BAB 3 -PUTUS

Romance Series 16210

SENYUMAN Kim lebar terukir ketika memandang gambar Iris yang di ambil sewaktu mereka di Korea. Waktu itu, Iris baru berusia 16 tahun dan dirinya 24 tahun. Muda lagikan. Tapi, bukankah cinta itu buta. Aku sangat bahagia di dekatnya sehingga tidak lagi perduli, pada larangan keluargaku sendiri.

Jika di ingat detik bahagia itu, bibirnya pasti tersenyum lebar. Oleh kerana bahagia menyelubungi hatinya. Ingin saja dia memberitahu dunia bahwa dia memilikinya. Tapi aku tidak bisa. Aku berharap, satu hari nanti. Akan ada keajaiban yang datang, yang membuatkan kami bersatu dengan ikatan restu kedua orang tua kami. Amin...

TOK TOK TOK.

"Masuk."

"Tuan Kim." Sapa Dk, sambil menunduk hormat pada pemuda itu. Lalu membuka buku cacatannya.

"Ya, ada apa?." Soal Kim, sambil meletakkan bingkai gambar Iris di tempatnya semula. Dia tidak takut lagi jika keluarganya tahu, kerana dia amat mencintai gadis itu.

"Harini, tuan besar melakukan perjalanan ke ladang selama 5 hari. Tuan Kamol nak tuan ikut sekali."

"5 hari !. Lamanya. Buat apa dekat sana?."

"Tuan akan mengadakan pesta untuk para perkerja. Sebagai bentuk terima kasih atas kerja keras mereka. Jadi, selama 5 hari tu, tuan ingin memanjakan para pekerja dengan pelbagai aktiviti."

"Hah. Kalau 5 hari, aku tak boleh. Tapi kalau sehari atau 2 hari. Aku ok lagi. Ini 5 hari. Aku tak boleh lama-lama dekat sana. Ala takda signal. Oi, boleh gila aku nanti."

"Saya faham. Tapi tuan, pewaris Tuan besar satu-satunya yang akan mengambil alih ladang tu nanti. Tuan kena kenal dengan bawahan tuan. Saya yakin, Cik Iris pasti faham."

"Jap. Aku hubungi dia." Lantas di capainya telefon bimbitnya, lalu di dailnya nombor Iris. Namun tidak di angkatnya. "Mana budak ni pergi?." Soalnya, lalu mencuba menghubungi gadis itu lagi.

*

SEMENTARA itu, Iris terlihat di dalam biliknya. Selepas saja pulang dari sekolah. Meninggalkan telefon bimbitnya di atas meja ruang tamu.

RING !

Deringan telefon adiknya menganggu Mika yang sibuk dengan kerjanya.

'Ish. Siapa juga yang call Iris ni. Bisinglah.' Kesalnya. Lalu mencapai telefon bimbit tersebut.

Seketika senyumannya lebar terukir ketika pangilan tersebut datangnya dari Kim yang ia nanti-nantikan. Lantas di angkatnya.

"Hello sayang. Sayang pergi mana?. Risau abang tau."

"Sayang?. Siapa sayang. Aku ingatkan, aku je pemilik hati Iris. Rupanya ada yang lain." Jawab Mika bersahaja.

"Eh. Kau siapa?. Mana Iris?."

"Iris ni ha, tidur sebelah aku. Nak kejutkan, tapi kesian dia. Semalam-malam layan aku. Jadi, kau nak cakap apa?. Nanti, aku sampaikan."

"Kau tipu akukan. Kau tipu akukan !." Bentak Kim. "Iris tak mungkin duakan aku."

Terlihat Moon kebetulan ada di situ, lantas di lambai-lambainya tangannya agar Moon segera menghampirinya. Dengan pantas juga, Moon berlari menghampirinya lalu duduk di sebelah bossnya.

"Kenapa tuan?."

Soalan Moon hanya Mika malas dengan menulis sesuatu di kertas. Lalu menyerahkan kertas tersebut pada assistantnya.

'Tolong berlakon jadi Iris.' Bacanya. "Ok." Setujunya.

"Kau nak cakap dengan Iris. Jap."

Mika lantas menyerahkan telefon bimbitnya pada Moon agar berlakon menjadi Iris untuknya.

"Sayang. Oh sayang."

"Ya abang. Ada apa ni?."

"Ni ha Kim, sayang nak jawab."

"Tak naklah abang. Jantan miskin tu, menyusahkan orang je. Bukannya kerja, malah belajar takda masa untuk sayang. Puih. Tak juga kaya."

"Apa cakap macam tu. Nanti ada yang sakit hati."

"Dahlah bang, sayang nak rehat. Buang masa cakap dengan orang  yang tak bermodal."

"Ok sayang. Tidurlah. Nanti abang kejutkan."

"Baiklah abang."

Kedengaran bunyi tangisan yang datangnya dari pemuda yang masih dengan telefon bimbitnya.

"Kau dengar. Jadi mulai dari sekarang, jangan ganggu Iris lagi. Sebab kau tak pantas untuk dia." Kata Mika, lalu menamatkan panggilan.

"Fuh. Lega."

"Pandailah kau berlakon. Aku suka. Baru padan muka dia." Pujinya, sambil menghapuskan panggilan terakhir dari pemuda itu, lalu di letaknya semula di atas meja.

"Saya hanya menjalani tugas saya."

"Sebagai hadiah dari aku, bulan ni, gaji kau aku naikkan 3 kali ganda. Tambah bonus. Suka?."

"Betul ke ni tuan?."

"Betullah. Kau pernah tengok aku tipu pekerja aku lagi ke?. Dah pergi sana, nanti Iris datang. Kantoi pulakkan."

"Baiklah tuan. Terima kasih." Ucapnya, lalu melangkah pergi.

"Jomlah bang. Nanti, mama papa tunggu pulak."

Kata-kata Iris membuatkan Mika berdiri menatap adik kesayangannya.

"Cantiknya adik abang ni. Nak pergi keluar makan je pun. Tak payah cantik-cantik."

"Mestilah harus cantik. Apapun, terima kasih atas pujiannya."

"So jom.." Lalu di hulurnya tangan kanannya.

Di sambut hangat huluran tangan Mika. "Let's go."

Iris dan Mika lantas melangkah pergi, sambil bergandengan tangan. Tanpa rasa bersalah telah mencipta kebohongan demi sebuah keuntungan.

* *

AIR matanya tidak berhenti membasahi pipinya. Menangis tanpa suara, itu jelas sakit. Dia berharap ini hanya sekadar mimpi. Namun entah kenapa, mimpi ini menyakitinya.

"Apa jawapan Cik Iris tuan?."

Soalannya membuatkan Kim menatap dirinya.

"Kenapa tuan?."

"Iris duakan aku."

"What !. Iris duakan tuan?." Ulang Dk terkejut. "How?. Jangan percaya dulu tuan. Mana tahu, ada orang nak musnahkan hubungan tuan."

"Dia tidur dengan jantan lain. Siap hina aku lagi. Aku kurang apa?. Semua yang dia nak aku turuti. Why dia buat aku macam ni?."

"Tuan sempurna. Hanya saja dia kurang bersyukur. Perempuan macam tu, tak patut di tangisi. Tuan terluka, sedangkan dia tertawa. Mungkin ini sebabnya, tuan besar melarang tuan untuk dekat dengan Cik Iris."

"Oi.." lalu di tikamnya gambar Iris ke dinding. Sehingga sepihan kaca, bertabur di mana-mana. Dadanya kembang-kempis. Tangannya pula di genggam erat. "Hanya kerana kekayaan, kau sanggup duakan aku. Ok fine. Kau tengoklah nanti, aku akan buktikan aku lebih kaya dari kau." Tekadnya.

"Itu seharusnya tuan."

"Ni aku nak keluar kejap."

"Nak kemana tuan?."

"Kau tak perlu tahulah. Cakap dekat mama papa, jangan tunggu aku. Nanti aku ikut belakang." Pesan Kim, lantas melangkah pergi.

"Baiklah tuan."

* * *

"MANA Kim ni?." Soal Iris ketika kekasihnya tidak dapat di hubungi. Mesej juga tidak di replynya. Apa dia busy?.

"Ai, binggung semacam je adik abang ni. Kenapa?."

"Nilah bang, Kim tak angkat call Iris. Dia pergi mana ya?."

"Dia sibuk mungkin."

"Selalunya bang, walaupun dia sibuk. Dia tetap balas chat Iris tau. Ni tak, bluetick je. Ni mesti ada yang tak kena."

"Mungkin dia perlukan masa. Yelah, dah lama tak jumpa keluargakan. Kejap lagi, mesti dia cari kamu. Iris jangan risau. Oh ya, Tadi kenapa Iris lari waktu Sasha makan dengan kita."

"Iris tak suka dia. Dia suka buli Iris. Kalau I tahulah Sasha ada tadi. Taknya Iris ikut."

"Aku pun tak hinggin semeja dengan anak manja macam kau. Jijik." Sasha mencelah.

"Jaga mulut kau tu sikit. Aku koyakkan baru tahu." Kesal Mika.

Suara yang menyahut, membuatkan menoleh kearah suara itu. Benar saja, gadis itu adalah Sasha yang merupakan sepupu mereka yang berusia 19 tahun yang amat ia benci. Mana tidak, gadis itu asyik menganggu hidupnya. Entah apa yang ia tidak puas hati. Dia juga tidak tahu.

"Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku?. Oh, ke kau cemburu sebab aku kaya."

"Cemburu?. Lambat lagi. Aku juga kayalah. Takda masa nak cemburu."

"Kau kaya pun sebab mak kau kahwin dengan pakcik aku. Kalau tak, sampai sekarang kau masih jadi anak pembantu rumahlah jawabnya. So, aku minta diri dulu. Nak beli cermin untuk kau." Perli Iris lalu melangkah pergi.

"Kau..." kesal Sasha. Ingin saja dia menjambak rambut gadis itu, namun Mika pantas menahannya. "Lepaslah."

"Aku boleh lepaskan kau. Tapi dengan syarat, jangan ganggu adik aku lagi."

"Why aku tak boleh ganggu dia?. Suka hati akulah. Hak aku." Sambil menepis tangan Mika dari terus mengenggam tangannya.

"Sebab kau miskin, takut aura kemiskinan kau melekat dekat Iris." Jawab Mika, lalu melangkah pergi.

"Oi. Satu keluarga sama." Kesalnya.

Share this novel

asyfa anisa
2024-11-30 16:45:08 

hai


NovelPlus Premium

The best ads free experience