PROLOG

Romance Series 34696

DI saat beliau merasakan bahunya seperti dicuit. Pantas dia memaling sipi kepalanya ke sisi. Senyuman masih lagi tidak lekang lebar terukir.

Namun, sebaik sahaja halwa pendengarannya dibisikkan dengan sebaris nama beserta lunjuk tangan si sahabat ditalakan ke satu arah... senyuman lebarnya mulai perlahan mengendur dan mula diganti dengan ukir senyum segaris manis.Kepalanya mula dipaling ke hadapan. Merenung dalam penuh redup seraut wajah kesayangan hamba. Sepertinya si insan kesayangan seakan-akan memahami isyarat redup pandangan matanya. Lalu dia pula menalakan renungannya ke arah yang sama.

"Pergilah sayang. Abang izinkan. Janji sayang datang semula ke sini tau.” Dilabuhkan kucupan sekilas penuh syahdu di dahi kesayangannya sebelum beliau mula meleraikan tautan erat sulaman jemari mereka.

“Terima kasih, abang.”

*

DIA hanya memerhati sosok sang jejaka yang sedang membongkok di bonet kenderaan GrabCar yang disewanya. Sempat panahan irisnya melihat beberapa buah bagasi di dalam bonet kenderaan tersebut. Mahu bertanya tetapi dia diamkan sahaja. Mungkin dia tahu...

“Simpanlah. Ini hak Jaz...”Jazlynn Amara tidak menyambut kotak baldu berbentuk hati itu.

“Terpulang pada Jaz mahu buat apa dengan cincin ni...”

Jazlynn Amara masih lagi tidak mahu menyambut. Keluhan tipis mula dilepaskan.

“Jaz sudah menjadi isteri orang, abang. Jadi tak manis untuk Jaz simpan cincin pernikahan kita...”

Sang jejaka hanya tersenyum. Dia cuba memaniskan senyumannya di kala hatinya sudah dihenyak pilu.

“Kalaulah abang masih mampu putarkan waktu...”

“Jaz pun ada hak untuk mencari kebahagiaan Jaz sendiri, abang...”

“Kalaulah abang...”

“Jaz. Suami kau sudah panggil tu. Photographer nak rakam indoor shoot atas pelamin.”

Sang jejaka hanya tersenyum segaris sebu penuh lirih. Di saat pasang matanya terlihat kotak baldu cincin perkahwinan mereka dulu sudah beralih tangan oleh bekas isterinya kepada salah seorang anak kecil para tetamu yang hadir dalam meraikan hari penuh bahagia buat Jazlynn Amara bersama pasangan pilihan hati.

*

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)

“BRO...!”

Orak langkahnya mula terhenti sebelum melangkah masuk ke balai pelepasan.

“Kau betul-betul sudah nekad mahu pergi ke Istambul? Dah tu pula... tak mahu pulang semula ke sini?! Come on, bro... takkanlah sebab bekas janda kau kahwin lain kau nak bawa diri terus?! Mana pergi perangai kasanova kau selama ni yang perempuan sentiasa di keliling pinggang?! Satu pergi berpuluh mari, bro...”

“Dia cinta pertama aku, bro...”

Berdesing telinganya mendengar dekahan tawa ejekan si sahabat. Namun dia hanya menbiarkan sahaja. Memang patut dia ditertawakan sebegitu rupa.

Kifarah!

Dia mula merasa apa yang dirasai oleh Jazlynn Amara sewaktu mereka masih suami dan isteri. Si sahabat hanya menghantar langkah sahabatnya yang sudah mula berpaling dan menuju orak langkahnya ke balai pelepasan dengan pandangan matanya sahaja.

Tanpa sebarang pamitan, hanya terus sahaja sahabatnya itu melangkah sehingga sosoknya mulai menghilang.

Halo! Long time no see... hihihi

Share this novel

pbezpq
2024-09-11 18:23:25 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience