BAB 3

Romance Series 11812

"HANYA ada dua waktu dimanaku ingin bersamamu iaitu sekarang dan selamanya..."

X tersenyum lagi bilamana mesej tersebut tetap mendapat dua ' tanda right' biru. Tanda ia sudah pun dibuka.

Makin tergamam Zulaika Imani saat itu. Memang dia berasa teruja pada keindahan bait-bait kata yang pengirim misteri itu, hantarkan padanya namun wasangka masih berleluasa tambah lagi ia dari panggilan 'private number'.

Zulaika Imani membiarkan saja tanpa sebarang balasan. Dia mahu tengok apakah tindakan seterusnya.

Adakah pengirim itu akan berterusan menghantar mesej berbunga-bunga atau terus menghubunginya.

'Tapi kalau dia memang betul-betul buat panggilan macam mana? Stephen. Ya Allah, macam mana aku tak boleh ingat langsung dia ni.' Gumam Zulaika Imani dengan segera dia buat 'screen shoot' nombor telefon tertera 'unknown' itu lalu dia hantar melalui aplikasi Telegram.

Stephen. Seorang lelaki cina yang pandai dalam jejak-menjejak nombor-nombor sebegini.

X tersenyum sambil menggeleng di depan laptop. Dengan pantas, dia deaktifkan nombor tadi supaya sukar untuk dikesan dan di kenalpasti.

"Sayang. Sayang. Sengajakan tak mahu balas. Tak mengapalah. Panjang lagi masa. Tentu sayang tertanya-tanyakan pasal surat, pasal siapa aku kan? Sabar sayangku..." Ujar X lalu mengucupi wallpaper yang dia edit gambarnya sedang berpelukan dengan model serta pelakon yang semakin naik namanya.

"Sayang nak ke mana pula?" Laju saja dia menyoal selaju tangan menggerak kursor ke petak lorong luar. Kemudian arah tangga sehingga ke dapur.

"Oh...sayang dahaga. Abang pula dahagakan peluk cium kasih asmara, sayang..." Ujar X lalu tersandar sambil memerhati tubuh membagi belakang yang sedang membuka peti sejuk itu.

Kesemua jari mengetuk-getuk meja tatkala mata nakalnya, memerhati setiap lekuk yang ada di figura bergaun tidur kain satin tali spagheti itu.

Manakala tangan kirinya pula, makin ke bawah. Perlahan-lahan dia menanggalkan zip. Lalu tangan itu terus menyusup masuk dan terdampar di sebuah 'daerah berhutan'.

Lama. Cukup lama terdampar di situ. Kemudian nafas pula kedengaran lain macam. Umpama baru menyudahkan larian pass baton.

Bergerak-gerak kaki kerusi. Pandangan pada skrin laptop makin lama makin mengecil. Makin kuyu matanya.

Dia membayangkan Zulaika Imani yang sedang menyentuh 'daerah' tersebut. Memberi belaian asmara sehingga dia kejang.

Sementara Zulaika Imani pula, masih lagi memikirkan akan siapakah sang pengirim surat-surat tersebut.

"Selalu dia hanya hantar kiriman surat. Dan malam ni, buat julung-julung kalinya dia dah semakin advance menghantar mesej berbunga. Tapi siapa ya? Macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku? Ish... seram pula aku rasa. Aku harap, Stephen dapatlah jejak siapa..." Omelnya lalu menghabiskan air sejuknya itu lalu ke sinki untuk membasuhnya.

Setelah itu, dia menutup semula dapur dan keluar dari kitchen Island tersebut. Berselang beberapa langkah, dia dapat merasakan seolah-olah sedang diperhatikan.

"Nothing lah, Zu. Your illusion semata-mata," ujarnya yang cuba berfikiran positif.

Dia menaiki tangga yang mempunyai lima takah saja.

Kondominium mewah dia duduki itu memang bertangga untuk ke bilik yang cuma ada satu saja itu.

Tetapi Zulaika Imani memang terasa sedang diperhatikan. Dari atas tangga kedua terakhir sebelum dia menjejak lantai bilik, dia pusingkan tubuhnya seketika lalu memerhati setiap atas dinding.

Memang dalam setiap unit dalam bangunan kondo ada di sediakan cctv untuk keselamatan.

"Hmm... bilik aku takde. Kalau rasa diperhatikan mungkinlah kan. Nama pun ada cctv. Tapi aku rasa nak try cakap kat Stephen," ujar Zulaika Imani lalu meneruskan perjalanan ke atas lalu masuk ke bilik. Pintu bilik dikatup.

Manakala di dalam bilik sang pemerhati bermata segar itu pula. Sedang mengelap tangannya yang melekit-lekit dengan cecair berlendir warna putih susu.

Dia tetap tidak puas. Tubuh Zulaika Imani dambaanya masih lagi terlalu jauh untuk dia gapainya.

"Juwitaku, abang tetap akan sentiasa ada di samping mu. Abang tetap akan jadikan Zulaika milik abang buat selama-lamanya. Juwitaku, kau tidak boleh rapat dengan Damien. Abang tak suka!" Ujar X lalu mengambil gunting langsung dia pacakkan ke muka Damien.


"EH, takkan dapat warning letter kut?" Soal Damien terpaksa keluar semula dari dalam kereta.

Dia dahlah lewat untuk ke lokasi. Kesiangan akibat kelelahan photoshoot, yang memakan masa dua jam lebih dengan pelbagai pakaian, tatarias di muka serta posing.

Damien berkedut dahi, ketika membaca surat yang sudah dia bukakan lipatannya itu. Damien juga tidak sedar, ulahnya dalam pemerhatian seseorang.

"Kau siapa, cuba nak blackmail aku? Suka hati akulah nak rapat dengan sesiapa even Zulaika Imani sekalipun. Kau siapa?" Tegasnya sambil merenyukkan surat sehingga menjadi bola lantas dibalingkan saja ke lantai parkir.

Lalu, dia terus masuk semula ke dalam kereta mewahnya itu. Sewaktu dia sedang membuka radio dan aircond.

Dari side mirror, lelaki yang memakai fullface helmet sedang menapak ke arah belakang keretanya dengan menggenggam sesuatu di tangannya.

Damien Mikhael Tan Sri Arsyad Chong kembali menegakkan tubuhnya semula. Setelah Gear ditarik. Pedal minyak terus ditekan, berdesup meninggalkan lelaki yang sedang mengenggam penumbuk berisi bola surat yang Damien campakkan sekejapan tadi.

X menolak cermin ke atas. Tajam matanya merenung nombor plat kereta Chevrolet ungu tua itu.

"Dan kau juga sudah cabar aku, Damien!" X berkata sambil bola kertas renyuk itu, dia masukkan ke dalam jaket kulit warna hitamnya dan kembali semula ke arah motor berkuasa tinggi.

Damien dan juga kereta Porche yang dipandu oleh Zulaika Imani sama-sama berada di atas jalanan highway menuju ke Ipoh.

Hanya Damien, Afiq si budak wardrobe dan Zulaika Imani saja yang tidak naik van produksi untuk ke tempat shooting. Mereka pergi dengan kenderaan masing-masing.

Kuala Lumpur ke Ipoh tidaklah memakan masa terlalu lama sangat. Setelah memasuki ke bandar Ipoh. Mereka bertiga yang jarak kenderaan masing-masing taklah berapa jauh sangat terus menuju ke pekan lama atau Ipoh Old Town.

Di situlah shoot mereka nanti selain babak pergaduhan saling kejar-mengejar yang akan dilakukan di kawasan luar bangunan KTM Malaysia.

Banyak juga rumah produksi membuat penggambaran di kawasan itu. Salah-satunya filem aksi bertajuk 'Lari' lakonan Aron Azez.

Kereta Chevrolet sampai dahulu. Berselang beberapa minit, Porche milik Zulaika Imani pula. Manakala Afiq sudah sampai dahulu memandangkan dia bawa motor. Ada kelebihan untuknya mencelah.

Wardrobe tent sudah pun tersedia dengan pakaian. Hanya menanti ketibaan para pelakon saja untuk dimekapkan.

Damien berjalan beriringan dengan Zulaika Imani ke lokasi. Ezad direktor sedang menanti.

Kedua-duanya tanpa perlu di arah, terus saja ke bahagian tatarias dan wardrobe.

"You tukar dulu. Biar I touch up. You tu nanti lama kena touch up nya. Perempuan kan? Lainlah kalau I ni, no need shading sangat," arah Damien menyengihkan Zulaika Imani, saat mendengar celoteh pelakon utama produksi JelitaEva itu.

jemput bca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience