BSID - BAB 1 - TAKDIR YANG TERTULIS

Romance Series 3952

"Amsyar! Amsyar, sayang..." Laung Maya mencari anak-anaknya. Cuti sekolah begini, kehidupan Maya kurang sibuknya. Yelah, anak-anak ada didepan mata.

Zill memberi kelonggaran untuk Maya bekerja di rumah lantaran Maya enggan anak-anaknya dijaga pembantu rumah. Adakalanya, Zill akan menemani Maya menjaga anak-anak di rumah jika tiada urusan penting si syarikat.

"Ya, mommy. Am kat sini dengan adik-adik." Maya melagkah menghala ke gazebo di mana menjadi tempat kegemaran anak-anak. Maya tidak mengizinkan mereka ke kawasan belakang rumah kerana bimbang tiada pengawasan dari orang dewasa.

"Oh, kat sini rupanya anak-anak mommy ni."

"Mommy..."

"Ya, sayang." Maya mendukung Aira yang terawang-awang tangannya mahu didukung. Aira agak maja sedikit berbanding dengan yang lain. Ini kerana Aira disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak dilahirkan.

"Jom kita makan. Mommy dah siap masak."

"Okey, mommy. Aifa, Ammar, jom. Kita masuk rumah. Nanti kita main lagi, ya?" Aira dan Ammar mengangguk kepala sebelum bangkit seraya memegang tangan Amsyar kiri dan kanan.

"Cuci tangan, lap dengan kain bersih." Arah Maya.

"Okey, mommy.

"Am, Am ada plan nak kemana-mana ke cuti sekolah ni?"

"Kenapa mommy?"

"Mommy tanya je. Kotlah Am ada plan nak jalan ke mana-mana. Nanti mmmy tanyakan daddy. Lagipun, sekarangkan cuti sekolah. Cuti sekolah sebelum ni pun, Am tak nak berjalan. Kenapa, sayang?" Soal Maya dengan penuh kasih sayang.

"Mommy, Am tak kisah kalau tak berjalan pun. Asalkan Am ada dengan keluarga Am ni."

"Auw... So sweet of you. Mommy tu, kerjakan? Mommy sibuk dengan kami lagi."

"Am, Am dan adik-adik priority mommy. Kebahagiaan anak-anak mommy lagi penting, tau."

"Am tahu."

"Eee, sajakan nak usik mommy." Pucuk hidung mancung Amsyar dicuit.

"Lagipun, Am kesiankan Aira. Airakan tak sihat. Kat luar tu bukannya bersih sangat pun udaranya." Maya tersenyum dengan kata-kata anak bujangnya yang semakin meningkat dewasa. Amsyar kini sudah berumur dua belas tahun. Dan bakal menjejakkan kami ke tingkatan satu tahun hadapan.
"Am sayang. Mommy okey je. Aira pun okey kalau sekali-sekali kita bawa dia berjalan-jalan kat luar sana. Boleh ambil angin."

"Am dah banyak bantu mommy, daddy jaga adik-adik. Dan lagi, mommy tak bagi lagi Am hadiah untuk kejayaan Am dapat pelajar cemerlang kat sekolah."

"I don't need that, mommy."

"Am..." Wajah tampan si anak bujang yang persis arwah Ira, diusap.

"Am, you deserve it, Am. Ini hadiah yang mommy janjikan nak bagi pada Am. Am pilih je tempat mana Am nak pergi. Nanti, mommy bincang dengan daddy."

"Tapi, daddy quite busy, right?"

"It's okay. Mommy deal dengan daddy dulu. In shaa Allah. He will understand. Beside, daddy love you so much, right?" Amsyar tersenyum lebar.

"So, do I. I love you so much?"

"What about daddy?"

"Daddy! Daddy! Daddy!" Berkejaran sikembar mendapatkan Zill yang muncul tiba-tiba. Maya kulum senyum.

"Babies, salam daddy dulu."

"Aus, sweetnya anak-anak daddy ni."

"Daddy." Amsyar melangkah ke arah Zill sebelum kekura tangan Zill dikucup dan dikuti oleh Maya.

"Okey, kids. Close your eyes. Daddy nak kiss mommy." Anak-anak bagaikan memahami bila Zill berkata begitu. Lantas mereka memusingkan tubuh seraya menutup mata mereka dengan tapak tangan.

"Hai, abang."

"Hai, sayang." Satu kucupan dilabuhkan di pipi Zill dan Maya. Kebiasaan yang akan dilakukan Maya dan Zill. Maya dan Zill mahu menerapkan erti kasih sayang dalam keluarga mereka lantaran keduanya hanyalah anak yatim piatu.

Tetapi, mereka nekad nak membahagiakan keluarga kecil mereka. Alhamdulillah, berkat kesabaran, mereka akhirnya dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan aman damai dan harmoni.

"Daddy..."

"Hurm..."

"Can we discuss something?" Zill meletakkan ipad ke sisi sebelum memandang ke arah Maya.

"Abang, janganlah."

"Lar... Kata nak discuss? Abang tunggulah sayang nak mulakan bicara." Maya muncungkan bibir.

"Yang, you ask for it." Zill tersengeh.

"Ish! Abang ni. Dengarlah dulu, sayang nak cakap dengan abang ni."

"Ya, ya, ya. Cakaplah. Abang dengar ni."

"Erm, sekarang ni cuti sekolah."

"Okey..."

"Sayang kasihankan Amsyar."

"Sayang dah tanya Amsyar dia nak bercuti ke mana?"

"Sayang dah tanya. Tapi, Amsyar macam sebelum ni juga. Dia fikirkan Aira."

"Hurm, anak bertuah ni. Sayang ada idea ke nak bawa anak-anak bercuti kat mana?"

"Ada je. Tapi, bila sayang utarakan pada Amsyar, ada je alasan dia. And you know what abang. Amsyar macam tahu je abang busy sekarang ni."

"Mungkin dia nampak abang sibuk bawa balik kerja agaknya lately ni."

"Mungkin. Tu yang sebolehnya, sayang tak nak bawa kerja kat rumah. Anak-anak tengok. Kasihan dorang. Takkan nak biarkan pembantu rumah pulak yang jaga anak-anak kita. Sayang tak suka macam tu. Abang tahukan perangai sayang macamana..."

"I know you very well, sayang." Zill mengucup tangan Maya.

"Kasihan sangat kat Amsyar. Selalu sangat beralah dengan kita dan adik-adik dia."

"Amsyarkan anak syurga kita. Anak yang tersangat memahami sejak awal lagi. Rezeki Allah hadirkan anak sebaik Amsyar dalam hidup kita."

"Betul tu, bang. Sayang bersyukur sangat. Tapi, sayang memang nak bawa Amsyar bercuti. Tak kisahlah dekat ke jauh. Dapat spend quality time dengan family dah cukup bersyukur dah." Ujar Maya.

"Abang setuju. Tapi, sehari dua ni abang sibuk sikit. Nanti, abang akan cari tempat untuk kita bercuti. Abang siapkan semuanya. Dah confirm, abang inform sayang untuk sediakan baju anak-anak. Deal?"

"Deal."

"Anything else, Puan Maya?"

"Emm, takde kot. Everything under control."

"Sayang cakap nak sambung master. Bila tu?"

"Oh. Pasal tu, sayang fikir kita tangguh dulu, ya? Aira ni perlukan perhatikan. Abang pun, bukannya sihat sangat. Sayang tahu..." Zill melorek senyuman.

"That's why I love you so much, baby." Wajah Maya dielus.

"Tapi, macamana sayang tahu abang tak sihat?"

"Abang duduk mana? Bukan dengan sayang?" Zill menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang kena jaga kesihatan. Sayang dan anak-anak bergantung seumur hidup pada abang."

"I'm getting older, sayang."

"Ish, takdelah. Bagi sayang, suami sayang nilah yang paling hot and spicy." Usik Maya seraya melalukan jari-jemarinya ke dada kekar Zill yang berlapik dengan t-shirt.

"Yang..." Meleret suara Zill. Maya tertawa kecil. Seronok dapat mengusik Zill.

"Abang tunggu je ni. Kang abang terkam nanti." Meleleh air mata Maya menahan gelak tawanya.

"Aduh, daddy ni. Tak boleh langsung sayang sentuhkan..."

"Siapa suruh goda abang?"

"Bila pulak sayang goda abang? Sayang betulkan t-shirt abang ni je..." Usik Maya lagi.

"Abang tutup pintu bilik ni, confirm sikembar ketuk nanti."

"Jangan nak buat pasal, eh? Baru dua malam lepas abang dapatkan? Tak letih ke?"

"No. Abang tak pernah letih dengan isteri abang yang sexy, gorgeous and good spicy ni..." Pecah ketawa Maya dengan usikan Zill.

"Spicy apanya, abang? Dah takde hot spicy dah."

"Eh, mana sayang tahu? Abang yang rasa kot."

"Ish, abang ni. Dengar dek anak nanti."

"Abang guraulah. Tapi, betul apa. Sayang abang ni hot spicy abang. Penawar racun, dunia abang, segalanya untuk abang." Sekali lagi kekura tangan Maya dibawa ke bibir dan dikucup.

"Sayang ingat tak perkenalan kita kali pertama?"

"Gila tak ingat. Abang datang tegur sayang dengan pakai apron. Nampak comel je..."

"Comel? Punyalah badan ketak-ketak ni, comel sayang cakap..."

"Ya Allah, abang ni. Dah itu yang sayang bayangkan, nak buat macamana..."

"Okey, okey. Lagi, apa yang sayang fikir masa tu?"

"Emm, abang yang tegur sayang kali pertamakan? Abang tanya nak makan apa?"

"Yelah. Dah sayang dok termenung je. Asal datang kat kedai abang je, termenung. Sebab tu abang beranikan diri tegur sayang. Takkan datang kedai abang termenung je. Abang berniaga, yang..." Maya tertawa kecil.

"Abang bukan apa. Setiap kali sayang datang, abang serba tak kena dibuatnya. Degupan jantung ni, tuhan aje yang tahu tau..."

"Abang cakap apa?"

"Abang cakap setiap kali sayang datang, jantung abang berdegup kencang. Abang ni dari hari pertama nampak sayang, hati abang dah terpaut. Tapi, yelah. Time tu, sayang ramai sangat peminat."

"Mana ada... Abang ni, pandai je..."

"Abang ingat lagi masa sayang tengah berbual-bual dengan abang, sayang dapat panggilan telefon dari si tengkukan? Marah-marah, bentak-bentak meja."

"Dahlah, bang. Tak payah nak ungkit kisah lama tu. Dia dah lama takde kaitan dengan kitakan?"

"Sorry, sayang. Kata nak berkongsi kisah lama. Kena tahan telingalah..." Zill tersungging. Maya menjeling membuatkan Zill tertawa kecil.

"Lepas tu, ada lelaki yang tiba-tiba muncul tegur sayang masa kita tengah berbual. Ingat tak?"

"Mikhael..." Zill jongketkan kening.

"Abang ingat dia cakap pasal nak jadikan sayang model, kalau tak silap..."

"Alfatihah buat arwah."

"Alfatihah. Sorry, sayang."

"Benda ni berkaitrapatkan, abang? Kebetulan semuanya bersangkut-paut."

"Ya, sayang. Dan semua ni, takdir yang sudah tertulis buat kita."

"Tak sangka kita bertemu ni bagaikan berkaitkan, abang? Bila sayang fikir semula, cantik sangat susun atur perjalanan kita. Kita bertemu, berpisah sementara, bertemu semula dalam suasana yang cukup indah."

"Sebab tu abang cakap, perancangan Allah adalah yang terbaik. Abang pun banyak khilaf, sayang. I'm not that good."

"Taklah. Abang suami yang terbaik yang sayang ada. Daddy yang paling baik untuk anak-anak sayang." Maya mengucup kekura tangan Zill.

"Sayang pun macam abang juga. Sayang banyak buat dosa, bang. Hidup bergelumang dengan noda. Tapi, sayang bersyukur dengan pertemuan antara kita. Walaupun, adakalanya kita tidak sependapat."

"Itu lumrah kehidupan, sayang. Dalam hidup ni, apa yang kita plan tak semestinya menjadi ikut kehendak kita. Sebab tu, kita kena percaya qada dan qadar Allah. Kita manusia biasa, sayang. Tak pernah lari dari melakukan kesilapan." Terangguk-angguk kepala Maya.

"Tapi, apapun, abang bersyukur sangat-sangat. Selepas berbagai halangan dan cabaran, kita dapat hidup bahagia sehingga sekarang ni."

"Alhamdulillah, abang. Sayang pun macam abang. Sayang bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dah sayang milik sekarang ni. Ada suami yang hot and spicy. Ada anak-anak yang comel dan mendengar kata. Alhamdulilah, sangat-sangat."

"Sebab tu, kita kena belajar bersyukur. Jangan kufur nikmat. Dan yang paling abang suka sangat, bila kesayangan abang dah berhijab. Subhanallah, cantik sangat. Macam bidadari turun dari kayangan." Ujar Zill seraya mengusap wajah cantik Maya.

Maya menunduk malu. Zill melorek senyuman melihat Maya menundukkan wajah menahan malu.

"Yang ni abang paling suka. Sayang abang ni masih malu-malu dengan abang. Come here, sayang." Lantas tubuh Maya ditarik masuk dalam pelukan.

"Mommy! Mommy! Daddy! Daddy!" Belum sempat Zill mengucup bibir Maya suara sikembar menyapa telinga.

"Ah, sudah. Hailah, anak-anak..." Terbaring Zill sebelum meleraikan pelukan. Maya tertawa kecil.

"Hei, kenapa tak tidur lagi ni, hurm?" Soal Maya sambil mendukung Aira.

"Amsyar?" Zill jongketkan keningnya memandang ke arah anak terunanya.

"Daddy, tomorrow is saturday. Kalau kami nak tengok movie, boleh tak?" Zill memincingkan matanya ke arh anak-anak seorang demi seorang.

"Daddy, please..." Anak-anak menoleh ke arah Maya mohon bantuan dan simpati.

"Mommy?" Amsyar, Aifa, Aira dan Ammar sama-sama mengerdipkan mata di depan Maya dan Zill.

"Bertuah anak-anak daddy, mommy nikan?" Anak-anak sudah tersenyum riang.

"Fine. Jom, kita tengok movie."

"Yeah!!!" Bersorak anak-anak mendengar jawapan Zill.

"Shu... Shu... Dah lewat ni. Jangan bising sangat. Nanti jiran komplen." Tegur Maya.

"Okey, mommy." Laju langkah mereka ke arah ruang berehat sekeluarga ditingkat dua.

"Nanti mommy sediakan popcorn dengan air cokelat, okey?"

"Thank you, mommy."

"Err, Am tolong mommy, ya?" Maya tersenyum. Itulah Amsyar Asfar.

"No, it's okay, sayang. Am pergilah temankan adik-adik tengok movie, ya?" Maya mengusap wajah Amsyar.

"Is it okay for you, mommy?"

"In shaa Allah, sayang. I'll be okay."

"Thanks, mommy."

"Most welcome, sayang." Laju langkah Amsyar mendapatkan adik-adiknya yang sedang bersiap sedia menantikan movie yang bakal ditayangkan daddy.

"Mommy! Mommy! Seat here, mommy."

"Ya, ya. Mommy duduk ni. Ni, ambil sorang satu." Maya menghulurkan sebekas popcorn buat anak-anaknya termasuk Zill.

"Thanks, mommy."

"Thanks, sayang."

"Most welcome." Maya melabuhkan punggung disofa bersebelahan Aira.

"And Aira dengan mommy, ya? Aira tak boleh makan banyak sangat popcorn ni." Aira mencebik.

"Aira, Aira tak sihat lagi. Nanti dah sihat, Aira boleh makan popcorn banyak-banyak. Okey, sayang?" Zill cuba berdiplomasi dengan anak ketiganya. Aira mengangguk perlahan.

"Mommy janji, lepas Aira dah sihat sepenuhnya, mommy buatkan untuk Aira banyak-banyak, okey?"

"Okey, mommy."

"That's my girl." Sisi kepala Aira dikucup.

Assalammualaikum kesayangan. Perkenalkan karya terbaru sis, Bukan Suami Isteri Desperado, sambungan dari Bukan Perempuan Jalang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience