PROLOG

Romance Series 63808

"Abang, majlis kita lagi dua bulankan? Hani dah tak sabar nak jadi isteri abang."

"Yer, betul sayang, cepat je masa berlalu. Abang pun tak sabar nak halalkan sayang dan membina hidup dengan sayang." Ezar membalas pantas. Duduknya sedikit berjarak dengan tunangnya itu. Masih lagi menjaga batas.

"Abang dah bersedia???" Hani menyoal. Wajah jejaka berkulit sawo matang itu dia tatap.

"Bersedia apa?" Ezar menyoal kembali bersama kerutan di dahi.

"Bersedia nak jadi suami Hani, Imam Hani," Hani menjawab persoalan Ezar.

Ezar tersenyum. "Oh, bersedia itu! Mestilah abang dah bersedia. Dah lama abang bersedia. Tinggal nak halalkan sayang jer."

Hani membalas dengan senyuman. Bahagia yang tidak terucap apabila mendengar kata - kata dari mulut Ezar. Dia mengangguk perlahan.

"Abang janji dengan Hani..."

Faham apa yang dimaksudkan oleh tunangnya itu. Ezar menarik nafas pendek sebelum membalas kata - kata Hani. "Hani nyawa abang. Buah hati abang. Abang janji, kita akan lalui hidup kita sama - sama. Abang janji akan sehidup semati dengan Hani. Selagi nyawa abang dikandung badan, tiada siapa yang akan memisahkan kita."

"Kenapa abang cakap 'selagi nyawa dikandung badan'?" Hani menyoal. Jari kakinya menguis - nguis pasir pantai yang sedikit menenggelamkan kakinya. Pandangan mata tertunak ke arah lautan yang luas terbentang.


"Yelah, selagi abang masih bernyawa, tiada siapa yang boleh memisahkan kita kecuali mati," Ezar membalas tenang. Matanya juga terarah ke depan, di lautan yang saujana mata memandang.

"Hani tak suka abang cakap pasal mati. Hani betul - betul tak suka," sedikit keras suaranya dengan mulut yang sudah memuncung. Yer, dia tau, semua yang hidup tak akan terkecuali dengan mati. Tapi dia tak suka kata - kata itu terluah dari mulut tunangnya. Dia tak sanggup andainya tunangnya itu yang pergi dulu. Isyhhh... Mintak jauh. Tak sanggup dia nak lalui hidup - hidupnya tanpa Ezar. Entah apa akan jadi pada dirinya jika itu yang akan berlaku. Sungguh dia tak sanggup.

"Yelah, sorry - sorry. Tapi sayang kena ingat dan hadam, setiap yang bernyawa pasti akan mati."

Falia Hani memandang ke arah wajah tunangnya. Tunangnya itu masih juga beriak tenang. Setenang air laut tanpa ombak.

Itulah sifat Ezar Rayyan. Sentiasa tenang dalam semua perkara. Jejaka satu kampung. Lelaki yang dia sangat sayangi dan cintai sejak dari zaman persekolahan lagi. Ikatan itu diperkuatkan lagi dengan ikatan pertunangan. Hani bersyukur, hubungan mereka direstui oleh kedua belah pihak. Pejam celik - pejam celik, majlis untuk menghalalkan mereka hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

"Jauh mengelamun, abaikan kata - kata abang tadi. Abang nak Hani pegang kata - kata abang. Abang akan jaga Hani, sayang Hani dan cinta Hani sepenuh hati dan jiwa abang. Kita akan tempuhi alam rumah tangga kita nanti sama - sama dan lalui hari tua kita juga sama - sama. Ingat tu sayang."

Wajah tunangnya dia pandang. Wanita itu kelihatan tersenyum. Lega hatinya apabila kata - katanya sudah terpujuk oleh tunangnya itu.

Falia Hani membalas tatapan tunangnya.

"Janji dengan Hani."

Ezar mengangguk.


Pandangan mereka kembali semula meneroka lautan yang membiru di depan mereka.

"Jom kita balik... Dah nak masuk waktu Asar ni."

Panggilan dan suara Sara mengejutkan dia dari lamunan yang jauh.


Tanpa berpaling... "Sara kau bagi aku lagi lima belas minit, boleh?" pintanya.

Kesian pula mendengar pemintaan kawan baiknya itu. "Emmm, yelah, lima belas minit je tau, aku tunggu dekat kereta. Tak elok kita berlama - lama dekat kawasan kubur ni." Nasihat Sara. Dia pun terasa seram juga. Dengan keadaan petang itu yang sedikit mendung, mungkin sekejap lagi hujan akan turun.

Perlahan - lahan dia membawa langkah ke arah keretanya yang diparkirkan tidak berapa jauh dari kubur itu kerana kubur arwah tunang Hani agak sedikit dekat dengan jalan utama. Sesekali dia melepas pandang pada Hani yang masih berteleku di tepi kubur Arwah Ezar. Mana tak murung kawannya itu, mereka bercinta dari zaman sekolah kot. Tup - tup, lelaki itu yang pergi dulu. Pergi yang tak akan kembali.

Setitis demi setitis air matanya gugur ke pipi. Tidak tergerak di hatinya untuk menyeka air mata itu. Dia hanya membiarkan.

"Abang, kenapa terlalu cepat abang tinggalkan Hani?."

"Mana janji - janji abang nak hidup semati dengan Hani?."

"Abang tipu Hani."

"Abang... Hukkk... Hukkk... Abang pendusta."

Tanah di depannya dia genggam dan ramas perlahan - lahan... Berderai di atas pusara itu. Air matanya juga menitik di atas tanah kubur itu. Dari tadi dia menahan dari jatuh, tetapi dia tidak berdaya. Air matanya terlalu murah untuk seorang lelaki yang bernama Ezar.

Sudah dua jam dia di situ. Mengadap tanah dan batu nisan yang tidak pernah membuatkan dia jemu. Kerinduan yang tidak terucap kepada arwah tunangnya itu. Sejak setahun dia ambil masa untuk pulih dari emosinya. Tidak pernah lagi dia menjengah ke kubur ini. Sehinggalah...

Cepat - cepat dia beristighfar. Menghalau bayangan itu datang bertandang. Dia angkat punggung. Kerusi lipat dia angkat dan segera berlalu dari situ. Kawannya yang setia menunggu kelihatan berdiri sambil menyandar pada badan kereta. Tau, Sara juga turut risaukan dirinya. Risau jika dia akan kembali bermain dengan emosinya.

"Jom..." Ajak Hani apabila dirinya semakin mendekat. Dia atur langkah ke arah tempat duduk penumpang.

"Kau kena kuat Hani. Lawan sikit perasaan kau. Aku tau kau mampu nak tepis ingatan tu. Setelah setahun kau berjaya untuk move on, takkan sehari itu kau tak mampu nak halang ingatan tu dari cuba nak mengganggu jiwa kau." Sara cuba menasihati Hani setelah enjin kereta dia hidupkan.

"Kenapa dia harus muncul depan aku Sara?."

"Kau kena sematkan dalam kepala kau. 'Memang serupa tapi bukan dia'. Dia orang lain bukannya Ezar. Biarkan Ezar tenang di alam sana. Kau doakan dia yer. Tak salah kau nak ingat arwah tunang kau tapi kawal diri kau, jangan terlalu terbawa - bawa perasaan tu. Arwah Ezar dah jadi kenangan. Kita yang hidup ni tetap juga kena teruskan kehidupan." Masih tak pernah jemu dia menasihati. Hani perlukan sokongan. Sokongan dari keluarga dan juga dirinya sebagai kawan baik. Sebab itu dia sanggup meminta cuti tiga hari, semata - mata mahu menemani Hani pulang ke kampung.

Tidak dapat dia lupa, petang semalam Hani balik ke rumah sewa mereka dalam keadaan merah - merah dan bengkak mata. Anggapannya mesti baru lepas menangis. Ingatkan baru lepas kena marah dengan bos. Emmm, rupanya hal lain. Tak sempat masuk ke bilik diajaknya balik ke kampung. Tergesa - gesa pula tu. Yer, dia dengan Hani adalah kawan satu kampung juga. Rezeki mereka dapat bekerja di negeri yang sama walaupun berbeza syarikat. Hani kawan baiknya sejak di bangku sekolah juga. Dia juga mengenali Ezar, jejaka yang berjaya menambat hati Hani. Beza usia dua tahun antara mereka dan Ezar.

Hani menyeka air mata yang masih lagi merembes di pipinya. Dia melepas pandang buat kesekian kalinya pada kubur arwah tunangnya sebelum keretanya menderum pergi dari kawasan kubur itu. Sara menjadi pemandu tidak berbayarnya ketika ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan baiknya itu.

"Kau nak balik rumah kau terus atau nak singgah rumah aku dulu?" Hani menyoal apabila mereka sudah melalui jalan besar.

"Aku balik rumah teruslah. Badan aku dah melekit dengan peluh dah ni sebab menjadi penunggu terhormat orang melayan perasaan dekat kubur tadi." Sara membalas pertanyaan Hani tanpa memandang pada wajah sahabatnya itu.

"Kau tak ikhlas ke teman aku tadi," soal Hani sedikit mengusik. Dia tau, Sara ikhlas dan Sara jujur, sebab Sara kawan baiknya. Mereka berkawan dah lama.

"Ke situ pulak kau ni. Aku ikhlaslah teman kau tadi. Aku gurau sikit pun nak touching. Hani, kalau kau sedih, aku pun akan turut bersedih. Kalau kau happy, aku pun turut happy. So, aku nak kau terus happy - happy dalam hidup kau, tak mau sedih - sedih lagi. Bolehkan..." Tangan kanan kawannya dia genggam erat.

Hani tersenyum. Bersyukur kerana dia mempunyai seorang sahabat baik yang begitu memahami, yang sanggup bersusah senang dengannya.

"Terima kasih Sara. Kau kawan aku dunia akhirat. Aku sayang kau sangat - sangat." Genggaman tangan kawannya dia balas.

"Aku pun sayang kau ketat - ketat." Sara membalas ringkas sambil fokus kembali kepada pemanduannya.

Kereta membelok ke perkarangan rumah Sara. Kelihatan Makcik Milah dan Pakcik Halim sedang duduk minum petang di atas pangkin bawah pokok mangga.

"Singgah minum dulu Hani. Makcik ada buat cekodok bawang ikan bilis ni." Makcik Milah mempelawa.

"Takpe makcik, lain kali yer, dah petang sangat ni. Nanti umi dengan abah risau pula," Hani menolak sopan.

"Emmm, yelah, baik - baik bawa kereta, kirimkan salam makcik pada umi kamu."

"InshaAllah makcik, Hani balik dulu," Hani mohon pamitan selepas menyalami tangan wanita separuh baya itu.

_______


Hani meletakkan kunci kereta di atas meja solek. Dia mencapai tuala dan kain batiknya. Bergegas masuk ke bilik air. Rumah kampung, bilik air di bahagian dapur.

"Umi, abah mana?" soal Hani apabila kaki dijejak ke lantai dapur. Umi sedang duduk di meja makan bersama sepinggan pisang goreng.

"Abah kamu ke belakang sekejap, tolong umi ambil daun kari." Hajah Rubiah membalas.

Hani mencapai sepotong pisang goreng dan dicicahnya dengan kuah cili kicap.

"Nak buat apa daun kari?" Hani menyoal. Mulutnya penuh dengan pisang goreng.

"Abah kamu minta umi buatkan mee kari untuk makan malam ni. Taknak makan nasi katanya."

"Wahhh, sedapnya mee kari. Tak sabar nak makan." Hani kelihatan teruja.

"Hemmm, tak sabar - tak sabar juga. Nanti tolong umi masak." Hajah Rubiah memberi sedikit arahan.

"Yelah - yelah. Apa - apapun bagi Hani mandi dulu. Dah busyukkk masyammm..." Hani membalas, lalu mengatur langkah laju menuju ke bilik air.

Hajah Rubiah membalas dengan gelengan. Sedaya mungkin dia mahu menjaga emosi anaknya itu. Tidak dia tanyakan urusan anaknya di kubur arwah tunang anakny itu. Sedangkan dia tau ke mana seharian anaknya itu pergi harini.

________

Hani membuka tingkap biliknya. Dia melepas pandang ke arah luar. Kenyang perutnya menikmati mee kari buatan uminya. Walaupun dia tau cara memasak mee kari tapi sekali sekala dia ingin merasa juga air tangan umi yang dia rindui. Kebetulan balik ke kampung, tak salahkan nak merasa air tangan uminya sendiri. Masakan yang paling sedap di dunia adalah masakan ibu. Itu dia tak nafikan.

Dalam menikmati kelam malam, ingatan pada arwah tunangnya terlayar kembali di ingatan.

Sudah berkali di tepis bayangan itu tetapi tetap juga semakin galak bertandang.

Air matanya gugur lagi. Malah semakin lebat pula.

"Sampai hati abang tinggalkan Hani secepat ini..."

"Huk - hukk - hukkk..."

Perkenalkan novel terbaru EL ♥️ Enjoy reading. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience