Bab 4 Model?

Romance Series 2769

Nuha mengeluh. Tumpuannya masih pada buku latihan subjek yang paling dia lemah iaitu subjek addmath. Kimia pula subjek kedua dia paling lemah. Fikirannya masih serabut. Nuha mengerling sahabat baik di sebelahnya.

Zara menarik zip beg sekolahnya. Dia sudah siap sedia mahu pulang ke rumah. Baru saja dia berdiri dari tempat duduknya tiba-tiba lengan baju sekolahnya ditarik perlahan.

"Zara, tolonglah stay ajar aku addmath ni. Aku tak dapat tangkap langsung chapter harini. Apa yang cikgu ajar masuk telinga kanan, keluar  telinga kiri. Memang tak sempat nak singgah ke otak aku." Nuha tayang reaksi sedih untuk dapat simpati dari Zara.

Zara menarik nafas dalam. Dia faham Nuha sedang tertekan dengan subjek addmath. Tapi jadualnya harini agak padat.

"Nuha, sorry sangat. Aku tak dapat nak tolong. Petang ni aku ada kelas tusyen, lepas maghrib aku ada dinner dengan family. Balik dari dinner aku nak kena hafal nota subjek sejarah lagi."

"Hmm, okay tak apalah. Kesian jugak dekat kau busy mengalahkan perdana menteri. Luth dengan Noah pulak tak habis-habis sibuk nak bermain bola keranjang. Suka sangat lah tu bila pelajar perempuan terjerit-jerit sokong dorang." bebel Nuha.

Zara ketawa melihat Nuha membebel seorang diri. "Okaylah makcik Nuha, aku balik dulu. Apa-apa kau minta tolong Izzat." Sempat Zara menjeling sekilas pada Izzat yang duduk sendirian di meja hadapan.

Nuha membuat muka cemberut. Matanya melihat pada Zara yang mengatur langkah ke luar kelas.

"Kenapalah kau wujud wahai addmath? Subjek math kan dah wujud?! Kau pon nak wujud jugak ke?" bentak Nuha dalam hati. Tiba-tiba Nuha  rasa nak menyanyi lagu sedih untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan subjek addmath.

"ONLY ADDMATH CAN HURT LIKE THIS!"YOUR KISSES BURNING TO MY SKIN,ONLY ADDMATH CAN HURT LIKE THIS!" Nuha sengaja menyanyi di dalam kelasnya dengan kuat. Mujur yang tinggal dia dengan Izzat sahaja di dalam kelas. Izzat pula seorang ketua kelas yang dia jarang bertegur-sapa.

Izzat tersentak dengar nyanyian Nuha. Bingit rasa telinganya. Izzat palingkan wajahnya ke belakang menghadap Nuha. Mata mereka berdua bertembung. Terasa debaran di jantungnya melihat kecomelan Nuha.

"Err.. Nuha awak okay tak tu? Dah kenapa muka tu macam orang buasir je ni?" Izzat nak ketawa lihat reaksi muka Nuha macam orang putus cinta pon ada.

"Eee.. Pandainya ketua kelas kita buat lawak. Saya tengah stress ni Izzat." Nuha muncungkan mulutnya. Dia masih tidak faham dengan subjek addmath.

Suara Nuha yang manja, wajahnya yang comel memang boleh mencairkan hati lelaki. Ramai pelajar lelaki cuba mahu berkawan Nuha dan Zara, tapi bila nak tegur je, mesti Luth dan Noah membuat mata helang dari jauh. Seperti memberi amaran supaya tidak mendekati mereka berdua.

"Awak nak pinjam nota saya tak?" Saya ada buat ringkasan nota untuk topik harini." Izzat menghulurkan nota addmath pada Nuha.

Mata Nuha tak berkelip lihat Izzat. Nuha akui Izzat mempunyai rupa paras yang kacak dan tampak matang. Kulitnya pula tidaklah cerah dan tidak terlalu gelap. Cuma Izzat ni tak adalah tinggi mana orangnya.

Izzat terasa berbahang, segan bila dirinya direnung sebegitu lalu terus menegur Nuha, untuk menyedarkan gadis itu.

"Err.. Nuha ada apa-apa ke dekat muka saya? Segan saya bila awak tenung saya macam tu" soal Izzat.

"Eh! Sorry sorry. Izzat ni boleh tahan hensem jugak ya. Sebab tu mata saya ralit betol tengok muka Izzat ni ha." Selamba betul dia bagi jawapan macam ni. Mujurlah Noah dan Luth tak ada waktu ni, kalau tak mesti pipi gebunya dah menjadi mangsa mereka. Yelah gatai miang punya fasal.

"Terima kasih saya tak adalah hensem macam dua orang model dalam kelas kita ni Nuha."Izzat memusingkan kerusinya dan duduk menghadap Nuha.

"Model? Ada model ke dalam kelas kita ni? Kenapa Nuha tak tahu pon. Siapalah agaknya orangnya tu?!" Wajah yang comel itu penuh dengan tanda tanya. "Tapi ada ke model dalam kelas ni? Model untuk iklan pajak gadai ke? Atau model iklan untuk pencuci tandas? desis Nuha di dalam hatinya.

Izzat tertawa. Reaksi yang dipamerkan Nuha memang menggelikan hatinya. "Alaa model ala-ala Calvin Klein. Hot, seksi, tinggi hampir semua gadis cair dengan dorang" Izzat mengusik Nuha.

Membulat mata Nuha. Mulut ternganga luas. Rasanya segala jenis haiwan boleh masuk ke dalam mulut kalau dibiarkan nganga lama-lama. "Biar betul ada model setaraf Calvin Klein?! Tapi siapa? Budak lelaki di dalam kelas hampir semua muka macam Nobita. Izzat ni buta kayu ke?"bisik Nuha di dalam hati. Atau dia yang tersalah dengar? Maklumlah telinga pon dah lama tak korek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience