“Bu Narti!!!” Jerit Deila bersama riak wajah penuh teruja.
Sambil menyusun langkah menuju ke meja makan, Deila menatang sebuah dulang. Harum semerbak satu dapur.
“Ya, puan muda. Saya datang!” Terkocoh-kocoh Bu Narti berlari anak mendapatkan Deila. Sengih lebar Deila lempar.
“Hari ni, Bu Narti orang paling bertuah tau. Nak tahu kenapa tak? Nak tak?” Tanya Deila dengan nada teruja. Bebola mata Bu Narti naik turun dengan laju. Pandang silih berganti antara wajah Deila dan apa yang terhidang dalam pinggan atas dulang yang dipegang oleh Deila.
“Apaan ini, puan muda? Saya ngak mengerti.”
“Bu Narti bertuah sebab hari ini Bu Narti saya pilih untuk merasa resepi terhebat saya, biskut jejari coklat dan strawberi. Tadaaa!”
“Biskut jejari?” Wajah Bu Narti terhias kerutan halus.
“A.K.A Pepero buatan Miss Pepero. Sweet and addictive, gitu!”
Semakin bertambah garisan halus di wajah Bu Narti.
“Perero? Macam kereta mewah tu ya?”
Tergelak Deila dengar. Bu Narti garu kepala yang tak gatal.
“Tak Bu Narti, tu Ferrari. Yang ni, Pepero. Nah, cubalah. Bu Narti pasti akan ketagih. Takkan cukup satu.” Sambil berkata, Deila ambil sebatang biskut jejari bersalut coklat strawberi lalu dia suap ke mulut Bu Narti.
“Wah, puan muda… enak banget ni!” Berkilat anak mata Bu Narti menikmati keenakan jejari biskut itu. Deila sengih, wajah terlihat sangat puas hati.
“Bu Narti nak lagi, bisa kan puan muda?” Semakin lebar sengih di wajah Deila dengar permintaan sopan santun dengan wajah malu-malu Bu Narti itu.
“Sedap kan?”
“Enak amat, puan muda. Kalau buka kedai bakeri ya sudah pasti laku keras ni.”
Deila tarik lengan Bu Narti untuk duduk di kerusi makan.
“Memang itu angan-angan saya. Bu Narti doakan semoga saya dapat realisasikan satu hati nanti ya.”
Melihat Bu Narti angguk laju, Deila tersenyum gembira. Pinggan berisi biskut jejari dihulur kepada Bu Narti.
“Jemputlah makan lagi.”
Sedang menikmati, ibu Rhett melintas, mahu ke dapur. Deila pantas menjemput ibu Rhett untuk turut sama merasai biskut jejari itu. Ibu Rhett memanjangkan leher, mahu melihat.
“Saya tak suka makanan manis-manis.” Tolak ibu Rhett sambil geleng. Deila tersenyum hambar Riak kecewa di wajah cuba disembunyikan.
“Sedap, puan. Tak rugi cuba. Biskut ni ngak terlalu manis.” Bu Narti menyampuk lalu hulur sebatang biskut jejari kepada ibu Rhett.
“Bik, saya kata saya…”
“Wah, bau apa ni? Sedap sungguh!”
Ibu Rhett telan kata bila suara Tok Teh tertangkap oleh deria pendengaran. Tidak jadi mahu marah Bu Narti.
“Ini, puan muda masak biskut. Sedap!” Bu Narti jawab lalu menyuap biskut yang ditolak oleh ibu Rhett ke mulut sendiri.
Tok Teh melabuhkan punggung di sebelah Deila.
“Pepero ya? Del memang pandai buat biskut ni.” Puji Tok Teh. Dia belum pernah rasa biskut buatan Deila tetapi dari cerita Rhett, dia yakin pasti sedap. Tak tunggu lama, tok ambil sebatang lalu dia masukkan ke dalam mulut.
“Memang sedap!”
Lebar sengih Deila dengar pujian tok.
“Kau tak nak rasa? Rugi tau. Benda ni hanya Deila paling pakar buat.” Kata Tok Teh sambil memandang tajam ke arah ibu Rhett. Deila terus tersipu-sipu. Agak melebih pujian Tok Teh, buat pipi tercemar dengan rona merah.
Ibu Rhett mengalah, punggung terus dilabuhkan di sebelah Bu Narti.
Rhett Raffendy yang baru menapak masuk ke dalam rumah mematikan langkah bila dengar suara riuh berbual di ruang makan. Laju kaki dituju ke situ bila rongga hidung ditusuk satu haruman yang sudah lama tidak dihidu. Haruman yang buat air liur merembes laju.
“Rhett!” Tok Teh lebih dulu sedar tentang kemunculan Rhett kerana kedudukannya yang menghadap ke gerbang yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu.
“Serius?!” Rhett tarik wajah kelat. Mata terpicing ke wajah Deila.
“Tak ada untuk saya?” Sambung Rhett dengan bibir sedikit terketar. Deila pandang pinggan yang kosong. Dengan muka bersalah, Deila kembali memandang Rhett.
“Alamak, lupa tinggalin buat tuan muda!” Bu Narti tepuk dahi. Tak dinafikan, dia yang paling banyak makan.
“Strawberry, that’s my favourite Deila Araferro!” Rhett kata lagi dengan suara sedikit keras. Dia nampak sisa di pinggan. Ada dua warna, coklat dan merah jambu. Sebatang pun tak ditinggalkan. Habis licin!
“Maaf, hanya sepinggan je saya buat tadi. Bahan dah abis.” Deila terpaksa berterus terang bila lihat wajah kecewa Rhett.
Dia memang niat buat untuk dia dan Bu Narti je. Siapa sangka ibu Rhett dan tok tiba-tiba muncul dan join sekaki. Selalunya, waktu-waktu petang macam ni memang susah nak lihat manusia dekat ruang bawah. Rhett pun… yang tetiba balik awal pehal?
“Takpelah… saya okay je tak dapat makan jejari strawberi tu.”
Semua yang ada di situ berbalas pandangan bila dengan suara jelas merajuk Rhett kepada Deila.
“Kau minta je dengan Grab. Nak Pepero strawberi kan?” Tok Teh sampuk, cuba memujuk Rhett. Dia ikut rasa bersalah kerana dia juga banyak makan perisa strawberi tadi.
“It’s okay…” Jawab Rhett dengan suara lemah lalu melangkah gontai meninggalkan ruang makan. Deila dan tok berpandangan. Tok senggol lengan Deila.
“Buruk perangai. Pasal biskut pun nak merajuk ke? Kau pergi pujuk Rhett.” Arah Tok Teh. Deila angguk lalu meminta diri.
“Tak sambut suami depan pintu, jangankan Pepero, air teh pun tak dihidang… kau dah tak sayang suami kau ni ke, Del?”
Belum pun separuh tubuh masuk ke dalam bilik, Rhett sudah menyembur dengan suara bernada merajuk. Deila tercengang di muka pintu.
“Bukan macam tu. Kau balik awal dari kebiasaan.” Deila cuba bela diri. “Kau tak bagi makluman. Lain kali, beritahu.”
Rhett yang sedang duduk di salah satu sofa jenis armchair bingkas berdiri lalu melangkah besar-besar menghampiri Deila.
“You mean… I have to report to you… what I do, in detail?” Rhett merapatkan tubuh. Wajah juga hanya berjarak seinci dari wajah Deila.
“Saya tak maksud mac …”
“Okay then.”
Belum sempat kata-kata ditamatkan, Rhett cantas laju. Deila tercengang. Serius, dia bukan mahu laporan lengkap. Cukup sekadar beritahu jika Rhett pulang awal dari waktu kebiasaan supaya hal seperti tadi tidak berulang lagi. Dia suka je kalau hari-hari dapat sambut kepulangan Rhett. Dia suka bila Rhett peluk tubuhnya lalu mencempung atau mengangkat dia masuk hingga ke ruang tamu atau kekadang terus masuk ke bilik.
“P-Pasal Pepero tu…” Terus tergagap bila Rhett semakin menghilangkan jurang antara wajah mereka berdua.
“Pasal Pepero tu?” Rhett ulang sambil ukir senyum miang ulat bulu meronda kawasan.
“Saya nak… urgh… Rhett…”
“Stop talking, saya nak rasa kemanisan Pepero yang masih tersisa dekat dalam ni.”
Deila terus pejam mata saat bibir dikulum oleh Rhett.
Esoknya, selepas Rhett keluar ke pejabat, Deila mengajak Bu Narti temankan dia keluar untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. Dia mahu buat biskut jejari untuk Rhett.
Ketika sedang sibuk memilih beberapa barang, telefon bimbit Deila berdering. Deila pandang nama yang tertera di skrin. Rhett!
“Isteriku yang terpaling cantik, saya baru sampai ke pejabat. Kejap lagi ada meeting. Dalam dua jam macam tu saya bermesyuarat. Lepas tu kena jumpa seorang klien berkenaan kontrak. Kalau takde masalah dah boleh turunkan tanda tangan. Lepas tu…”
“Errr…. Rhett!” Hampir bercantum kening saat Deila memangkas, mahu Rhett berhenti bercakap.
“Ya, sayang.”
“Kau beritahu semua ni kenapa?”
“Nothing, I just do what you wanted me to do.”
Deila kerut dahi. Dia? Bila masa dia beri arahan macam tu?
“Rhett, saya…”
“Call you later, bye!”
Deila tercengang bila Rhett menamatkan panggilan. Apa-apaan ini? Rhett dah kenapa? Deila geleng.
Dibantu oleh Bu Narti, Deila mulai sibuk di dapur selepas balik dari berbelanja. Sengaja dia lebihkan perisa strawberi supaya Rhett tidak bising lagi. Tengah sibuk menguli, telefon bimbit berdering. Deila terus sambut panggilan sebaik sahaja lihat nama yang tertera.
“Sayang, saya baru selesai mesyuarat. Lepas ni kena tunggu seseorang yang penting datang untuk sign kontrak. Perbincangan mungkin makan masa. Ada beberapa fail laporan projek yang belum sempat saya sentuh. Lepas tu…”
“Rhett! It’s okay, kau tak perlu beritahu saya semuanya. Dah, saya sibuk. Bye!”
Deila merungut bila dia terpaksa uli doh semula gara-gara tengah menguli masa tu juga kena sambut telefon. Sedang menunggu biskut jejari masak, telefon bimbit berdering lagi.
“Rhett…”
“Everything runs smoothly, sayang. Tak sangka urusan tentang kontrak tu berjalan lancar. Perbincangan tak sampai sejam tau dah sign contract. Now I’m still in my office. Nak settlekan fail yang bertimbun atas meja ni. Lepas ni…”
“Ya Allah, puan muda! Hangus, hangus!” Suara jeritan panik Bu Narti buat Rhett terdiam sesaat.
“Del, apa yang hangus?”
“Ini semua kau punya pasal!” Terkejut Rhett diherdik oleh Deila. “Jangan call semata-mata mahu beritahu apa kau buat dekat ofis! I just want to know what time you are coming home, that’s all!”
TUT!
Hanya selepas biskut jejari siap, baru timbul penyesalan di hati Deila kerana memarahi Rhett. Lepas diherdik, Rhett langsung tak telefon. Deila bersiap secantiknya. Niat hati mahu memujuk Rhett. Sebuah bekas Tupperware berisi penuh biskut jejari dia masukkan ke dalam bakul kertas. Selepas beritahu Bu Narti yang dia mahu ke pejabat Rhett, Deila terus keluar dan memandu tenang. Dia gunakan aplikasi Waze kerana ini pertama kali dia ke syarikat Rhett.
Ketika Deila sudah terpacak di depan sebuah bangunan gigantic, barulah dia tersedar akan sesuatu. Dia pernah berada di situ, suatu waktu dahulu menghadiri temuduga. Dahi berkerut seribu. Mungkinkah dia dan Rhett pernah berjumpa sebelum kisah durian Musang King itu?
“Ya, ada buat appointment?” Gadis di meja depan menyapa mesra. Deila senyum sumbing. Lupa tentang protokol yang satu itu.
“Sekejap ya, saya call tuan punya badan.” Deila menjauhi kaunter dan menelefon Rhett.
“Ya sayang..”
“Rhett, saya di front desk sekarang. Saya nak jumpa kau.”
“Serius? Kau di bawah? Jap, I’ll go there!”
Deila menamatkan panggilan lalu membalas senyuman manis gadis penjaga meja depan itu.
“Cik nak jumpa siapa?” Sekali lagi gadis itu tanya.
“It’s okay, dia kata kejap lagi dia akan turun untuk jumpa saya.” Jawab Deila dengan sopan. Gadis itu angguk lalu meneruskan kerja.
“Isteriku!”
Tegak kuping telinga Deila dengar jeritan teruja itu. Spontan kedua-dua pipi bertompok merah. Ya Allah, bikin malu betul! Deila tercengang bila Rhett meluru lalu memeluk tubuhnya.
“I guess laporan lengkap saya tu sangat berkesan. Buat kau semakin rindu dan tak sabar nak jumpa sampai datang ke sini. Am I right?”
Right kepala hotak hang! Hanya dalam hati jela. Deila tidak berani angkat wajah. Rhett tak nampak ke semua mata terarah kepada mereka berdua? Semua tayang ekspresi wajah yang hampir sama. Macam nampak hantu! Terkejut. Terlopong. Terkaku.
“Rhett… semua orang pandang. Tak nampak ke? Lepaskan pelukan kau.”
“Tak nak. Nanti mereka akan tahu juga lepas kita sanding!”
Deila pantas membenam wajah di dada Rhett bila Rhett cempung tubuhnya lalu dibawa menuju ke lift. Dia sangat malu. Tak macam ekspresi wajah Rhett saat itu. Ekspresi terpaling bahagia!
“Rhett…”
“Ya, sayang.”
“Kenapa kasut tinggi hitam itu terlalu familiar?”
Aduh, Rhett hampir tepuk dahi sendiri. Dia benar-benar terlupa tentang kasut tumit tinggi yang dia curi-curi ambil di bilik Deila dahulu. Tersimpan rapi dalam sebuah kotak kaca di dalam kabinet berkaca di belakang meja kerjanya.
“Yang itu…” Gagap Rhett mahu jawab apatah lagi bila ditusuk tajam oleh sepasang mata singa Deila.
“Rhett…”
“Okay… okay! Tu kasut Cinderella yang menghentam belakang saya dulu siap hiburkan saya dengan lagu Doraemon. Saya ambil dari bilik kau. My bad!” Rhett akhirnya mengaku sambil angkat dua-dua tangan separas bahu, surrender!
Deila tergamam. Serius… dia tak pernah tahu kasut yang terbang dari kakinya itu rupanya terkena Rhett Raffendy!
Sorry guys, lama x timbul Miss Pepero ni, enjoy!
Share this novel