"Emmm,nak pergi ke tak ni?aku lama dah tak makan ramai-ramai...betul jugak cakap uwaisy"Faiq monolog sendirian sambil memegang dagunya tanda berfikir.
"Faiq,sampai bila kau nak hidup seorang diri...umur dah 17 tahun...selepas abang kau tinggalkan kau,nak hidup seorang diri lagi?sambut birthday seorang diri?sedih betul hidup kau?"Faiq motivasikan diri sendiri.
" haishh,serabutnye aku!!!!"Faiq mengeluh panjang sambil menitiskan air mata teringat kenangan bersama abangnya.
"Abang,adik rindu abang...dulu selalu jalan-jalan dengan abang,makan sama-sama,jogging pun sama-sama,abang jangan biarkan adik keseorangan!!!!!!
"Hit you with that ddu-du ddu-du du Ah yeah, ay yeah!"Telefon berbunyi menunjukkan panggilan masuk dengan baru sahaja menukar nada dering blackpink.
Nama tertera "unknown number"
Kali ni tak terkejut dengan nombor tak dikenali kerana sudah mengecam ini adalah uwaisy yang baru sahaja call pagi tadi.
"Haa,kau nak apa???
" aduh,kau tak reti beri salam dulu eh?..ok,takpe...ni nak tanye je..jadi tak datang malam ni?...mak aku ada masak kambing perap ahmad western ni sekali dengan air milo strawberi asam boi...haa,mesti kau tertanye-tanye macam mana rasenye gabungan tiga perisa dalam satu minuman...padu bebb,cengginiii..eh lupa,aku tunjukkan ibu jari ni bukan kau nampak pun...lainlah kau datang malam ni...hahahaaa"Uwaisy cuba menarik perhatian dengan lawak.
"Hahhaahaahahahaa" gelak faiq
"Eh jap,lama aku tak ketawa macam ni" faiq monolog sendirian.
"Okey,aku datang....aku datang sebab kambing golek bukan sebab kau,bye" Faiq terus mematikan perbualan telefon itu.
POV UWAISY
"Aduhai faiq faiq,aku dah agak dah kau takkan tolaknye kambing perap ahmad western ni...warung biasa kau makan abang kau kot,mesti kau rindu abang kau...takpe faiq,aku cuba jadi macam abang kau...kau kasar macam ni pun sebab lama tak rasa ukhuwah persahabatan yang terjalin lama dengan abang kau...harap kau tepati janji kaulah faiq" bisik hati kecil.
"Faiq terima tak tu?dia mesti rindu abang dia?"soal ibu uwaisy
"Dia kata dia datang,tengoklah macam mana"jawab uwaisy
Share this novel