Bab 4

Romance Completed 92499

TROLI penuh dengan barang-barang yang Yara mahu beli. Balik dari kerja terus dia singgah ke pasar raya Giant. Seperti biasa setiap kali Fahri akan datang ke Kuala Lumpur, Yara akan memasak untuk Fahri selama mana suaminya tinggal. Sebab itu Yara singgah ke pasar raya untuk membeli barang basahan kerana rumahnya hanya dipenuhkan barang dapur kering saja oleh Fahri memandangkan Yara jarang masak jika tinggal seorang.

“Mana pula laki aku ni? Tak tengok phone ke?” bebel Yara apabila Fahri langsung belum baca WhatsApp yang dihantarnya.

Bukan waktu macam ini Fahri sudah pulang ke rumah. Jadi ke manakah pergi suaminya?

Yara ke hulur ke hilir di kawasan barang basah melihat lauk-lauk segar yang terpampang di depan matanya. Bunyi telefon bimbit mengganggu tumpuan Yara.

“You kat mana tu sayang?” tanya Fahri apabila mendengar Yara seperti berada di luar.

“I kat Giant ni. Tengah nak borong lauk la nak masak untuk you balik esok,” jawab Yara yang memakai earphone untuk bercakap dengan Fahri. Senang dia nak memilih lauk basahan sambil bercakap dengan Fahri.

“Kenapa tak beli tunggu I je?” tanya Fahri. Pagi Sabtu nanti boleh dia teman Yara pergi beli lauk basahan.

“Malas la…I nak terus masak sambil berkepit dengan you kat rumah je,” jawab Yara selamba.

Fahri hanya gelak kecil. Ya, dia pun tak sabar nak berkepit dengan Yara kerana sudah hampir 3 minggu mereka tidak bertemu. Rezeki kewangan mereka tak menghalang untuk mereka jarang bertemu. Ini pun paling lama mereka tidak bertemu. Selalunya setiap 2 minggu sekali mereka akan bertemu untuk melepaskan rindu.

Kali ini Fahri akan berada di Kuala Lumpur sehingga hari Isnin. Jumaat malam Fahri akan sampai di rumahnya. Jadi bolehlah hari Sabtu, Yara bermalasan di rumah bersama Fahri manakala hari Ahad baru mereka akan keluar pergi dating kerana pagi Isnin baru Fahri akan pulang ke Perak selepas Yara pergi ke kerja.

“Biy… asal tak reply mesej I tadi? I nak tanya you nak makan apa so senang la I nak beli lauk apa. Ni sekarang penuh troli I main ambil je apa yang you nak makan,” rungut Yara. Siap salahkan Fahri bila dia sendiri yang memenuhkan troli.

“You ni macam tak tahu pula I nak makan apa? Mesti la I nak makan you sayang,” usik Fahri nakal.

Yara rasa nak sumbat udang yang belum masak dalam mulut Fahri jika suaminya itu berada di hadapannya ketika ini. Boleh pula nak buat lawak.
Eeee…tengoklah siapa makan siapa dulu!

“I kat public ni…you jangan nak macam-macam eh biy…”

Kuat Fahri ketawa. Sukalah tu Yara tak dapat membalas usikannya. Mesti muka Yara tengah merah menahan malu.

“Esok you gerak pukul berapa?” tanya Yara untuk kepastian. Yara fikir nak masak menu simple yang mudah untuk Fahri makan walau dah lewat sampai.

“I terus gelak lepas solat Jumaat,” jawab Fahri yang sedang buat sesuatu.

Fahri ambil cuti separuh hari supaya dia boleh sampai ke Kuala Lumpur sebelum malam.Tempoh perjalanan Fahri cuma ambil masa selama 3 jam sahaja jika jalan tidak sesak dan tentulah jalan tidak sesak kerana bukan musim perayaaan bahkan waktu orang bekerja. Fahri sudah buat kira-kira yang dia akan sampai lebih kurang Yara pulang dari kerja saja.

“Biy… you buat apa tu? tanya Yara seperti mendengar bunyi sesuatu.

“I tengah masuk kan baju-baju I dalam mesin ni. Nak cuci terus so tak ada la berlambak nak kena cuci balik sini nanti. Esok kan I terus gerak KL. Petang ni jelah I ada masa nak cuci semua…” jawab Fahri.

“Bawa jelah balik sini. I boleh cuci kan,” suruh Yara.

“You ingat I budak asrama ke sayang? Bawa balik baju kotor?” Fahri loyar buruk.

Yara gelak kecil. “I cuma offer diri je. Nak jalankan tanggungjawab orang kata,” gurau Yara pula.

Bagi Fahri selagi dia boleh buat sendiri, dia tidak mahu menyusahkan Yara. Lagipun bukan Fahri tak pernah berdikari tinggal sendirian. Jadi Fahri sudah terbiasa uruskan sendiri.

“Tak apa la sayang. You jalankan tanggungjawab lain tau…yang dah tertangguh 3 minggu ni. Setakat cuci baju, I rajin je campak-campak dalam mesin ni,” balas Fahri dengan suara nakalnya.

Macamlah Yara tak faham maksud Fahri itu. Bukan Fahri seorang saja yang menanggung keinginan yang mereka rasa sama itu.

“You jangan nak main campak je. Kena asingkan macam I ajar. Biy…ingat tak?” soal Yara yang menitik beratkan cara mencuci pakaian dengan betul.
Fahri garu kepala apabila melihat semua bajunya sudah dicampak dalam mesin basuh tanpa diasingkan seperti yang selalu Yara pesan.

“Err…hmm…ya…ya… I ingat…” jawab Fahri teragak-agak menutup kesalahannya.

“Ya ke? Bunyi macam tak je?” teka Yara dari nada suara Fahri.

Haih! Kuat betullah instinct si isteri!

“You asing tak baju warna gelap dengan warna terang…Ingat warna gelap tak boleh guna…”

“Ya…I ingat…Sayang, you nak beli lauk ke atau nak buka kelas mencuci dalam Giant tu?” sampuk Fahri. Bukan dia tak ingat pesan Yara cuma biasalah golongan suami sepertinya yang suka mudahkan kerja saja.

Kalau Fahri terus melayan tak pasal-pasal telinganya kena tadah mendengar bebelan Yara.

Yara baru tersedar yang dia masih belum selesai memilih barang basah yang dia hendak beli. Ingatkan guna earphone untuk berbual tak mengacau aktivitinya.

“Dah la biy…I dah lambat ni. I nak pilih cepat-cepat lepas tu terus pergi bayar,” ujar Yara dengan kalut.

“Yalah…yalah…Hati-hati balik karang,” pesan Fahri. Bukan dia tak kenal perangai kalut Yara macam mana. Karang ada juga barang yang tertinggal.

Tinggal barang tak apa. Jangan isterinya pula tertinggal kat Pasar Raya Giant gara-gara tak jumpa kereta kat parking kerana perangai kalutnya.

Tamat saja panggilan, terus Yara memilih dan mengambil beberapa jenis lauk basahan. Nasib baik orang tak ramai jadi tak perlulah Yara beratur lama untuk bayar di kaunter.

“Amboi! Banyak beli barang? Nak buat kenduri ke?” tegur seseorang di belakang Yara yang sedang beratur di kaunter bayaran.

Yara pusing dan terkejut melihat gerangan siapa yang datang tegurnya.

“Beb! Bila balik sini?” jerit Yara apabila melihat Adila berada di belakangnya.

Yara terus meluru peluk Adila. Teruja apabila kawan baiknya yang selama ini jauh di mata kini sudah berada di depan matanya.

“Macam mana reaksi kau bila Fahri balik eh? Dengan aku pun terus main terkam macam ni,” usik Adila selepas meleraikan pelukan mereka. Gaya mereka seperti sedang jejak kasih.

“Laki aku balik, aku tahu. Yang kau ni? Tiba-tiba je muncul. Asal tak bagi tahu nak balik?” rungut Yara dengan geram.

Adila tersengih. “Ala aku nak buat surprise tapi tak tahu pula boleh jumpa kau kat sini. Tak jadi surprise aku nak datang terjah rumah kau tau.”
“Haaa… elok la tu…Karang ikut aku balik terus. Lepak rumah aku je. Aku tak boleh nak lepak luar karang tak pasal ayam ikan ni berbau dalam kereta kena tinggal lama. Tak pasal aku kena shopping beli lauk lagi untuk laki aku balik esok.” Yara ajak Adila mengikutnya pulang sebentar nanti.

“Fuh! Nasib baik aku jumpa kau kat sini kalau esok lusa aku main terjah datang rumah kau nak buat surprise, confirm kau tak nak buka pintu kan sebab laki ada kat rumah nak berkepit sakan la,” usik Adila.

Yara ketawa kerana mungkin ada benarnya.


MALAM ini Puan Fatimah datang ke rumah Fahri kerana dapat tahu esok Fahri akan pergi ke Kuala Lumpur sehingga hari Isnin. Puan Fatimah datang bukan dengan tangan kosong. Siap bawa makanan malam untuk Fahri.

“Buat susah-susah ummi je datang hantar. Kan boleh call suruh angah datang ambil je,” ujar Fahri yang tidak mahu Puan Fatimah susahkan diri atau meminta Farina hantar ke rumahnya hanya kerana mahu menghantar makanan malam untuknya.

Tadi pun Farina sudah bebel pada Fahri dengan kelakuan Puan Fatimah yang sanggup menelefon Farina untuk minta dia hantar ke rumah Fahri. Tahulah rumah Farina paling dekat sekali dengan rumah ummi mereka. Siap Farina suruh Fahri sendiri yang hantar Puan Fatimah pulang nanti.

“Ala ummi tahu mesti angah tengah busy kemas-kemas. Tu yang ummi sendiri nak hantar lauk ni semua. Angah mesti belum makan lagi kan,” balas Puan Fatimah yang sudah menghidangkan makanan yang dibawanya dari rumah di atas meja makan.

Fahri hanya berdiri tercegat melihat tingkah Puan Fatimah. Nasib baik malam ini memang Fahri sudah pesan pada Yara untuk tidak memesan makanannya.

“Buat apa tercegat lagi tu…Pergi basuh tangan…” suruh Puan Fatimah.
Fahri ikutkan saja kata Puan Fatimah dan kembali duduk di kerusi berhadapan umminya itu.

“Ummi tak makan sekali,” tanya Fahri ketika Puan Fatimah menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi.

“Ummi nak makan la sekali ni,” jawab Puan Fatimah.

“Lambatnya ummi makan…” tegur Fahri kerana dia saja tanya dan tidak sangka pula yang Puan Fatimah masih belum makan malam lagi walau sudah pukul 9.30 malam.

Puan Fatimah senyum. “Saja… ummi nak makan dengan angah sekali.”

Fahri pandang saja Puan Fatimah. Bukan Fahri tak perasan yang layanan Puan Fatimah padanya selepas kahwin ini makin mesra. Adakah Puan Fatimah risau hidupnya yang berjauhan dengan isteri kerana itu Puan Fatimah terlebih ambil berat padanya.

“Hmmm…hari tu Fakhri ada datang sini.” Fahri buka cerita.

Puan Fatimah tayang muka biasa saja.

“Ummi ada terasa hati dengan Fakhri ke?” Fahri cuba cungkil apa yang berlaku antara Puan Fatimah dengan Fakhri kerana umminya itu seperti sudah tidak hairan ambil tahu tentang anak bongsu kesayangannya itu lagi.

“Eh! Mana ada. Ummi dengan Fahkri okey je. Asal angah tanya macam tu?” Berkerut dahi Puan Fatimah yang rasa pelik dengan soalan Fahri.

“Tak ada la…Angah pelik jelah tiba-tiba dia suruh angah tinggal dengan ummi. Angah suruh dia je yang duduk serumah dengan ummi tak nak pula dia. Sanggup bodek angah tinggal dengan ummi semata-mata nak suruh angah sewa rumah ni kat dia,” terang Fahri.

Fahri jenis yang tidak suka berselindung sebab itu Fahri mahu tahu jika ada sesuatu berlaku antara Puan Fatimah dengan Fakhri kerana dia sendiri pelik yang hubungan anak beranak itu makin renggang. Tapi hubungan Puan Fatimah dengan dia pula makin rapat.
“Haaa... ada betul juga cakap Fakri tu. Kan elok angah tinggal dengan ummi je,” ujar Puan Fatimah bersama senyuman.

Tak tertelan nasi dalam mulut Fahri apabila Puan Fatimah setuju dengan cadangan Fakhri.

“Kenapa? Angah tak suka ke tinggal dengan ummi sekali?” tanya Puan Fatimah dengan wajah penuh mengharap.

“Bukan macam tu ummi. Cuma pelik je tiba-tiba pula angah nak tinggal sekali dengan ummi padahal angah dari dulu memang dah tinggal berasingan dan ummi pun okey je. Si Fakhri tu yang ummi bising dulu bila dia cari rumah lain lepas kahwin.” Fahri cuba ingatkan Puan Fatimah.

Bukanlah Puan Fatimah pilih kasih dalam setiap layanan terhadap anak-anak dulu. Cuma Fahri yang jenis tak melekat tinggal di rumah kerana dari zaman sekolah lagi Fahri sudah berdikari tinggal di asrama sampailah bila dia sudah mendapat pekerjaan tetap dan pulang semula di Perak. Fahri tetap pilih tinggal berasingan.

“Tu dulu masa angah bujang lagi. Sekarang ni angah dah kahwin. Buat apa nak bazir duit kalau boleh je sewa rumah ni kat orang lain dan tinggal dengan ummi je. Dapat juga duit tu buat guna bayar rumah sewa Yara kat KL tu. Tak payah nak bazir duit walau ummi tahu angah tu mampu,” rungut Puan Fatimah.

“Rumah kat KL tu dah memang tanggungjawab angah sediakan untuk Yara sebagai suami. Rumah ni pula dah memang angah beli dulu.”
Puan Fatimah diam. Tengah cuba memikir cara untuk memujuk Fahri. Ada betul juga cadangan Fakhri itu baginya.

“Ke ummi tak suka angah dengan Yara PJJ macam mama Yara. Mama selalu bising suruh Yara tinggal dengan angah. Ummi pun nak macam tu ke?” tanya Fahri.
“Mama Yara tak suka korang PJJ?” ujar Puan Fatimah dengan muka terkejut. Fahri angguk. Terus Puan Fatimah rasa gelisah.

“Mama suruh Yara resign. Yara pun dah pening kepala macam mana nak bagi mama dia tak asyik bising pasal hal ni. Mana tahu ummi pun ada terfikir macam tu juga,” ujar Fahri berlapik.

“Eh! Ummi tak macam tu. Ummi tak kisah pun Yara nak terus kerja ke apa. Ummi cuma ajak angah tinggal sekali je. Bukan ummi nak paksa angah suruh Yara resign,” balas Puan Fatimah tegas.

“Nasib baik la ummi okey. Lega kalau Yara tahu. Dia lagi risau kalau ummi yang tak suka dia tinggal kat KL dan terus kerja. Yalah…Yara takut la ummi fikir dia sibuk pentingkan kerja dari suami, anak ummi ni.”

“Eh…tak… tak… ummi okey je…Angah cakap je dengan Yara, ummi tak fikir dia bukan-bukan pun,” ujar Puan Fatimah beria. “Apa salahnya Yara terus kerja. Lagipun angah sendiri juga yang izinkan,” tambah Puan Fatimah lagi.

Fahri senyum fikir Yara pasti terlebih memuji Puan Fatimah nanti kerana mak mertuanya sangat memahami dan menghormati pilihannya.

“Apa kata ummi ikut angah pergi KL. Ummi pun dah lama tak jumpa besan ummi. Boleh la ummi pujuk-pujuk sikit mama Yara tu nanti.” Tiba-tiba Puan Fatimah dapat idea. Hilang sudah idea untuk memujuk Fahri tinggal bersama dengannya tapi muncul idea mahu memujuk Puan Yasmin untuk tidak memaksa Yara lagi.

Puan Fatimah pun tak perlu berjauhan dengan Fahri beberapa hari nanti.

Fahri sudah telan air liurnya. Alamak! Puan Fatimah nak ikut! Takkan tak nak bagi mak sendiri ikut sebab nak ada ruang masa sendiri untuk melepaskan rindu pada isteri? Pening Fahri nak fikir alasan. Kalau benarkan Puan Fatimah ikut, apa kata Yara pula? Fahri…Sila buat pilihan yang tepat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience