BIS 2

Drama Series 5003

" BERANI kau sentuh aku!” Sayra menjerit sambil bingkas bangun, dan tanpa berfikir panjang, dia menolak tubuh Nek Faridah sekuat hatinya hingga wanita tua itu terdorong ke belakang dan terjatuh ke lantai.

“Jangan nak tunjuk samseng sangat kat rumah aku! Ini rumah aku! Bukan rumah korang!”

Suhaila menekup mulut, menahan tangis, Hakimi pula hanya berdiri di tepi pintu, menggenggam erat kain lap di tangannya, tidak tahu apa yang patut dilakukan, wajahnya jelas ketakutan melihat kemelut yang sedang berlaku.

Suasana kini tegang. Rumah itu tidak lagi tempat perlindungan ia kini menjadi medan dendam dan penghinaan.

Suhaila kelam-kabut mengatur langkah kakinya ke arah Nek Faridah yang sudah jatuh ke lantai.

" Hey perempuan kau bawak mak kau ni berambus dari sini, tak payah nak buat kecoh dekat rumah aku!" tinggi suara Sayra berkata.

" Kau ni memang biadap kan Sayra!" marah Nek Faridah sambil menggosok belakangnya yang kesakitan.

" yang kurang ajar tu kau, hey kau tak payah nak memekak datang sini. Tak pasal-pasal mati kau aku kerjakan! " Sayra bengang.

Sayra berdiri tegak, dada turun naik menahan marah. Nafasnya kasar, matanya tajam menikam wajah Nek Faridah yang masih terbaring di lantai, mengaduh perlahan sambil Suhaila meluru ke arah ibunya dengan muka cemas.

“ Padan muka kau ,” gumam Sayra dingin.

Namun suara Hakimi yang tiba-tiba mencelah membuatkan suasana menjadi sedikit perlahan.

“ Adik… jangan tolak orang,” suara Hakimi perlahan, tetapi cukup jelas. Wajahnya cemas, tangannya menggenggam erat kain lap yang tadi digunakan untuk mengelap meja. Dia memandang Sayra dengan mata sayu mata yang tak pernah berdusta.

Sayra berpaling ke arahnya dengan pandangan menyinga.

“Diam, Kimi! Kau jangan masuk campur hal aku dengan orang tua ni !”

Hakimi tunduk. Bahunya jatuh. Matanya berkaca, tapi dia hanya menggigit bibir, menahan kata. Dia faham, adiknya sedang marah, tapi hatinya tetap terluka. Dia cuma mahu semua orang berhenti bergaduh.

Ketika itu, dari dalam bilik, bunyi roda berdecit kecil kedengaran. Hajah Lijah muncul dengan kerusi rodanya, wajah cemas melihat kekecohan yang berlaku di ruang tamu. Dia menolak rodanya perlahan ke arah anak-anaknya.

“Astagfirullah… Sayra, apa yang kamu buat ni? Kenapa tolak-tolak orang?” Hajah Lijah bertanya, suaranya cemas, lembut tapi bergetar.

Sayra mendengus.

“Ibu jangan masuk campur. Dia yang datang cari pasal kat rumah kita!”

“Tapi itu makcik kau… tak elok macam ni, Sayra. Kita orang Melayu, kita ada adab…”

“Adab?” Sayra menyambung ketawa sinis.

“Ibu tak nampak ke dia datang serang adik dulu?! Habis ibu nak adik biar je muka adik ni kena tampar? Tak payah bela diri?!”

Hajah Lijah terdiam. Dia memandang Nek Faridah yang masih di lantai, kemudian pada Sayra. Dia tahu anak perempuannya itu keras hati, tetapi tetap seorang anak. Dan dia juga tahu, dia terlalu banyak berdiam diri selama ini, membiarkan Sayra bertindak sesuka hati.

Hakimi pula masih berdiri di sudut meja, menggenggam erat kain yang kini hampir basah dengan peluh di tapak tangannya. Matanya merenung satu persatu wajah di hadapannya dan satu kalimat sahaja yang terlintas dalam hatinya

“Kenapa semua orang tak boleh berhenti menyakiti satu sama lain?”

" Hey Ila kau bawak mak kau ni balik," arah Sayra menyampah.

" Mak.. jom lah balik janganlah macam ni" perlahan-lahan Suhaila memapah Nek Faridah untuk bangun.

" Kau ni kan memang perempuan jahat kan! Kau tunggu je nasib kau nanti Sayra"

" Kau ingat aku tak tahu kau selalu layan abang kau dengan kakak aku macam mana?"

" Kau ingat kau akan selamat hidup macam ni?"

" Hey kau diamlah, aku tak mintak pendapat kau pun. Kalau ya pun aku layan ibu dengan abang aku macam tu apa kaitan dengan kau "

" Kau tak payah berlagak bagus atau baik dekat sini macam anak kau "

" Kau ingat aku tak tahu kau jaja cerita ibu dengan abang aku yang lembap ni dekat orang kampung kan! " Sayra menjegilkan matanya itu.

Nek Faridah terdiam seketika.

" Kau jangan nak fitnah aku lah, dah lah Ila jom balik. Biarkan perempuan ni meroyan dekat sini " ujar Nek Faridah.

" Ida.. " suara Hajah Lijah itu menghentikan langkah kakinya itu.

" Maaf Ida, Sayra tak bermaksud kan pun ape yang dia cakap tadi."

" kau ajar sikit anak kau tu bila bercakap dengan aku ya long " ujar Nek Faridah terus dia mengatur langkah kakinya meninggalkan rumah tersebut dengan perasaan yang marah dan tidak berpuas hati.

Sayra berdegus geram.

" Kacau mood aku je! " Sayra terus mengatur langkah kakinya meninggalkan ruang tamu itu.

Hajah Lijah melepaskan keluhan perlahan.

SAYRA duduk di birai tangga rumah sambil mengenakan sepasang kasut tertutup. Tangannya cekap mengikat tali kasut sambil matanya melirik pada skrin telefon bimbit. Hatinya masih panas dengan kejadian semalam, namun wajahnya tetap tenang seperti tiada apa berlaku.

Dari ruang dapur, suara Hajah Lijah kedengaran lemah namun cukup jelas,

“Adik... nak ke mana pagi-pagi lagi ni?”

Sayra mendengus kecil. Tidak menoleh pun ke arah ibunya yang berada di atas kerusi roda.

“Pergi kerja lah, mak. Ingat duduk rumah ni boleh kenyang ke?” balasnya selamba, nada suara agak sinis.

Hajah Lijah hanya terdiam. Matanya mengejar kelibat anak perempuannya yang kini berdiri dan menyandang beg tangan mewah ke bahu. Walaupun hatinya berat, dia tetap tidak membantah. Sayra sudah biasa begitu.

" Siapa nak bagi duit dekat mak dengan kimi kalau adik tak kerja, takkan nak harapkan kimi yang bengap tu!"

" Adik.. janganlah cakap macam tu, walau apa pun jadi kimi tetap darah daging adik kan"

" hishh, dah lah.. mak sambung ceramah nanti aje"

Langkah Sayra deras menuju ke pintu. Sekali pun dia tidak menoleh ke belakang, membiarkan Hajah Lijah dan Hakimi di rumah tanpa sebarang salam atau senyuman.

SUHAILA berdiri di hadapan rak buku yang penuh dengan koleksi novel cinta. Matanya leka meneliti satu demi satu tajuk, jarinya menyentuh perlahan kulit buku yang menarik perhatiannya. Senyum nipis terbit di bibirnya. Seketika, dunia di sekeliling terasa sunyi, seolah hanya tinggal dia dan helaian-helaian cerita yang menanti untuk dibaca.

Tiba-tiba, satu suara muncul dari celah rak, lembut dan penuh usikan manja.

“Hai... nak mengorat boleh tak?”

Suhaila tersentak kecil. Dia berpaling dan matanya membulat apabila melihat lelaki itu berdiri hanya beberapa langkah darinya wajah yang terlalu dia kenali, terlalu dia rindui.

“Mi.. Mika...?” tutur Suhaila perlahan, terkejut namun ada sinar bahagia terpancar di wajahnya.

Rufka Al Mika tersenyum senget, matanya memandang Suhaila penuh kasih. Dia melangkah perlahan mendekati, tangannya menyeluk poket seluar, dan pandangannya tidak lepas dari tunangnya itu.

" ehh.. Mika buat ape dekat sini. Jap bila Mika sampai ni" soal Suhaila terkejut.

“ Mika rindu Ila lah sebab tu datang sini " ujarnya dengan nada rendah dan penuh makna.

Suhaila menunduk malu, pipinya merah merona. Buku yang dipegang hampir terlepas dari tangannya.

“ Mika ni... suka buat Ila terkejut je,” balasnya manja, namun matanya tidak mampu menipu rasa gembira yang sedang mekar di hati.

" Jom pergi makan nak? Mika tak makan lagi ni. Perut ni dah pasang lagu dangdut dah" rengek Rufka sengaja.

Suhaila hanya tertawa sahaja, Rufka hanya mengukir senyuman.

SUASANA di restoran itu cukup tenang, dihiasi cahaya lampu malap yang menenangkan.

Di meja makan, hidangan utama akhirnya tiba sepinggan steak yang masih panas dan berasap. Suhaila tersenyum manis sambil memandang Rufka, namun ada sedikit kepayahan pada cara duduknya yang disedari lelaki itu sejak mereka melangkah masuk ke restoran tadi.

Rufka mengambil garpu dan pisau, lalu mula memotong steak di hadapannya kepada bahagian kecil. Potongannya kemas dan perlahan, penuh hati-hati.

" Baru senang makan kalau potong macam ni tau" ujarnya lembut, lalu mengalihkan pinggan yang telah siap dipotong itu ke arah Suhaila.

Suhaila menerima dengan senyuman, namun tangan yang menyambut itu membuatkan mata Rufka berhenti memandang wajahnya. Anak matanya jatuh pada pergelangan tangan Suhaila yang kelihatan kemerahan, seolah ada kesan lebam yang belum lama muncul.

Dahi Rufka berkerut. Naluri lelakinya terusik.

" Suhaila" panggilnya perlahan.

" Kenapa tangan Ila ni?"

Suhaila terkaku seketika. Garpu di tangannya sedikit terhenti. Dia cuba mengangkat senyuman, namun jelas senyum itu hambar dan tidak meyakinkan.

" er.. ni jatuh"

Rufka masih memandangnya, matanya tak berganjak.

" Lagi satu" sambungnya perlahan, nadanya berubah sedikit serius.

" Sejak tadi Mika perasan kaki Ila macam sakit je, terhincut-hincut. Ila okey ke?"

Suhaila cuba bersuara, namun suaranya tersekat. Wajahnya berubah resah, dan dia hanya mampu tunduk menatap pinggan di hadapannya.

" Jatuh, biasalah kan?"

" Yer ker, ke.. sepupu Ila yang buat. Ila pun pernah bagitahu Mika kan yang sepupu ila tak suka Ila kan"

Suhaila terdiam.

" Mana ada, Mika ni tak baik main tuduh tau"

" Ila tak payah tipu lah, tengok dari muka Ila ni pun Mika dah tahu. Haihh, kenapa lah dengan sepupu Ila ni kan"

" Tak per lah, lagipun salah Ila. Ila buat dia marah"

" If Ila buat dia marah pun, ape hak dia nak buat Ila macam ni" wajahnya kini ketat.

Suhaila tertawa kecil melihat wajah tunangnya itu yang kelihatan ketat.

" Ila gelak? Nampak Mika buat lawak ke sekarang ni Nur Suhaila"

" hahaha, tak der lah. Mika ni yang dia buat Ila. Yang Mika marah lebih ni kenapa"

" yer lah mana Mika tak marah, dia dah buat Ila sakit"

" Tak der lah, Ila okey je. Dah cepat makan ya Rufka Al Mika"

Mika hanya melepaskan keluhan perlahan.

" Ermm, Mika nak stay sini ke malam ni? Ila boleh carikan homestay terdekat dekat sini"

" ermm boleh jugak lah, Mika nak stay ni 2,3 hari.. ohh sekejap lagi Mika nak ke kedai dulu. Ila nak ikut?"

Suhaila menggeleng.

" Tak per lah, Ila kena balik rumah nak masak nantikan tak masak ibu bising kang"

Rufka hanya tertawa.

" Malam ni kita pergi jalan-jalan dekat pekan ni boleh" ujar Rufka.

Suhaila mengangguk sambil mengukir senyuman.

SUASANA di pasaraya itu agak sibuk pada petang itu. Sayra sedang menyusun stok barang di rak bahagian barangan kering. Kotak-kotak berisi barang baharu diletakkan di sisinya. Dengan pantas dan kasar, dia menyusun botol-botol sos, kicap dan mayonis mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Tiba-tiba, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menghampirinya dengan wajah mesra

"Adik, rak sos cili kat mana? Dah pusing satu kedai tak jumpa," soal wanita itu dengan nada baik.

Sayra menoleh sekilas, wajahnya masam.

"Dah depan mata ni, mak cik. Buta ke?" balas Sayra tanpa berselindung, suaranya keras dan kasar.

Wanita itu tersentak. Pelanggan lain turut menoleh ke arah mereka yang kini semakin menarik perhatian. Suasana mula jadi tegang.

"Kau cakap apa tadi, ha? Kurang ajar!" jerit mak cik itu lalu menolak bahu Sayra dengan kuat hingga Sayra terdorong ke belakang dan jatuh terduduk ke lantai.

" Semua benda nak orang bagi, pakai lah mata cari. Orang ni dah lah banyak kerja"

" Dah kau yang kerja dekat sini kan, habistu kau nak aku tanya siapa?"

Sayra mendengus dan bersedia untuk bangun, namun wanita itu sudah mengangkat tangan bersedia untuk melempang pipinya.

Namun sebelum sempat tapak tangan itu singgah ke pipi Sayra, satu tangan lelaki muncul dari sisi dan menyambar pergelangan tangan wanita itu.

"Cukup, mak cik." Suara itu tenang namun tegas.

Wanita itu terpinga-pinga dan menoleh ke arah pemilik suara. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki tegap berbaju sut hitam, berwajah serius dan berkaca mata hitam yang tersangkut di kocek bajunya. Siapa lelaki ini.

Sayra yang masih duduk di lantai memandang lelaki itu dengan mata membulat. Jantungnya berdegup laju. Lelaki itu... terlalu kemas, terlalu kacak, dan jelas bukan orang sembarangan.

Rufka menoleh ke arah Sayra sekilas. Matanya tajam, namun tenangnya luar biasa.

"Awak tak apa-apa?" soalnya pendek.

Sayra hanya mampu mengangguk perlahan, lidahnya kelu. Pertama kali dia melihat lelaki sebaik itu dan yang lebih mengejutkan, lelaki itu baru sahaja menyelamatkannya.

Mak Cik tersebut berdegus geram dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan mereka di situ.

Enjoy readinggg :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience