Panas!
Belakang tangan yang dilekap ke dahi budak itu terasa panas.
"Demam ni. Kejap!"
Yusoff bangun dan menuju ke dapur. Dapurnya terlalu kemas, tersusun sempurna dan bersih berkilat hingga Yusoff jadi bodoh untuk mencari apa yang mahu dicarinya.
Sejak mama jatuh sakit dan meninggal, sudah lama dia tidak melihat sesuatu yang kemas bersih seperti ini.
Sehelai kain pengelap yang dibentang di atas kabinet dapur bersebelahan sinki Yusoff capai. Yusoff basahkan dahulu dan pernah kuat-kuat.
Tisu dapur yang besar bersebelahan botol-botol sos juga Yusoff capai. Yusoff buka pula pintu kabinet di bawah sinki, tepat tekaannya sebotol spray pencuci Yusoff ambil.
Dia bergerak kembali ke ruang hadapan. Budak itu masih duduk di lantai menyandar di sofa sambil memejam mata. Nampak sangat budak manja! demam sahaja sudah tidak mampu bergerak. Adoi! kepala ni mengutuk lagi. Yusoff! dia mengandunglah! mesti alahan Ibu mengandung!.
Tadi dia tidak perasan, rupanya budak ini hanya muntah air sahaja. Baju dan seluarnya basah kerana air sahaja. Tidak makankah budak ini. Alahan sehingga tiada selera makankah? Dia pernah mendengar cerita pengalaman arwah Mama ketika mengandungkannya dahulu.
Yusoff tekap beberapa keping tisu yang ditebalkan menjadi satu ke baju dan seluar budak itu. Sampai baju itu sudah tidak basah lagi sekadar lembab sahaja.
"Rasa macam mana?" Soal Yusoff.
"Pening, sakit kepala, loya."
Lemah sahaja bunyinya dengan esakan kecil mungkin menahan sakit di kepala.
"Tadi tak makan ke?"
Soal Yusoff kerana merasakan budak ini menghadapi gejala itu kerana perut yang kosong.
"Di tak larat nak berdiri masak."
Ye ke nak makan masak sendiri? Macam tak percaya saja. Kenapa tak pesan penghantaran!?
Sop! lagi sekali!?
Asyik nak menghukum orang kerjanya ni dah kenapa?. Kot ye pun anti janganlah tak ada simpati! Yusoff bermonolog memarahi diri sendiri.
"Boleh bangun tak ni?".
Tiada sahutan sekadar menggeleng kepala. Yusoff habis berfikir. Malas berlama-lama untuk suatu masalah. Yusoff membongkok kemudian mencepung tubuh budak itu. Terjerit kecil budak itu diangkat tiba-tiba.
"Bilik kat mana?".
Sambil mendaki tangga Yusoff bertanya. Budak itu membuka mata kuyu sahaja kemudian menunjuk dengan jari arah biliknya. Fuh! besar gila ruang di tingkat atas. Sempat lagi matanya sibuk memerhati.
Daun pintu yang tidak rapat Yusoff tolak dengan kaki. Kemudian meletakkan tubuh budak itu di atas tilam.
"Baring dulu kalau tak larat. Dah okay sikit cuba pergi mandi buang panas badan tu."
"Saya bersihkan kat bawah tu. Awak nak pergi klinik ke?"
Khaleeda sekadar menggeleng tanda tidak mahu.
"Okay tak pe. Kalau rasa teruk nanti kita pergi klinik."
"Saya cuba cari makanan untuk awak dulu."
"Panadol ada tak?"
"Ada."
"Kat mana letak?".
"Ada dalam laci meja belajar tu."
Yusoff segera bergerak ke meja belajar mengambil panadol yang di simpan, tidak lupa di capai juga sebotol air mineral di meja sisi katil.
"Nah! makan panadol ni dulu."
Yusoff sua dua biji panadol ke tangan kanan Khaleeda. Botol air mineral yang sudah dibukakan penutupnya dihulur ke tangan kiri. Khaleeda menurut sahaja menyuap dua biji panadol itu ke dalam mulut.
"Eh! eh!"
Budak itu hampir tersedak kerana suara Yusoff yang tiba-tiba.
"Orang mengandung boleh makan panadol ke?"
Budak itu tidak menyahut sekadar mengangguk. Kemudian tertunduk sedih. Hmmm... tau pula malu, sedih. Masa buat tak fikir!
Adoi! buat lagi...
Suka hati kaulah kepala otak!
@@@@@@@
Yusoff turun semula ke lantai bawah. Kemudian mengelap bersihkan pula lantai dengan kain pengelap yang sudah di basahkan. Yusoff spray dengan cecair pencuci dan lap kering dengan tisu dapur. Tiga kali Yusoff berulang membersihkan kotoran di lantai.
Siap di situ Yusoff ke dapur pula. Sekali lagi dia jadi bodoh seperti tadi. Segan mahu bekerja di dapur yang luasnya lebih besar dari lantai bawah rumah arwah ibu bapanya.
Yusoff buka peti sejuk mencari bahan yang boleh di masak untuk budak manja di atas. Yusoff keluarkan potongan ikan merah dan letakkan di dalam sinki kemudian di cucur dengan air paip untuk melembutkan ikan.
Yusoff buka beberapa pintu kabinet mencari tahu duduk bawang lada dan rempah ratus. Yusoff jumpa beras dahulu lalu periuk di capai dan segera menanak nasi.
Satu jam kemudian siap sudah menu ikan singgang yang paling mudah dapat dia sediakan dengan bahan-bahan yang dia jumpa di dalam peti sejuk.
Yusoff hidang di atas meja makan kecil di ruang dapur kering. Rasanya ini tempat makan biasa keluarga kecil pasangan orang kaya. Tak kan pula di ruang makan 12 tempat duduk besebelahan ruang tamu.
Erghhh...
Yusoff pening dengan bau badannya sendiri selepas selesai menghidang.
Dia belum mandi sejak bertolak dari kampung lewat petang semalam. Rasanya baik dia mandi dahulu. Entah-entah budak itu pening dan loya kerana bau badannya.
Aaacumm!
@@@@@@@
Yunus sudah tidur sesudah mandi dan menidurkan Baby Boo.
Awal pagi tadi Wati terjaga apabila terdengar suara orang berbual di tingkat bawah. Dia duduk di tangga mahu tahu siapa yang berkunjung datang sebegitu awal.
"Kau tidur mana malam tadi?".
"TBS."
Suara Yusoff!.
Ermm... Yusoff dari mana tidur di TBS, ingatkan lama tak balik sudah duduk di rumah orang kaya. Wati sudah fikir untung jika rumah ini jadi milik Yunus terus.
Tahulah macam mana dia nak gayakan supaya jadi miliknya pula. Yunus kan cinta maut pada dia. Isteri cantik mestilah Yunus sayang!.
"Bila nak balik rumah mertua kau?."
"Ni nak pergi la ni. Amek barang, baju... kejap lagi jalan."
"Hmm... Yus, terima kasih Yus."
"Relax la Yun. Kau jangan buat muka macam tu... tak sedih la... kelakar, kau tak tak muka macam tu kelakar. Hahaha."
"Aku minta maaf susahkan kau, libatkan kau."
"Aku buat bukan untuk kau ye..."
Wati tak dengar ayat seterusnya kerana sebuah motorsikal dengan bunyi yang kuat lalu di hadapan rumah.
"Eh, dah la nanti aku lambat."
Selebihnya juga Wati sudah tidak dengar perbualan dua beradik itu. Yunus mengikut Yusoff masuk ke bilik arwah mama di belakang tingkat bawah.
Macam mana rupa perjanjian orang kaya berlagak nak mampus tu dengan Yunus dan Yusoff? Wati rasa kemaruk gila mahu tahu.
Makanya daripada cerita awal pagi tadi, sekarang dia di hadapan bilik arwah mama yang sudah menjadi bilik Yusoff sejak mama meninggal.
Dengan kunci pendua yang dia jumpa di almari bilik lama Yusoff di tingkat atas Wati buka pintu bilik yang berkunci.
Tak susah mencari barang di bilik Yusoff. Segalanya kemas dan tersusun bukan pemalas macam Yunus dan... dia. huhu!
Wati jumpa di dalam laci almari pakaian arwah mama sebuah fail biru. Di dalamnya Yusoff simpan dokumen perjanjian dengan orang kaya sombong berlagak nak mampus.
Bla, bla, bla,
Pernikahan Muhammad Yusoff bin Yushak dengan Siti Khaleeda Binti Sheikh Hamdan.
Wati hanya membaca apa yang dia mahu tahu. Bimbang Yunus sudah bangun daripada tidur untuk menyediakan makan tengah harinya.
Bla, bla, bla,
Perjanjian menang-menang.
Bla, bla, bla,
Menarik kes curi dan kes perbuatan khianat Zawati Binti Zawawi isteri kepada Muhammad Yunus bin Yushak.
Bla, bla, bla,
Tempoh pernikahan sehingga masa yang dipilih dan ditentukan oleh Sheikh Hamdan bin Sheikh Hamid.
Bla, bla, bla,
Dengan bayaran secara tunai ringgit Malaysia seratus ribu. WOW!
Bla, bla, bla,
Muhammad Yusoff mempersetujui bayi di dalam kandungan Siti Khaleeda dianggap umum sebagai bayinya.
Bla, bla, bla,
Tidak boleh memecahkan rahsia kehamilan...
Wow!
Wow!
WOW!
Jackpot!!!
Wati keluarkan telefon bimbit dan...
Klik! klik! klik!
Okay done. Simpan semua kembali ke dalam fail biru.
Share this novel