Bab 74

Romance Series 39793

Lelaki itu terkejut kerana melihat lelaki lain di kamera yang diletakkan dekat bunga itu tadi

"Rasanya aku letak atas kereta dia, bukan kereta lelaki ni. Asal aku nampak benda alah tu?" lelaki itu terus menutup komputer ribanya

Talhah terus memijak kamera itu dan membuangnya ke dalam tong sampah dan menelefon tania

"Hello sayang"

"Hello biy, ada apa call malam-malam ni?"

"Busy tak?"

"Tak, kenapa?"

"Ni i nak bagitahu sikit pasal bunga tadi tu"

"Ouhh, kenapa?"

"Nasib baik you tak ambik sayang. Ada kamera i jumpa dia letak"

"Seriouslah?"

"Yes, i pun tak sangka. Dah la i lepas mandi tadi, tak pasal-pasal free show untuk dia"

"Hahahahahahahahahaha takpe, sama-sama lelaki. Not a big problem"

"Itulah, i cakap"

"Yeahh, so kamera tu ada lagi ke dengan you?"

"Tak, i dah pijak and buang. I risau jugak kalau ada lagi, so i selongkar lah bunga tu. Tapi betullah ada 3 tempat dia letak. So dia target kalau you letak kat mana-mana pun bunga tu, dia akan nampak you buat apa"

"Ishh bahayanya, takutlah i"

"Itulah, but i think i know dia siapa"

"Sape?"

"Esok kalau i nampak dia, i tunjukkan dekat you"

"Alright"

"Emmmm sayang" panggil talhah manja

"Yes?"

"Rindulah"

"Apa you ni, kita kan tiap-tiap hari boleh jumpa dekat office. Daripada pukul 8 sampai 5 petang. Malam je kita dekat rumah"

"I know, but i bosanlah takde kawan"

"You ni, kan you stay rumah mummy. Nak bosan apa, mummy ada, daddy ada, taufiq dengan ariana pun ada. Ajak la dorang membawang"

"Takde topiklah"

"Kalau dengan i, ada topik pulak eh?"

"Takde jugak, i don't know what to say"

"Ouhh, takpelah. Esok kita jumpa lagi dekat office eh? bye, i mengantuklah"

"Hemm, okaylah bye sayang"

"Bye biy"

Mereka pun meletakkan telefon masing-masing dan merehatkan diri

Pada keesokan harinya, talhah ternampak seorang lelaki yang memegang bunga sambil menunggu di tempat letak kereta

Talhah menunggu didalam keretanya dan memerhatikan apa yang berlaku. Tania yang tiba itu terus menuju ke dalam lif kerana hampir lambat. Cepat-cepat lelaki itu mengejar tania diikuti oleh talhah

Tania masuk ke dalam lif, lalu lelaki itu masuk. Hampir saja pintu lif itu ditutup, tetapi tangan talhah sempat menahan dan tania sempat menetan butang supaya pintu tidak tertutup kalau tak putus tangan bakal suamiku

"Sorry" kata talhah lalu berdiri di belakang tania

Tania hanya tersenyum

Mereka sempat lagi bermain mesej sesama sendiri walaupun di dalam lif

"Tania, i syak lelaki sebelah you tu yang crush dekat you. Sebab dekat tangan dia ada bunga"

"Ouhh, i takutlah"

"Takpe i dekat belakang, kalau apa-apa i tendang lah dia kuat-kuat"

"Ouhh, okay-okay" kata sedikit ketawa tania lalu lelaki disebelah itu menegur tania

"Hai tania"

Tania terus melihat lelaki itu hanya tersenyum

"Nah, bunga untuk you" kata lelaki itu sambil menghulur 3 kuntum bunga ros dan kertas yang diselit

Tania membukanya dan menunjukkan semula kepada lelaki itu

"Yup, that's my number kalau you free. You boleh contact i je. And lunch nanti you free tak?"

"Kenapa?"

"Kalau you free, i nak ajak you lunch dengan i. Boleh?"

Terus talhah ke hadapan berada di tengah-tengah diantara mereka apabila dilihat lelaki itu atau namanya faizal mendekati tania

"Emm sayang, you dah janji nak lunch dengan i kann?"

"Excuse me mr, you ni sape eh? tiba-tiba nak potong line" marah faizal

"Ouhh, i? sape eh sayang? you jawablah"

"He is Ahmad Talhah anak tan sri Anaqi owner company ni. And he's the CEO now. And my husband now" kata tania lalu memegang lengan talhah

Terus lelaki itu terkejut, apakah?

"Se...seriouslah?"

"Yes, tak kan kitaorang nak tipu pulak? ke nak suruh kitaorang kiss baru nak percaya?"

Tetapi kali ini tania pula yang terkejut lalu terus melihat talhah. Talhah mendekatkan diri kepada tania sehingga ke dinding lif. Tania mencubit perut talhah supaya tidak bertindak berlebihan

Faizal terus keluar daripada lif apabila tiba ditingkatnya dengan menghentakkan kaki sekuat-kuatnya

"Auchh! sakitlah sayang. You ni, i nak suruh dia mengaku je. Bukan i nak kiss you lagi" kata talhah sambil mengosok perutnya

"Yes i know, tapi i takut you terlebih pulak eh. So i ambik inisiatif untuk cubit you. Sakit ke?"

"Pedih jugaklah, terasa sampai ke otot"

"Ouhh, hilang satu abs you kann?"

"Hahahhahahahahahaha mana ada, esok i bina balik"

"Apa-apa je lah you ni"

Tania keluar lalu menuju ke biliknya, tetapi sempat ditahan oleh talhah

"Remember lunch nanti i nak keluar dengan you"

"Iyelah, encik talhah. I nak masuk bilik dulu, bye-bye"

Talhah kembali menuju ke biliknya, tiba-tiba taufiq masuk tanpa ketuk

"Hei bro, ganggu ke?"

"Ishh kau ni along, tak ketuk pintu dulu. Ganggu ah orang tengah tengok tunang pun tak boleh"

"Hahahahahahahaha relax lah, tapi kan. Kau 2 kali bertunang kann?"

"Iye lah, dah satu tu jadi kakak ipar. Baik ambik yang single"

"Hahahahahaha ye lah, ye lah. Kau free tak nak ajar aku harini?"

"Free je, sebab tu aku suruh kau datang office harini. PA aku pun ada"

"Ouhh, tania bilik sebelah kau. So kalau aku jadi CEO dekat sini, tania memang sebelah aku lah?"

"Eh tak ada maknanya, aku ambiklah tania bawak pergi tempat lain"

"Kau nak bawak dia pergi mana?"

"Adalah, rahsia. Kau boleh ambik ariana jadi PA kau. Yang PA aku tu kau letak lainlah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience