PROLOG

Drama Completed 19407

- Permohonan Anda ditolak-

Mulutnya terasa ringan nak mencarut dipagi hari.Untuk kali ke berapa pun dia tidak tahu.Rasanya kalau email ni orang rasanya sia-sia kena maki dengan dirinya.

"Naurah!!! kau tak habis-habis lagi ke hadap laptop kau tu.Sini sarapan!" panggilan wanita yang lebih dua tahun darinya itu sudah memecah hening pagi dari dapur.Dia bangkit dan berjalan ke arah ruang dapur.

Dia melihat atas meja sudah penuh dengan sarapan disediakan oleh Kak Noreen.Naurah menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Cucur pisang dicapai.

Pap!

Adui... tangannya diketuk perlahan dengan senduk nasi.Dia memandang wajah Noreen.

"Kenapa Naurah tak boleh makan ke?"soal Naurah yang bingung.

"Anak dara yang dikasihi dan dihormati tak boleh ke gosok gigi cuci muka baru makan"

Naurah menggaru belakang kepalanya.

"Alah...internet kata lebih baik makan sebaik bangun tidur tak payah gosok gigi baik untuk kesihatan" Naurah cuba nak menasihatkan Noreen.

Noreen melabuhkan punggungnya dihadapan Naurah.

"Adikku sayang.... internet bukan doktor...esok kalau kau mati.... internet tak tolong kau...rezeki susah masuk tau....sebab tu kau tak dapat kerja lagi...."

Naurah mencebikkan bibirnya.

"Tu satu masalah...dulu kata lagi tinggi kita belajar lagi senang dapat kerja ni...makin tinggi belajar...makin tak ada harapan...adui...Kak Noreen...tolonglah adik ni...makin sengkek dah ni..."ucap Naurah.

Kak Noreen menghirup kopi cap 888 kesukaannya.

"Tempat kerja Kak Noreen tak ada kosong langsung...cubalah kau pergi tanya...siapa kawan kau...tu..yang...rambut karat tu...." Kak Noreen cuba mengingat.

"Juli... Julia...."Naurah menyambut soalan Noreen.

"Ahh...Julia...bukan dia kerja dekat syarikat yang pengeluar barang kemas tu ke?"soal Noreen.

"Bukan...syarikat yang baru ni masuk surat khabar...tu..pengeskport perkapalan...apa nama syarikat tu...?"soal Naurah yang lupa.

Kak Noreen menggelengkan kepalanya.Nama je belajar tinggi tapi daya ingatan serupa nenek umur 80 tahun.

**********

Kad dihulurkan pada Naurah.Dia melihat kad yang eksklusif itu.Premium warna hitam. Dia menyebut nama yang tertera pada kad itu.

"AY Marine Corp" sebut Naurah sambil memandang Julia.

Julia tersenyum.

"Babe...kau kerja atas kapal ke?"soal Naurah.

"Hello....kau dah kenapa?.Aku kerja dekat pejabat bahagian strategi pemasaran" terang Julia.

"Tapi Marine bukan atas kapal?"soal Naurah.

Julia mengibas rambut karatnya itu kebelakang.

"Listen...carefully..Miss Naurah.AY Marine Corp adalah syarikat pembuatan kapal dan pengeksport kapal ke luarnegara yang dikendalikan oleh seorang CEO yang berkaliber"

Naurah ternganga.

"Kau faham tak?"

"Ahhh...."

"Itu je reaksi kau...pumya panjang lebar aku cerita.Kak Noreen kata kau cari kerja betul ke?"soal Julia.

Naurah mengangguk.

Bingo!

"Kebetulan....PA bos aku tengah cari pekerja baru.Kau nak tak aku recommend dekat dia pasal kau"ucap Julia.

Mata Naurah sudah bersinar-sinar.Rezeki datang bergolek baik dia setuju.Kalau dia tolak mahu nak tunggu peluang seterusnya boleh tumbuh misai.

"Aku setuju...apa-apa pun jawatan aku nak...aku minta tolong sangat...aku dah lama tak beli kasut kesayangan aku tu"ucap Naurah memuncungkan bibirnya pada kereta Perodua Kenari warna merah jambu miliknya.

***********


Dia memeluk tubuhnya melihat proses pembuatan kapal yang bakal siap lagi empat bulan itu.

"Tuan Althaf...."suara dibelakangnya menghentikan fokusnya pada projek dihadapannya.

Dia memandang ke arah Zukie dengan pandangan yang serius.

"Kau pergi mana lambat sangat?"soal Althaf mengambil fail ditangan Zukie.

"Minta maaf Tuan..."ucap Zukie dengan rendah hati.

Althaf membelek plan dan merekodkan sendiri setiap kerjanya.

"Any progress dengan apa yang aku minta?"soal Althaf walaupun matanya masih tertumpu pada fail yang dipegangnya.

"Ahh...belum jumpa lagi...Tuan..saya dah tanya dalam jabatan..tapi tak ada siapa nak"ucap Zukie perlahan untuk ayat terakhir.

Althaf meletakkan fail pada dada Zukie.

"Aku nak esok pagi ada...faham..."ucap Althaf dengan nada yang mengerunkan Zukie.Althaf berjalan ke keretanya

"Baik Tuan saya akan usahakan"ucap Zukie berlari-lari anak mengejar langkah kaki panjang Althaf.

Matilah dia kalau esok tak dapatkan apa yang Tuan Althaf nak.

*******

Naurah melompat-lompat gembira akhirnya dia rasa seperti ada cahaya nur dan hidayah untuknya.

Esok dia akan pergi temuduga untuk kerja setelah hampir enam bulan dia duduk rumah.Harap esok dapatlah kerja...AY Marine Corp tunggu....Cik Naurah Edlina datang....

Dia mencium kad hitam premium itu berkali-kali.

Harap esok dapatlah kerja...AY Marine Corp tunggu....Cik Naurah Edlina datang.... Jemput baca semua...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience