Di sebuah terminal bas, Bunga yang memakai baju kurung pengawas sekolah berwarna biru dan seluar hitam berlari dijalanan yang sudah kucar-kacir. Tangannya ditarik oleh seorang tentera yang cuba membawanya pergi.
"Cepat sikitlah sial!"
Tentera itu membawa Bunga ke sebuah lori yang dipenuhi orang awam. Bunga terus disuruh naik ke lori itu.
"Move now!"
Lori tentera itu bergerak meninggalkan bandar. Bunga melihat tentera itu menembak beberapa ekor Zombie untuk melindungi lori itu daripada diseranh sebelum dia sendiri terbunuh. Ratusan ekor zombie cuba menyerang lori mereka namun ditembak oleh tentera yang berada di lori itu.
"We have not identified where this virus came from but many people believe that this virus came from a polluted river around Selangor." Kata seorang ahli biologi daripada United Kingdom dalam sebuah rancangan televisyen.
"So how long will it take before the Malaysian government loses all control?" Tanya seorang pengacara.
"Just three week." Jawab ahli biologi itu.
Bunga dibawa ke sebuah terminal bas di Kuala Lumpur. Mereka akan dibawa menaiki bas menuju ke Johor Bahru. Tempat itu sudah sesak dengan orang awam dan tentera.
Kelihatan pasukan tentera yang berjumlah ratusan orang mangalami sedikit kesusahan untuk menguruskan ribuan orang dalam satu masa. Wartawan pula sibuk membuat liputan. Satu persatu bas yang dipenuhi dengan orang ramai mulai penuh. Beberapa buah bas sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
"Bunga!"
Satu suara yang dikenali Bunga kedengaran memanggil namanya. Ya, tak salah lagi. Itu adalah suara ibunya.
"Ya Allah! Mak!"
Bunga terus memeluk ibu dan ayahnya yang berada di sana. Kini keluarga ini telah kembali bersatu. Mereka akan bersama-sama keluar dari bandar ini.
Mata Bunga terbuka. Sekali lagi dia bermimpi mengenai kisah silamnya. Bunga bingkas bangun dari tempat tidurnya untuk menunaikan solat subuh begitu juga dengan Zul di dalam biliknya.
Setelah menyelesaikan solat, Zul dan Bunga menaiki kereta yang dipandu oleh Bunga menuju ke tempat persembunyian Zul.
"Jadi sudah berapa tahun engkau berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia?" Tanya Bunga.
Zul menjawab "18 tahun sejak aku berumur 20 tahun lagi. Dulu aku bertugas di Lubnan. Selepas virus zombie menyerang, aku dipanggil pulang ke negara ni."
"Pernah bertempur?"
Zul mengangguk "Kejadian berbalas tembakan dengan tentera Israel di Lubnan, Ops Daulat 2013 dan pertempuran dengan sekumpulan penjenayah di sempadan."
"Luas betul pengalaman kau." Ujar Bunga.
Mereka akhirnya tiba di hadapan rumah Zul. Mereka segera masuk. Kucing peliharaan Zul meluru ke arah Zul. Zul mendukung kucing yang sudah ditinggalkan beberapa hari dan hanya makan tikus-tikus rumah.
Zul membawa Bunga ke ruangan bawah tanah rahsianya. Di situ, Zul membuka sebuah peta yang merupakan peta Kuala Lumpur.
"Ini adalah markas Black Cobra. Bangunan ni dikelilingi dengan pagar yang dibuat daripada kepingan besi, zink dan kereta lama. Ada lebih kurang 8,000 hingga ke 9,000 pasukan di sini." Jelas Bunga.
"Jadi macam mana kita masuk?" Tanya Zul.
"Macam yang aku bagitau kau sebelum ni. Saluran air bawah tanah. Kita akan lalui saluran bawah tanah sejauh 2.5 kilometer yanh bermula di sebuah lot rumah kedai. Kita akan masuk ke ruangan stor tempat tu. Kita akan jalankan operasi dan tamatkan kumpulan Cobra."
"Jadi bila kita akan mulakan misi kita?" Tanya Zul.
Bunga menjawab "Esok."
Di kawasan bandar, Leftenan Kolonel Kevin Chen bersama anggotanya sibuk merancang rancangan mereka untuk menyerbu markas The Black Cobra.
"Rancangan kita senang je. Pasukan kita akan berpecah kepada dua. Pasukan Alpha dan Delta. Pasukan Alpha berjumlah enam orang akan ikut aku dan pasukan Delta juga berjumlah 6 orang akan ikut Leftenan Muda Shahrul. Sniper dan marksman akan berada di posisi di sebuah bangunan yang terletak 900 meter daripada lokasi. Pasukan kita akan masuk ikut saluran air daripada dua lokasi berbeza. Selepas pasukan kita masuk, kita akan masuk dan letupkan bangunan ni. Ada apa-apa soalan?"
Kesemua anggota berdiam tanda mereka tidak ingin bertanya.
"Jika tiada soalan, kamu semua boleh berehat. Esok kita akan mulakan operasi."
Kesemua anggota tentera berehat setelah seharian berkerja. Ada yang tidur, mencuci senjata dan ada juga yang membaca buku. Leftenan Kolonel Kevin Chen mengeluarkan sekeping gambar iaitu gambar ahli keluarganya. Seketika, fikiran pegawai tentera berbangsa Cina itu mula memutar kembali ingatan lamanya.
Ketika virus zombie menyerang negara mereka, Leftenan Kolonel Kevin Chen bersama beberapa anggota tentera kembali ke rumahnya bagi memindahkan isteri dan kedua anak perempuannya. Namun ketika dia pulang, yang ditemuinya hanyalah beberapa jasad yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan mengerikan.
Leftenan Kolonel Kevin Chen kehilangan segala-galanya dalam jangka masa satu hari sahaja. Kejadian itu terjadi seminggu selepas serangan virus zombie terjadi. Ketika itu, Leftenan Kolonel Kevin Chen baru sahaja pulang daripada Lubnan.
"Semoga tidak ada yang merasai apa yang selama ini aku rasakan."
Di markas Zul, Zul dan Bunga sibuk menyiapkan peralatan untuk esok. Zul menyiapkan Rifle M4A1, sepucuk pistol glock 17, sebilah pisau rambo, Fast Helme serta baju kalis peluru manakala Bunga pula dengan sepucuk pistol revolver Colt python, Sebilah pedang samurai dan selaras rifle sniper.
"Pukul berapa kau nak gerak?" Tanya Zul yang sedang mengisi peluru di dalam magazin.
"Pukul 7:30 malam ketika hari sudah betul-betul gelap. Selepas menyiapkan senjata, kita boleh berehat sebelum menanti waktu pertempuran."
Setelah menyiapkan senjata yang akan dibawa, mereka berdua berehat di bilik masing-masing. Ketika itulah, Bunga kembali bermimpi mengenai masa lalunya.
3 tahun yang lalu...
Sebuah bas kelihatan tersadai dengan bekas lubang-lubang peluru pada tingkap dan badan bas. Mayat orang awam dan tentera bergelimpangan di dalam bas. Di celah-celah longgokan mayat, terdapat satu tubuh berseragam pengawas sekolah bergerak-gerak.
Bunga bernasib baik kerana tidak ada satupun peluru yang hinggap di tubuhnya. Namun, kedua ibu bapanya menerima nasib yang berbeza dengan dirinya.
Bunga mendapatkan kedua tubuh ibu bapanya yang terkulai layu tidak lagi bernyawa. Butir-butir mutiara menitis membasahi pipinya. Bunga telah kehilangan kedua insan yang begitu disayanginya.
"Wow ada seorang yang masih hidup."
"Tengok, cantik betul muka dia."
Bunga tersentak mendengar suara itu. Ketika dia memalingkan pandangan, dia melihat tiga orang lelaki yang bersenjata. Salah seorangnya ialah lelaki yang akan mengubah kehidupan bunga selepas ini.
"Azrul, kita nak buat apa dengan anak ayam ni?" Tanya salah seorang anak buahnya.
"Tunggu apa lagi?" Mereka semua melemparkan pandangan ke arah bunga dengan senyuman jahat.
"Tunggu! Kau nak buat apa ni!? Kau nak buat apa kat aku!?"
Bunga diseret oleh anak buah Azrul ke luar daripada bas dan di bawa sebuah gudang bersebelahan tempat bas mereka tersadai. Setelah pintu gudang ditutup, kedengaran bunyi baju dikoyakkan dan bunyi jeritan Bunga dari dalam gudang tersebut.
Bunga menjadi alat pemuas nafsu lapan lelaki durjana selama 3 hari 3 malam sebelum ditinggalkan sendirian di dalam gudang. Kejadian itu telah mengubah perwatakan Bunga yang dahulunya seorang gadis yang baik dan lemah lembut menjadi seorang psyco dan pendendam.
Bunga kembali terbangun dari tidurnya. Dia masih lagi tidak dapat melupakan apa yang terjadi kepada dirinya 3 tahun Yang lalu. Kerana kejadian itulah Bunga menyimpan dendam kepada Azrul Dilan dan bersumpah akan membunuh ketua pemberontak itu.
Johor Bahru, Johor.
"Mustahil!" Panglima Angkatan Tentera menepuk kuat meja di bilik mesyuarat itu.
"Macam mana puluhan mayat pengganas ditemui mati dengan kesan tembakan yang masih baru di bandar yang sudah ditinggalkan? Ataupun ada operasi yang tidak dimaklumkan kepada saya?" Jeneral itu menatap tajam ke wajah pegawai-pegawai lain.
"Tan Sri, dengan segala hormat." Brigadier Jeneral Akhbar Singh berdiri "Leftenan Kolonel Kevin Chen daripada Briged 10 Para sendiri membuat laporan dan peluru yang ditemui adalah peluru daripada mesingun berat M2 Browning berkaliber 12.7 mm. Siasatn juga mendapati jenis peluru yang digunakan sama dengan peluru yang digunakan oleh anggota RAMD."
"Maksud kamu memang ada komander yang menjalankan operasi tanpa pengetahuan saya?" Tanya Panglima Angkatan Tentera lagi.
"Tidak juga Tan Sri. Pihak Kor Risik Diraja telah melakukan siasatan dan laporan mengesahkan tiada operasi ketenteraan yang dijalankan. Satelit kita juga tidak mengesan adanya sebarang pergerakan pesawat pengangkut atau helikopter yang memasuki kawasan Kuala Lumpur kecuali jet tempur TUDM." Jelas Brigadier Jeneral Akhbar Singh lagi.
Panglima Angkatan Tentera menyandarkan tubuhnya di atas kerusi. Dia benar-benar merasa rungsing memikirkan apa yang sebenarnya sedang terjadi.
"Tan Sri, dengan segala hormat. Saya mencadangkan agar anggota pasukan Grup Gerak Khas dikerahkan sebagai pasukan sokongan kepada pasukan Briged 10 Para sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan." Cadang Mejar Zairul, ketua cawangan 21 GGK.
"Saya setuju Tan Sri. Anggota GGK akan bertindak sebagai pasukan bantuan di barisan belakang jika terjadi sebarang situasi kecemasan ketika operasi." Sokong Panglima 21 GGK.
"Cadangan kamu dipersetujui. Arahkan anggota GGK untuk menyiapkan peralatan senjata mereka. Selain itu, arahkan mereka menyerahkan alat komunikasi seperti telefon bimbit, tablet ataupun apa-apa jenis gajet peribadi bagi mengekalkan kerahsiaan operasi."
Di markas Zul, Zul yang terbaring di atas katil menatap gambar anak perempuannya yang sudah lama mereka tidak bersua muka. Zul benar-benar merindui anak perempuannya itu namun kini jarak memisahkan mereka.
"Maafkan abah, nak. Abah gagal jadi abah yang baik."
BERSAMBUNG...
fuhhh siap juga akhirnya
Share this novel