BAB 18: Berjalan Dalam Tidur

Thriller Series 558

BAB 18: Berjalan Dalam Tidur

VIDEO di mulai dengan memaparkan gambar sebuah rumah di taman perumahan dekat kawasan berlatarbelakangkan bukit-bukau. Juga terdapat tangki air syarikat WaterGaze bernombor 18 di bukit tersebut. Tiada apa yang anehnya dengan itu.

Kemudian muncul seorang wanita berselendang di tepian jalan sambil mendukung anak kecil. Wanita itu mulai menoleh ke arah kamera yang sedang merakam video berkenaan sambil menunjuk-nunjukkan jarinya ke arah tangki air di atas bukit belakang rumah berkenaan.

Harun berkerut dahi dan memicit-micit dagunya cuba memahami apa yang hendak di sampaikan oleh wanita berkenaan. Wajahnya tampak sedih. Seakan dia meminta sebuah pertolongan dari sesiapa yang melihat video berkenaan.

Wanita itu menyapu air mata dan menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian sebuah kereta mewah Volvo baru tiba di hadapan pagar rumah taman berkenaan.

Wanita yang mengendong bayi tadi cepat-cepat pergi membukakan pintu pagar. Harun mulai faham akan sesuatu.

"Perempuan ni orang gaji agaknya kat rumah tu"

Sangkaan Harun memang benar.

Seorang lelaki dan wanita turun dari kereta Volvo terbabit. Gaya mereka nampak seperti Dato' dan Datin. Wanita si orang gaji tertunduk-tunduk hormat kepada dua orang itu.

Sesuatu tidak di jangka berlaku. Wanita orang gaji di lihat sedang di tengking dan tampar oleh cik Puannya yang bergaya seperti seorang datin itu.

Dia terguling-guling jatuh.

Cik Puannya pun merampas anak kecil yang berada dalam pangkuannya. Wanita orang gaji merayu sambil menangis-nangis.

Sesuatu yang amat sadis dan tidak berperikemanusiaan telah berlaku. Anak kecil itu di hempas je jalanraya sehingga mengerekot kesakitan.

"Zalim punya perempuan!"Harun menggeleng kesal.

Wanita orang gaji di pijak dan tendang oleh wanita datin itu hingga berguling-guling. Suaminya cepat-cepat membungkus anak kecil yang mungkin sudah melayang nyawa itu lalu di masuk ke bonet kereta Volvonya.

Pasangan itu pun beredar.

Wanita orang gaji merangkak-rangkak dalam kesakitan menuju ke arah kamera yang merakam video berkenaan.

Dalam keadaan wajah berlumuran darah   dia bercakap sesuatu di hadapan kamera. Tiba-tiba muncul pusaran pada visual skrin.

"Eh rosak ke ni?"

Harun godek-godek apa yang patut.

Makin di tatap ke pusaran itu makin Harun terasa seperti mengantuk. Tayangan itu berakhir. Skrinnya menjadi biru.

Harun duduk menyandar seketika di kusyen sebelum gagal menahan rasa mengantuk lalu terlelap dan bermimpikan sesuatu.

Dalam mimpi Harun telah muncul imbasan-imbasan seperti memori yang tidak di ketahuinya. Mula-mula muncul imbasan bangunan premis syarikat tabloid BONGKAR lalu di susuli imbasan yang membawanya ke suatu lokasi tertentu.

                         *****

"Encik oi bangun Encik!"suatu suara telah mengejutkan Harun.

Harun terjaga dari mimpinya dan terkejut bila mendapati dirinya sedang berdiri di tepian jalan.

"Eh apa dah jadi dengan saya?"soal Harun.

"Saya nampak awak berjalan tapi awak tidur. Bahaya Encik oi! sikit lagi hang nak jatuh dalam parit longkang nun"

"Terima kasih sebab dah kejutkan saya"

"Sama-sama..hati-hati Encik oi!"lelaki tadi pun minta diri.

Harun masih kebingungan. Bagaimana dia boleh berjalan sendiri di dalam tidur sampai ke tepian jalan berhampiran pula dengan sebuah longkang parit besar.

Walhal Harun masih ingat lagi yang dia berasa mengantuk lepas tonton video VHS itu sebelum membuat keputusan untuk lelap seketika. Sekarang tahu-tahu dia dah berada di tempat ini.

Kali ini baru Harun dapat merasakan ada misteri yang harus di bongkarkannya ke atas video tadi.

Harun tumpang sebuah motor yang lalu di tepi jalan dan di hantar pulang semula ke rumah pakciknya Mahat. Ketika tiba di pagar,di lihatnya sebuah kereta peronda polis sudah tiba bersama pak Mahat.

"Awak ni wartawan Harun tu kan?"kata pegawai polis bertugas.

"Ya saya..kenapa dengan pakcik saya ni?"

"Kami jumpa dia merayau dan berjalan dalam tidur kat tapak pembinaan"

Mujurlah Pak Mahat berjaya di temui. Orang-orang lain yang di dakwa hilang selepas menonton VHS itu sebelum-sebelum ini tidak pula di ketahui apakah nasib yang menimpa mereka.

''Menyesal aku tonton video tu Run"kata Pak Mahat sambil tersandar lesu di kusyen ruang tamu.

"Sudahlah Pak Mahat..yang penting Pak Mahat selamat. Nanti saya akan siasat lebih lanjut misteri yang terkandung dalam VHS tu"

"Aku dah hampir nak temui tangki air Watergaze nombor 18 tu Run. Kalau pihak polis tak kacau aku berjalan dalam tidur tadi,mungkin aku dah sampai situ. Aku rasa pasangan kaya tu sorok dan buang mayat anak kecil orang gaji tu kat dalam tangki tu lah agaknya"kata Mahat.

Harun juga sependapat dengan pakciknya.

"Rakaman tu dah lama benar Pak Mahat. Tahun 1987 kot. Saya baru berusia lapan tahun pada waktu tu"kata Harun.

"Ah aku ingat lagi..syarikat pembekal air Watergaze memang popular pada tahun lapan puluhan dulu. Lepas tu mereka bankrup sebab banyak pengguna mendakwa air mereka busuk dan kotor"

"Pak Mahat ingat lagi ke kat mana mereka pacak tangki nombor 18 tu?"

"Tak ingat aku Run. Benda pun dah lama kan"Pak Mahat geleng kepala.

Harun angguk-angguk.

"Tak apalah..nanti saya siasat perkara ni"


_________________

PAGI keesokkan harinya. Seperti biasalah suasana di pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR memang sentiasa sibuk. Para wartawan dan staf bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan akhbar tabloid mingguan misteri itu sentiasa mampu menyajikan artikel-artikel pembongkaran misteri yang menarik dan bermutu buat pembaca mereka dalam setiap isu keluarannya.

"Uhuhu iya dah kenapa teruk benor gaya penulisan ko ni haa Yati? Uhuhu banyak kesalahan pruf berlaku dalam artikel tulisan ko lah..sekian"wartawan Yeob Maon hari ni terpaksa menggalas tugas Encik Rauf Johari selaku juru editor salinan.

Masak jugak seorang wartawan wanita baru di bebel bagai dek wartawan gemuk pendek dan gedabak boroi lagi sendat kemejanya tu.

"Maaf Yati bang Yeob..rushing sangat nak kena buat beberapa kerja"balas wartawan wanita itu dah garu-garu kepala.

"Uhuhu mintak ko luangkan masa sikit untuk buat pembetulan..uhuhu sebelum pukul satu kena submit ya. Iya dateline nak kena kejor bagai..sekian"

"Okey bang Yeob"

Wartawan wanita muda itu pun berlalu pergi.

Harun tersengih je.

"Huu?uhuhu iye bang Harun..ko tersengih semacam je cenggitu..huhuhu menurut kak Yana ko bakal hilang dan ghaib hari ni lepas tonton video tape lama..uhuhu iya apa cita tu haa? Tak paham..tak paham..sekian"

Besar Harun ketawa.

"Hahahaha..tak adalah sampai hilang Yeob. Kalau wartawan baru macam Yati tadi mungkinlah hilang kot..kalau tak hilang pun esok lusa berhenti kerja. Abang dah lama dengan hal-hal misteri ni..tak rasa sangat pun cabarannya. Hm sebenarnya ini kes misteri budak kena bunuh dan sorok mayat dalam tangki air"

"Huu?uhuhu naya..naya..uhuhu mintak bior le bukan rumah aku yang dapat bekalan air dari tangki tu bang..sekian'

"Hahahaha"

SELEPAS membuat sedikit pencarian maklumat ke atas syarikat bekalan air Watergaze yang amat popular sekitar tahun 80an lalu melalui enjin carian internet,Harun akhirnya berjaya menjejaki lokasi tangki air Watergaze nombor 18.


____________________

MEMBIRU langit di kawasan bukit berhutan tersebut. Harun sedang berdiri sambil mendongak ke pelantar tangki air terbiar Watergaze nombor 18. Pada waktu kini tangki tersebut sudah kelihatan usang.

"Elok benarlah ada tangga kat pelantar ni Run. Moh le kita panjat dan tengok apa ada kat dalam tangki tu"ajak Pak Mahat.

Orang tua itu yang sibuk sangat nak ikut Harun dalam menjejak tangki air tersebut. Lagipun dia juga salah seorang yang sudah menonton kandungan dari pita VHS tersebut.

Tangga pelantar tangki air terbiar dan telah usang itu pun di panjat. Penutup tangkinya di buka. Harun dan pakciknya meneliti ke dalam tangki.

Kosong dan bersih. Tiada pula mereka temui tulang atau tengkorak kanak-kanak di situ.

"Haih..mungkin pihak polis pernah bongkar kes pembunuhan ni dulu Run. Boleh jadi mereka dah temui mayat budak kecik malang tu"kata Pak Mahat.

"Kalau kes ni pernah di bongkar dulu,mesti ada berita berkaitannya terpalit dengan tangki Watergaze nombor 18 ni pakcik. Malangnya tak ada berita tentang hal tu. Syarikat air tu pun bankrup di sebabkan oleh persaingan dengan syarikat lain yang jauh lebih baik"

Dengan perasaan hampa dan kecewa Harun dan Pak Mahat terpaksa turun semula. Mereka duduk sebentar di atas sebatang pokok yang tumbang sambil berbual dan hisap rokok.

"Aku tak tahulah imbasan apa yang kau nampak waktu di pukau dan berjalan dalam tidur semalam Run..tapi aku ada ternampak imbasan orang menggali dengan cangkul"kata Pak Mahat.

"Ah nasib baik Pak Mahat ingatkan tentang tu..aduh iya tak iya jugak..saya pun dapat imbasan orang mencangkul dengan tanah tu"

"Apa maknanya tu? Adakah dia sebenarnya tanam mayat budak tu?"Pak Mahat cuba meneka.

Harun serta-merta menoleh ke tanah di bawah pelantar tangki air tersebut.

"Kalau memang betul kes tu masih belum pernah di bongkar oleh pihak polis,saya rasa kita boleh cuba menggali tanah bawah pelantar ni pulak Pak Mahat"

"Mungkin betul jugak telahan kau tu"

Harun dan Pak Mahat berjaya meminjam sebatang cangkul dari penduduk sekitar dan memulakan penggalian sebelum terkejut besar bila menemui rangka-rangka dan tengkorak kanak-kanak tertanam di situ.

Tak bertangguh Harun pun menghubungi pihak polis kerana kes misteri ini melibatkan perbuatan jenayah bunuh yang di lakukan lama berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience