"Sape yang chat abang tu?"
"Ahh? ouhh tak ada lah" kelentong baihaqi
Eh dia boleh kata tak adalah, menyampah aku dengar. Tapi tak boleh aku nak kena dengar jugak
"Abang.." panggil alya meleret
"Iye?"
"Kenapa dekat jari abang ada cincin? bukan ke sebelum ni tak ada ke?" kata alya lalu ingin menarik tanganku tetapi aku sempat menarik semula
"Ouhh, ni ada kawan abang bagi sempena birthday abang"
Dia still nak menipu lagi? kenapa tak bagitahu terus yang dia dah kahwin. Ke ada apa-apa yang aku tak tahu ni?
"Ouhh, Alya ingatkan abang dah kahwin. Takut alya"
Aku melihat, baihaqi hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa
"Abang lepasni semakin susah la kan untuk kita berjumpa, sebab ye la abang dah jadi jpj. Alya pulak cikgu dekat johor"
"Nak buat macam mana, dah kerja kan? abang faham kita susah nak jumpa"
"Hemm itulah abang takpelah alya faham"
Aku yang dah lama melihat mereka, aku rasa panas hati melihat perbualan mereka. Aku terus masuk ke dalam restoren dan menegur baihaqi
"Hubby" panggilku kepada baihaqi
Terus berpaling baihaqi memandangku dengan riak terkejut dan melihatku berkelip-kelip
"Awww.... awak buat apa dekat sini?"
"Kann tadi hubby cakap, lepas sayang selesai beli barang dapur. Hubby yang suruh sayang ke sini. Hubby lupa ke?"
Aku duduk disebelah baihaqi, alya melihat aku hairan
"Abang ni siapa?"
"Ouhh ni....." tak sempat baihaqi menghabiskan kata aku sudah memotonh terlebih dahulu
"Ouhh, saya isteri kepada baihaqi. Saya fatin areefa" kataku lalu tersenyum sambil memegang lengan baihaqi
"Iste.... isteri?? abang cakap abang tak kahwin lagi?"
Baihaqi melihatku lalu melihat ke arah alya semula
"Bila abang kahwin?"
"Dah dekat sebulan kan hubby"
"Ouhh, alya masih tak terlambat lagi kan untuk mengucapkan selamat pengantin baru dekat abang"
"Alya balik dululah, asslamualaikum"
Alya terus bangun ingin keluar, tetapi ditahan oleh baihaqi
"Alya..... alya kejap. Alya nak ke mana tu?" tanya baihaqi menahan alya pergi
"Alya nak balik, terima kasih abang sebab sudi jumpa alya"
Baihaqi tersenyum lalu beredar, aku terus bangun menuju ke arah baihaqi. Baihaqi terus menarik tanganku lalu beredar daripada situ
"Jom la kita balik, awak pun dah selesai membeli kan?" baihaqi terus menarikku untuk pulang
"Aikk, tak ada dah panggil sayang tu?"
"Saya panggil awak sayang bersebab"
"Sebab apa?"
"Tak ada apa-apalah" kata baihaqi lalu kami memasuki kereta dan pulang ke rumah
Tiba dirumah, aku mendapat panggilan daripada umi. Aku hairan mengapakah? tetapi aku menjawab sahaja
"Hello, assalamualaikum umi"
"Hello, waalaikumsalam fatin. Kamu sihat?"
"Sihat alhamdulillah, umi dengan ayah macam mana?"
"Umi dengan ayah pun sihat je alhamdulillah, kamu dengan baihaqi macam mana?"
"Kami okay je umi, tak ada apa-apa pun" kataku sambil menyimpan barang dapur yang dibeli tadi
"Umi bukan apa, umi tak nak nanti kamu rugi. Baihaqi tu baik orangnya, senang cerita cukup pakej. Umi tak nak nanti kamu menyesal, kamu tahu kan alya tu. Alya tu sebenarnya bekas teman wanita baihaqi"
Aku terdiam, maksudnya betul andaian aku tu. Tapi kenapa dorang tak kahwin je? kenapa nak kena kahwin dengan aku pulak?
"Eh panjang pulak umi bergosip dengan kamu. Takpelah umi nak ke dapur nak pergi memasak untuk ayah kamu tu. Daripada tadi dah bising-bising kata lapar. Umi letak telefon dululah, bye assalamualaikum"
"Baiklah umi, kirim salam dekat ayah. Bye waalaikumsalam" aku meletakkan telefon dan terfikir kata-kata umi tadi
Baihaqi dah pernah bercinta? tapi bila? kenapa semua orang tak nak buka cerita dekat aku ni? Umi tak nak, ayah tak nak, kalau aku tanya baihaqi agak-agak baihaqi bagi jawapan tak?? Cubalah tanya dulu
Selesai aku mengemas barang dapur yang dibeli tadi, aku memasak sedikit untuk makan malam kami. Setelah itu, aku terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Selesai aku memasak baju, aku terus turun ke bawah untuk makan malam bersama baihaqi. Aku melihat baihaqi sedang menunggu diruang tamu
"Awak jom la makan" ajakku
Baihaqi menuju ke arahku tanpa memandang muka malah bersuara terhadapku. Walaupun ermmm sebagai balasan
Baihaqi membaca doa makan, lalu kami menjamu selera. Semasa makan, kami hanyalah diam sahaja manikmati makanan yang berada di atas pinggan masing-masing. Selesai itu, aku terus membersihkan pinggan sebelum aku mengikuti menuju baihaqi diruang tamu
Nak tanya ke tak eh? nak tanya ke tak, kalau tak tanya tak tahu kann? tapi kalaua tanya, dia marah ke tak. Arghhhh cuba je lah dulu
"Awak" panggilku
Dia diam tanpa memandangku apatah lagi mengiakan panggilanku
"Awak......" panggilku meleret
Dia tak layan jugak eh? aku guna cara perempuan baru tahu. Ada yang telan air liur jugak nanti, tapi aku takut aku pulak masalah
"Hubby" panggilku manja
Terus terkelip matanya memandangku
"Hub....... hubby?"
"Iye, hubby kenapa salah ke?"
"Tak, tak salah. Tapi kenapa awak tiba-tiba je panggil saya macam tu"
"Saje, sebab awak suami saya. Kalau awak bukan suami saya, tak ada maknanya saya nak panggil macam tu"
Kataku ingin bangun menuju ke meja solek, tetapi ditahan oleh baihaqi. Baihaqi terus menarik aku dan kami bersama terjatuh di atas katil. Baihaqi menindih aku dan merapatkan wajah kami
"Panggil lagi hubby tu" arahnya
Entah kenapa aku jadi turut sahaja arahannya
"Hubby"
"Hubby"
Tiba-tiba aku terasa tangannya membuka ingatan baju tidurku, tangannya merayap masuk ke dalam baju aku. Baru sahaja dia ingin mencium bibirku, tiba-tiba telefon dia berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk
Share this novel