HFM 30 | | Tunggu Saya

Romance Series 73463

Semasa Dihya berusia 19 tahun, dia pernah mencintai seorang lelaki bernama Kael. Awal perkenalan, lelaki itu seorang yang lembut hati, jauh berbeza dengan dunia gelap yang terpaksa dihadapinya. Kael adalah anggota sebuah geng terkenal, namun hatinya bersih. Lelaki itu pernah berniat untuk meninggalkan kehidupan penuh kekerasan itu dan membina hidup bersama Dihya.

Cinta mereka bersemi dalam diam, seperti bunga yang mekar di bawah sinar bulan. Mereka mencuri-curi masa untuk berjumpa, setiap ciuman terasa manis dan terlarang. Namun, takdir memiliki rencana lain.

Ayahnya, seorang lelaki tamak dan putus asa, mengetahui tentang hubungan mereka. Bukannya memahami, ayahnya malah melihat peluang untuk menyelesaikan hutangnya yang semakin membesar.

Pada suatu malam gelap, sekumpulan lelaki bertopeng menyerbu rumahnya. Kael cuba melawan, tetapi kalah kerana jurang jumlah yang berbeza. Lelaki itu cedera parah. Dibiarkan dalam keadaan berlumuran darah di situ sewaktu Dihya ditarik paksa, jeritannya terhenti di tengah malam.

Tidak lama selepas itu, Dihya dikhabarkan akan berita yang selama ini dia enggan dengar.

Dia dijual kepada seorang lelaki, seorang monster yang melihatnya sebagai harta benda. Dan pada hari yang sama, baru la Dihya tahu bahawa Kael, teman lelakinya selama ini hanya berpura-pura mendekati dirinya. Lelaki itu telah bekerja dengan lelaki sama yang membeli dirinya dari ayah Dihya. Mereka telah merancang semuanya dari awal hanya ingin mendapatkan dirinya.

Namun, suatu hari, peluang untuk melarikan diri muncul. Tapi peluang itu berakhir dengan kemalangan yang tidak terduga.

Tapi itu la, here goes for nothing.

Dinner cancel.

Malam berbaik dia dengan Zane spoiled.

Pipi pulak berlebam.

Rahsia yang selama ini dia simpan telahpun terbongkar.

And for the first time dalam setahun, dia menangis!

What a day!

Dihya duduk berteleku di atas katil itu dalam keadaan bergelap. Hanya lampu sebelah night stand sahaja yang membias cahaya di situ. Matanya segar bugar enggan terlelap sedangkan waktu sudah masuk jam 1 pagi.

Selepas insiden petang tadi, Zane langsung tidak keluar bilik. Dihya cuba menunggu lelaki itu turun ke tingkat bawah, dengan harapan lelaki itu akan makan malam, tapi tidak. Dari awal dia tunggu hingga la ke tengah malam. Tidak munculkan diri jugak. Marah sangat agaknya tuan dia tu.

In the end, Dihya ambil keputusan untuk masuk ke bilik selepas itu.

Sepanjang masa itu, Dihya tidak henti-henti teringatkan reaksi Zane petang tadi. Nak dikatakan marah, lelaki itu kelihatan seperti terluka pun ada. Zane beri reaksi seakan orang yang baru dikhianati perasaannya. Sedangkan hubungan mereka bukanlah apa-apa.

Yang Dihya tidak mengerti adalah kenapa Zane begitu marah hanya setelah melihat dia bersama Eric kalau Zane tidak punya apa-apa perasaan pada dia? Zane berkelakuan seakan dia telah mencurangi lelaki itu, sedangkan lelaki itu sendiri menolak perasaan sukanya pada lelaki itu.

Memangnya ada apa dalam kepala Zane? Apa yang lelaki tu mahukan sebenarnya?

Dihya termenung memandang ke depan dengan kepala terlentok ke kanan. Biliknya sungguh luas, jadi mana-mana dia pandang terasa sunyi. Sesunyi perasaannya. Dia terasa dengan ucapan Zane siang tadi. Tapi dia faham juga yang semua ni berpunca dari kesilapan dirinya sendiri. Jadi Dihya bingung nak buat apa. Nak marah pada Zane atau meminta maaf pada lelaki itu?

Hah! Hela nafas mengalah di lepas panjang.

Macam mana nak tidur ni? Fikirannya penuh tentang Zane sahaja. Sejak awal lagi lelaki itu mengundang misteri kepadanya. Dan semakin lama meluangkan masa dengan Zane, semakin nekad dia mahu mengenali siapakah Zane Hayes yang sebenarnya. Terutama sekali selepas apa yang terjadi petang tadi. Tingkah Zane semakin buat Dihya mahu terus berharap.

Ditambahkan lagi, kenapa antara ramai-ramai wanita di luar sana, lelaki itu memilihnya untuk menjadi mistress?Lelaki itu mempunyai isteri yang jelita. Kaya dan berpendidikan lagi tu. Tapi masih memilih untuk bersama dengan perempuan seperti dirinya ini dan hanya untuk sakiti dia semata.

Ingatkan dia sebagai orang perempuan je yang tak faham diri sendiri, rupanya lelaki pun sama jugak. Malah lebih complicated ada la.

Dihya berdengus kecil. Mungkin dari awal lagi dia dilahirkan dekat dunia ni hanya untuk di ambil kesempatan dan di sakiti semata-mata. Mana-mana lelaki yang muncul dalam hidup dia semuanya sama-sama tak berguna dan menyebalkan.

Malam itu Dihya langsung tidak tidur. Dia berjaga sehingga keesokan harinya.

SELF CLEANING VACUUM bergerak sendiri sekitar lantai. Dan objek itu mengenai punggung itu semasa Dihya sedang duduk bersila di atas lantai sambil membelek majalah yang berada di almari bawah televisyen di situ. Selepas mandi dan bersenam tadi, dia tergerak hati hendak membaca apa-apa maklumat tentang Zane di dalam majalah di situ.

Tiada yang istimewa. Kebanyakannya adalah cerita dan artikel tentang pencapaian dan kemewahan keluarga kaya raya Zane. Tapi ada yang menarik perhatiannya semasa membelek majalah tabloid di situ. Antaranya adalah artikel mengenai gosip dan skandal Zane. Banyak artikel menulis headline yang Memberitahu Zane Hayes merupakan seorang kaki perempuan dan panas baran. Gemar berfoya-foya walaupun sudah beristeri sejak beberapa tahun yang lalu.

Well...nak buat macam mana. Dah terlambat untuk dia tahu semua ni!

Dihya menyelak sehelai muka surat ketika suara orang bercakap kedengaran dari arah anak tangga. Dia pantas menoleh ke belakang bahu lalu melihat Zane turun dari tingkat atas.

Lelaki itu sudah lengkap berpakaian pejabat. Sebelah tangan memegang telefon di telinga. Dan seperti biasa lelaki itu kelihatan segak senantiasa. Kalau biasanya dia akan sambut dengan teruja. Namun hati Dihya menjadi tawar setelah teringat akan kata-kata hinaan Zane. Dia masih boleh terima kalau dirinya dicederakan tapi dia takkan terima bila dirinya dihina.

Maka malam tadi, selepas berpusing kanan dan kiri tidak dapat lena,
Dihya dah ambil keputusan, memandangkan Zane arahkan dia untuk lupakan perasaan sukanya pada lelaki itu, maka itu yang dia akan lakukan. Dia akan berhenti menyukai Zane apalagi peduli pada lelaki itu lagi.


"Sediakan semua yang saya perlukan sebelum saya sampai di pejabat nanti. Kesemuanya. Jangan ada yang tertinggal."pesan Zane semasa matanya terarah pada dapur. Biasanya Dihya akan berada di situ dengan minuman untuk dia. Tetapi bila dia lihat dapur itu lengang. Langkahnya terus mati.

Zane memutuskan panggilan sewaktu dia mencari kelibat Dihya. Ke mana pulak Dihya dah pergi?Jam tangan di kerling. Sudah masuk jam 9.30 pagi. Baru sahaja Zane hendak gerak ke laluan menuju bilik tidur Dihya, ekor matanya terus tertangkap kelibat seseorang di ruang tamu.

Bila dia lihat betul-betul baru la dia sedar yang Dihya sedang duduk bersila membelakangkan dia. Lalu hela nafas panjang pun dilepaskan.


"Apa kamu buat tu Dihya?" kerut Zane sewaktu jalan mendekat.

Dihya perlahan-lahan bangun dari situ. Lantas dia memusingkan badannya menghadap Zane. Riak wajah serius lelaki itu di tenung seketika sebelum dia memberi tundukkan kecil.


"Selamat pagi tuan."ucap Dihya dingin.


Rahang Zane berketik. Serta merta dia boleh baca keadaan antara mereka di situ. Lagi-lagi selepas melihat kesan kebiruan di pipi Dihya. Lebam luka di tepi bibir itu jelas kelihatan. Tidak hairan la kalau Dihya melayani dia dengan dingin."Mana minuman saya?"tanya dia walaupun sudah tahu apa jawapannya nanti.


Dihya tidak memandang Zane. Matanya terarah pada kakinya yang tidak beralas di lantai berjubin putih bawahnya. Dihya taknak nanti kalau dia bertentang mata dengan Zane, perasaan dia goyah. Jadi dia kena kurangkan sebanyak yang boleh dari bertentang mata dengan Zane."Tuan arahkan saya untuk tidak lakukan apa-apa. Jadi saya tak lakukan apa-apa."jawabnya perlahan.

Sebenarnya awal tadi dia dah terlintas hendak menyediakan minuman untuk Zane. Tapi disebabkan dia tak boleh nak agak sama ada minumannya itu boleh diminum atau tidak Dihya tak dapat lakukannya. Biasanya ada tukang rasa, tapi lepas apa yang berlaku, dia tak boleh ambil risiko dengan bahayakan orang lain lagi untuk bantu memastikannya.

Tiba-tiba Dihya ternampak ada bayang-bayang muncul di hadapannya. Lalu diikuti dengan sepasang kaki. Masa inilah jantung di dalam dadanya berdegup rancak. Tanpa pandang dia dah tahu siapa. Entah hendak di marah apalagi di pukul itu yang berlegar dalam kepala Dihya.

Sebaik berdiri di hadapan Dihya, Zane tunduk memandang kepala Dihya dengan renungan dalam.Waktu itu dia sedang berkira-kira hendak lakukan apa. Layanan gadis itu dingin dan begitu distance dari kebiasannya.


Dan bila Zane angkat tangan, waktu itulah Dihya mengundur ke belakang. Gadis itu memandang wajah Zane dengan riak awas. Namun tersedar sesaat kemudian setelah menyedari dia secara refleks telah mengelak dari disentuh. Habis la!"Maafkan saya..." ucap Dihya sambil memegang tepi mukanya dengan kekok. Nak ditampar lagi ke?

Kening Zane terus mencerlung, jari jemari erat berkepal dalam genggaman. Reaksi Dihya itu membuatkan darahnya berderau laju ke otak. Membuatkan Zane berasa sebu. Dan kepalanya ikut berdenyut sakit. Entah kenapa dia terasa dengan tindakan Dihya itu.


"Ada apa-apa yang Tuan perlukan ke?"tanya Dihya tanpa memandang.


Bersama perasaan kesal keluhan kecil dilepaskan."Tunggu saya sehingga saya balik malam nanti. Jangan tidur awal." pesan Zane.


Dihya mengangguk kecil. "Baik tuan."liur ditelan kesat. Renungannya terarah pada hujung kasut berkilat Zane.

Lalu Zane berpaling dari situ dan bergerak ke arah pintu.

Pada masa yang sama Dihya di belakang curi-curi melihat langkah lelaki itu dengan perasaan terkilan. Dah kenapa suruh dia tunggu pulak? Sedangkan malam tadi dia tunggu lelaki ni turun, tak turun pun. Lepas tu sibuk nak suruh orang tunggu lagi. Bukan nak minta maaf ke apa!Terus aje mengarah orang.

Untuk information reader baru ya. Sebab maybe ada yang belum tahu. Disebabkan Tinta EA Novelplus, ada sebahagian novel tinta UC ada yang tak. So here it is. Mana2 novel yang Tinta buat biasanya kalau free, Tinta akan letak tag *FREE READING* kalau UC tinta takkan letak tag untuk mudahkan para pembaca kenalpasti... Boleh check dekat sinopsis untuk lebih kepastian. Rasanya reader lama boleh kesan. So yeah. Novel ni free ya. Baca tanpa risau. BTW, Iklan Dah kurang kan? Dah tak banyak sangat mcm sebelum ni? Rasanya Novelplus dah kurangkan kuota iklan separuh daripada yg sepatutnya. Apapun kekal support Novelplus. Kalau sudi berikan la 4.5 star at least.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience