Bersama renungan kosong, Dihya perhatikan Zane yang sedang duduk di kerusi panjang sebelah swimming pool. Sudah setengah jam dia perhatikan Zane. Dalam selama itu juga la Zane tidak lepas dari memegang laptop serta kertas. Orang lain tenggelam dalam air, lelaki tu tenggelam dalam kerja. Kalau macam tu baik duduk di office aje dari bekerja di rumah begini. Tak ada bezanya pun kalau Zane ada atau tidak di rumah.
Kyren berdiri di samping kerusi itu. Lelaki tersebut sedang membongkok menyampaikan sesuatu kepada Zane apa yang terdapat di dalam ipad. Mungkin hal kerja atau mungkin urusan yang dia tidak patut tahu. Dan sepanjang masa itu Dihya hanya terapung di atas permukaan sambil dibantu dengan pelampung bentuk flamingo dalam kolam renang itu. Dia cuba memasang telinga, tetapi suara dua orang itu begitu perlahan. Maka Dihya langsung tidak tahu apa yang dibincangkan oleh mereka.
Dihya kembali menyambung renang ya hingga tiba di tepian. Setibanya di anak tangga kolam renang, dia terus mendaki naik ke atas. Dah penat tunggu Zane untuk masuk dalam air dengan dia. Tunggu punya tunggu sampaikan kecut dah kulit tapak tangan dia.
"Itu sahaja. Kamu boleh keluar."arah Zane sambil menyerahkan iPad serta thumb drive kepada Kyren.
Kyren memberi tundukkan faham sebelum berpaling dari situ. Lelaki lampai itu mengerling seketika ke arah Dihya semasa melintasi anak tangga di situ.
Sementara Zane sudahpun bangun sambil memegang robe putih mendekati Dihya.
"Dah nak masuk ke?"tanya Zane mengenakan robe itu ke badan terdedah Dihya.
Sambil menyarung tangan ke dalam robe putih itu, Dihya perhatikan timbunan kertas dan fail yang tergeletak atas bangku di situ. "Tuan busy sangat ke?" tanya Dihya pula.
"Just checking some report. Dah settle pun. Kenapa?"
Mata Dihya bergerak ke kanan. Dia nak tanya lebih, tapi takut kalau soalannya akan buat Zane marah. Jadi dia tak berani nak suarakannya.
"Tak ada apa-apa."Dihya menggeleng selepas itu. Dia ambil tempat di bangku kosong. Duduk sahaja di situ, Dihya termenung memandang permukaan air biru di dalam swimming pool.
Sejak keluar dari hospital, Zane dah jarang luangkan masa mahupun tidur bersamanya. Selama dua minggu itu juga Zane banyak menghabiskan waktu di dalam bilik kerja dan pejabat. Pendek kata, Zane tidak lagi menyentuh dirinya.
Sudah bosan ke Zane dengannya? Atau pengakuan Zane hari tu hanyalah ucapan semata-mata? Hinggakan lelaki itu tak lagi memerlukan dirinya seperti biasa? Itu la persoalan yang bermain di dalam kepala Dihya sejak kebelakangan ni.
Setiba Zane di tepi, lelaki itu duduk di sebelah Dihya.
"Ada apa ni?"tanya Zane."Tanya aje kalau kamu nak tanya." senyuman nipis terukir di bibirnya.
Dihya menatap raut wajah Zane dihadapannya dengan kening berkerut. Apa patut dia lakukan? Perasaannya bercampur baur.
Dihya sedar dia semakin menginginkan Zane di sampingnya. Dia mahu Zane kerap bersamanya. Tapi dia tak boleh katakannya secara terang-terangan sebab khuatir jika Zane rimas dengan sikapnya ini. Dia yakin Zane takkan suka kalau dia bersikap manja atau berlebih-lebih menginginkan perhatian dari lelaki tu.
Mungkin, kalau dia letakkan titik berhenti pada semua ni, mana tahu perasaannya juga akan berhenti dari terus begini, kan?
"Tuan tahu, saya cuma terfikir." Dihya palingkan kepala ke sisinya. Zane di sebelah memandangnya dengan kening terangkat. "Patut ke kita tamatkan kontrak kita lebih awal?"aju Dihya akhirnya. Sebenarnya takut tapi dia gagahkan jua kerana apa yang berlaku ini benar-benar membuatkan dia berasa serba salah. Dan dia tidak tahu hendak bagaimana lagi jika dia semakin mencintai Zane semasa kontrak mereka masih berlangsung. Ianya akan sukarkan dia untuk hapuskan perasaannya nanti. Kalau Zane terus menerus bersikap begini, ianya hanya menambahkan lagi perasaan susah hatinya.
Sedikit demi sedikit senyuman di bibir Zane memudar. Riak ceria di wajah itu berubah gelap. Tatapan Zane juga tidak lagi mesra apabila mendengar ucapan Dihya. Lelaki itu berkerut kening tidak percaya sambil berkata.
"Apa kamu cakap?"
Gulp! Dihya menelan liur. Gugupnya dia hanya Tuhan aje yang tahu. "Soal wang, saya boleh bayarkannya secara ansuran kalau itu yang Tuan risaukan. Jadi apa kata kalau kita terminate kontrak kita lebih aw-"
"Kamu dengar tak apa kamu cakapkan ni?"pintas Zane serta merta. "So kamu maksudkan yang kamu nak putuskan pertalian kita?Macam tu?"
Dihya mengangguk. "Isteri tuan dah jelas-jelas tak terima hubungan terlarang kita ni. Saya pun taknak sakiti hati isteri tuan lebih dari apa yang dia sedang rasakan sekarang ni. Saya faham kenapa dia sanggup ambil risiko untuk sakiti saya, sebab kalau saya jadi dia pun saya takkan terima kalau suami sendiri luangkan masa lebih dengan Mistress dari isteri sah sendiri... Jadi sebelum isteri tuan lakukan hal yang lagi bahaya tak ke lebih baik kita putuskan hubungan ni?"
Seperti cacing kepanasan, Dihya di hadapan Zane sudah tidak tenang. Jantung di dalam tulang rusuknya bergendang rancak dek ketakutan menanti reaksi Zane.
Tidak semena Zane tertawa.
Lelaki itu mengangkat tangan yang mana membuatkan Dihya tersentak kerana berfikir Zane mahu menyakitinya. Baru sahaja Dihya mahu melindungi dirinya, Zane malahan memegang tepi kepala itu. Terkedip menahan nafas Dihya dibuatnya. Hidup-hidup dia ingatkan Zane nak tampar dia tadi!
"Kebetulan, saya memang merancang untuk tamatkan kontrak kita berdua ni... Dah alang-alang kamu cadangkan hal ni, why not kan?"Zane mengusap tepi mata Dihya dengan ibu jari sebelum menarik kepala itu merapat padanya lalu diberi kucupan pada tulang pipi kanan muka Dihya.
"Tuan setuju?"Dihya agak terkedu dengan reaksi tenang Zane. Kalau macam tu Zane akan lepaskan dia macam tu aje?
Zane mengangguk.
"Ya. Sebab dari awal lagi saya memang berniat nak hapuskan kontrak kita berdua tu dan juga title kamu sebagai mistress saya. Patutnya saya beritahu hal ni kepada kamu selepas kamu keluar hospital. Tapi masa tak mengizinkan sampai saya terlupa... Kebetulan pulak kamu dulu yang mention hal ni, nak tak nak saya kena beritahu jugak la kan."
Kening Dihya terangkat tinggi. Hatinya direnggut dengan perasaan terkilan apabila Zane berkata begitu. Maknanya dari awal lagi la Zane dah rancang mahu membuang dia! Padahal dia yang ajukan dulu hal tapi kenapa dia rasa kecewa dengan reaksi Zane? Tak sepenting itu ke dirinya ini pada Zane? Memangnya tiada sedikitpun rasa sayang Zane pada dia sampaikan Zane sanggup membuang dirinya ini begitu saja?
"Tapi itupun selepas urusan penceraian saya dan Astrid official."tambah Zane saat bermain dengan rambut Dihya di celah jari jemarinya."After that, you are not my mistress anymore."
"Hah?"nganga Dihya tercengang. Apa maksudnya tu?
Zane menarik sengih meleret sinis tatkala melihat reaksi bingung di wajah cantik milik Dihya. Semakin ditatap semakin bergebu rasa mahunya pada Dihya.
Memangnya Dihya fikir gadis ini akan lepas dari dia macam tu aje ke? Ya, tak mungkin la! Sampai bila-bila dia tak akan biarkan Dihya berpisah dengan dia. Sekalipun dia terpaksa penjarakan Dihya, akan dia lakukan sekiranya itu dapat buatkan Dihya tidak meninggalkan dia. Untuk itu, dia perlukan alasan yang kukuh untuk mengikat Dihya buat selamanya.
Share this novel