Bab 2

Romance Series 6320

Hafizul yang berada di pejabatnya duduk mengelamun sambil memandang keluar jendela. Beberapa hari ini dia terfikirkan akan Mima yang sudah bergelar jandanya.

"Dia tengah buat apa ye sekarang?" Tanya Hafizul.

Pen ditangan diputar putar. Hati berbagi dua antara hendak menghubungi Mima ataupun tidak.

"Kalau aku hubungi dia, aku nak tanya apa? Tanya khabar okey tak?" Tanya Hafizul lagi.

"Tapi nanti, dia fikir yang aku ni tak boleh lupakan dia pulak. Aishh.. Ahhh lantaklah." Katanya lagi lalu menghubungi Mima langsung.

"Assalamualaikum." Sapa suara lelaki yang tidak dikenalinya.

"Siapa ni? Mima mana?" Tanya Hafizul.

"Kau tu yang siapa?" Tanya Fatih.

"Aku?? Aku.. Aku.." Ucap Hafizul gagap.

"Kau sapa? Yang gagal ni kenapa? Scammer ke?" Tanya Fatih.

"Aku bekas suami Mima. Kau siapa pulak??" Tanya Hafizul lancar.

"Hahahaha!!!!“ Fatih ketawa keras.

" Ex husband yang tak guna tu?" Tanya Fatih lagi.

"Hahh, setidaknya, aku pernah jadi suami dia. Sedangkan kau?? Kau nak ke dekat janda aku tu? Dahlah gemuk, badan berbau. Buruk.. Kau ambik jelah. Aku pun tak hingin." Balas Hafizul.

"Kau kata apa tadi? Hello, setidaknya adik aku tak pernah makan duit kau tau. Aku berterima kasih sangat pada kau sebab kau tak dah ceraikan adik aku. Kau memang tak layak untuk Fatimah." Kata Fatih.

"Jappp. Awak abang Mima??" Tanya Hafizul.

"Mima ada abang?? Sejak bila?" Tanya Hafizul.

"Setahu aku dia yatim piatu, sebatang kara. Takde sesiapa pun. Kau jangan nak tipu lah." Kata Hafizul.

"Aku abang dia yang sulung, Fatih. Dia ada abang kedua Faiz dan ketiga Fariz." Kata Fatih memberitahu.

"By the way, thank you selama ni jaga adik aku walaupun tak sebaik kami menjaganya. Dan aku tahu, kau dan family kau membulinya selama dia masih jadi isteri kau. So, aku harap kau jangan ganggu dia lagi. Dia takkan kembali pada neraka ciptaan kau sendiri." Kata Fatih.

Dia langsung menamatkan panggilan itu dan membuatkan Hafizul sedikit sebanyak menahan geram didalam hati.

Faiz melihat wajah murung abang sulungnya yang jarang jarang dilihatnya.

"Kenapa? Siapa yang call Mima?" Tanya Faiz.

"Ex husband dia." Balas Fatih.

"Dia nak apa?" Tanya Faiz melihat Fatih.

"Aku tak rasa dia selamat tinggal sendiri dalam rumah ni." Kata Fatih.

"Tapi lelaki tu tak tahu kan yang Mima tu adik kita." Kata Faiz.

"Memang tak tahu. Tapi dia tahu dimana Mima belajar. Aku taknak dia Eko Rimba Mima dan tahu siapa Mima." Kata Fatih.

"Kita kena cari bodyguard buat dia ni." Kata Faiz.

"Tak nak!" Balas Fatimah.

Kedua mereka menoleh melihat kearah Fatimah.

"Kenapa tak nak?" Tanya Fatih.

"Please lah Abang Fatih, jangan kongkong hidup Mima. Mima rimas kalau ada bodyguard." Kata Fatimah.

"Tapi, macam something lah ex Mima tu. Macam orang gila talak." Kata Faiz.

"Buat lah apa yang dia nak buat. Mima takkan kembali pada dia." Kata Fatimah.

"Mima tinggallah dengan Abang Fatih. Takpe, bab hantar ambil Mima dekat U tu, Abang Fatih akan urus." Kata Fatih memberikan cadangan.

"Takpelah. Mima taknak susahkan Kak Sara. Mana lagi nak urus anak-anak." Kata Fatimah.

"Kalau macam tu, tinggal dengan abang Faiz. Mesti Kak Ain suka." Kata Faiz.

Mendengar itu, Fatimah terus geleng kepala. Bukan apa, Isteri abang keduanya seorang Leftenan dalam  TUDM, membuatnya gerun.

Antara Sara dan Ain, dia rela tinggal dengan Sara berbanding Ain yang terlalu banyak undang-undang dibuatnya.

"Biarlah Mima tinggal dekat rumah banglo peninggalan Arwah ni. Lagipun Abang kan cakap yang Abang Fariz akan pindah dan kerja kat sini." Kata Fatimah.

"Ye, memanglah. Tapi, Ariz call abang semalam, dia tak jadi pindah bulan ni. Maybe balik dia dari misi, baru dia balik sini. Dan bertugas di sini." Kata Faiz.

"Ooo.. Takpelah. Don't worry. Mima pandai jaga diri Mimaa." Kata Fatimah lagi.

Nak tak nak mereka terpaksa mengikut kemahuan sang adik bongsu.

"Abang Fatih kena balik hari ni. Abang kena flight ke Jakarta untuk meeting bersama kak Sara." Kata Fatih.

"Ooo.. Takpe. Abang baliklah. Seminggu lebih dah Abang kat sini. Jangan risau Mina akan okey kat sini. Jangan risau, Mima dah besar, dan Mima takkan senang dipermainkan lagi." Kata Fatimah.

"Macam ni lah adik abang. Abang Iz pun kena balik hari ni. Kesian Kak Ain." Kata Faiz.

"Ye... Jangan risaukan Mima okey." Kata Fatimah.

Mereka bukan tak percayakan Adik mereka Fatimah, namun mereka takut jika Ex suaminya tahu siapa Fatimah dan siapa keluarga Fatimah. Mereka pasti yang family belas suami Fatimah pasti akan mengejar-ngejar adik mereka itu semula.

Di sisi lain, Fariz menemani sahabatnya di dalam dewan mahkamah Syariah untuk kes penceraian sahabatnya itu.

"Kau tenang Zhaf. Kau dah habis fikir ke? Takde ke peluang untuk hubungan korang ni?" Tanya Fariz.

"Tak. Bagi aku hubungan ni takkan pergi jauh. Aku tak boleh Far. Dia yang duakan aku. Kalau setakat pegang tangan ke berbalas pesanan ke aku okey lagi. Tapi ni sampai atas katil. Dayus aku dimata teman-teman kita." Kata Zhafraedh.

"Tapi dia dah bagitahu kan, yang semua tu perangkap keluarga dia." Kata Fariz.

"Kau nak percaya dia ke Far?" Tanya Zhafraedh.

"Tapi aku macam tak percaya Asyiqa buat macam tu. Ni semua mesti fitnah." Kata Fariz.

"Lantak kau lah Far." Kata Zhafraedh.

"Jangan menyesal sudah." Kata Fariz pula.

"Aku takkan menyesal." Kata Zhafraedh.

Zhafraedh tidak percaya akan kata kata Asyiqa, kerana semuanya jelas dari rakaman video CCTV yang dipasangnya secara tersembunyi.

Asyiqa membawa Jerricho teman kerjanya masuk kedalam apartment mereka. Dan hingga lah semua tu berakhir di atas ranjang mereka.

"You.." Panggil Asyiqa.

"Aku takde masa nak berbual dengan kau lah." Kata Zhafraedh.

"Semua tu fitnah you. I tak tahu apa yang jadi masa tu." Kata Asyiqa.

"Lihat dan tunggu bukti yang akan saya serahkan pada Hakim." Kata Zhafraedh.

"Bukti??" Asyiqa sudah agak. Suaminya itu mempunyai bukti yang kuat untuk bercerai dengannya.

"Bukti apa ni you?" Tanya Asyiqa.

"Tunggu." Balas Zhafraedh.

Beberapa minit kemudian, Perbicaraan berlansung dan semua bukti kukuh yang ada pada nya diserahkan pada pihak mahkamah.

Namun alasan yang diberikan Asyiqa membuatnya menahan bahang amarah didalam hati.

"Saya tak puas Hakim." Kata Asyiqa.

"Tak puas bahagian mana?" Tanya Hakim.

"Dalam sebulan, dapat dikira berapa hari je dia ada bersama saya. Dia tak ada bersama saya dan nafkah batin diabaikan." Kata Asyiqa.

Fariz hanya mampu mendengar dan menggelengkan kepalanya. Tak sangka yang Asyiqa dia kenal dulu tak sama dengan Asyiqa sekarang.

Sifat pemalu perempuan itu hilang. Tiada rasa segan bila dia menyebutkan aib seorang lelaki dan aib rumah tangga mereka.

Dan disebabkan itulah, Fariz terkenangkan Fatimah adiknya. Adakah adiknya diceraikan sebabkan perkara seperti ini? Ataupun sebaliknya.

"Mimaaa..." Ucapnya tanpa sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience