KEHIDUPAN Izara kembali macam biasa. Yang berbezanya, dia memegang status sebagai isteri kepada Leo. Dan benda baru yang dia kena biasakan adalah Maya yang akan sentiasa mengusik bila Leo muncul dan lalu di ruangan pejabat mereka.
Setiap kali Leo lalu, mesti dia akan tersengih nakal memandang Izara. Kadang kerlingan dia tu macam nak bagitahu satu dunia, “Ha, tu la suami kawan baik aku!”
Tapi… Leo dan Izara tetap sama macam dulu. Di kampus, mereka langsung tak bertegur sapa, seAtirah-Atirah mereka langsung tak kenal satu sama lain. Leo tetap profesional sebagai CEO. Dan Izara pula meneruskan peranannya sebagai pekerja pejabat yang menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan.
Tapi, suatu pagi, berlaku sesuatu yang lain daripada kebiasaannya.
Leo bangun lambat dan terus kelam-kabut bersiap. Mujurlah Izara dah bangun dan buat roti bakar dengan telur separuh masak. Itu je yang dia mampu buat disebabkan dia tak mempunyai skill memasak yang hebat. Sejak mereka kahwin, semua makanan dimasak oleh Leo sendiri.
“Zara, ada nampak tak mana necktie warna beige saya?”
“Hah? Manalah tahu, tak pernah nampak pun,” selamba Izara menjawab.
“Aduh... dekat mana pula aku letak benda tu?” Leo mendengus dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
Lepas majlis perkahwinan mereka tempoh hari, Leo terus bawa Izara tinggal dengannya di sebuah apartment yang agak besar untuk mereka berdua. Dan mereka tidak tidur di atas katil yang sama, dan bukan sebilik. Sebabnya, Leo kata lebih senang untuk dia fokus dengan kerja dan tidak terganggu dengan apa-apa bunyi atau aktiviti. Berdasarkan lelaki itu, bunyi Izara bernafas pun dah cukup mengganggu fokusnya.
“Dekat dobi kut? Tuan pakai jelah necktie warna lain. Bukannya masalah besar pun, kan?” soal Izara yang masig mengunyah.
“Tak boleh. Tak matching dengan baju saya ni.”
Wah… Banyak masalah betul. Ini pun masih nak kata perempuan komplikated.
Izara menjeling. Tak lama pun lepas dia tinggal serumah dengan Leo, dia dah boleh agak apa yang lelaki itu akan buat dan sekian-sekian. Yang paling merimaskan, Leo adalah seorang perfectionist yang tegar.
“Lepas makan carilah. Ni, makan dulu.” Izara menunjuk pinggan yang berisi roti bakar dan telur separuh masak yang dibuatnya. Dia? Dia dah makan tiga keping roti dan dua telur separuh masak.
“Lain macam je hari ni buatkan sarapan. Kenapa, ada cita-cita nak jadi isteri mithali ke?”
“Apa yang saya buat semuanya nampak salah dekat mata Tuan, kan?” soal Izara yang nampak muram.
“Memang pun.”
‘Argh! Geramnya aku dengan mamat ni!’ Tapi Izara terpaksa tahan. Dia cuma menghandiahkan senyuman masam sahaja kepada Leo.
“BAIK, sampai sini je perbincangan kita untuk hari ni. Ada apa-apa soalan sebelum kita bersurai?”
Bilik mesyuarat berubah senyap.
Tiada sesiapa yang berani untuk angkat tangan. Setiap kali Leo hendak menggulung sebuah mesyuarat, bilik itu akan berubah sunyi ibarat kubur pada waktu malam. Mereka terlalu fokus dengan apa yang dia jelaskan sepanjang mesyuarat sampaikan tiada sesiapa yang berani termenung.
“Okay, kalau tak ada masalah, saya tamatkan mesyuarat kita untuk hari ni.”
Leo berjalan ke arah pintu. Disebabkan mesyuarat dah habis, Leo melonggarkan sedikit tali lehernya. Dalam dia menarik tali leher untuk dilonggarkan, beberapa helai rambutnya jatuh ke dahi.
Dan hasilnya?
Beberapa kakitangan wanita menjerit halus melihat penampilan yang tidak disengajakan oleh Leo. “OMG, handsomenya…!”
Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, Leo berpaling dan menjatuhkan bom. “Saya nak proposal untuk kAtiraborasi dengan Z Holdings.”
Semua bagai dipanah petir bila arahan itu dikeluarkan daripada Leo.
Mereka tahu kalau Leo meminta kertas kerja untuk sesuatu projek, mestilah versi yang awal-awal ni akan ditAtirak dengan lelaki itu. Lagipun, Leo adalah seorang yang perfectionist. Kalau ada yang kurang, selagi itulah dia akan suruh buat semula sampai apa yang dia bayangkan tu ada dekat atas kertas yang diberikan kepadanya.
WAKTU rehat...
Izara dan beberapa rakan sekerjanya memutuskan untuk makan tengah hari di cafeteria syarikat sahaja.
Lima orang wanita duduk semeja termasuklah Izara dan Maya. Mula-mula, semua duduk diam makan elok-elok. Tapi kesopanan mereka terus lari entah ke mana bila Leo tiba-tiba lalu di depan mereka.
Dengan lengan baju digulung sampai ke siku, urat pada lengan dan tangan yang timbul, langkah yang penuh keyakinan, dan wajahnya yang serius. Hasilnya, Shifa yang baru sahaja menyuap sup ikan ke dalam mulut tadi, terus terkeluar balik ikan tu ke dalam mangkuk, menganga.
“Ee...! Dah kenapa kau luak balik makanan kau dalam mangkuk macam tu?! Gelilah!” Izara menjerit.
“Weh, sorry ah! Tapi aku tengok Tuan Leo makin hari, makin hensem. Aku rasa dia semakin… Mmph!”
“Itulah, aku pun rasa dia semakin hari, semakin handsome.” Atira bersetuju.
Maya sengaja jeling Izara dari ekor matanya. Kemudian, dia menendang perlahan kaki Izara, menarik perhatian kawan baiknya itu.
Izara memberi isyarat mata yang seolah mengatakan ‘Tolong jangan buat benda pelik, please!’.
“Tapi kan, korang tak pelik ke? Kenapa umur dah macam tu pun dia masih single eh? Dah la handsome, kaya pulak tu. Macam tak logik je… Kan?” tambah Atira.
Lela yang dari tadi diam, bersuara. “Lelaki macam tu kalau tak kahwin-kahwin juga, ada dua je sebabnya. Satu, sebab dia banyak masalah dengan perempuan. Dua… dia mungkin gay.”
"Amboi mulut, cantik sikit!" Izara lempar tisu gulung. Walaupun dia tak ada hubungan yang rapat dengan Leo, dia tak suka juga bila suaminya diperkatakan begitu di depan mukanya.
Maya tergelak kecil. “Chill, Zara. Bukannya dia tahu pun kita cakap macam ni pasal dia…”
Shifa mendekatkan diri ke tengah meja, berbisik, seolah hendak mendedahkan teori konspirasi. “Tapi kalau betullah apa yang aku dengar daripada hasil sesi bergosip dengan staff senior, sebab dia single yang first tu.”
“Ada masalah dengan perempuan?” soal Maya, tidak percaya. Izara pula pasang telinga siap-siap.
“Dia tak suka dengan perempuan yang gedik-gedik, acah lawa. Lagi-lagi yang suka menggoda atau jual murah. Dengarnya, perempuan macam tulah yang dia paling tak suka.”
“Perempuan yang menggoda?” Izara ulang perlahan.
Shifa mengangguk. “Haa. Itu dia paling pantang.”
DALAM perjalanan pulang, Izara termenung tanpa bersuara sejak dia panjat ke dalam kereta. Kata-kata Shifa masih bergema dalam kepala.
Leo paling pantang dengan perempuan menggoda. Jadi… kalau dia jadi perempuan macam tu, Leo akan… naik menyampah? Mual? Akan minta cerai?
‘Gila... tapi... itu je jalan yang aku ada.’ Bisik hatinya. Izara tersenyum senget. ‘Atuk, sorry sangat. Tapi ini jelah satu-satunya benda yang boleh bebaskan Zara. Zara tak nak jadi isteri dia!’
Malam itu, Izara melancarkan misinya, ‘Godaan Maut’...
MALAM itu, benda pertama yang dia buat adalah pakai baju tidur yang paling nipis dalam almari. Belah dada terdedah? Nampaknya itu dah cukup untuk buat lelaki itu ‘naik darah’.
“Kenapa aku rasa macam perempuan yang tak ada maruah…” bisik Izara sambil memerhati bayangan sendiri di dalam pantulan cermin.
Tapi memang itulah niat dia. Untuk Leo rasa benda yang sama dengan apa yang dia rasa dengan pemilihan pakaian dia untuk malam itu.
Bunyi pintu dibuka. Leo baru balik. Bunyi tapak kaki bergema perlahan.
Izara duduk diam di belakang pintu biliknya sendiri, jantung berdetak laju macam gendang ytang dimainkan sebelum mulanya perang.
Lebih setengah jam jugalah dia ambil untuk kumpulkan keberanian dan keyakinan dia. Akhirnya… dia keluar.
Leo dah siap mandi, tukar baju yang lebih selesa dan duduk dalam bilik kerja. Pintu dibiarkan terbuka sedikit. Dia terlalu fokus dengan komputer ribanya, langsung tak sedar bahaya yang sedang menghampiri.
Izara menarik nafas dalam dan melembutkan suara.
“Hai, Tuan Leo…” sapa Izara sambil menjengukan kepala sahaja ke dalam.
Leo menoleh sekilas. Lelaki itu terbatuk dan berdehem beberapa kali sambil memulangkan perhatiannya semula ke skrin komputer riba. Takkanlah lelaki itu langsung tak kisah?
Takpe, takpe… Bila level satu tak jalan, teruskan dengan level dua.
Dengan langkah yang terketar-ketar, Izara masuk perlahan. Dia duduk menyimpang di atas pangkuan Leo. Tangannya melingkar leher Leo. Matanya dibuka separa, memandang dengan penuh godaan.
“Abang… Sayang nak attention abang…”
Share this novel