Sampai saja di rumah ayah, bapa saudaraku kedua-duanya menjerit-jerit memanggil namaku. Tak seorang pun penghuni rumah yang keluar melainkan jiran di kiri kanan.
Selepas beberapa minit, ayahku yang tidak tahu apa-apa pulang dari kerja. Belum sempat ayah bertanya apa-apa, satu penumbuk hinggap dipipi cengkungnya.
Rupa-rupanya ayah tidak tahu tentang penculikan aku. Ayah mengamuk. Aku dikeluarkan dari bilik itu dan terus diberi kepada bapa saudaraku. Tanpa berlengah terus bapa saudaraku memecut kereta pulang. Ayah terkedu tanpa sempat berkata apa-apa.
Aku sudah tidak tahu apa yang terjadi selepas itu melainkan hanya menangis ketakutan dan kesakitan. Badanku penuh dengan lebam-lebam.
Mak tidak mahu membuat laporan polis kerana memikirkan itu adalah ayahku. Mungkin mak masih berharap ayah akan kembali kepadanya.
Sejak peristiwa itu berlaku, semuanya kembali normal. Kami melalui kehidupan seperti biasa sehinggalah aku disahkan menghidap penyakit injap jantung sempit.
Share this novel