Bab 9

Romance Series 39793

"Seriouslah dia anak tan sri?" kata tania dalam keadaan keliru. Tania pun bertanyalah kepada PA nya itu

"You, betul ke dia anak tan sri?" tanya tania sambil menyiku siku PA nya itu

"Saya pun tak pasti la cik tania, tapi kalau dah tan sri yang naikkan dia ke CEO tu. Tandanya betul la kann?"

"Betul jugak, but why dia duduk dekat bilik sebelah i tu?"

"Ohh, saya rasa itu bilik sementara dia"

"Ohh patutlah" tania pun mengangguk anggukkan kepalanya lalu dapat perbuatan itu dapat ditangkap oleh talhah

"Yes ms tania, what your questions?" saje talhah mahu mengujinya kerana melihat tania menganggukkan kepalanya

"Haaaa?" terkejut tania dibuatnya

"Anything you want to ask?"

"No, nothing encik talhah"

"Okay, so lepasni everything about company. You all boleh tanya i, and i akan stay dekat bilik i yang sekarang tu. Tan sri anaqi akan stay dekat bilik dia. Cuma ada dua bilik CEO je la ya"

Semua staf hanya mengangguk kepala tanda faham. Setelah mesyuarat tamat mereka semua keluar lalu menuju ke meja masing-masing. Tania hairan kenapa talhah tidak mahu menukar ke bilik CEO yang sebenar

Harini seperti biasa, penghantar bunga itu masih menghantar bunga kepada tania. Pak mail memberikan kepadanya

"Cik tania ada orang bagi bunga lagi" kata pak mail sambil menuju ke arah tania

"Lagi pak mail?"

"Iye cik tania"

"Pak mail rasa sape yang bagi dekat saya?"

"Tak tahu la, tapi pak mail rasa la encik talhah suka dekat cik tania la?"

"Ehh kenapa pulak pak mail cakap macam tu?"

"Pak mail rasalah, sebab encik talhah tu selalu pandang cik tania je"

"Iye la tu pak mail ni, encik talhah tu tak kan la nak suka dekat saya. Saya bukannya cantik pun pak mail"

Tiba-tiba ada suara datang daripada belakang, terkejut tania dibuatnya dengan bisikan halus itu

"Siapa cakap awak tak cantik?" terus terpusing tania dibuatnya, nasib baik tak terjatuh. Kasut tumit tingginya sudah terpusing

"Eh Ya Allah, terkejut saya encik.... encik"

"Encik talhah"

"Haaaa ya, cik talhah. Eh eh encik talhah, sorry sorry"

"Takpe, btw sape yang bagi bunga tu?" tanya talhah ketika terpandang bunga itu. Bunga itu unik dan jarang dilihatnya

"Entah, tak tahu. Dia tak bagitahu pun siapa dia" jawab tania jujur

"Ouhh, really? ke boyfriend bagi tapi tak nak bagitahu saya?" teka talhah dalam diam simpan senyum

"Eh tak ada lah, saya single. Mana ada boyfriend. Maybe secret admire kott. Sebab ye la saya kan cantik, mesti ada orang yang nak berkenalan"

"Sapa kata awak cantik?"

"Eh tak apalah. Saya naik office dulu. Bye pak mail" kata tania lalu terus beredar. Talhah yang berada di belakangnya terus ditinggalkan

"Aikkk, dengan pak mail dia bye. Dengan saya dia tak bye pulak?"

"Hahahahahahahaha bye encik talhah" perli pak mail. Talhah hanya menjeling

Talhah pun terus naik ke biliknya, dilihat tania melakukan kerjanya sahaja. Baru sahaja talhah ingin masuk ke biliknya, tiba-tiba di tegur daripada belakang

"Talhah, jumpa daddy kejap"

"Okay daddy" sambil matanya memandang tania

Mereka pun berjalan lalu menuju ke bilik tan sri anaqi. Talhah pun duduk berdepan dengan daddynya

"Ada apa daddy?"

"Daddy pergi outstation dekat jepun 2 minggu, start minggu depan"

"Ouhh, mummy ikut?"

"Of course la ikut, munmy kan. Tambah-tambah pulak dekat jepun lagilah dia suka"

"Ouh, ye lupa. So rumah tu tinggal talhah dengan along je la?"

"Yup, jangan nak buat hal pulak. Dua-dua lelaki. Daddy tak nak ada isu timbul eh. Kalau daddy tahu salah sorang ada buat hal, daddy kejar guna parang"

"Okay daddy, okay okay. Awal-awal lagi daddy dah ugut eh? kitaorang dah besar la daddy, dua-dua anak teruna daddy umur dah lebih 25 tahun. Daddy janganlah risau"

"Memanglah, umur dah lebih 25 tahun. Tapi perangai kadang-kadang kalah budak umur 5 tahun tu"

"Hahahahahahahahahahahaha daddy ni"

"Okaylah tu je, daddy nak cakap. Btw daddy nak tanya sikit ni. Kamu dengan tunang kamu tu macam mana?"

"Tak tahu la daddy, malas nak fikir"

"Itulah kamu, dah setahun bertunang. Tak nak langsungkan majlis tu? tak elok bertunang lama-lama"

"Talhah tak ada niat pun nak kawin dengan dia daddy, semua persediaan tu family sana yang buat. Sebab dorang yang beria-ria nak. Kita tak buat apa-apa pun kan? Mummy pun relax je"

"Itulah, daddy pun perasan juga. Mummy tak berkenan tapi iye la dah family dorang tu yang masuk meminang kamu"

"Itu lah tu, dah jadi terbalik"

"Habistu nak buat macam mana daddy?"

"Daddy pun tak tahu nak kata apa kalau sebelah pihak je yang bertepuk sebelah tangan. Sebelah lagi diam je"

"Hemmmmmmm" masing-masing diamkan diri

"Daddy why not kalau kita jujur je cakap dengan dorang untuk putuskan pertunangan dan batalkan majlis ni"

"Kamu nak cakap macam mana? salah cakap hiris hati"

"Tapi daddy, talhah tak nak kawin dengan dia. Daddy pun tahu kan dia jenis yang macam mana? kalau dah mummy pun tak suka macam mana pernikahan ni nak bahagia kalau tidak direstui oleh orang tua"

"Betul apa yang talhah cakap tu, tapi talhah nak bagitahu macam mana?"

"Itu la tengah fikir ni" kata talhah sambil dahinya berkerut

"Ke talhah dah ada orang lain?" teka tan sri anaqi setelah dilihat anaknya sunyi sepi

Talhah masih diam sambil simpan senyum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience