3

Mature Content Series 844

MALAM ini merupakan sambutan ulang tahun ke lapan Puteri Ayunis, cucu sulung Tuan Adnan dan Puan Anita. Majlis kali ini diraikan dengan cara berbeza kerana malam ini bukan sahaja meraikan ulang tahun Puteri dan Tuan Izril tetapi turut menjadi detik bersejarah dua keluarga iaitu Tuan Adnan Herman dengan Dato Mazwin.

Beberapa orang wartawan juga turut diundang dan mereka berbaris di tepi karpet merah bersama kamera dalam mood sedia menunggu sesuatu yang sensasi.

"Standby, watak utama belum muncul lagi," bisik salah seorang wartawan.

"Anak sulung Tuan Adnan memang suka mengelak. Kena alert," balas perempuan bertudung bawal hijau lembut.

Lima minit kemudian Cempaka Naira muncul dengan gaun hitam labuh tali halus dan terbelah tinggi di sisi. Sengaja dia memilih pakaian ini supaya nampak lebih berani untuk menonjol di majlis yang sopan ini.

"Good, memang tak kena langsung dress kau dengan majlis Naira," gumam Naira ketika melangkah di muka pintu.

Setiap langkahnya disambut bisikan semua orang yang ada di dewan. Tidak sia-sia dia meleset dengan Tuan Adnan dari awal hinggakan majlis tertutup juga dirinya diundang. "Terlalu sempurna dan bahagia keluarga Tuan Adnan ni."

"Siapa perempuan tu?"

"Bukan ke malam ni cuma keluarga terdekat?

"Setahu aku dia cuma pekerja Tuan Adnan."

"Kenapa macam rapat dengan keluarga Tuan Adnan? Mungkin kawan Tuan Izat agaknya."

Naira hanya tersenyum nipis. Ini pentasnya dan dia suka dengar bisikan sedang berjalan sekarang. Nampaknya bisikan itu tidak berhenti di muka pintu. Bisikan mereka cukup menghangatkan dewan malam ini. Matanya melirik ke arah Tuan Adnan sedang menghampirinya. "Dia datang juga walaupun isterinya ada dalam dewan yang sama."

"Cik Naira, you memang berani lawan arus. I like," tegur Tuan Adnan dengan wajah tenang. Dia berdiri di sisi Naira namun matanya melirik sekeliling dewan.

"Sorry saya lewat. Well, bukan ke Tuan yang minta saya datang malam ni sebab nak bagitahu sesuatu," bisik Naira ke telinga Tuan Adnan.

"I suruh you temankan I malam ni lepas majlis, bukan sekarang. Nanti jangan lupa check in. I dah tempah bilik kita."

Belum sempat Naira menjawab, matanya melirik ke arah Tuan Izril yang baru muncul diikuti puteri bongsu Dato Mazwin, Liyana Melissa.

"Terlalu perfect mereka berdua tu."

"Awak lagi perfect di mata I girl. I miss you."

Membulat mata Naira sebaik lelaki tua ini menepuk punggungnya. Jauh disudut hati Naira berbisik "Malam ni bukan malam kau Tuan Adnan tapi malam Tuan Izril."

Naira ada rancangan tersendiri. Di saat semua mata tertumpu ke arah Tuan Izril dan Puteri, dia perlu bertindak. Apa yang penting rancangan malam ini tidak boleh gagal. "Alang-alang dah boleh dapat anak. Kita ambil je yang muda."

Mereka semua berkumpul di depan dewan meraikan Puteri Ayunis dan Tuan Izril.

"Masa untuk beraksi," omel Naira sambil melangkah ke arah mereka dengan yakin dan berani.

"Gentlemen."

Naira sudah berdiri di sisi Tuan Adnan ketika memulakan bicara. Wajahnya ceria seperti mahu mengumumkan berita gembira. Pada masa sama Tuan Izril dan Cik Liyana naik mendekati Tuan Adnan dan Naira di atas pentas.

"This time. Wait and see," gumam Naira.
Tubuh Izril tiba-tiba rebah di depan Naira yang baru melintas di hadapanya. Naira terus merangkul tubuh Izril erat di depan semua tetamu tanpa segan silu. Perangkapnya buat Izril tersadung dan melanggarnya menjadi.

Klik! Klik! Klik!

Bunyi kamera dan cahaya putih memancar tepat ke arah Tuan Izril dan Naira tanpa disuruh. Suasana dewan kecoh apabila semua mata tertumpu ke arah mereka yang sedang berpeluk di atas pentas.

"Mama, Pak Long," tegur Puteri, terkejut.

Elah memeluk lengan suaminya Arash dengan riak wajah cemas manakala Arash menggosok bahu anaknya agar bertenang.

"Mungkin Abang Long tak sengaja."

Tubuh Izril kaku menampung berat tubuh Cik Naira. rahangnya bergerak. Darahnya naik tapi badannya tidak bergerak. Mulutnya mula mengomel sekadar cukup untuk Naira dengar. "Aku tak berminat cara murah kau. Hidup aku dah cukup penuh cerita tanpa kau."

Naira mendekatkan bibirnya dan hampir menyentuh telinga Tuan Izril. Degup jantung Tuan Izril dapat dirasai dengan jelas. "Nampaknya cerita hidup awak tak semeriah yang awak sangka sampai perlukan saya jadi plot twist. Buktinya sekarang awak peluk saya bukan saya peluk awak."

"Kau!"

Naira ketawa apabila Tuan Izril menepis dan mengelak. Makin mereka bergerak makin nampak mesra di mata tetamu yang hadir. "Kau ingat aku boleh kau tergoda dengan pelukan murahan ni?"

"Awak silap. Awak rasa peluk ni murah... awak yang peluk dan buat semua orang tengok awak dengan cara ni. Breaking! Anak sulung Tuan Adnan, Tuan Izril dengan bangga peluk perempuan misteri di dalam majlis. Wow, saya suka."

"Perempuan tu siapa sebenarnya?" soal orang awam.

"Kawan Tuan Izril agaknya," balas salah seorang daripada mereka.

Tetamu mula berbunyi, kamera rakus merekod setiap inci tubuh Tuan Izril dan Cik Naira yang masih melekat. Puan Mazwin menekup mulut, marah bercampur malu dengan semua ini. Begitu juga adik beradik Tuan Izril dan Puan Anita.

"Uncle, apa semua ni? Siapa perempuan ni dengan Izril?" soal Liyana sambil menggoncang tubuh Tuan Adnan.

Izril menelan liur. Dia cuba tolak tubuh Naira perlahan-lahan tapi Naira sengaja lekatkan dadanya di dada Izril. Hati Izril makin panas. Kepalanya makin sakit apabila warna lipstik perempuan ini melekat di baju dan pipinya.

"Dah boleh rasanya jauh sikit."

Naira menarik tubuh Tuan Izril agar melindungi dirinya dari lensa kamera.

"Awak! Tali baju saya putus sebab tersangkut jam awak. Awak nak biarkan saya macam ni?"

Izril meraup rambutnya dan mengeluh kasar. Sutnya dibuka dan disarung ke bahu Naira. Tangan Naira ditarik dan turun dari dewan dengan wajah berang. "Ikut aku!"

Naira hanya tunduk dan mengikut langkah Tuan Izril dengan mengemam senyuman. Tangan kasar lelaki yang sedang menarik lengannya ditenung dengan pandangan kemenangan pertama.

"Abang, apa semua ni?" soal Puan Anita ketika anaknya melintas di depan semua orang bersama perempuan asing.

"Maaf mama, abang tak nak malukan dia depan orang ramai. Dia juga perempuan," jawab Izril, tenang.

Naira mengoyak senyuman senget dan sedikit berlari ketika Tuan Izril melajukan langkah. "Wow, dia masih hargai aku sebagai perempuan. Yes!"
. .
.
Beberapa minit kemudian, mereka di dalam bilik peribadi. Suasana senyap sepi, hanya degup jantung dan keluh kesah memecah sunyi di ruang ini.

"Apa yang kau nak sebenarnya? Kau tahu kau dah buat semua orang pandang aku macam...."

"Calon suami?" pintas Naira dengan penuh yakin.

Belum sempat Izril membuka mulut, Tuan Adnan dan Puan Anita masuk dengan muka panik. Tuan Adnan mula menegur mereka dengan nada tegas.

"Apa semua ni abang?" tanya Tuan Adnan. Pandangannya tajam ke arah Naira sedang berdiri di belakang anaknya.

"Papa, sebenarnya...."

"Tuan Izril, awak boleh pilih sesiapa je malam ni tapi kenapa awak pilih saya untuk putuskan hubungan awak dengan Cik Liyana?"

Sengaja Naira mencelah perbualan mereka. Nada suaranya sedikit bergetar. Tangannya menggenggam sut Tuan Izril di badannya.

Izril menelan liur. Bagaimana perempuan licik ini tahu dirinya tidak suka dengan penyatuan dua keluarga ini.

Puan Anita menggeleng. Dia mula mundar-mandir di depan anak dan suaminya mencari akal.

"Abang, lima minit dan keluar bagitahu semua tetamu. Apa pun keputusan abang mama terima tapi tolong selesaikan masalah ni malam ni juga. Please sebelum tersebar," jelas Puan Anita dengan penuh emosi.

"Mama nak anak kita kahwin dengan Naira?" soal Tuan Adnan, bingung.

"Tak salah pun. Naira bukan isteri orang. Abang bijak dan dia tahu selesaikan masalah ni. Siapa tadi, Naira right... sorry dengan sikap anak saya. Semua salah papa dia suka sangat paksa anak kahwin. Sekarang sendiri malu. Padan muka. Abang settle cepat, mama tunggu," tegur Puan Anita selamba.

"Mama tak kesian dengan Liyana?"

"Enough papa. Liyana tu sebenarnya tak suka pun dengan anak kita. Dia ada lelaki lain, mama tahu. Abang, five minutes. Keluar dan jelaskan ke semua orang."

Izril menjerit dan mendesah panjang melepaskan tekanan selepas mama dan papa keluar dari ruang ini. Naira pula hanya diam dan memandang wajah lelaki di hadapannya sedang gelisah.

Sedetik Izril berpaling dan menolak tubuh Naira hingga tersandar ke dinding. Nafasnya ditarik kasar menikmati bau tubuh Cik Naira dengan mata terpejam. "Licik sungguh permainan kau sampai aku terjerat."

"Mana kau tahu semua ni?"soal Izril, tegas.

Naira ketawa dan meletakkan tapak tangannya di dada Izril lembut. Jari jemarinya mula bermain di butang kemeja Tuan Izril.

"Jangan risau, saya bukan percuma. Saya ada syarat," bisik Naira, manja.

Izril menegakkan badan. Darahnya naik semula ke kepala. Senyuman Cik Naira cukup membunuh akal sihatnya.

"Syarat apa lagi!" jerkah Izril.

Senyuman Naira makin beracun tapi tetap menggoda iman Izril. Dia menatap tajam ke mata perempuan ini dengan perasaan meluat.

"Saya nak awak jadikan saya isteri yang sah. Saya tahu awak lelaki sejati dan awak kena bertanggungjawab dengan pelukan dan sentuhan tadi."

Izril menumbuk dinding dan merendahkan wajahnya dekat dengan Naira. Tangan kananya mengusap pipi Naira lembut hingga ke dahu dan diakhiri cengkaman kuat rahang kecil Cik Naira.

"Kau nak jerat aku?"

Tangan Naira naik ke lengannya yang sedang mencengkamnya. Dia mula menggosok dan membelai lengan Tuan Izril dengan pandangan nakal walaupun dia sendiri dalam kesakitan.

"Terpulang tapi jangan salahkan saya bila jadi mak nombor dua awak Tuan Izril."

Izril meraup wajahnya dan mencengkam leher Naira spontan melepaskan geram. Matanya membulat namun tawa Naira cukup menyakitkan hatinya. "Jangan mimpi kau nak kahwin dengan papa aku!"

Kaki Naira mula naik merayap di kaki Tuan Izril. "Terpulang tapi awak boleh tengok sendiri malam nanti Tuan Adnan cari saya di bilik hotel nombor 890. Rasanya sebagai anak owner Hotel Empire Priemera awak tahu nombor bilik tu."
. .
. Lima minit kemudian Izril keluar bersama Cik Naira dan memulakan lakonan di depan kamera. Dia cuba tenang dan membiarkan Cik Naira memaut lengannya.

"Maaf ya sebab buat semua tertanya-tanya. Memang betul Saya yang terjatuh tapi dalam masa sama dia memang bakal isteri saya."

Tetamu dan wartawan mula bersorak. Kamera rakus merakam detik mereka berdua. Semua orang terkejut termasuk Tuan Adnan sendiri tetapi Naira tetap tenang. Hanya dia dan Tuan Izril tahu apa yang menyebabkan mereka terpaksa bersama. Senyuman nipis tanda kemenangan jelas terukir di bibirnya.

Bagi Izril pula, demi nama baik sendiri, keluarga, dan kerjanyanya dia terpaksa menelan ego dan menerima Naira di sisinya selepas perjanjian bersama.

Tuan Adnan muncul di sisi anaknya dan cuba menahan anaknya dari pergi bersama Naira.

"Abang jangan buat keputusan terburu-buru."

"Semua sebab papa. Papa tak gatal, saya tak akan jadi mangsa malam ni."

Mata Tuan Andan melirik ke arah Naira dengan pandangan tajam namun Naira tunduk dan makin kemas memeluk lengan anaknya. Pada masa sama dia dapat baca gerak bibir Naira kepadanya. "Apa yang berlaku sebenarnya girl? Kenapa dia minta maaf?"

Malam makin lewat, seperti yang mereka janjikan Naira masuk ke dalam bilik yang ditempah khas untuknya. Selang beberapa minit loceng bilik berbunyi. Naira yang masih lengkap berpakaian membuka pintu selamba.

"Girl, I ingat you tak datang," tegur Tuan Adnan di muka pintu.

"Siapa tu sayang?" tanya Izril dengan nada tegas dari dalam bilik.

Tuan Adnan terbungkam mendengar suara anaknya di dalam bilik. Wajah Naira ditenung dengan riak wajah terkejut. "Kenapa Izril ada dalam bilik ni?"

Naira senyum nipis. Dia menang dengan bergaya apabila Tuan Adnan terkejut dan Tuan Izril sedang menahan sabar di dalam selepas dengar suara papanya. "Aku masuk hidup korang bukan sebab suka-suka tapi sebab aku tahu rahsia keluarga ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience