BAB 10

Romance Series 3464

Jantung berdebar kuat tatkala pandangan matanya jatuh pada susuk tubuh Noah yang berdiri di belakang meja cashier. Penampilan Noah yang kasual, hanya menggunakan T Shirt hitam polos dan seluar panjang hitam, terlihat sangat menawan di pandangan Ivy. Lebih-lebih lagi dengan apron yang terlilit kemas dipinggangnya.

Mata Ivy terus melekat memerhati gerak-geri Noah yang mula beralih dari meja cashier kini menuju ke station minuman yang terletak di sudut tepi meja cashier. Dilihatnya Noah yang tengah fokus memerhati seorang lelaki berusia kira-kira pertengahan 20-an sedang menyediakan minuman di coffee maker.

Minuman yang telah siap dibuat diletakkan di atas dulang, lalu Noah membawa minuman itu untuk dihantar kepada pelanggan.

Tangan kanan menopang dagu dengan mata masih tunak memandang setiap gerak geri Noah yang sangat sibuk melayan pelanggan kafe milik keluarganya. Bibir pula melarik senyuman, mengagumi setiap tindakan yang dilakukan lelaki itu. Rasa sukanya semakin bertambah apabila melihat betapa rajinnya lelaki itu bekerja dikala orang lain sibuk bergoyang kaki di rumah ketika hari cuti.

“Memang tak salah aku suka senior Noah..”ucapnya perlahan.

Sedang khusyuk dia memerhati, tiba-tiba dia bertemu pandang dengan Noah yang sepertinya baru sahaja tersedarkan kehadiran dia di situ. Dia mengetap bibir perlahan, ketika Noah mula membuka langkah menuju ke arah meja yang dia duduki. Langsung sahaja dia menjatuhkan tangan kanan yang sedari tadi menopang dagu, ke atas meja seraya menegakkan duduk.

“Hai!”sapanya ceria dengan senyuman dibuat semanis mungkin.

Noah yang sudah berdiri di hadapan mejanya itu, menghela nafas perlahan. “Macam mana kau tahu tempat ni?”tanyanya, dengan kedua tangan menyeluk poket apron.

Ivy terbatuk kecil mendengarkan soalan itu, mengalihkan pandangan daripada Noah. “Hmm..”
Noah masih senyap menunggu jawapan Ivy, mata tajamnya menatap Ivy yang mengalihkan pandangan darinya.

“Ss…stalk..”gumamnya perlahan. Masih tidak memandang Noah.

Noah berkerut kening, dia tidak mendengar jelas apa yang dikatakan Ivy. “Apa?”ketusnya.

Ivy tunduk, sambil memainkan jari tangan. Tiba-tiba dia rasa jari dia cantik sangat hari ni. Dia mengangkat sedikit kepala daripada terus menunduk, mencuba mengintip raut wajah Noah.

Gulp!

Dia tunduk kembali. Tarik nafas. Hembus. Melihatkan mata tajam Noah dan dahi yang berkerut itu membuatkan Ivy mencuba memberanikan diri menjawab soalan Noah tadi. Enggan membuat Noah marahkan dia.

“Saya stalk ig senior-senior The gem”ucapnya laju, dengan mata terpejam.
Tiba-tiba rasa malu bila dia terpaksa mengaku kegiatan dia selama dua hari sepanjang cuti sekolah. Stalker. Sebenarnya bukan sahaja akaun Instagram anggota The Gem yang dia stalk, instagram milik peminat tegar The Gem pun dia stalk semata-mata hendak cari tahu tentang Noah. Noah tak ada Instagram, jadi untuk mengumpulkan maklumat tentang Noah dia stalk Ig manusia-manusia yang berkaitan dengan Noah.

Maka, hasil daripada kerja menghendap dia, dia dapat tahu pasal kafe milik keluarga Noah. N’s Cafe and Bakery. Dia dapat tahu yang Noah akan ada di kafe ini setiap kali Noah ada waktu luang, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah seperti sekarang.

Setelah dapat tahu pasal tempat ni, tanpa fikir panjang dia terus bongkar almari pakaian, cari pakaian yang cantik untuk jumpa Noah. Pening juga dia masa nak cari baju untuk dipakai ke sini. Pilihan pertama dia ialah dress yang dia pakai masa hari raya tahun lepas. Tapi lepas tengok dekat cermin, rasa macam melampau pula pergi kafe pakai dress. Jadi, dia jatuhkan pilihan pada kemeja kotak-kotak warna pink dan seluar panjang putih dan shawl putih.
Sekali lagi Noah menghela nafas. Menggeleng perlahan, “Nak order apa?”soalnya. Nak halau, kesian pula. Terpaksa dia biarkan sahaja si pendek ini.

“Strawberry cheese cake, dengan Vanilla ice blend. Thank you, senior..”

Dia kembali pandang Noah, dengan senyuman lebar. Lega Noah tak halau dia.

“Hmm.. tunggu kejap,”ucapnya, setelah itu berlalu menyiapkan pesanan milik Ivy.

Ivy pula kembali menopang dagu memandang Noah. Kalau sahaja diilustrasikan dalam komik, mesti mata dia sekarang bentuk love.

Tidak lama kemudian, Noah kembali ke meja Ivy sambil menatang dulang yang berisi pesanan Ivy. Ivy pula menyambut Noah dengan senyuman. Setelah meletakkan pesanan Ivy, Noah menarik kerusi lalu melabuhkan duduk.

Waktu tengah hari selalunya pelanggan tak ramai, sebab mestilah orang akan pergi restauran untuk makan makanan berat. Selalu waktu pagi dan petang, orang baru ramai. Sebab itulah Noah tengah lengang sekarang ni. Bolehlah dia temankan si budak pendek, yang entah datang darimana tiba-tiba muncul di kafe mak dia.

“Makanlah..”ujarnya, apabila melihat Ivy yang lebih sibuk pandang muka dia berbanding makan kek di hadapan Ivy. Ivy dipandang.

Ivy pula, bila saja bertemu pandang dengan Noah, terus berkalih. Pandang strawberry cake yang nampak comel. Sudu diambil, kek diambil sedikit. Noah dan sudu dipandang bersilih ganti.

“Nak?”soalnya sambil menyuakan sudu ke hadapan Noah. Noah menggeleng sahaja, menolak.

Ivy angkat bahu, lalu suap kek ke dalam mulut. Terpejam mata dia sekejap bila rasa masam manis dan berlemak itu menyentuh deria rasanya.

“Sedap?”Ivy pandang Noah sekilas sambil mengangguk laju, sebelum kembali menyuap kek ke dalam mulut.

Noah menggeleng kecil melihat Ivy yang makan penuh semangat. Kali ini, Ivy sudah tidak menoleh memandang dia. Senyap sahaja Ivy makan. Terlupa sekejap tujuan dia datang ke kafe, disebabkan rasa kek itu yang sedap sangat.

Tidak berselang waktu lama, kek di atas piring kecil itu sudah licin tidak meninggalkan sisa. Semua sudah selamat masuk ke dalam perut Ivy.

“Nak tambah?”Noah yang sedari tadi memerhati saja Ivy yang makan penuh selera akhirnya bersuara.

Ivy baru teringatkan Noah yang duduk di hadapannya. Dia menggeleng laju, dengan senyum malu.

“Abang El!”

Noah pandang ke arah pintu masuk cafe. Senyuman tipis terbit dibibir. Ivy menoleh ke arah pandang Noah. Dapat dilihatnya seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung dan bertudung sarung berlari ke arah mereka.

“Abang El, nak kek macam ni juga,”ucap kanak-kanak perempuan itu sambil jari telunjuknya menuding ke arah piring kek di atas meja.

Mendengarkan itu, Noah terus berdiri daripada duduknya lalu mengangkat Nuha untuk duduk di kerusinya.

Ivy pandang kanak-kanak perempuan yang duduk di hadapannya itu. Senyuman kekok tersungging di bibirnya. Sebagai anak tunggal di dalam keluarga dan juga cucu bongsu dalam keluarga besar, dia sangatlah tak pandai berinteraksi dengan budak kecil. Dia tak tahu nak buat apa, cakap apa.

Ivy berdehem, “Hai..”sapanya kekok, dengan tangan kanan melambai perlahan.

Kanak-kanak itu angkat kepala pandang dia. Muka datar dan masih senyap.
Perlahan, Ivy turunkan tangan sambil meringis perlahan.

“Kakak ni siapa? Datang sini sebab nak kacau abang El?”ucap kanak-kanak perempuan itu kasar.
Ivy tersentap. “Abang El tu penat kerja. Kenapa kakak-kakak semua suka kacau abang?”

Kata yang dilontarkan oleh kanak-kanak perempuan itu membuatkan Ivy tersentak. Dia menunduk malu. Sedar yang dia seharusnya tidak mengikut kata hatinya untuk datang berjumpa Noah di kafe ini.

Noah datang, meletakkan sepotong kek di hadapan adik perempuannya. Kepala adiknya dielus perlahan. Dia kalihkan pandang ke arah Ivy.

“Kau kenapa?”tanyanya tatkala melihat Ivy yang tunduk sedari tadi.

Ivy tersentak, mengangkat kepala memandang Noah. Dia garit senyuman tipis. “Tak ada apa-apa. Saya dah nak balik dah ni, bayar kat kaunter kan?”

Noah mengangguk perlahan, lalu berjalan menuju kaunter. Ivy pandang Noah sedih. Beg disangkut di bahu.

“Kakak balik dulu. Bye..”ucap Ivy sambil tersenyum. Langkah diatur menuju kaunter.

Duit diserahkan kepada Noah. “Terima kasih, senior. Saya pergi dulu..”

“Lain kali tak payah susah-susah datang sini…”ucap Noah sebelum Ivy berlalu. Ivy terhenti daripada meneruskan langkah. Mengetap bibir perlahan, sebelum kembali memandang Noah.

Dia senyum. “Okey, lepas ni saya tak datang lagi. Sorry, kacau senior..”

Sejurus mengatakan itu, Ivy pun berlalu. Noah diam dengan pandangan mengekori langkah Ivy keluar daripada pintu.

“Aku tak habis cakap lagi..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience