Bab 3

Romance Series 34113

QAIL ADRIAN pulang ke Teratak Rose setelah mendapat arahan daripada Tan Sri Ahmad. Kali ini Qail Adrian tak boleh cari alasan lagi untuk elak pulang ke rumah keluarganya kerana sudah lama Qail Adrian tidak tunjuk muka pada datuknya.

Syarat Tan Sri Ahmad mudah. Qail Adrian perlu tunjuk mukanya setiap hujung minggu di Teratak Rose. NADI Group akan jadi pelabur utama Q.A Management dan Qail Adrian boleh terus uruskan syarikatnya tanpa gangguan sesiapa.

Itu syarat dua tahun lepas yang dimeterai antara Qail Adrian dan Tan Sri Ahmad.

“Wow! Dah macam kebun bunga la. Boleh buat bisnes jadi supplier bunga ros ni…”

Abang Usop, tukang kebun di Teratak Ros hanya ketawa saja mendengar usikan Qail Adrian. Tuan muda merangkap cucu pemilik rumah agam ini. Peribadi Qail Adrian sangat berbeza dengan Tuan Besar dalam rumah ini yang serius orangnya. Dengan Qail Adrian, semua pekerja boleh diajak gurau bersama kerana orangnya sangat mesra melayan semua pekerja dalam rumah besar ini.

“Apa pula jadi supplier untuk bisnes orang? Jadi supplier untuk girlfriend sendiri la… Kalau girlfriend Qail merajuk, roger Abang Usop. Satu lori abang boleh bagi,” usik Abang Usop.

Qail Adrian ketawa. Amboi sampai satu lori! Mahu mengamuk Tan Sri Ahmad nanti kalau botak taman bunganya nanti gara-gara kena rembat satu lori bunga ros dengan cucu sendiri.

Taman Bunga Ros ini dibina khas oleh Tan Sri Ahmad untuk arwah isterinya kerana nama nenek Qail Adrian ialah Ros Aminah. Rumah agam yang tersergam mewah ini juga diberikan nama Teratak Ros sempena nama arwah neneknya juga.

Cinta yang mendalam di hati Tan Sri Ahmad buat arwah isterinya sehingga sanggup menghasilkan sebuah taman bunga yang didedikasi untuk isterinya semasa hayat usia nenek Qail Adrian masih ada.

Qail Adrian tersenyum. Adakah dirinya akan romantik seperti datuknya.

“Girlfriend kau pun nama Ros juga ke? Meleret kau senyum tengok bunga ros tu…”

Aralyn ini pengacau betul. Qail Adrian baru nak menikmati pemandangan indah di taman bunga datuknya.

“Kau nak pergi mana ni?’ tanya Qail Adrian melihat Aralyn yang sudah berpakaian cantik.

“Weekend macam ni bro, kita pergi dating la. Bukan kena hadap tuan besar dalam tu.” Sengaja Aralyn mahu sakitkan hati Qail Adrian. Tan Sri Ahmad memang sudah menunggu Qail Adrian tiba dari tadi.

Qail Adrian cebik. Tahulah Aralyn sengaja mahu memanaskan hatinya. Orang lain masa hujung minggu inilah nak berseronok tapi dia terpaksa menghadap tuan besar.

“Tuan muda… Kalau tuan muda nak berseronok macam saya juga sila la berkampung sekali dalam rumah ni. Sudah tentu hujung minggu tuan muda takkan diganggu kerana setiap pagi dan malam wajib kita semua menghadap tuan besar.”

Oh! Qail Adrian tidak sanggup! Dia lebih bahagia tinggal bersendirian di kondominium miliknya dari sebumbung dengan Tan Sri Ahmad yang tegas lagi cerewet itu.

“Tak apa la…Aku lagi sanggup hadap tuan besar setiap hujung minggu dari purata masa aku mengunyah dikurangkan.”

Bayangkanlah waktu makan pun ada hadnya. Masing-masing tidak boleh makan selepas tamat waktu yang ditetapkan.  Lapar atau tidak kena tetap makan pada masa yang telah ditetapkan. Itu peraturan dalam Teratak Ros.

“Kau cover line sikit pergi dating tu…Jangan sampai esok tim media aku kelam kabut nak cover story korang…” Qail Adrian beri peringatan.

Aralyn mencebik. “Aku dating dalam gim company je pun…Kalau ada any issue semua tu sebab security company kau yang tak bagus.”

Qail Adrian rasa kesian pula dengan Aralyn. Hanya boleh dating di kawasan yang terhad saja tanpa pandangan orang luar.

“Ni aku pesan satu benda…” Tiba-tiba Aralyn serius.

“Kau cepat-cepat la cari Cik Cinderella kau sebelum tuan besar cari calon cucu menantu perempuan dia.”

Qail Adrian terdiam. Lantas terbayang wajah Naira Iris pada pertemuan semula mereka hampir dua tahun dulu.

Bukan Qail Adrian tak jejaki semula Naira Iris. Hampir setahun dia berulang-alik ke Sugar and You untuk cari Naira Iris.

Lebih mengejutkan bila Qail Adrian diberitahu oleh pekerja Sugar and You, tiada orang yang bernama Naira Iris bekerja di kedai kek itu. Jadi buat apa Naira Iris masuk ke dalam kedai kek yang sudah tutup pada malam itu? Adakah malam itu Naira Iris perlu berjumpa seseorang di dalam kedai itu?

Kata-kata Aralyn buatkan Qail Adrian rasa pening kepala. Punyalah penat dia cari alasan untuk bagi sebab pada Tan Sri Ahmad, kenapa sudah dua minggu dia tidak pulang ke Teratak Ros dan sekarang dia perlu cari alasan untuk perkara lain.

Haraplah mulut Aralyn tak masin hari ini!

LEPAS ini Qail Adrian akan tampal mulut Aralyn dari bercakap bukan-bukan. Tak pasal-pasal Tan Sri Ahmad suruh Qail Adrian temanya untuk hadiri majlis perkahwinan salah seorang anak pemegang saham NADI Group. 

Alasan Tan Sri Ahmad kali ini sangat klise macam mak-mak yang punyai anak dara di luar sana ya.

“Kamu kena ikut atuk pergi wedding ni… Baru la kamu rasa nak kahwin bila tengok orang lain kahwin.”

Hah! Sudah!

Lepas ini bolehlah cakap nak kahwin dua sebab tengok orang lain kahwin dua. Macam itu? Boleh melayang pinggan mangkuk dalam rumah kut!

“Atuk dah check jadual kamu dengan Arian. Kamu tak ada hal pun malam ni. So otak kamu tu boleh rehat dari fikir nak bagi alasan apa kat atuk ya,” perli Tan Sri Ahmad.

Cis! Aku potong elaun kau, Arian!

“Okey…Qail teman atuk tapi kita pergi sekejap je. Doktor kan dah pesan kat atuk suruh banyak rehat kat rumah je.”

Kalau tak boleh bagi alasan tak nak ikut, Qail Adrian carilah alasan nak kurangkan masa untuk ikut.

“Banyak rehat kat rumah pun bukan kamu nak teman pun…”

Adui! Sekali lagi terkena tembakan Tan Sri Ahmad.

“Atuk kan lagi suka ditemani buku…”

Tan Sri Ahmad menjeling Qail Adrian yang sudah tersengih-sengih.

“Kamu tak payah balik. Siap je kat rumah ni untuk malam karang. Dalam bilik kamu tu semuanya lengkap. Cuma kamu je yang tak ada.”

“Yalah…yalah…” Qail Adrian patuh saja arahan Tan Sri Ahmad. Malas dia nak bertegang urat dengan datuknya gara-gara mahu bersiap di rumah sendiri.

“Kita pergi lepas maghrib.”

“Baik, boss! Kita pergi kejap je ya lepas tu Qail bawa atuk pusing satu KL eh.” Sempat Qail Adrian ajak Tan Sri Ahmad.

“Kamu ingat, aku baru duduk KL ke sampai nak bawa aku pusing satu KL yang aku dah terlebih pusing dari kamu ha?”

“Laa…atuk kan nak Qail teman atuk. Qail teman la atuk sambil pusing KL. Boleh hirup udara malam kotaraya,” jawab Qail Adrian macam nak minta kena luku kepala saja.

“Baik kamu cari calon isteri sendiri sebelum atuk bagi kamu calon isteri untuk teman kamu hirup udara malam kotaraya kamu tu…”

Alah! Ke situ pula perginya!

“Atau kamu masih cari budak tu lagi.”

Qail Adrian tak jawab.

Tan Sri Ahmad juga mahu bertemu dengan perempuan yang berjaya buat Qail Adrian mengubah keputusannya dua tahun lalu.

NAIRA IRIS masuk ke dalam grand ballroom yang sudah dihias cantik dengan dekorasi bertemakan fairytale. Matanya tertancap pasangan merpati sejoli yang bakal diraikan pada malam ini sedang menjalani raptai terakhir untuk majlis sebentar lagi.

Tak pelik kalau majlis persandingan adik saudaranya nampak mewah dan gah. Lihatlah pelamin  reka bentuk istana yang tersergam indah. Rimbunan bunga-bunga segar yang menghiasi seluruh grand ballroom hotel mewah ini. Mungkin 10 lori kut yang angkut bawa bunga-bunga tersebut.

Impian perkahwinan yang mewah lagi cantik ini boleh tercapai jika berduit. Begitu jugalah dengan Amanda. Pilih suami keturunan T20 walau pernah sondol kekasih orang berstatus B40. Amanda bukan berkahwin dengan bekas kekasih Naira Iris tapi berkahwin dengan anak salah seorang pemegang saham syarikat terkemuka. Raykal Bin Dato Riyad.

“Kau buat apa kat sini? Tak malu ke datang tanpa diundang.”

Naira Iris cam sangat empunya suara yang kasar itu. Lalu menoleh ke belakang melihat wajah pemilik suara yang nampak tak suka melihat kehadirannya. Naira Iris menayangkan muka selamba saja.

“Kau memang muka tak malu kan? Orang dah tak jemput pun still terhegeh-hegeh nak datang dengan muka kesian kau tu.”

Bukannya Naem mahu mengalu-alukan kedatangannya tapi lagi mahu mengejek Naira Iris yang datang tanpa diundang sebagai ahli keluarga.

“Mesti kau sibuk nak datang sebab jealous tengok Amanda kan? Patutnya kau jadi baik macam Amanda barulah hidup kau senang-lenang sampai tujuh keturunan. Bukan macam kau sekarang, tahu nak mengemis minta simpati je.” Sinis Naem.

Naira Iris rasa geli hati. Dia nak cemburu pada Amanda? Memang tak wujud dalam kamus kehidupannya. Amanda yang cemburu pada dia adalah.

“Nak buat macam mana? Dah dapat abang tak guna, kena la mengemis nak minta simpati jumpa abah sendiri,” balas Naira Iris selamba.

“Mulut kau!” Naem tunjuk muka bengang.

Naira Iris senyum sinis. Tahu rasa bengang tapi memang layak pun Naira Iris gelarkan begitu.

“Untuk pengetahuan abang, Iris tak perlu pun suami kaya raya untuk hidup mewah tujuh keturunan seperti apa yang diimpikan oleh perempuan macam Amanda. Dengan tangan Iris sendiri pun, Iris boleh hidup mewah kalau bukan kerana abang.” 

Naira Iris ingatkan Naem semula apa yang pernah berlaku. Tangan Naira Iris pernah cedera kerana Naem menyebabkan Naira Iris terpaksa mengorbankan peluang untuk mencipta nama lebih terkenal dalam industri pembuatan kek.

“Habis tu buat apa kau datang sini? Kau nak malukan kitorang. Kau nak bagi saudara mara kitorang semua nampak kau? Nampak anak yang dah terbuang ni?” Tepat jari Naem hala pada wajah Naira Iris.

“Iris datang sini nak buat duit,” balas Naira Iris tanpa terusik hatinya dengan gelaran Naem padanya.

Dia bukan anak terbuang tapi dia dibuang oleh abangnya tanpa rela.

Baru Naem nak buka mulut tiba-tiba ada seseorang menyapa Naira Iris.

“Cik Iris?” sapa seorang perempuan dengan mesra. Naem kenal siapa perempuan itu yang merupakan pengurus majlis perkahwinan Amanda. Kenapa perempuan itu tegur Naira Iris dengan mesra?

“Ms. Sally,” sapa Naira Iris semula tanpa pedulikan Naem.

Perempuan yang bernama Ms. Sally itu hulurkan tangan pada Naira Iris. Wajahnya tersenyum kelegaan apabila bertentang mata dengan Naira Iris.

“Thank God! You are our savior. I tak boleh to imagine grand wedding tonight without a beautiful cake. Thank you so much. You sudi tolong our team last minute.”

Terpinga-pinga Naem dengar. Jadi kek perkahwinan Amanda datang dari hasil tangan adiknya sendiri. Naem juga turut puji bila melihat kek kahwin Amanda tadi. Rupanya dia puji hasil air tangan adiknya sendiri. Kalau Naem terkejut apatah lagi Amanda?

“Just a small matter. Eric is my friend. And of course I akan bantu dia,” balas Naira Iris lembut.

Sedangkan bukan Naira Iris yang bantu kawannya tapi dia yang dibantu oleh kawannya itu demi mencapai tujuannya malam ini.

“By the way, our groom and bride really like your beautiful cake. And tonight everyone will be stunned to see your masterpiece.”

Naira Iris senyum meleret sambil memandang Naem yang sudah rasa jengkel mendengar pujian yang diterima oleh adiknya itu.

“I harap my beautiful cake tak shadow pengantin la malam ni,” gurau Naira Iris ada makna dan disambut ketawa Ms. Sally.

Naem sudah tahu apa tujuan Naira Iris muncul. Sudah tentu Naira Iris mahu mereka rasa kewujudannya juga walau dirinya sudah bertahun dibuang keluarga.

DARI tadi senyumannya tak lekang dari bibir. Separuh rancangannya sudah berjaya. Tak sia-sia Naira Iris buat kerja gila demi kepuasan hatinya. Sekarang Naira Iris tunggu masa untuk lancarkan separuh lagi rancangannya sebelum dia capai matlamat malam ini. Teringat perbualannya bersama Eric tempoh hari.

“You dah gila? Takkan I nak sabotaj hasil kerja I sendiri?” Kuat suara Eric yang ala-ala lembut itu.

Naira Iris pamer wajah tenangnya. Siapapun akan cakap dia gila bila suruh orang yang hasilkan kek hampir tujuh tingkat itu kemudian hancurkan dengan tangannya sendiri.

 “Lepas tu kalau I dah hancur kan kek tu takkan I nak buat semula.”

“I tak suruh pun you buat semula?”

“Habis tu you nak I kena maki dengan client ke.” Naik satu oktaf suara jantan Eric.

“You tahu tak client I tu siapa? Bakal menantu Dato Riyad dan Datin Mariam okey!”

Naira Iris buat muka tak kisah mendengar kedua-dua nama itu.

“Of course la you tak kenal. You bukan hairan pun pasal orang-orang kaya ni asal kan dulu job you masuk je.” Pening kepala Eric fikirkan permintaan Naira Iris. Gaya macam suruh dia terjun gaung je.

“Tapi I rasa you peduli kan ni?” Naira Iris tayang sekeping kad nama yang buatkan mata Eric terbeliak. Naira Iris tahu keinginannya yang menjadi kelemahannya.

“I tak kisah you nak jahanam kan wedding kek bakal menantu Dato Riyad dan Datin Mariam macam mana. You suruh dorang hire I untuk gantikan you buat kek baru dan bisnes kad ni jadi milik you.”

Amanda mungkin berjaya menjadi penyebab Naira Iris dibuang keluarga tapi perempuan itu tak boleh singkirkan Naira Iris dalam industrinya. Walau ramai saudara-maranya mula menyisihkan Naira Iris tapi dia ada kenalan ramai untuk menyakitkan hati Amanda.

“Iris…”

Naira Iris tersenyum apabila mendengar namanya dilaung seseorang. Panjang umur orang yang Naira Iris mahu sakitkan hati di malam persandingannya sendiri.

“Buat apa kau datang sini?” Tegang wajah Amanda.

Sekali lagi Naira Iris ditanya soalan yang sama.

“Mana yang lagi menyakitkan hati kau? Datang sebagai kakak saudara yang kau pernah khianat atau seseorang yang telah bantu malam resepsi kau lebih jadi bermakna?”

Terkebil-kebil Amanda yang tak faham apa maksud Naira Iris. 

“Kedatangan kau sebagai sesiapa pun tak penting bagi aku.” Keras suara Amanda.

“So apa yang kecoh sangat? Sampai sanggup kau kejar aku dari teruskan rehearsal?”

Amanda merengus geram kerana tindakannya seperti diejek oleh Naira Iris. Memang kelam kabut Amanda keluar dari grand ballroom bila mula perasan Naira Iris yang melangkah keluar tadi.

“Tak takut ke laki kau cari ke sini sampai jumpa aku? Bahaya tau kalau dia terjumpa aku.” Naira Iris senyum sinis.

Tajam mata Amanda memandang Naira Iris. Rasa macam nak terkam saja kakak saudaranya itu kalau tak fikirkan sesiapa boleh muncul antara mereka sekarang ini. Takkan dia mahu memalukan dirinya sendiri pada hari bahagianya.

“Jangan risau la. Aku bukan suka buka aib orang. Tuhan pun dah pesan jangan kita suka buka aib orang lain kalau Tuhan tu dan tutup aib kita sebaik-baiknya…”

Makin seronok Naira Iris melihat wajah gelisah Amanda.

Orang yang terpaling nak buat jahat macam Amanda pun mula cuak dengan orang yang baru nak buat jahat macam Naira Iris jika ada rahsia yang tersembunyi.

“Aku simpan rahsia kau elok-eloknya. Lagi pun aku tahu, kau bukan sampai jual diri semata-mata nak sakit kan hati aku. Jadi suami kau tak rugi pun. Cuma tulah… Apa kata mertua kau yang dipandang tinggi bila tahu seburuk mana perangai kau. Serendah mana maruah kau.”

Hanya mereka berdua yang merasa ketegangan sekarang ini. Amanda sudah genggam tangannya dengan kuat. Ketenangan hidupnya selama ini mula goyah akibat perbuatan silamnnya. Jadi Naira Iris bukan tidak mahu balas dendam padanya selama dua tahun ini sehingga dia mula lupa kewujudan Naira Iris yang tidak penting lagi dalam keluarga tapi rupanya kakak saudaranya itu menunggu masa yang sesuai untuk melunaskan dendam.

“Jadi baru sekarang la kau nak balas dendam. Dengan cara macam ni?” Amanda ketapkan giginya menahan marah.

“Habis tu? Kau nak aku buat cara macam kau? Perangkap suami kau pura-pura tidur sekatil? Atau curi duit suami kau? Macam  tu?”

Besar bebola mata Amanda. Matanya meliar sekeliling. Tidak mahu ada orang lain dengar sekali.

“Kecerdikan aku untuk balas dendam  tak serendah level kau. Aku lebih suka kau mula rasa tak senang hidup. Mula rasa takut dengan bayang-bayang dosa kau pada aku. Kau mula rasa bahagia tu jauh walau di samping suami kau yang tercinta. Malam-malam yang patut menjadi keindahan berada dalam pelukan suami kau yang kacak tu tak terasa apa-apa sebab perasaan takut kau melebihi segalanya.”

Naira Iris lemparkan senyuman tanda pembalasan dendamnya telah bermula.

Amanda diam tak terkata. Dia terlalu bodoh membiarkan Naira Iris begitu sahaja dalam  dua tahun ini. Dia terlalu bodoh fikirkan Naira Iris akan lepaskan dirinya semata-mata perempuan yang menjadi mangsa cemburunya hanya sibuk mahu mencari peluang untuk bertemu semula dengan bapa saudaranya. 

“Untuk permulaaan…Enjoy your beautiful wedding cake tonight. Jangan risau aku tak letak racun sebab aku terpaksa buat free untuk gantikan kek kau yang dah jahanam tu semata-mata aku nak sakitkan hati kau bila terpaksa potong kek dari hasil tangan aku sendiri. Aku lagi suka muka kau tahan sakit hati pandang camera sambil potong kek aku dari rasa nak mati kena racun dengan aku..”

Ternganga sedikit mulut Amanda.

“Kau yang sabotaj kek aku!” Kali ini Amanda tak boleh tahan suaranya. Makin menyala api kemarahannya.

Naira Iris senyum tanpa rasa bersalah.

“But, please remember… jangan nak mengaku aku sedara kau bila ramai orang puji cantik wedding cake kau.” Sinis Naira Iris.

Amanda rasa mahu belasah Naira Iris secukup-cukupnya. Naira Iris pula rasa gembira tak terkata walau dia tahu bala lain akan bertandang dalam hidupnya lepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience