AKU pandang sekeliling ruang sederhana besar ini. Warna putih melatari seluruh ruang. Aku halakan pandanganku di bahagian abdomen yang berbungkus. Aku cuba gerakkan tubuh, namun rasa nyilu membuatkan aku meringis agak kuat. Tambahan pula ada beban yang tengah sedap memeluk tubuh sasaku ini.
"Hah...awak dah sedar Abang Yul, Alhamdulillah.." lembut bicara doktor muda ini menyapa gegendang telingaku.
Geli hati pulak aku tengok dia tak tentu arah begitu. Cermin mata yang tersangkut di batang hidungnya agak senget kedudukannya itu membuatkan aku mahu tertawa.
"Erm...siapa beri kebenaran untuk awak memeluk saya..Awak tahu kan saya siapa..?" sengaja aku menyakat.
"Abang Yul, Bebo lah..siapa lagi.. jangan nak poyo sangatlah..Bebo tertidur tadi tunggu Abang Yul sedar. Sorry, tak ingin pun nak peluk.." dalih doktor muda itu, tapi wajah dia dah merona merah.
"Ye ke...tapi kemain kuat kau peluk aku tadi, macam ni kau kata tak ingin.. tu betulkan spec kau tu, senget, macam kau aje biul...! Kau panggil aku apa tadi, Abang Yul? Siapa bagi kau kebenaran.. sedap mulut kau je kan..? Panggil aku Tuan Mejar Qawiyyul Qaim Qareen, sedap-sedap Omak esey bagi namo, alih-alih kau panggil Abang Yul yo.." hamburku sekali nafas, terkeluar loghat ibunda aku marahkan doktor wanita muda ni.
Merah padma wajah mulusnya aku buat. Lantaklah, siapa suruh sesedap rasa aje nak panggil aku dengan panggilan macam tu. Aku keraskan roman wajahku tanpa sebarang riak.Tajam mata aku menikam seraut wajah mulus yang dah semacam udang kena bakar. Nak menangis pun ada juga sebab aku tengok sepasang mata bundar itu dah berair di sebalik kaca mata jernihnya itu.
"Tuan Mejar Qawiyyul Qaim Qareen, kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri..sampai hati Abang Yul buat Bebo macam ni.." Dr Simra Sahana gumam perlahan, dan mula melangkah. Bersepah-sepah langkah kakinya membawa rajuk di hati.
"Eh, kejap..jangan keluar dulu.. tolong bawa aku ke toilet. Aku nak guna sekarang.." pinta aku tanpa rasa bersalah.
Aku lihat dia dah berlari mendapatkan aku kembali. Dengan kudratnya yang tak seberapa tu, digagahkan juga dirinya untuk memapah aku sehingga sampai ke kamar mandi. Mujur jarak hanya beberapa meter dari katil hospital aku. Jatuh kasihan pulak aku lihat doktor perempuan ni dah bermandi peluh. Aku suruh dia menunggu aku di pintu sehingga aku selesai menggunakan kamar mandi itu.
"Tuan Mejar...awak lama lagi ke..? Saya dah kena gerak ni..ada keperluan untuk saya tangani.." jerit doktor perempuan itu di luar bilik air ini. Betul- betul dekat dengan daun pintu.
Pintu bilik air kubuka hampir setengah jam dia menungguku. Semasa aku memulas tombol pintu, terkejut aku saat doktor perempuan itu dah berpaut di kedua-dua belah bahuku akibat hilang keseimbangan. Saat itu jugalah, aku dengar ada seorang lelaki berdeham kuat. Ah, masa-masa ni pulak kau nak muncul Kapten Shahril Aimin. Aku baru nak memperdajalkan doktor perempuan bernama Simra Sahana Shamreen ni.
"Erm...mmm..Tuan, dah sedar ya..Alhamdulillah, eh..takpe doktor biar saya yang papah.." Kapten Shahril Aimin senyum nipis pada Dr Simra, tapi kenapa hati aku rasa terbakar. Tabik hormat padaku terus hilang saat matanya memandang doktor perempuan ini. Kau ni Amin, kasi gua panas ni!
Aku berdeham kuat. Sekaligus mematikan senyuman adik ipar aku ni terhadap Dr Simra. Melihat wajahku dah berubah ketat terus dia memapah aku ke katil hospitalku. Dr Simra pula dah mula melangkah meninggalkan kami berdua.
"Erm...buat kerja tu baik-baik ya, Sayang..jangan lupa nanti lawat Abang Yul lagi ya.." sengaja aku berkata begitu, buatkan Kapten Shahril Aimin ni sedar diri sikit.
Tapi yang kelakarnya, wajah Dr Simra macam terkena renjatan elektrik saat aku panggil dia 'SAYANG' dan sempat jugalah aku layangkan 'flying kiss' untuknya. Merona merah wajah putih mulusnya itu.
"Amboi Abang Ngah...siap sayang-sayang bagai, flying kiss lagi. Ada apa-apa ke Abang Ngah.."
"Kapten Shahril Aimin..sejak bila awak lupa adab ketenteraan ni..Awak sedia hadapi hukuman..!" aku keraskan suaraku.Tegas dengan penuh maskulin. Dalam hati, aku dah tak sabar mahu gelakkan si adik iparku ini.
"Maaf, Tuan... saya sedia menerima hukuman.." Kapten Shahril Aimin melakukan tabik hormat padaku. Dia masih berdiri dalam keadaan 'sedia'.
Sesaat kemudian, tawaku berlambak mentertawakan si Kapten tinggi lampai ini. Sakit dan nyilu luka jahitan di perut tidak kuhiraukan. Sesekali dapat mengenakan si Kapten ni, seronok juga. Beranilah dia nak menderhaka kepada abang ipar merangkap ketua dia ni.
"Dah lah Amin, Abang Ngah main-main jo.. duduklah, sampai bilo ekau nak berdiri. Apo hal eh ekau datang ni..Eh, Qas dah beranak ko..?" aku betulkan dudukku yang sudah bersandar di kepala katil.
"Haah, Abang Ngah..tu yang Omak mo Abah tak dapek datang jongok(melawat) Abang Ngah kek sini hah..Esey ni nak mohon cuti..selain tu Tuan Jeneral ado sampaikan posanan, kato eh..ado laei operasi..dio nak laporan pasal operasi rahsio aghi tu. Esey dah siap an untuk Abang Ngah ado ateh mejo pejabat Abang Angah tu..Esey cuti dulu yo, Abang Ngah.Tuan Jeneral nak jumpo Abang Ngah secopek mungkin. Urgent kato eh.." ujar Kapten Shahril Aimin panjang lebar menyampaikan pesanan ketua atasannya.
"Dahlah Amin, bawak jo Abang Ngah balik sekarang.. operasi tu mesti penting.." aku dah cabut semua wayar yang berselirat di tangan kekarku ini.
Adik ipar aku ni juga sudah membantu menyarungkan baju hospital yang sudah tersedia di atas katil. Walaupun pada mulanya dia menegah aku bertindak sebegitu. Bimbang luka di perutku yang masih belum sembuh sepenuhnya bertambah parah.
"Jangan risau Amin, luko ni Abang Ngah dapatkan rawatan di hospital ketenteraan kito sajo nanti..dah copek tugas pada negaro lobih ponting..Ini arahan aku, jangan cuba membantah!" kataku dengan tegas. Kesakitan yang menyucuk di perut tidak aku pedulikan lagi.
Dengan muka ayam berak kapur Kapten Shahril Aimin melaksanakan perintahku. Kebetulan semasa ingin meninggalkan pekarangan hospital, kami bertembung dengan Dr Simra. Menjerit-jerit dia meneriakkan sebaris namaku. Namun, tindakan pantas daripada aku dan Kapten Shahril Aimin yang sangat pakar dalam pergerakan secara halimunan membuatkan Dr Simra sudah berputus asa untuk mengejar aku dan adik ipar aku ini.
Jatuh kasihan pula aku melihat dia sudah termengah-mengah di hadapan pintu automatik hospital swasta ini. Padahal aku baru sahaja berlalu di hadapannya. Tapi yang kelakarnya, sempat juga kami bertiga bermain kejar-kejaran di hospital swasta ini sebentar tadi. Aku pula jadi dah tak keruan mula merindukan wajah comel itu apabila melihat kedua-dua belah pipi bagai pauh di layang itu memerah. Entah bila lagi aku berpeluang nak jumpa si dia ni?
***
Sampai di pejabat, aku terus menghadap ketua aku. Aku rapikan sedikit baju uniform berwarna hijau pekat yang melekat kemas di tubuh sasaku. Jenuh jugalah aku nak menggosok baju uniform 'Bush Jacket' ini dengan seterika turun-temurun yang dibekalkan oleh Mak Qhurshiah padaku dulu. Wajib di setiap bucu kain tu tajam dan licin. Dengan melangkah penuh beradab ketenteraan aku mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu kepada ketuaku ini yang berpangkat Jeneral.
"Tuan, saya 2585237 Mejar Qawiyyul Qaim Qareen melapor diri..Tuan" ucapku penuh bersemangat sambil memberikan tabik hormat kepada Tuan Jeneral Shamsyul Shamsuddin.
"Senang diri, Mejar..baiklah aku ingin memaklumkan seminggu dari sekarang ada operasi baru yang kita kena harungi. Operasi kali ni agak jauh hampir di sempadan Filipina. Kita akan berada di Sabah..lokasi di latitude 05° 00' N , longitude 117° 15'E. Siap sedia jam 02.05 hari Jumaat depan. Dalam sampul ni senarai anggota pegawai yang akan turut menyertai operasi kali ini. Siap siaga semua.. turut berduka cita dengan kecederaan kamu".
"Terima maklumat tuan.. terima kasih, tuan atas keprihatinan".
"Oh, ya cuti kamu akan dibekukan begitu juga dengan pegawai 2506112.. maklum padanya lapor diri dengan kadar segera.."
"Maklum tuan.." tabik hormat aku berikan pada Tuan Jeneral Shamsyul Shamsuddin dan segera beredar dari bilik itu.
Terus aku melangkah dengan gagahnya kembali ke bilik pejabatku. Telefon bimbit aku keluarkan dari kocek seluar. Terus aku mendail nombor milik adik ipar kesayanganku. Tawaku masih bersisa.
"Abang Ngah... kot yo pun bagilah salam.. apo hal eh ni..esey baru sudah mandi an baby ni.." jawab Kapten Shahril Aimin dengan ceria.
"Assalamualaikum.. oh, patutlah lamo den tunggu ekau nak angkek telefon. Dah tahu bolum yang cuti kau kono boku.. esok Tuan Jeneral suruh ekau lapor diri.."
"Tahu Abang Ngah.. baru tadi Koperal Husaini mo Sarjan Shafiq datang ngumah sampaikan berito. Luko poghut Abang Ngah tu dah elok lom, Omak suruh minam air pati ikan haruan. Esok esey bawa an untok ekau yo, Abang Ngah..."
"Dah koring sikit, nak jumpo misi cantik lah lopeh ni, nak cuci luko..oh yo, anak buah Abang Ngah tu laki ko pompuan.."
"Laki Abang Ngah, bolehlah jadi sojar (askar) macam bapak eh nanti..."
"Apo namo eh..?" soal aku terlebih teruja.
"Mohd Shauqeen Qamal..panggil baby Merqeen..omak eh ni hah, gilo bonar samo namo pelakon tv tu.."
"Ado-ado jolah budak Qas ni, kirim salam Abang Ngah kek semuo..ekau jangan lupo balik hari ni, memokak Jeneral esok, kau tak lapor diri.." aku memberikan peringatan.
"Yo, esey ingat..kojap laei esey gorak Abang Ngah, lopeh makan tengah hari.."
Salam yang diucapkan Kapten Shahril Aimin mematikan bicaraku dengannya. Aku melangkah ke jabatan perubatan, Hospital Tentera yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kem Tentera Kementah ini yang dihantar oleh anak buahku yang berpangkat Koperal.
"Tuan..kita dah sampai.." Koperal Ahmad Danny mengejut aku dari lena.
"Kamu tunggu sini, saya nak ke dalam sebentar dapatkan rawatan.."
"Baik, Tuan.."
Aku terus mendapatkan rawatan apabila seorang jururawat mempersilakan aku masuk. Dengan malu-malu aku melepaskan butang baju uniform yang tersarung di badan. Melihat merona merah wajah jururawat kecil molek ini, aku dah jadi serba tak kena. Tubuhku diratah lagi dengan panahan mata si manis berbaju seragam jururawatnya yang berona sama denganku.
"Erm...awak jururawat baru ke..?" soal aku pada si manis kecil molek. Dah mula pulak miang ulat bulu aku ni timbul sebab terlihatkan tubuh yang menggiur di hadapanku ini. Tambahan jari-jemarinya lembut menari-nari di tubuh bak atlet aku ni. Tergodalah tu..!
"Ya, Tuan...saya baru lagi, tapi jangan takut ya, saya dah lepas ujian kejururawatan saya dah..kalau tak, tak kan saya berada di sini sekarang. Tuan, kalau sakit beritahu ya.." katanya dengan lemah gemalai, sempat pulak dia mengelus lengan kekarku.
"Ermm..tapi tolong cepat sikit ya, anak buah saya tengah menunggu tu.."
Jururawat bernama Mawar itu melakukan tugasnya dengan cemerlang. Sampaikan nak butangkan semula baju uniform aku sekali. Aku biarkan sahaja. Saat nilah pun aku nak bermanja-manja. Dasar perempuan, ayat manis, kacak sikit terus jadi lemah. Aku tak berkenan betul jenis perempuan seperti Mawar ni, tergedik-gedik, menggeletis. Aduh, macam ni nak buat jadi bini memang takde langsung dalam senarai pilihan aku. Aku berani kerat jari, kalau aku ajak si Mawar ni panjat hotel tentu dengan senang hati dia merelakan dirinya diratah spesis lelaki buaya tembaga dan hidung belang, tapi spesis tu semua bukan diriku. Naik menyampah pula aku, bila tangan perempuan ni tak reti nak duduk diam.
"Terima kasih, jururawat Mawar.. dekat klinik ni takde jururawat lelaki ke..?" soalku tegas.
"Ada Tuan, tapi tak ramai..Tuan tak suka ke dengan khidmat Mawar tadi pada Tuan.." Mawar merapatkan wajahnya ke wajahku. Sikit lagi dia ingin memagut bibir nipisku ini.
'Seriau pulak aku dengan betina nilah, nak sangat ke? Macam meminta je..aku dah taubat lah, aku masih teruna tau tak!' jerit batinku. Terus aku tepis tubuh Mawar dengan agak kuat, mujur tak terpelanting anak dara orang ni. Masih dara ke kalau macam ni..?
"Mawar, behave...jangan sampai saya suruh pegawai atasan awak pecat awak serta-merta. Terima kasih atas rawatan awak sebentar tadi".
"Tuan, maafkan saya... Tuan ni kacak sangat... jangan Tuan, saya merayu.. adik-adik di kampung masih ramai yang bersekolah...Maafkan saya Tuan.." jururawat Mawar sudah melutut. Habis lencun wajah putih bersih itu dengan air matanya.
"Mawar...bangun, jangan menangis, nanti orang salah faham dengan kita. Saya maafkan awak..lain kali jangan macam ni. Awak tu perempuan, jaga maruah awak tu.."
"Baik, Tuan...maafkan atas keterlanjuran saya, tapi saya akui Tuan punyai aura pesona yang kuat.. sekali lagi, maafkan saya Tuan.."
"Ya, ya...sudah lama saya tahu tentang tu..saya keluar dulu, jangan menangis lagi..terima kasih.."
Fuhh, lega aku setelah meninggalkan pekarangan Hospital Tentera itu. Melihat aku yang sudah tergeleng -geleng, Koperal Ahmad Danny menyoal aku yang duduk bersebelahan dengannya di dalam 4×4 Jeep J8 yang dipandunya.
"Tuan...Tuan baik-baik je kan.. kenapa muka tu merah semacam..Tuan sakit ke?"
"Tak lah..Koperal..saya ok dah, luka ni pun dah semakin sembuh..kamu ada buah hati Koperal..?"
"Tuan...muka pecah macam saya ni sapa yang sudi.."
Seketika bunyi deringan telefon bimbitku nyaring minta diangkat. Terus aku geserkan telunjukku ke butang hijau. Salam yang dihulur aku jawab terlebih dahulu. Terhenti bicaraku dengan Koperal Ahmad Danny sebentar tadi.
"Tuan Mejar Qawiyyul Qaim Qareen, anda diminta datang semula ke Hospital Pantai Medical untuk mendapatkan laporan rekod perubatan.."
"Baiklah...saya datang sekarang boleh ke..?"
"Sangat dialu-alukan..untuk berurusan Isnin hingga Jumaat jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang ya, Tuan Mejar.."
"Baiklah..kau ni Bebo kan..?"
"Erm..ingat pun kat saya...jumpa nanti Tuan Mejar ok.. bye.. Assalamualaikum.."
Talianku matikan setelah menjawab salam yang dihulur. Aku dah agak dah, dengar aje suara lunak merdu bagai biskut lemak manis tu, siapa lagi kalau tak si Bebo aku a.k.a Dr Simra Sahana Shamreen. Terus aku suruh Koperal Ahmad Danny membawa aku ke hospital swasta itu. Mujur, tak jauh dari Hospital Tentera ini.
Hampir lima belas minit memandu, kami sampai di Hospital Pantai Medical yang terletak di Ampang. Seperti tadi, Koperal Ahmad Danny lebih selesa menunggu di dalam kenderaan berbanding di dalam premis bangunan itu. Entah apa yang ditakutnya bila berada di dalam bangunan hospital ini. Terus aku tanyakan keberadaan Dr Simra Sahana Shamreen di kaunter pertanyaan itu.
Setelah dimaklumkan ruangan kerja Dr Simra Sahana Shamreen yang berada di tingkat tiga, aku terus membawa langkah kakiku ke sana. Sebaris namanya yang sudah terpampang indah di daun pintu itu membuatkan senyumanku meleret. Aku ketuk daun pintu sebelum melangkahkan kakiku ke dalam bilik sederhana besar ini.
"Erm..mm, duduklah Tuan Mejar..macam mana hari ni..? Kenapa hari tu lari dari hospital..?" soalnya bagai peluru berpandu.
Amboi minah ni kemain pulak dia mengenakan aku. Ada juga yang kena peluk dan cium dengan aku ni kang. Dahlah aku rindu kat dia ni. Aku labuhkan punggungku di atas sebuah kerusi yang sudah sedia ada di hadapan meja kerjanya.
"Erm..mana laporan tu, tadi tak menyempat sangat..dah kenapa pulak muka tu pucat semacam...?"
"Ala...Erm..tunggu kejap, nurse tengah ambilkan.."
Seminit...dua minit..hingga lima belas minit aku menanti, namun seorang jururawat pun tak pernah muncul di dalam bilik ini, membuatkan aku dah panas punggung. Aku sudah berdiri, dan membawa langkahku menghampiri Dr Simra yang dah macam kucing nak beranak. Aku semakin menghampiri doktor wanita ini sehingga dia sudah terasak ke dinding. Aku mengepung dirinya dengan kedua-dua belah lengan kekarku rapatkan ke dinding.
"Bebo...sayang, mana laporan perubatan Abang Yul, sayang..." suaraku lembut meleret-leret melontarkan pertanyaan.
"Abang Yul, ...Bebo minta maaf.. Bebo, Bebo..." Dr Simra dan pejam mata. Wajah mulusnya sudah basah dek keringat.
"Bebo apa, sayang..." aku makin mendekatkan wajahku ke arah wajah mulus itu, seronok aku lihat ketakutannya itu.
Tapi lain pula jadinya, bila dengan beraninya Dr Simra Sahana Shamreen mengucup bibir nipisku. Aku pula seperti terbawa-bawa perasaan. Tak padan yang sakit pulak aku ni, namun deringan telefon bimbitku menyedarkan diriku kembali. Terlerai tautan bibir kami serta-merta, apabila nama Tuan Jeneral tertera di skrin benda pipih ini.
"Ya, Tuan....Baik tuan, saya akan menyusul ke sana segera.." aku segera mematikan talian. Dan terus bergegas keluar dari bilik ruangan kerja si Bebo aku ini.
"Abang Yul...Abang Yul.. Bebo kena bedah perut Abang Yul tu semula... sebab hasil dari imbasan sinar X-ray Abang Yul tu, ada sesuatu yang tertinggal dalam perut abang tu..." jerit Dr Simra termegah-megah mengejar langkah lebarku.
Sayang.... kata-kata itu tidak dapat aku dengari kerana aku sudah berada sangat jauh dari kedudukan Dr Simra Sahana Shamreen. Apa kena dia hari, tak pasal-pasal dia cium aku. Aku sentuh bibir nipis aku dengan jejemariku. Aduhai... puas aku menjaga diri, namun bibir aku ternoda juga akhirnya..! Ah, susah betullah jadi jejaka kacak ni...!
Done update bab seterusnya.. kali ni rumah author berkunci...4 bab terawal masih percuma..bab seterusnya perlu n-coin untuk membuka pintu.. Enjoy reading gais...
Share this novel