bacdh 'Mana Kau Tau?'

Drama Series 55610

"You cakap mereka yang terbaik!".

"Of course they are."

"Then! what happened just now?."

"Relax please... let me handle this."

"Huh!!!"

Dum!.
Faridah hempas pintu kuat-kuat. Menunjukkan rasa hati kepada Hamdan.

@@@@@@@

Pelajar terbaik...
Fac sekolah meriah dengan keputusan STPM yang barusan keluar hari ini. Nama Yusoff dipuji-puji kerana menjadi pelajar terbaik STPM bagi tahun yang tersebut.

Khaleeda panjat ucapan syukur. Walau bukan dia yang cemerlang tapi dia tumpang gembira mendengarnya.

Teringat zaman belajar, suaminya itu memang terkenal kerana sikapnya yang pendiam dan bijak dalam pelajaran... dan rupa parasnya yang kacak juga

Dia?.
Alhamdulillah...
Dia biasa-biasa sahaja IQnya, maka hasilnya juga biasa-biasa sahaja. Tidaklah buruk sangat dan bukan juga cemerlang.

Hari keputusan peperiksaan SPM keluar dulu bukan dia yang ke sekolah mengambil slip keputusan. Mama yang pergi dan ambil bagi pihaknya.

Kenapa?

Mama tidak mahu Khaleeda bertembung dengan Michan dan Hamzah. Mama juga tidak mahu kalau ada Yusoff menunggu peluang menghampirinya. Sedihkan.

Dia juga tidak mengisi borang UPU online. Mama sudah beri beberapa pilihan universiti swasta untuk Khaleeda pilih. Semuanya berdekatan rumah atau berdekatan pejabat Mama dan Papa.

Khaleeda sudah isi, dan kursus pilihan semestinya kulinari. Sesuai dengan jiwanya dan urusan di tungku dapur hobi terbaik sebagai terapi menangani kesedihan hati.

Ya dia sedang bersedih, tapi terpaksa dipendam tidak dipamer bagi mengelak amokan Mama. Mama dan Papa marah besar dengan ugutan yang mereka terima daripada keluarga Yusoff.

Siapa Wati?.
Bagaimana susur galur sosok bernama Wati dengan Yusoff. Ketika majlis persandingan mereka tempoh hari dia tidak berkenal rapat dengan saudara mara pihak Yusoff. Itu amaran Mama sementelah majlis itu ada kadarnya.

Sejak nama Wati dan kisah ugutan itu naik, nama Yusoff haram sudah di dalam rumah besar ini. Khaleeda rindukan Yusoff suaminya.

Sebulan terakhir menyatu dengan sang suami yang dia fikir membawa cinta tapi... Mama kata Yusoff sekadar mahu menumpang senang mereka. Sedang mempergunakan dia.

Benarkah?.
Khaleeda keliru. Sebulan terakhir segalanya nampak ikhlas dari Yusoff. Mama kata dia naif, dia bodoh. Kerana itu dia mudah diperdaya hanya dengan perlakuan manis, buktinya... Hamzah.

Lihat sahaja bagaimana Hamzah hilang tanpa berita. Jadi, jika Mama dan Papa tidak ambil tindakan ini Yusoff juga bakal hilang setelah mendapat keberuntungan dari dia.

Tapi...
Perasaan ini terlalu kuat untuk Yusoff.

Tak mungkin? tak patut? mengarut?.
Tak mungkin kasih yang ikhlas mampu bercambah secepat sebulan menyatu atau dua bulan sebumbung bersama itu?.

Tapi dia sakit. Sakitnya rasa rindu ini. Melemahkan seluruh urat tubuh. Buat dia jadi tidak bermaya.

Air mata turun lagi, tidak habis sejak sebulan yang lalu dipaksa berpisah .

@@@@@@@

"Tahniah Sop!".

Tertumpah sedikit air mineral yang sedang digogok Yusoff dengan sapaan berserta cengkaman di bahunya. Air yang berleleh di dagu Yusoff dedat dengan tapak tangan.

"Mekasih Har."

Yusoff sedang duduk bertenggek di motorsikalnya ketika Azhar datang menyapa. Mereka di luar hadapan kawasan sekolah. Tadi ketika mengambil keputusan dia sudah nampak Azhar tapi kerana dia dikerumun para guru dan bersedia pula mengambil sijil keputusan sementara di atas pentas jadi Azhar tidak merapat.

"Sedih la... keputusan Hamzah pun bagus, tapi dah tulis kan umur dia setakat tu."

Azhar menyambung ayat sambil meniru gaya Yusoff duduk bertenggek juga di motorsikalnya sendiri.

Yusoff angguk-angguk dua tiga kali. Dia tiada perasaan mahu bercakap. Ketika majlis tadi sedaya upaya dia mengawal emosinya yang bercampur baur.

Teringatkan arwah mama untuk kejayaan kecil ini. Teringatkan Hamzah yang sama-sama ada ketika berjuang tapi hilang ketika mengutip hasil. Lebih beremosi teringat sang isteri yang hanya miliknya untuk seketika.

Seluruh urat sarafnya rindukan Khaleeda. Ada masanya bagai terbau wangian yang diguna si mata bundar. Sudah gilakah dia?.

Tiada satu kenangan dengan sang isteri ada padanya. Ketika majlis nikah dan sanding baik diri dia sendiri atau dia mengingatkan Yunus, tidak kisah langsung untuk abadikan momen itu sebagai kenangan sementelah dia fikir hari itu hanya mimpi ngeri yang akan dia lupakan apabila sampai masanya.

Sekarang dia sesal yang amat. Sosok Khaleeda hanya dalam bayangan dan igauan sahaja. Sedih!

"Kau tau cerita Hamzah?".

Yusoff tersentak. Ah sudah! apa pula ni? Tak kanlah meninggal kerana kemalangan ada cerita.

"Katanya dia frust."

Yusoff tidak menyahut. Azhar pula maklum sangat perangai Yusoff yang jarang menyampuk jika cerita belum tamat.

Sebenarnya Yusoff teruja mahu tahu. Dia sibuk dengan masalah Yunus ketika Hamzah berlainan sikap dan kemudian meninggal kemalangan pula. Dia ralat yang bukan sedikit.

"Kau tau cerita pasal Dida?". Azhar menyoal lagi.

Tegak Yusoff segera berdiri. Cuba dikawal gemuruh di dada mendengar nama itu. Apa ni? tadi Hamzah sekarang Dida!.

"Apa?."

"Hamzah frust lepas tau Dida nak kahwin. Dia tak dapat terima Dida dah ada boyfriend."
"Dida dah nikah katanya. Sebulan lepas SPM."
"Orang kaya tau."

Macam mana Azhar tahu? Tidak! Rasanya Azhar tidak tahu banyak. Kerana dia pengantin lelakinya.

"Mana kau tau?".

"Ada sorang budak Cina form five tu, parents dia doktor. Dulu sama kerja dengan parents Dida. Parents dia pergi wedding tu."
"Tapi dah jadi cerita atas cerita la... sebab dia dah migrate Australia."

Mana lebih baik? Orang tahu atau orang tidak tahu tentang urusan nikah dahulu. Dia terpaksa diam kerana hitam putih atas kertas. Adakah keadaan akan memihak kepada dia jika ada yang tahu cerita nikah dia dan Dida.

Sampai sekarang Yusoff tidak faham kenapa pasangan orang kaya minta dia tarik diri. Dia sudi menjadi ayah kepada kandungan Dida. Dia rela menyimpan rahsia mereka seumur hidupnya asalkan dia dapat hidup bersama Dida.

"Kau kenapa Sop? Ada problem ke? Muka kau keruh sangat... mungkin aku bukan Hamzah tapi kau boleh share dengan aku."

Yusoff tersentak lagi. Azhar masih di hadapannya tapi seperti sejak tadi dia sudah pergi jauh dalam fikirannya sendiri.

"Aku... aku rasa bersalah sebab tak tau masalah Hamzah. Dia tak nak cerita pada aku. Aku pulak sibuk dengan masalah Ayun masa tu."

Siapa lelaki tu. Lelaki yang sama buat Hamzah dan dia kecewa hingga terpaksa beralah. Ya Allah, jangan sampai dia jadi seperti Hamzah berpisah nyawa dari badan kerana seorang Khaleeda.

"Aku pun rasa bersalah jugak, pernah berebut Dida dengan dia. Besar akibat Dida pada Hamzah sebab diaorang besar sama-sama dari kecik."

Azhar tidak tahu Dida tu punya sikap boleh melenturkan jitu diri jika mampir rapat kepada gadis itu. Hamzah betul selama ini memilih dan mengagungkan Dida dalam hati.

Sakit, sakit sangat. Boleh sembuhkah hati dia ini dengan sakit rindu dan rasa kasih yang seakan tidak luntur langsung walau sudah sebulan berpisah.

@@@@@@@

Aduuuhhh...
Sakitnya!. Tangan kanan dan kaki kirinya berbalut penuh kerana patah akibat kemalangan malam itu.

Sakit tubuh badannya tidak boleh lawan sakit di hatinya. Sial betullah! hampir dia mati katak kerana diperdaya pada malam itu.

Macam mana ni?.

Selepas dia sedar daripada koma selama seminggu ada anggota polis datang untuk mengambil keterangan dari dia. Malangnya dia tahu dia tidak boleh mengharap apa-apa berita positif.

Rasanya sudah sebulan atau hampir sebulan dia di atas katil hospital ini tapi tiada siapa membawa berita tentang cerita dari malam kemalangan.

Mahu bertanya Yunus dia malas mahu memulakan pertengkaran. Yunus juga nampak marah besar pada dia kerana sudah melarang dia keluar rumah pada malam kemalangan sebelum bertolak ke tempat kerja.

Tapi nama dia Wati.
Diarah dan menerima arahan itu bukan sikap dia. Ibu bapanya sendiri dia bangkang apalah sangat dengan Yunus si pokai itu.

Nampaknya impian dia mahu menjadi orang kaya baru terpaksa disimpan dahulu. Rasanya tak lama hanya tunggu dia sihat. Sekarang payah sikit sebab pergerakan dia terbatas.

Agaknya pasangan orang kaya guna duit untuk menutup cerita malam kemalangan seperti mana mereka cuba menutup mulut dia dari menjadi orang kaya.

Tak apa...
Tunggu ye.

@@@@@@@

"Tuan Hamdan."

Hamdan angkat kepala dari kertas kerja yang melambak di atas meja kepada pembantu yang hanya berdiri di muka pintu.

"Ya."

"Ada polis. Mereka nak jumpa Tuan."

Berderau.
Serasa semua darah turun ke kaki. Degupan jantungnya menjadi laju.

Confirm! dia telah silap langkah. Orang yang dia pilih bukan sahaja cuai malah telah gagal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience