BAB 20: Entiti Balik Jendela
Ibukota memang sentiasa sibuk di tambah dengan kesesakkan lalu-lintasnya yang menjengkelkan. Di celah-celah kemajuan bandar yang sedang pesat membangun itu,tersergam megah sebuah bangunan di mana terdapat pelbagai premis perniagaan padanya.
Di antaranya ialah premis pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri baru di kenali sebagai SELONGKAR.
Encik Daud Junaidi pengarah urusan SELONGKAR di lihat sedang berjalan di ruang pejabat sambil melihat-lihat para staf dan wartawannya bertugas. Dari satu meja ke satu meja di hinggapinya.
Artikel berjudul 'Arwahkah Yang Pulang dan Ketuk Pintu Malam itu?' yang sedang di taip oleh salah seorang wartawannya dekat komputer pejabat sangat menarik perhatiannya.
"Hm..menarik judul artikel awak ni Helmi. Baca tajuk pun dah rasa meremang bulu tengkuk. Good..good..keep it up"kata Encik Daud Junaidi.
"Terima kasih Encik Daud..cuma err"
Wartawan bernama Helmi itu tampak ragu-ragu sedikit.
"Cuma apa Helmi?"
"Informer kata cerita ni tak dapat di pastikan kesahihannya. Jadi dia ada tokok tambah sikit"
Pengarah urusan syarikat SELONGKAR itu menoleh ke arah staf lain buat seketika sebelum kembali bercakap bisik-bisik.
"Hal tu kecik je Helmi. Cerita tak sahih tu kita boleh pejam mata je. Yang penting jalan cerita dan judul mesti boom! bukan ada pembaca tau pun. Ingat,tujuan utama kita cuma nak lariskan akhbar dan kaut untung je. Nanti selitlah foto informer tu sekali dalam artikel supaya tampak lebih meyakinkan"
"Err..informer pun cakap dalam telefon je Encik Daud. Tak pernah jumpa pun. Foto dia apatahlagi lah kan"kata wartawan Helmi.
"Oh itu small matter je Helmi. Nanti awak snap lah foto siapa-siapa..foto akak cleaner cuci tandas pun boleh. Gambar boleh kasi blur kat dalam paper. Tak ada orang tau pun"kata pengarah urusan itu.
Dua orang wartawan lain SELONGKAR di lihat sudah bersiap-siap dengan kamera, beg peralatan tugas dan jaket rasmi wartawan syarikat terbabit. Nampak nya mereka akan membuat tugasan luar.
"Yen! Izak! kamu berdua dah siap?"tanya Encik Daud Junaidi.
"Dah siap Encik Daud"
"Bagus! memandangkan BONGKAR dah hentikan artikel misteri siasatan mereka di tapak apartmen terbiar Haunted Hills,so inilah masanya untuk kita ambil alih pulak assignment ni dari mereka. SELONGKAR akan pastikan misteri Haunted Hills dapat di selongkar sehabis-habisnya hingga ke akar umbi sekaligus akan menyajikan bahan artikel paling di tunggu-tinggu oleh pembaca dan peminat hal-hal misteri"kata Encik Daud Junaidi.
"Yeahh!"wartawan Yen dan Izak menyokong kuat kata-kata bos mereka.
Pengarah urusan syarikat akhbar tabloid SELONGKAR itu tersenyum puas hati dan mengangguk-angguk.
''Bagus! kali ni kita akan pastikan pembaca-pembaca setia BONGKAR akan berpaling tadah secara beramai-ramai dengan berhijrah menjadi pembaca setia SELONGKAR. Hahaha..tak sabar saya nak tengok syarikat BONGKAR gulung tikar, supaya akhbar kita boleh menguasai pasaran akhbar tabloid misteri sepenuhnya"
Dua orang wartawan itu saling tersengih dan mengangguk-angguk.
"Hati-hati sewaktu meninjau di Haunted Hills tu Yen..Izak"nasihat Daud Junaidi.
"Baik Encik Daud. Kami minta diri dulu"
Pengarah urusan SELONGKAR itu berdiri tercegat sehinggalah kelibat dua orang wartawannya telah hilang dari pandangan. Kemudian beliau di sapa pula oleh seorang wartawan lain.
"Haa kamu Zuliyana..ada apa? Artikel tugasan kamu dah siap?"
"Ini lah yang masalahnya sikit Encik Daud. Artikel siap dah..tiba-tiba informer tu call dan terus-terang bagitau yang maklumat yang saya gunakan untuk tulis artikel ni tak sahih pun sebenarnya. Macam mana ni Encik Daud? Boleh ke kita terbitkan artikel tak sahih macam ni?"
*****
"Tak boleh Syaza. BONGKAR takkan sesekali menerbirkan sebarang artikel tidak sahih yang mana tiada informer atau saksi untuk mengesahkan cerita yang cuba di ketengahkan"tegas Yana kepada seorang wartawan bernama Syaza.
"Tapi kak Yana..misteri dia agak gempak dan mampu tarik lebih ramai pembaca"kata Syaza.
"Maaf Syaza..kita tetap tak boleh kompromi dengan perkara-perkara macam ni. Ini beza akhbar tabloid misteri BONGKAR dengan syarikat-syarikat tabloid yang lain. Kita hanya terbitkan artikel yang ada sumber dan saksi sahaja ya"
Wartawan wanita muda itu tampak kecewa.
"Tapi kalau awak nak masukkan ke kolum fiksyen misteri rekaan boleh kot..but make sure awak bukan plagiat cerita tu dari mana-mana ya"
"Okey kak.."
__________________
DUA orang wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri SELONGKAR baru sahaja tiba di perkarangan tapak perumahan apartmen terbiar Haunted Hills.
Semenjak syarikat akhbar tabloid BONGKAR membuat keputusan tegas untuk menghentikan penyiaran artikel berkaitan kawasan pangsapuri terbiar itu berikutan ancaman keselamatan yang di terima oleh wartawan Yana Maya,pihak syarikat akhbar tabloid SELONGKAR pula dikatakan ingin mencuba nasib dalam membuat tinjauan ke tempat itu dan membongkar misteri tentangnya. Sekaligus mereka melihat hal itu sebagai satu peluang untuk 'mencuri' hati pembaca dan peminat setia BONGKAR agar beralih pula kepada tabloid terbitan mereka.
Langit tampak sedikit redup dan tidak panas. Wartawan Yen dan Izak berjalan sambil memerhatikan setiap blok apartmen terbiar itu.
"Tak adalah nampak seram sangat pun. Biasalah..kawasan terbiar"kata Izak.
''Aku ada juga curi-curi baca artikel tulisan wartawan Yana Maya tentang Haunted Hills ni. Entahlah..susah nak percaya selagi tak nampak dengan mata"kata Yen.
"So kita nak redah naik blok yang mana satu ni?"tanya Izak.
"Tak kisahlah..mana-mana pun boleh"
Sudahnya dua wartawan itu memilih untuk meninjau ke blok C. Baru sahaja menaiki tangga ke tingkat satu,Izak sudah berasa hendak buang air kecil.
"Mana ada tandas"
"Kat hujung tu kot. Kita tengok je lah dulu"
Kaki terus melangkah. Mujur ada mereka temui ruang tandas pihak pengurusan apartmen terbiar itu.
"Air mana ada. Flush pun maybe dah rosak"kata Yen.
"Janji boleh tembak sudah.."
"Kau pergilah. Aku tunggu sini je"kata Yen lalu membidik kamera. Cadangnya ingin mengambil gambar sikit di situ.
Izak berjalan dan masuk ke bilik tandas terbiar itu.
Yen sedang mencari sesuatu untuk dia memfokuskan lensa kameranya. Ketika dia mensasarkan lensa ke beranda di blok B,tiba-tiba dia terlihat kelibat 'seseorang' seperti sedang mengintai dari dalam jendela salah sebuah rumah.
"Eh siapa pulak tu?"katanya.
Peluang itu tidak mahu di lepaskan begitu sahaja. Terus di fotokannya kelibat tersebut. Walaubagaimanapun rupa entiti yang sedang di lihatnya itu tidak dapat di lihat dengan jelas.
*****
"Ahhh..lega.."kata wartawan Izak sambil menarik zip seluarnya sejurus selesai membuang air kecil di dalam mangkuk tandas yang kelihatannya sudah agak usang dan berlumut.
Dalam tandas itu terdapat cermin dekat dinding sinki. Mujur juga terdapat tingkap yang membenarkan cahaya matahari dari luar menerobos masuk sekaligus menerangi suasana di dalam tandas.
"Kotor dan berhabuk dah cermin ni"kata Izak sambil mengelap permukaan cermin tersebut.
Tiba-tiba lampu kalimantang tandas yang sudah bersawang dek sarang labah-labah dekat siling mulai menyalakan lampunya secara berkelip-kelip.
"mustahil..apartmen ni mana ada bekalan elektrik dah..macam mana pulak lampu boleh hidup?"Izak kehairanan sambil terdongak ke atas.
"Mungkin ini salah satu misteri yang ada. Baik aku rakam"getus hati wartawan lelaki itu lalu tak bertangguh dia pun menghidupkan video kameranya.
Tidak! keadaan mulai menjadi semakin aneh apabila cahaya lampu bertukar pula kepada warna merah. Izak berundur ke belakang.
"Ish! dah makin pelik ni"
Di lihatnya dinding dalam tandas tampak kemerah-merahan seperti simbahan darah akibat pencahayaan itu.
Apabila kepala paip di pulas-pulas tanpa ada tangan yang memulasnya serta akar-akar di lihat menjalar bagaikan ribuan ular datang dari bawah pintu sebuah bilik jamban yang bertutup,tak bertangguh terus wartawan itu cabut lari ke luar tandas sambil meneriak memanggil rakannya.
"Yen! Oh Yen! Kau takkan percaya dengan apa yang aku alami kat dalam tandas tu"Izak berteriak kepada Yen yang sedang merakam entiti di balik jendela tersebut.
"Shhhh!!"Yen meletakkan sebatang jari telunjuknya ke bibir sebagai tanda isyarat meminta sahabatnya itu agar senyap-senyap.
"Kau sedang rakam apa?"tanya Izak.
Yen menunjukkan ke jendela apartmen di sebelah. Pantas Izak menoleh sebelum dia pun turut tergamam melihat kelibat misteri di balik jendela itu.
"Sudah..jom kita blah. Apa yang aku dapat ni pun dah cukup untuk tulis artikel nanti"kata Yen.
"Bagus. Kau belum tengok lagi apa pulak yang aku dapat"kata Izak sambil layang-layangkan kamera videonya.
Dua wartawan dari syarikat akhbar tabloid SELONGKAR itu pun segera beredar dari kawasan tapak apartmen terbiar Haunted Hills dengan kereta yang di naiki.
Share this novel