk dengan menantu bongsu dia dari cucu dia," celah Boon.
"Siapa suruh baba kahwin sampai penuh kuota. Dah ramai anak. Hisyh, selisih malaikat bila fikirkan anak kita jadi gitu. Pening kita nak melayan kerenah menantu dengan cucu kita nanti," seloroh Mak Ton.
"IsyaAllah saya tak Mak Ton. Saya setia dengan yang satu."
Share this novel