"Abang..." Bahu Zill disentuh.
"Sayang... Mana anak-anak?"
"Tengok movie..." Zill menghulurkan tangan pada Maya sebelum disambut Maya.
"Duduklah. Dekat sikit dengan abang." Maya akur dengan arahan encik suami.
"Abang okey ke ni?" Soal Maya sambil menggenggam erat tangan Zill.
"Kalau abang kata abang tak okey, sayang okey ke?"
"Sayang tak faham. Abang ada masalah, kenapa tak share dengan sayang."
"Sayang tahu abang ada masalah?"
"Abang, kita ni dah lama jadi suami isteri. Susah abang, susahlah sayang. Sakit abang, sakitlah sayang." Zill simpan senyum bersama keluhan yang dilepaskan.
"Berat sangat ke masalah yang abang tanggung ni?"
"Abang minta maaf sebab tak bagitahu sayang. Sebolehnya abang tak nak susahkan sayang."
"Abang cakap apa ni?"
"Sebenarnya, abang diganggu oleh seorang perempuan."
"Perempuan?"
"Elina Ellara binti Datuk Sri Erman."
"Mesti cantik orangnyakan, abang?" Ada bunyi suara orang merajuk pada suara Maya.
"Sayang dengar dulu. Abang tak kenal langsung dia ni. Tiba--tiba lepas seminar habis dia tegur abang. Dia sentuh abang, abang marah. Abang cakap, abang dah kahwin. Abang siap tunjuk cincin kahwin kat dia."
"Dia ni semacam sikit, yang. Macam mental pun ada. Sebab abang jumpa dia masa mesyuarat kat pejabat papa hari tu. Dia sentuh abang lagi. Waktu tu, memang abang marah."
"Kenapa?"
"Dia cakap abang kuno, tak ikut peredaran zaman. Abang cakap, nanti kat kubur, sentuhlah mayat lain. Modenkan?" Maya tertawa kecil. Sejuk hati Zill mendengar suara tawa si isteri. Sebolehnya, dia tidak mahu membuat isterinya terluka.
"Muda ke dia tu, bang?"
"Perempuan tu bukannya muda lagi, yang. Dah dekat lima puluhan. Boy dah siasat latar belakang dia. Anak somebody rupanya."
"Dah kahwin. Cuma tak dinyatakan berapa orang anak dia. Husband dia orang Australia."
"Wow..."
"Tapi, pakaian. Nauzubillah. Kot lawa, takpe. Berkerak." Maya ketawa lagi.
"Nasib baik, Boy selalu ada dengan abang. Takdelah jatuh fitnahkan. Tapi, yang pelik, punya ramai businessman, anak dato, anak tan sri, tengku, megat, abang juga yang dia cari. Tu yang risau tu."
"Abang takut kalau perempuan sebenarnya orang dari kalangan keluarga abang atau mungkin dia diupah seseorang untuk menjatuhkan abang?"
"Tak mustahilkan? Kalau tidak, kenapa abang yang dia ganggu? Bila abang tanya, dia kata dia suka abang. Abang cakap, abang sayangkan anak isteri abang dan takkan sesekali sukakan dia. Dia merajuk. Mentallah..."
"Ke, dia memang ada mental problem?"
"Itu yang abang tak tahu. Sebab dalam siasatan Boy, takde tertulis apa-apa. Susah nak kita cari maklumat pasal perempuan ni."
"Mungkin juga bapak dia yang sorokkan kisah sebenar dia."
"Mungkin juga. Tapi, ada sesuatu yang bermain dalam fikiran abang."
"Kenapa?"
"Waktu abang larikan diri dari perempuan tu, abang menyorok dalam toilet. Abang terdengar perbualan dua orang lelaki. Abang pasti dorang bercerita pasal perempuan yang sama."
"Dorang cakap pasal apa?" Zill menceritakan segalanya pada Maya agar Maya tidak salah faham dengan dirinya.
"Kalau macam tu, sayang dapat simpulkan yang perempuan ni ada masalah mental dan berkemungkinan yang dia juga ada masalah dengan perkahwinan dia."
"Lagi?"
"Emm, abang kena berhati-hati. Pasal ubat dagu ni, bukan boleh dibuat main. Susah nak ubatkan nanti, bang."
"Itu yang abang risaukan, yang. Abang takut sangat. Dia ni spesis suka sentuh bahu abang tanpa abang perasan." Maya melepaskan keluhan.
"Yang, jangan abaikan abang. Tolonglah. Abang buntu ni."
"Sayang tak tahu nak cakap apa. Abang risau, sayang lagi risau, bang. Keadaan pasti menjadi semakin rumit nanti."
"Doa yang baik-baik, ya. Doakan keselamatan abang, pergi dan balik demi mencari rezeki untuk keluarga kita."
"In shaa Allah, abang. Setiap waktu, sayang tak pernah berhenti doakan abang. Keselamatan abang dan keluarga kita. Kita serahkan pada Yang Esa, ya abang?"
"In shaa Allah, sayang..."
"Dah, jomlah masuk dalam. Tak elok berembun memalam ni."
"Yang..."
"Ya?" Maya melorek senyuman dengan kemanjaan Zill yang mahu memegang tangannya.
"Love you, sayang."
"Love you too, abang." Kekura tangan keduanya dikucup bersama.
**********************
"Mama, sampai juga mama ngan papa." Maya menyalami mama dan papa.
"Mana Amsyar?"
"Tu Amsyar..." Zill menuding ibu jarinya ke arah Amsyar yang leka bermain dengan sikembar tiga.
"Amsyar..."
"Ya, mommy."
"Ni, tengok siapa datang?"
"Tokma! Tokpa!" Amsyar berlari mendapatkan mama dan papa sebelum memeluk keduanya.
"Tengok ni, tokma bawa apa untuk Amsyar?"
"Pulut kuning! Thank you, tokma. I love you." Pipi mama dikucup.
"Love you too, sayang."
"Amboi, suka sangat dia dapat pulut kuning, eh?" Tegur satu suara.
"Mama Mona!" Amsyar mendapatkan Mona lantas dipeluk erat mama angkatnya itu.
"Eh, Mona! Ya Allah, bertuah betul kawan aku ni..." Maya memeluk erat sahabat baiknya itu sebelum meleraikan pelukan.
"Bini-bini kita ni kalau dah bertemu, lupa laki ngan anak-anak kat belakang."
"Mana ada. Abang ni..." Balas Mona sebelum mengambil si kecil dari dukungan Arman.
"Eh, mak, Alim pun ada sekali. Ya Allah. Rindunya Maya dengan mak." Tubuh tua Mak Ayu dipeluk erat Maya.
"Sudah tu. Jangan nak buat mak meleleh kat sini. Bertuah betul..." Usik May Ayu bila Maya sudah teresak kecil.
"Yang, janganlah cengeng sangat. Mak ada depan sayang ni." Tegur Zill seraya mengusap belakang tubuhnya.
"Maklah yang buat Maya cengeng. Mak yang nangis dulu." Seloroh Maya.
"Mak pulak. Dia yang cengeng sangat." Balas Mak Ayu.
"Masuk dulu Arman, Alim. Mak, jemput masuk. Mona pun."
"Err, Mona kat dapur jelah, ya? Boleh tolong apa yang patut."
"Tak payah. Pergi layan suami kau. Ajak mak ngan Alim makan sekali."
"Kan, belum doa?"
"Takpe. Makanan kat dapur ni untuk kita-kita. Untuk tetamu kat depan sana."
"Aku bukan tetamu kau ke?"
"Kau jangan nak buat hal kat sini, eh? Sebelum balik, tugas kau kemas dapur aku sampai bersih."
"Abang... Tengok Maya ni." Melret suara Mona memanggil Arman. Tergeleng-geleng kepala Arman dengan ulah isterinya. Zill juga begitu.
"Maya kalau dah bertemu Mona, habislah. Tak siaplah kerja." Usik Mak Ayu.
"Ish, mak ni. Dah lama kot, tak jumpa. Kan Maya?"
"Betul. Yang ni, aku setuju dengan kau." Mona menjongketkan keningnya.
"Eh, Maya, mana sikembar tiga?"
"Sekejap. Tu, hah. Amsyar tengah layan dorang. Budak-budak kalau dengan Amsyar, dorang leka."
"Pandai Amsyar jaga adik-adik."
"Alhamdulillah."
"Err, mama..."
"Eh, ya, ya."
"Err, ini Mona, kawan Maya. Dialah yang banyak bantu Maya dari mula Maya ke bandar besar ni sampailah Maya bertemu dengan Zill. Dia segala-galanya pada Maya. Takde Mona, Maya tak tahu kat mana sekarang ni."
"Aunty..." Mona mengucup kekura tangan Mama Mas.
"Err, panggil mama je. Lebih mesrakan?" Mona mengangguk. Maya dapat merasakan sesuatu pada Mama Mas. Ada sesuatu yang mama sorokan dari pengetahuan mereka.
"Mama, jemput sekali. Anak-anak tahfiz dan asnaf dah sampai. Jom kita ke depan."
"Ya. Jom sama-sama. Err, mama ini mak mertua Mona. Mak Ayu."
"Apa khabar, kak?"
"Alhamdulillah, baik. Mari, kita sama-sama."
"Ya, kak." Mata Maya sempat melirik ke arah mama yang langsung tidak mengalihkan pandangannya dari memandang Mona.
"Alhamdulillah, selesai sudah majlis hari ni. Syukur padaMu Ya Allah." Ucap Zill seraya meraup wajahnya. Usai tetamu pulang, Zill dibantu Arman dan Alim mengemas persekitaran kawasan banglo mewah itu.
Begitu juga dengan Boy, Zam dan beberapa orang pekerja Zill yang diberi beberapa tugas demi melancarkan majlis malam ini.
"Allahuakhbar. Seronoknya, dapat renggangkan tubuh." Ujar Maya sambil merenggangkan sedikit tubuhnya. jelas terpancar keletihan di wajah masing-masing.
"Alhamdulillah. Ramai juga orang datang tadikan, Maya?"
"Alhamdulillah. Rezeki tu. Yang penting, anak-anak gembira."
"Alhamdulillah. Banyak Amsyar dapat hadiah hari ni."
"Rezeki Amsyar. Tak sangka, ramai saudara papa yang datang. Yelah, Amsyar pun bukan orang lain. Darah daging dorang jugakan?"
"Betul tu, Maya."
"Mommy..." Aifa mendapatkan Maya dengan lelehan air mata.
"Ya, sayang. Kenapa ni, sayang?"
"Mommy! Mommy! Aira! Aira!" Jerit Amsyar dari arah ruang rehat.
"Allahuakhbar! Anak aku!" Berlari Maya mendapatkan Aira.
"Aira?"
"Mommy..." Aira kelihatan sangat lemah. Maya memeluk erat Aira sambil mengalunkan selawat ke atas nabi.
"Amsyar ada bagi adik makan apa-apa ke?"
"Takde, mommy. Am tahu adik tak boleh makan semua tu."
"Aira, sayang..." Maya mengusap wajah pucat Aira.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Zill sebaik sahaja mendapat tahu mengenai Aira.
"Sayang tak tahu. Amsyar kata dia tak bagi apa-apa kat Aira."
"Mungkin dia kepenatan kot."
"Sayang takut dia ada makan sesuatu."
"It's okay. Stop crying. Kita bawa Aira ke hospital, okey?" Maya memang tidak dapat menahan air matanya melihat keadaan Aira yang memang disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak lahir.
"Abang ada dengan sayang. Kita bawa Aira ke hospital." Maya angguk laju sebelum mendakap Aira dalam pelukan.
"Err, Arman, Mona, mak, Alim. Tolong jaga rumah, boleh?"
"Kenapa dengan Aira?"
"Nanti kami ceritakan, ya?" Mereka mengangguk kepala.
"Amsyar jaga adik-adik."
"Baik, daddy. Mommy, I'm sorry."
"No, it's okay, sayang. It's not your fault. You did a great job. Mommy bawa Aira ke hospital dulu. Doakan Aira, okey?" Maya mengusap air mata Amsyar sebelum mengucup sisi kepala anak-anaknya.
"Zill, what happen?"
"Aira, pa. Zill nak bawa Aira ke hospital."
"Pergilah. Papa ngan mama ada sini jaga budak-budak. Be careful, Zill. Inform kami if anything."
"Okey, papa. Mama, please."
"Yelah. Pergi je. Mama ada."
"Boy, Zam!"
"Yes, boss." Pintu belakang Range Rover dibuka sebelum Zill dan Maya masuk ke perut kereta.
"Sayang minta maaf, bang. Sayang terlepas pandang." Ngongoi Maya sebaik sahaja anaknya dimasukkan ke zon kuning sebuah hospital swasta.
"It's okay, baby. It's okay. Kita doa baik-baik untuk Aira, okey? You have to be strong, sayang. Aira needs you. She need us..." Berkali-kali Zill memujuk Maya yang tak henti menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku pada Aira.
"Mengucap, sayang. Mengucap. Ini ujian buat kita. Please, you have to be strong. Istighfar, istighfar..." Pujuk Zill bila Maya tak henti menangis.
"Sayang takkan maafkan diri sayang kalau apa-apa berlaku pada Aira."
"Istighfar, sayang. Dengar cakap abang. Ini bukan waktunya kita nak salahkan diri sendiri. Ini teguran dari Allah. Istighfar, istighfar." Zill mengusap belakang Maya bersama-sama potong ayat suci quran sehingga tangisan Maya semakin redha.
"Tengku..."
"Saya, Doktor Fairuz. Pakar kanak-kanak." Doktor Fairuz menyalami Zill.
"Silakan, kita ke dalam." Jemput Doktor Fairuz. Maya dan Zill membontoti Doktor Fairuz ke bahagian pemeriksaan kanak-kanak.
"Aira sayang..." Maya mengusap rambut hitam pekat Aira.
"Macamana anak kami, doktor?"
"Alhamdulillah. Anak tengku tak apa-apa. Dia mungkin keletihan. Tengku ada bagi apa-apa makanan pada si comel ni ke?"
"Amsyar kata dia tak bagi apa-apa. Tapi kami tak pasti kalau ada orang lain yang suapkan makanan. Lagipun, takde sesiapa yang tahu pasal penyakit anak kami." Celah Maya.
"Anak kami tak apa-apakan doktor?"
"In shaa Allah, tengku. Tapi, apa yang dapat saya simpulkan di sini, si comel ni mungkin sedikit kepenatan. Ada si comel bermain atau apa sahaja petang tadi?"
"Eer, sebenarnya, kami baru sahaja mengadakan majlis doa selamat dan sambut ulang tahun kelahiran anak sulung kami." Terangguk-angguk kepala Doktor Fairuz.
"Berdasarkan pada rekod yang kami simpan, anak tengku menghidap buah pinggang, betul?"
"Ya, doktor."
"Si comel ni kita akan tahan satu dua malam untuk pemantauan. Jika tiada apa-apa yang membimbangkan kita akan benarkan pulang esok hari."
"Doktor, anak saya tak apa-apakan?" Soal Maya lagi.
"In shaa Allah, tengku. Banyakkan berdoa, ya? Setakat ni, si comel ni hanya keletihan. Pernafasan si comel ni pun tak berapa cantik. Jadi, kami terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan ni untuk bagi si comel bernafas dengan selesa."
"Branula ni jangan dicabut. Kita bagi si comel rehat, tidur dengan lena malam ni, ya tengku?"
"Aira..." Maya menggenggam erat tangan si kecil sebelum dikucup. Tangan kiri Aira dicucuk dengan branula, diusap perlahan.
"Tengku jangan bimbang. Si comel hanya kepenatan. Kami akan tolak si comel ke wad yang tengku pinta tadi."
"Terima kasih, doktor."
"Sayang, biarkan Aira berehat dulu, ya. Doktor dah cakap, Aira takde apa-apa. Aira cuma penat je." Maya memusingkan tubuh lantas tubuh tegap Zill didakap erat bersama tangisan hiba menguasai diri. Zill sendiri tak dapat mengawal kesedihannya. Bimbang jiak keadaan Aira semakin berat.
last free reading chapter. bab 5 sehingga tamat, unlock chapter ya guys... happy reading
Share this novel
tingat drama curang bukn pilihan. pyondol tua