BAB 35:Jasad Dalam Inkubator.
KELIBAT wartawan Mirah Hasyimi di lihat muncul dalam hutan. Dia melilau mencari sesuatu sebelum menemui sebuah pohon. Kemudian beliau pun menyeluk ke saku sebelum meletakkan sesuatu pada dahan pohon terbabit.
Orang misteri tiba-tiba sahaja muncul dan menembakkan suatu pancaran cahaya kepada Mirah. Wartawan itu pun pengsan lalu di usung pergi oleh orang misteri. Video yang terpapar setakat itu sahaja. Skrin komputer di kokpit pesawat Xeno-Voyager kembali memaparkan visual kosong.
"Huu?"wartawan Yeob dan Harun tersentak.
Kemudian muncul suatu suara di ruang kokpit.
"Ikut laluan di sebelah kiri dan masuk ke bilik bercahaya biru. Wartawan tu ada kat situ"
Harun dan Yeob pun mengikuti arahan yang di berikan. Memang benar di situ terdapat sebuah bilik bercahaya biru dan dengan puluhan inkubator bersusun serta jasad-jasad terbaring di dalamnya.
"Huwwaa...naya..naya..ini bilik eksperimen jasad manusia ke haa?sekian"Yeob Maon terus merakam dengan kamera video digital.
Harun memerhatikan jasad-jasad dalam inkubator di kiri kanannya.
"Agaknya orang-orang ini di culik"kata Harun sambil meneliti maklumat setiap subjek yang terpapar di penutup kaca inkubator.
KLIK! KLIK! KLIK! KLIK!
Cahaya lensa dari kamera Harun menyimbah. Wajah subjek dan maklumat mereka terus di rakam. Harun berminat untuk mengetahui identiti orang-orang itu. Dia akan mengkajinya nanti.
Di antara para subjek yang terbaring itu ialah empat orang anggota polis berkelakuan aneh yang di culik oleh piring terbang sewaktu di hutan tempoh hari.
Wartawan Yeob duduk seketika di bangku kokpit bilik yang di penuhi inkubator terbabit.
"Uhuhu iya kosi kokpit ni jikalau dapat nak curi bawak balik rumah,boleh jugak nak buat kosi gaming ya..huhuhu sekian"katanya tersenyum sendiri.
Tiba-tiba sebuah penutup inkubator terbuka.
"Ah?!"
Dua orang wartawan itu tersentak dan menoleh.
"Mirah!"
Segera mereka menghampiri inkubator di mana wartawan Mirah Hasyimi terbaring di dalamnya.
"Huu?uhuhu iya ko pengsan ke dah mati ni haa?sekian"
"Uhukk! uhukk!"
Mirah terjaga dari pengsan. Wajahnya lesu tak bermaya.
"Abang Harun..abang Yeob.."suaranya lemah.
"Tak apa..kita papah Mirah bawak dia keluar dari kapal angkasa ni dulu"kata Harun.
"Uhuhu iya bang baik..baik..sekian"
PINTU keluli pesawat piring terbang itu pun tertutup kembali di saat Harun dan Yeob Maon sudah berjaya memapah Mirah keluar dari situ.
_________________
BEBERAPA hari kemudian wartawan Mirah di ziarahi oleh staf dan rakan wartawan lain dekat hospital dimana beliau di tempatkan. Dia kelihatan bertambah sihat dan pulih. Suami dan anaknya pun ada sekali.
"Baguslah awak dah pulih dan sihat seperti sediakala Mirah. Sebenarnya apa yang terjadi?"tanya Maya.
Mirah pun menceritakan semula detik bagaimana dia telah menemui sebutir batu kristal hijau yang amat cantik sewaktu mengikuti para wartawan masuk ke hutan bagi menjejaki anggota polis yang berkelakuan aneh tempoh hari.
Namun hal itu tidak pernah di beritahukannya kepada yang lain-lain. Kristal itu di bawanya pulang ke rumah.
"Ini semua salah Mirah Kak..Mirah tak sepatutnya pungut kristal tu.."
"Kenapa Mirah?apa yang terjadi?"yang lain-lain bertanya.
"Orang misteri muncul kat rumah dan beri amaran secara telepati menyuruh agar saya memulangkan kembali kristal hijau yang telah di ambil. Oleh sebab ketakutan,jadi saya pun kembali semula ke hutan tersebut dan memulangkannya kembali"
"Adakah di pengsankan dalam inkubator pesawat tu juga suatu perjanjian dengan dia Mirah?"soal Harun.
"Tidak bang Harun. Mirah tak tahu apa-apa pun tentang inkubator atau pesawat tu. Tau-tau Mirah sedar semula dan dapati abang Harun dan Yeob dah muncul di sisi"
"Uhuhu naya..naya..aku syak ko sebenornya dah kena scam dengan orang misteri tu ya..uhuhu kebarangkalian beso mereka sekadar umpankan ko dengan kristal dengan tujuan nak culik dan bedah tubuh ko untuk sesuatu tujuan dan eksperimen..sekian"
"Culik?Bedah? Eksperimen?"Mirah menjadi resah-gelisah.
Perbualan itu terganggu sebentar apabila doktor dan jururawat pembantunya muncul membawa laporan tentang kandungan Wartawan Mirah.
"Maaf Puan Mirah..kandungan kamu di dapati telah hilang"
"Hilang?! macam mana boleh hilang pulak Doktor?"
"Kami temui ada kesan pembedahan di bahagian perut kamu. Adakah kamu..
"Uhuhu iya kan aku dah cakap. Orang asing tu ada buat pembedahan ke atas ko. Uhuhu tak sangka..tak sangka..iya rupanya dia culik bayi dalam kandungan ko ya..sekian"
Riuh rendah dan kecoh jadinya dengan apa yang berlaku terhadap wartawan wanita itu.
Wartawan Mirah teresak-esak menangis kesal hingga terpaksa di tenangkan oleh suami dan rakan-rakan wartawan yang hadir menziarahinya. Dia bukan sahaja telah menjadi mangsa culik malah bayi dalam kandungannya juga hilang lesap entah ke mana.
______________
ARTIKEL siasatan dan pendedahan yang di buat oleh wartawan Harun dan Yeob Maon ketika memasuki ke kapal angkasa piring terbang misteri serta penemuan puluhan jasad dalam inkubator sewaktu menyelamatkan wartawan Mirah Hasyimi yang di culik sekali lagi telah menggemparkan para pembaca akhbar tabloid misteri BONGKAR.
Hal itu telah mengundang beberapa pihak yang mendakwa diri mereka sebagai pengkaji paranormal dan U.F.O untuk turun sendiri ke tapak Zon Projek Highlanders.
Pihak-pihak ini juga turut berjaya merakamkan keberadaan piring terbang terbabit sekaligus telah menyokong pendedahan yang di buat oleh akhbar tabloid BONGKAR.
                          *****
PEJABAT SYARIKAT PENERBITAN TABLOID BONGKAR-JAM 10:40 PAGI.
Yana sedang rancak bersembang dengan Harun. Topiknya masih berkisar tentang piring terbang misteri di tapak Zon Projek Highlander.
"Tapi kan Run..i hairanlah. Kenapa pulak orang misteri tu sanggup mengundang pihak kita untuk masuk ke dalam pesawat piring terbang tu demi nak menyelamatkan Mirah? Dia pun bukan tak tahu yang kita ni reporter. Dah tentu-tentulah kita takkan lepaskan peluang untuk bongkar tentang misteri yang terhidang depan mata"kata Yana.
Harun termenung sejenak.
"Hm..kita tak tahu apa motif dia untuk benarkan kita buat macam tu. Atau mungkin dia memang sengaja nak kita dedahkan tentang kewujudan piring terbang tu ke khalayak?"
"Tapi itu kan dah bertentangan dengan pendirian dia selama ni. Bukan ke dulu dia jugak yang bermatian-matian sanggup mengugut kita kalau kita berani membongkar apa sahaja rahsia tentang dia"
Tiba-tiba perbualan Harun dan Yana terganggu buat seketika apabila seorang kerani datang.
"Kak Yana..abang Harun..ada tetamu datang nak jumpa dengan abang dengan akak"
"Tetamu?"
Yana dan Harun saling berpandangan.
"Siapa Shima?"tanya Harun.
"Entahlah..tetamu kita seorang akak melayu. Katanya salah satu foto jasad terbaring dalam inkubator yang didedahkan dalam isu keluaran terbaru BONGKAR adalah suaminya yang hilang tanpa dapat di kesan beberapa tahun lalu"kata si kerani.
"Hah ni dah semakin menarik. Kat mana tetamu tu?"kata Harun dengan penuh semangat.
"Dia tunggu kat lobi pejabat"
PUAN Rogayah teresak-esak kesedihan ketika menceritakan kembali bagaimana suaminya Mahmud seorang kontraktor didapati hilang kira-kira setahun yang lalu.
"Dia hilang tanpa dapat di hubungi dan dan di jejaki. Tiba-tiba waktu saya singgah di kedai surat khabar dan secara tak sengaja terpandang ke foto jasad-jasad terbaring dalam inkubator seperti yang didedahkan oleh akhbar BONGKAR. Saya rasa seperti nak pengsan bila menyedari salah seorang darinya ialah Mahmud..suami saya.."Rogayah tersembam kesedihan.
Yana terpaksa mengusap dan memujuknya. Ketika Puan Rogayah sedikit tenang barulah dia kembali menyambung percakapan.
"..Suami saya ada meninggalkan pesan terakhir sebelum dia menghilangkan dirinya.."
"Pesanan terakhir?"Yana dan Harun saling berpandangan.
Puan Rogayah meraba ke dalam beg tangannya sebelum membawa keluar sekeping surat bertulisan tangan dari suaminya.
Harun dan Yana pun bacalah apa mesej pesanan yang di tinggalkan oleh Mahmud.
"Ke hadapan Gayah..jagalah diri dan anak-anak kita nanti. Saya terpaksa berkorban atau dia akan datang untuk ambil anak kita yang sedang awak kandungkan tu.."
Menurut Rogayah sewaktu kejadian kehilangan suaminya Mahmud,dia sedang sarat mengandungkan anak mereka yang nombor empat.
Ini sungguh mencengangkan Harun dan Yana.
Ketika Puan Rogayah telah minta diri dan pulang,siaran di kaca televisyen lobi pejabat pula telah menyiarkan berita terkini tentang kehilangan beberapa orang ahli dari kumpulan penyiasat paranormal.
Menurut berita,aduan dibuat sendiri oleh ahli keluarga,isteri dan sanak saudara anggota kumpulan terbabit. Kesemua mereka di dapati hilang setelah pergi ke Zon Projek Highlander demi melihat sendiri pesawat piring terbang seperti yang sedang heboh di perkatakan.
"Hal ni dah semakin pelik. Sebelum ni pihak kita elok-elok je boleh tiba di Zon Projek Highlander dan masuk ke badan pesawat sebelum di susuli pula oleh team penyiasat paranormal. Sekarang ni datang pula ahli penyiasat paranormal lain ke situ dan di dapati hilang?"kata Yana yang sudah semakin bingung.
Harun masih menatap ke layar kaca tv dan menonton berita terbabit sehingga habis. Air muka nya tampak serius dalam cuba memahami situasi yang sedang terjadi.
BAB 35. Jasad Dalam Inkubator
Share this novel