KLINIK

Romance Series 11578

Pagi keesokannya, mereka telah ke klinik untuk periksa. Ada seorang doktor perempuan sedang merawat baihaqi

"Encik okay?" doktor itu bertanya

Baihaqi mengangguk, tetapi dia tidak memandang lada doktor itu. Manakala aku pulak menjeling

"Okay, encik cirit-birit biasa. Sebab encik mungkin tak makan pedas. Jadi perut encik tak biasa. Saya bagi ubat cirit-birit dan tahan sakit. Kalau rasa tak sembuh lagi dalam 2 ke 3 hari. Encik boleh datang semula ke klinik untuk rawatan dengan saya" kata doktor perempuan itu, ingin memegang tangan baihaqi tetapi sempat ditarik. Baihaqi langsung tidak melihat doktor itu, pada dirinya walaupun isterinya tidak menyukainya. Tetapi dimatanya isteri lagi cantik daripada doktor itu

Aikkk, jarang-jarang aku jumpa lelaki tolak perempuan pegang tangan dia. Selalunya lelaki suka je. Anehh la mamat ni

Setelah siap, mereka keluar manakala fatin menuju ke kaunter untuk mengambil ubat dan mereka keluar menuju ke kereta. Mereka pulang, semasa di dalam kereta. Baihaqi berkata

"Awak nampak tak tadi?"

"Nampak? nampak apa?"

"Apa yang doktor tu nak buat dekat saya?"

Lahh, manakalalah aku kisah. Doktor tu nak buat apa pun dengan kau. Doktor tu nak goda kau ke, ikat kau ke, kahwin dengan kau ke...... Eh eh kahwin tu tak boleh, kau dah jadi laki aku dulu. Tak boleh kongsi-kongsi ehh. no no em em no no

"Kenapa? salah ke?"

"What? awak boleh tanya macam tu? salah ke?" marah haqi

"Iye la apa yang salahnya?" sengaja fatin buat-buat tak faham

"Okayyyy.............. awak nampak kan yang dia nak ambik kesempatan untuk pegang tangan saya?"

Fatin menganggukkan kepalanya berkali-kali dan menjongketkan bahunya tanda then?

"Awak tak marah?'

"Sebab apa saya nak marah? sebab dia nak pegang tangan awak macam tu?"

"Yes"

Lahhh buat apa aku nak jealous, kau bukannya suami idaman aku pun. Dia nak pegang kau, lantak dia lah. Dah kau sempat tarik tangan kan? so nothing lah

"Dah la, saya malas nak gaduh-gaduh dengan awak. Buat naik darah je"

Kami diam sehingga ke perkarangan rumah, masuk ke dalam rumah. Umi pun menegur baihaqi

"Haqi macam mana pergi klinik tadi? dah okay ke?"

Haqi menuju ke umi diruang tamu dan duduk disisinya. Aku terus ke dapur untuk membuatkan air

"Okay alhamdulillah umi, doktor cakap kalau tak baik baru ke klinik semula" kata haqi sambil matanya memandang fatin berlalu ke dapur. Umi ternampak itu dan menegur

"Sabar je lah haqi, fatin tu keras sikit. Kamu pun tahu kan kenapa kamu kahwin dengan dia. Umi harap kamu boleh bersabar selagi mampu, umi yakin kamu boleh ubah fatin tu" kata umi sambil mengosok tangannya

"InsyaAllah umi, haqi cuba. Doakan haqi ya" balas haqi sambil tersenyum. Fatin pun keluar lalu memberikan air kepada haqi dan terus ke biliknya semula

"Kamu pergi la naik atas berehat"

"Baik umi"

Haqi pun terus ke dalam biliknya, dilihat fatin sedanh bermain dengan telefonnya

"Fatin" panggil haqi lalu baring disebelah fatin

Fatin mengangkat kepalanya tanda menanyakan apa?

"Kenapa awak jadi macam tu?" tanya fahmi

"Jadi macam mana apa?"

"Mean perangai awak tu"

"Ouhh, kenapa? awak nak cakap yag saya ni keras kepala? ke degil? atau suka menyakitkan hati awak?" sengaja fatin ingin menguji kesabaran haqi

"Saya tak cakap apa-apa pun. Saya cuma tanya kenapa? awak akan berubah mesti bersebab. Bukan suka-suka"

"Hahhhhh, tahu pun bukan suka-suka" suara aku sudah naik senoktaf

Nak je aku cakap, aku berubah sebab nak kahwin dengan kau lah. Kalau tak kahwin nanti mak aku marah

"Awak marah ke?"

"What? hello excuse me?? buat apa saya nak marah dengan awak? apa yang saya dapat?" balas aku

"Tak, tak ada apa-apalah" kata fahmi lalu berbaring disebelah aku

Elehh dia nak suruh aku jealous la tu, tapi tak kesampaian sebab kau bukan lelaki pilihan hati aku. Kau cuma lelaki pilihan keluarga aku je

Aku terus bermain telefon, tanpa mempedulikan dia yang sudah tidur. Tiba-tiba aku ternampak dahi haqi macam berkerut-kerut memikirkan sesuatu, tapi aku tidak mengendahkannya sehinggalah aku terdengar dia sebut

"Alya"

Kenapa dia sebut nama tu dalam tidurnya? adakah dia pernah bercinta sebelum ni? bekas teman wanitanya? atau tunangnya? ataupun isterinyakah?? tak mungkinlah dia dah pernah berkahwin. Tapi logik jugak. Fikir fatin

Arghhh lantaklah, dia bukannya aku sayang pun. Aku terus menutup telefon dan membuka lampu tidur lalu berbaring disebelahnya

Keesokan paginya, aku tersedar apabila telefon aku terbunyi jam mengejutkan pagi. Aku meraba-raba telefon dan menutup jam tersebut. Tetapi bila hendak bangun,aku terasa seperti berat diatas pinggang aku. Macam ada sesuatu sahaja. Aku melihat, eh ada tangan dia rupanya

"Awak ooo awak" kejut fatin

"Emmmm" jawab haqi sambil memeluk fatin lebih kuat dan erat

"Awak bangunlah, angkatlah tangan awak ni. Beratlah, awak letak atas perut saya" kata fatin

"Kalau saya tak nak angkat?"

"Saya akan tendang awak"

"Tendanglah" kata haqi dalam tidurnya ingin menguji fatin

Fatin baru ingin membuka langkah, untuk menendang bahagian terlarang baihaqi tu. Tetapi sempat dielak, lalu haqi terus menindihnya serapat yang boleh sehingga dia terdengar degupan jantung haqi

"Awak nak apa?" aku berkata sambil kancing gigi

"Tak ada nak apa-apa tadi kata nak tendangkan?"

"Awak nak saya tendang betul-betul ke?"

Haqi menganggukkan kepalanya

Okay, kau anggukkan? aku tendang betul-betul. Baru sahaja aku ingin menendang tiba-tiba kain pelekat haqi terlondeh pulak dah

sorry lambat update sangat-sangat, saya busy sekarang baru free

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience