BAB 7

Drama Completed 19693

Naurah baru selesai menunaikan solat Zohor.Dia termenung seketika.Jadi betullah rantai salib tu dengan Isaac cakap dia Kristian.Tapi dia kembar Tuan Althaf.Ishh...takkan pelanduk dua serupa.

"Tugas awak jaga saya"

"Jaga? Jaga macamana? Aku tengok dia normal je..Zukie...Zukie je jawapan untuk segala yang mengusutkan kepala aku ni"ucap Naurah dalam hati.Dia membuka telekung dan melipat sebelum keluar dari surau pejabat.

"Baru habis solat ke?"soal Tuan Althaf yang lalu dihadapan surau wanita.

"Ya Tuan...Tuan nak solat ke?"soal Naurah melihat lelaki itu yang berambut kemas dan melipat lengan baju.

Althaf memandang gadis itu.

"Mestilah...solat tu satu kewajipan.Walau sibuk macamana pun kena solat.Sebab kita tak kejar masa tapi masa yang kejar kita.Dah pergi buat kerja asyik nak makan angin je"ucap Althaf perli Naurah.

Naurah terus melangkah keluar.Althaf memandang Naurah.Apa yang kau nampak sebenarnya?.

Naurah mengemas mejanya sebelum balik.Memastikan kesemua tersusun rapi.Dia mengambil beg tangannya dan berjalan menuju ke pejabat Tuan Althaf.

"Tuan....?"panggil Naurah.Naurah memandang ke dalam bilik itu senyap.

"Tuan saya nak balik dah ni...aikk...rasa tadi...dia tak keluar lagi..."ucap Naurah.Dia terdengar suara orang mengerang.

"Tuan...Tuan...dekat mana ni.."panggil Naurah mendekati meja utama.Dia terpandang Tuan Althaf berada diatas lantai sambil memegang kepalanya.

Naurah laju melutut disebelah lelaki itu.

"Tuan? Tuan kenapa ni?"soal Naurah melihat lelaki itu seakan menahan sesuatu dengan wajah merahnya.

"Tuan perlukan apa-apa tak?"soal Naurah risau.

Lelaki itu mencerlung memandangnya.Naurah mula rasa takut.

"Jangan dekat dengan aku....!!"ucap Althaf dengan marah.Naurah dah keliru.

"Tapi Tuan Althaf sakit...ni...nak saya..."Naurah belum habis cakap tiba-tiba tangan lelaki itu mencengkam leher Naurah.

"Tuan?"panggil Naurah apabila dia rasakan sakit pada tengkuknya.Naurah semakin sukar untuk bernafas.

"Tuan...sedar Tuan...ni saya Naurah...."ucap Naurah cuba untuk lepaskan cengkaman pada lehernya.

"Aku... sakit....? Kau pun..sama macam diaorang semua...cakap aku sakit..."ucap Althaf mencengkam leher Naurah lagi.

"Tak .. Tuan...tak sakit..."ucap Naurah menepuk bahu Tuan Althaf.

"Kalau aku tak sakit...kenapa diaorang buang...aku!!!!"jerit Tuan Althaf.

Naurah rasa nafasnya semakin sukar.Dia cuba membuka cengkaman pada lehernya.

"Tuan...tak sakit...saya percaya...saya percaya Tuan..."ucap Naurah cuba menyakinkan lelaki itu.Genggaman itu menyebabkan nafas Naurah tersekat.

Zukie yang mahu menjemput Tuan Althaf terkejut melihat Tuan Althaf mencengkam leher Naurah di lantai.

"Tuan!!!"jerit Zukie terus menjauhkan tubuh lelaki itu.Naurah memejamkan matanya.

Althaf tersedar sebaik sahaja tubuhnya ditarik oleh Zukie.Dia memandang pada Zukie yang memeriksa Naurah dilantai.

"Aku bunuh dia ke?"soal Althaf.Zukie memandang bosnya.

"Tak...dia cuma pengsan je... Tuan Althaf okay tak? Nak saya panggil Doktor Helen?"soal Zukie.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Tak perlu..."

"Apa yang jadi sebenarnya Tuan? Tak pernah jadi macam ni?"soal Zukie.

"Dia nak keluar...aku cuba lawan.. tiba-tiba dia masuk pulak lagi menarik.."ucap Tuan Althaf.Dia memandang wajah yang sedang terpejam itu.

Rasa bersalah?.Tapi aku tak salah sebab dia yang datang pada aku?.

**********

Deria hidungnya bau sesuatu.Sesuatu seperti bau ubat...bau alkohol...bau... macam hospital...

"Wait... hospital?"ucap Naurah membuka matanya.Dan betul dia ada dekat hospital.Dia melihat tangannya ada jarum.

"Dah bangun?"soal Althaf yang berdiri berdekatan dengan tingkap.Naurah memegang lehernya yang terdapat balut.

"Kenapa saya ada dekat sini?"soal Naurah.Sepatutnya dia dah ada dekat rumah sekarang.

"Kau pengsan..."ucap Althaf.Naurah memandang wajah itu.

"Tuan okay?"soal Naurah.Althaf tahu mesti gadis itu banyak soalan nak tanya padanya.

"Kau patut risau diri kau...bukan aku.."ucap Althaf cuba menyembunyikan kenyataan.

"Tuan...boleh tak Tuan terus terang dengan saya..apa yang jadi sebenarnya?"soal Naurah

"Tak ada apalah...tak payah fikir..."ucap Althaf.

"Tuan cekik saya...tanpa sebab.Mestilah saya kena tanya...benci sangat ke Tuan pada saya sampai mencekik.."ucap Naurah mengusap lehernya.

Kebetulan Zukie membuka pintu wad.Mereka berdua memandang pada Zukie.

"Cik Naurah dah sedar?"soal Zukie.Naurah merenung mereka berdua.

Zukie memandang Tuan Althaf.Tuan Althaf memberi isyarat untuk tidak berkata apa-apa.

"Encik Zukie....apa sebenarnya jadi?.Tadi saya nampak Tuan Althaf lain macam sangat.Saya tegur terus Tuan Althaf cekik saya.Kenapa?"soal Naurah masih tidak berpuas.

"Doktor cakap Cik Naurah boleh balik...lagipun mesti kakak Cik Naurah mesti risau"ucap Zukie mengubah topik.

"Kejap macamana Encik Zukie tahu saya ada kakak"ucap Naurah.Zukie mencari jawapan.
"Tadi kakak kau telefon...aku rasa kau perlu balik rehat dekat rumah..besok off aku bagi cuti"ucap Althaf menyelamatkan Zukie.

**********

Thia melabuhkan tubuhnya diatas katil.Dia memegang lehernya.Masih terasa cengkaman kuat Tuan Althaf padanya.

"Aku... sakit....? Kau pun..sama macam diaorang semua...cakap aku sakit..."

"Kalau aku tak sakit...kenapa diaorang buang...aku!!!!"

Naurah menghela nafas.Siapa sebenarnya dia?.Mata aku tak salah dan aku rasa ada sesuatu yang diaorang cuba sembunyikan.

Air pancut membasahi tubuh sasanya.Dia memandang kedua tangannya.Harini dia sudah cederakan gadis itu diluar sedar.Sampai bila? Sampai bila aku kena hadap semua ni?.

"Kau punca malang dalam keluarga aku!!"

"Berambus kau dari sini!!! Kau tu bawa malang!! Entah-entah lepas ni kau akan bunuh aku pulak!"

Dia memejamkan matanya rapat.Dadanya turun naik menahan sakit.

"Tuan...tak sakit...saya percaya...saya percaya Tuan"

Althaf membuka matanya dan memandang wajahnya dicermin.Dia percaya aku?.Boleh percaya ke?.

Naurah cuba lelapkan matanya tapi fikirannya masih teringat pada Tuan Althaf.Althaf juga cuba melelapkan matanya tapi dia teringat sentuhan tangan Naurah pada lengannya memujuknya untuk bertenang.

"Dah kenapa aku macam ni"ucap Naurah dan Althaf serentak.

"Dah kenapa aku macam ni"ucap Naurah dan Althaf serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience