HFM 35 | | Secret Meant To Be Kept

Romance Series 73463

Zane termenung memandang ke tepi sewaktu pipinya berehat atas kepala itu.


"Saya taknak kamu berharap pada saya. Sebab saya bukan seorang lelaki yang baik. Saya akan sakiti sesiapa tak kira orang itu orang yang saya sayangi. Seumur hidup. Jadi sebaiknya begini."ucapnya dengan lirih.

Dihya melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang itu dan menyandar lebih rapat ke dada Zane. Entah kenapa dia merasa ketenangan dalam pelukan itu sedangkan dia sedang ditolak sekali dengan Zane. Sepertinya, hati kecil dia ini benar-benar terpaut pada Zane. Jadi, tak apa la kalau cinta tak berbalas... Sebab hidup dia dari dulu memang begini. Disakiti dengan orang sekitarnya dan takkan pernah disayangi buat tempoh yang lama. Dan tiada sesiapa kisah mengenainya sama ada dia terluka atau dalam kesakitan. Kalau Zane sakiti dirinya pun, dia tak kisah.

Sebab bagi Dihya sekarang, bersama dengan Zane adalah keutamaan dia. Jadi selagi dia boleh rasai perhatian dan kasih sayang ini, dia mahu Zane menerimanya walaupun ianya sementara.


"Kenapa macam tu? Sebab first time saya jumpa tuan, saya fikir tuan seorang lelaki yang baik tapi misteri. Tak pernah saya fikir yang Tuan seorang yang abusive." tanya Dihya di balik pelukan itu.


"Sikap benci saya pada orang sekeliling lama terbentuk kerana kepincangan keluarga saya sendiri. Sikap pentingkan diri mereka dan hipokrit mereka buatkan saya benci pada hidup ni. Sebagai penyelesaiannya saya gunakan kekerasan untuk luahkan rasa tak puas hati tu. Ayah saya seorang lelaki yang egois. Dia gunakan pelbagai cara untuk dapatkan apa yang dia mahukan. Termasuk jual anak sendiri untuk mendapatkan kuasa. Sejak tu saya tak pernah berharap pada sesiapa untuk ikhlas bersama saya. Apa saya tahu kalau sakiti mereka, tiada siapa akan sakiti saya."

Mata Zane merenung kosong ke udara. Tangan lebarnya mendakap kemas tubuh kecil itu hingga boleh memuatkan Dihya di pelukannya. Perasaan serba salahnya semakin menggebu apabila memori lama dan kenyataan Kyren siang tadi menerpanya semula.

Zane begitu berbelah bahagi dengan keputusannya.


"Kalau ayah saya tak cuba jual saya pada malam ulang tahun kelahiran saya malam tu, mungkin saya takkan mabuk kan diri....dan-"Zane tidak dapat meneruskan ucapannya kerana begitu kesal pada diri sendiri. Sudahlah dia mengakibatkan Dihya cedera parah hingga hilang kemampuan untuk merasa. Dia malah menampar Dihya sewaktu Dihya cuba lakukan yang terbaik untuk menyenangkan hatinya. Dan menambahkan rasa serba salahnya, Dihya tetap orang pertama yang meminta maaf dulu.


"Jual?" Dihya tersentak, dia pantas menolak dirinya dari pelukan itu. "Orang kaya macam tuan pun kena jual jugak?" soalnya begitu tak terkata dengan kenyataan tu.


Zane tunduk memandang Dihya dengan kening terangkat hairan. "Kenapa? Kamu fikir hanya orang miskin aje yang dijual beli? Orang kaya pun ada la. Contohnya perkahwinan saya dengan isteri saya yang dijodohkan oleh mereka sekarang. Ianya juga sebahagian dari transaksi mereka. Bukan sebab saya mahukannya."

Dihya terangguk-angguk. Tak hairan la kenapa Zane begitu rumit orangnya. Rupanya lelaki ini juga ada masalah dan rahsia sendiri. Entah kenapa dia berasa lega bila dengar yang Zane berkahwin kerana rancangan family, bukan sebab suka sama suka. "Mesti susah ya untuk Tuan tanggung semua tu sendiri dan tak ada sesiapa dekat sisi tuan untuk fahamkan tuan."Dihya menepuk belakang badan itu. Sedikit demi sedikit misteri tuannya ini terungkap.

Sekarang baru dia faham kenapa Zane begitu misteri, aneh dan tak terduga jenis orangnya. Lelaki ini juga mempunyai masalah yang hampir sama dengan dia. Keperibadian yang berkecamuk itu juga bukan kerana Zane mahukannya. Ianya kerana sudah terbentuk sejak awal lagi secara terpaksa.


"Adakah kamu masih sukakan saya lepas tahu semua tu? Tak takut kalau saya sakiti kamu lagi?"

Dihya menggesel wajahnya ke ceruk leher itu. Pelukannya pada sekeliling tulang rusuk itu juga mengerat.


"Rasanya tak kut." gumamnya di balik pelukan itu. "Sebabnya saya dah mula attach pada tuan. Selagi bukan tuan yang halau saya keluar. Saya akan tetap berada di sini. Tak kira betapa jengkelnya tuan pada saya. Saya tetap di sini. Jadi, tuan kena la bertahan untuk menghadap saya sepanjang tempoh tu." hidup siapa aje yang tak tunggang langgang. At least kalau dia menetap bersama Zane, hidup dia tak adalah sengsara sangat.

Zane berdengus kecil. Tangan kirinya naik memegang tepi kepala itu untuk didongakkan kepadanya.


"Adakah kamu seperti ini pada orang lain? Mudah memaafkan sedangkan ianya bukan salah kamu? Dan manja hanya kerana kamu suka pada orang tu?"soal Zane menggoyangkan sedikit kepala itu.


"Boleh dikatakan macam tu. Saya tak suka merumitkan keadaan. Bagi saya, kalau saya mengalah dan minta maaf pada masa tu jugak, masalah yang timbul akan selesai pada masa tu jugak. Tak ada la di panjang-panjangkan sampai ke sudah tak selesai. Buat apa nak susahkan diri kalau benda boleh dimudahkan. Kan?"

Mereka berdua saling bertatapan untuk seketika. Zane tidak melepaskan tangan dari pelukannya. Dia tunduk memandang Dihya. Matanya meneliti segenap raut wajah itu.

Sambil tersenyum, Dihya memegang kedua belah kepala Zane lalu menundukkan kepala itu kepadanya.


"Jadi tuan, lepas ni jangan risau pasal saya suka pada orang lain atau tak. Sebab sekarang minat saya cuma dekat tuan. Saya tak minta apa-apa dari tuan. Apa saya nak adalah tuan berasa tenang dan senang hati ketika bersama dengan saya. Ketawa sebab saya dan gembira bila dengan saya sehingga tempoh kontrak saya bersama tuan tamat. Itu saja yang saya nak tuan tahu."


Tersentuh Zane mendengarnya. Dadanya ketika itu berasa hangat dan penuh dengan perasaan suka."Kenapa?Adakah hanya kerana saya telah bantu membayar hutang Kamu?"


"Sebab apa lagi.... Sebab saya sukakan tuan la."Dihya mengucup tengah dahi itu. Walaupun semua ini sementara, dia tak kisah. Yang penting dia boleh merasa apa itu perhatian.

Zane menahan nafas dengan mata terbuntang luas. Tangannya yang memeluk tubuh Dihya itu di kepal erat dalam genggaman. Lidahnya tidak dapat membalas ucapan itu sekalipun dia merasai perasaan yang sama.


"Walaupun saya suami orang?"

Dihya menjauhkan muka dari Zane lalu menarik sengih meleret.


"Kenapa pulak tak boleh, lelaki kan ada kuota untuk bersama dengan lebih dari seorang pasangan. Lagipun, tuan yang mulakan dulu. Jangan letakkan salah pada saya sekarang.Tuan yang jadikan saya mistress tuan dan buatkan saya jatuh cinta pada tuan."

Zane ikut tersengih. Pinggang Dihya di cengkam lembut. Patut ke dia rahsiakan sahaja hal sebenar dari Dihya? Kebenaran tentang punca kenapa Dihya hilang deria rasa dari kemalangan yang disebabkan oleh dia? Kalau dia beritahu adakah Dihya akan berhenti dari menyukai dia?


"Tuan tidur dekat bilik tuan ke malam ni?"pertanyaan Dihya menyentak lamun Zane.


Zane tunduk memandang Dihya yang sedang dongak memandangnya. Jantung di dalam dada berdebar kuat. Tak...Dia tidak mahu Dihya mengetahuinya. Dia mahu Dihya terus bergantung harap pada dia. Dia mahukan Dihya berasa gembira kerana dia.Sampai bila-bila! "Tak, saya tidur sini.Kenapa kamu tak mahu?"

Hati Dihya melonjak kegirangan. Dia mahu memeluk Zane tetapi dadanya malah ditolak ke belakang menjauh.


"Tapi Dihya, ada satu lagi perkara yang saya mahu katakan pada kamu...."


"Hm? Apa dia tu?"


"Bila kali terakhir kamu makan dengan betul?"tatapan Zane menjadi serius sesaat kemudian.

Gulp! Dihya terus menelan udara dalam kerongkong dengan kalut. Soalan itu buatkan reaksi gembiranya tadi menjadi bungkam. Adakah dia sudah ketahuan?


" Dihya? "kerut Zane cuba mendengar jawapan Dihya.


" Tuan dah tahu?"tanya Dihya teragak-agak.


" Jawab aje saya dulu."


"Saya tak ingat. Tapi Tuan jangan risau. Saya ada makan bubur dan makanan yang ringan-ringan. Bukannya saya berlapar terus."

Keluhan kesal lepas dari Zane sebelum dia menarik Dihya ke dalam pelukannya semula. Dia enggan meleteri Dihya memandangkan ianya salah dia juga keadaan Dihya begini. Dia benar-benar berhutang pada Dihya. Wang yang dia berikan tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang Dihya telah tanggung selama 9 tahun ini. Dan akan dia pastikan Dihya menerima layanan selayaknya.

Sekalipun Dihya hanya mistress dia. Akan dia jadikan Dihya sebagai mistress kegemarannya. Melebih layanan dia terhadap isterinya sendiri.

Itu janji Zane pada malam itu.

Sepatutnya bab ni disekalikan dalam bab 34. Tapi disebabkan terlalu panjang, tinta terpaksa bahagikan kepada dua supaya reader tak terasa bosan sangat kalau baca panjang sangat

Share this novel

Sal
2024-11-11 21:43:02 

tlg nk lgi..jln ceritanya makin menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience