Tuan Hayes mengerling ke wanita yang sedang di a mengacau minuman dalam cangkir sewaktu pelayan restoran meletakkan hidangan minum petang mereka di atas meja. Lama mata itu menilik wajah menantu perempuannya. Melihat kan riak keruh dan serius itu jelas kelihatan sepertinya urusan yang dirancang tidak berjalan lancar.
TUAN Hayes menarik sengih meleret sebelum berdengus kecil. "Sepertinya kamu dan Zane masih dalam keadaan yang sama...." duga Tuan Hayes sambil melirik reaksi Astrid.
Mata bercelak hitam Astrid naik menjeling wajah Tuan Hayes dengan tajam. Untuk seketika dia tidak mengatakan apa-apa selain mendiamkan diri. Hendak mengagak entah apalagi yang orang tua itu hendak katakan.
"Kan ayah dah kata. Kamu patutnya ikut rancangan ayah lama dahulu. Iaitu dadah kan Zane dan paksa dia tiduri kamu. Dengan tu kamu dapat hamil anak dia... Kamu tu aje yang baik sangat. Nak Zane dengan rela sukakan kamu dan terima kamu? Pftt... Jangan nak bergurau. Budak keras kepala tu takkan rela punya kalau tak dipaksa... "Tambah Tuan Hayes lagi.
Berketik rahang Astrid. Masa ini dia tidak sabar lagi.
"Ayah kata dia akan ikut kata saya kalau kami dah berkahwin... Tapi kenapa sebaliknya?Ayah tau tak saya kena tahan malu setiap kali dengar pasal perangai kaki perempuan dia tu?"perlahan sahaja Astrid bertanya padahal dia sedang berang.
Tuan Hayes ketawa. Sebab khabar angin mengenai Zane seorang kaki perempuan tu dia sendiri yang cipta sebab nak burukkan nama baik anaknya. Tapi tak sangka pulak dia yang Zane sanggup lakukannya betul-betul. "Kalau kamu tahu nak jadi isteri yang betul mungkin dia takkan berfoya dengan perempuan lain..."
Berdengus kasar Astrid dibuatnya. Dia yang perhatikan bapa mentuanya itu kecil besar aje. Senang aje kan kalau bercakap. Ingat nak dekati Zane tu senang ke. Jadi isteri yang betul konon. Dia nak pegang title sebagai isteri Zane pun payah! Inikan lagi nak jadi isteri yang baik.
"Zane dah ada Mistress baru pun. Tak ada gunanya kalau saya cuba ambil hati dia..." cemik Astrid tidak puas hati.
Tuan Hayes mencapai cangkir berisi teh dari piring lalu menghirup minuman ya dengan berhati-hati.
"Kalau dia begitu taksub dengan Mistress dia. Kenapa kamu tak gunakan Mistress Zane untuk tundukkan dia. Rasanya ianya lebih mudah untuk kamu gunakan kelebihan Zane sebagai kelemahan dia."Tuan Hayes beritahu dengan niat menghasut. Sebolehnya nak guna sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan Zane. Dia sebenarnya mahu melihat reputasi Zane terjejas. Dengan ini dapatlah dia gunakan ia sebagai alasan supaya ayahnya nanti menggantikan nama pewaris utama dari Zane kepada namanya nanti.
Mata Astrid berkedip satu kali.
"Kalau kamu tak boleh nak gunakan mistress dia berpihak pada kamu, gunakan Mistress Zane tu untuk sakiti Zane...."
"Macam mana? Kalau saya tak dapat dekati Zane inikan lagi orang sekeliling dia...."
Dengan renungan gelap penuh maksud, Tuan Hayes menarik sengih meleret jahat semasa menatap raut wajah terdesak Astrid.
"Guna orang dalam. Zaman sekarang sebut aje tentang wang, apa saja orang akan sanggup lakukan termasuk bunuh seseorang."ajunya dengan senyuman mesra di bibir.
ASTRID MEMBELEK helaian dokumen dalam fail seketika sebelum memegang tetikus dan memandang skrin komputer. Mata di balik kaca mata itu bergerak atas bawah membaca tulisan yang tertera pada skrin tersebut.
Setelah itu dia gerak mencapai mug berisi kopi Lalu menyisip sedikit air darinya. Di saat dia mahu meletakkan Mug tersebut, pintu pejabat terbuka ke dalam. Setiausahanya, Rissa berjalan masuk ke situ.
Sambil memerhatikan langkah Rissa, Astrid menjungkit kening ingin tahu. Sebab dia tak panggil PA dia untuk masuk menemui dia. "Ada apa?" tegurnya serta merta sebelum Rissa sempat bersuara.
"Puan, ada seorang lelaki datang nak berjumpa dengan puan."maklum Rissa.
Makluman itu tidak buatkan Astrid terkejut. Dia malah mengangguk kepala.
"Suruh dia masuk kalau macam tu... "arahnya selepas itu.
"Baik, puan."
Rissa pun berjalan mendekati pintu lalu menjengah leher keluar koridor. Dan seorang lelaki bersut hitam berjalan masuk ke dalam tidak lama kemudian.
Dengan renungan dingin, lelaki itu memandang Astrid sebelum memberi anggukan sapa padanya.
"Leave us Rissa. "Astrid mengangkat tangan halau pada Rissa selepas itu.
Tanpa berlengah Rissa mengundur keluar dari pintu sebelum menutupnya. Sempat gadis itu mencuri lihat siapakah lelaki asing yang datang menemui puannya. Dia kenal tapi tidak ingat dimana dia melihatnya.
Sepi suasana ruangan Astrid setelah Rissa beredar. Kedua-dua mereka di situ hanya saling membalas tatapan ke antara satu sama lain.
"Took you long enough to see me."Astrid bersandar malas pada kerusi dengan kaki bersilang.
"Maafkan saya puan. Disebabkan Tuan Zane tidak membenarkan mana-mana pengawal yang bertugas keluar sebelum jam waktu kerja tamat, saya tak dapat nak temui puan dalam masa yang terdekat."
Astrid memincing mata curiga. "Maklumat apa yang kamu dapat?"
"Sepertinya tuan dah tahu Cik Sarah menemui mistress dia. Dan Tuan Zane naik angin gara-garanya."
Hujung jari telunjuk Astrid mengetuk perlahan lengan kerusi. Kening berkerut dan dia meneliti dalam wajah lelaki di hadapan meja lama-lama. Dia nak pastikan pengintip yang dia upah ini lakukan kerja dengan betul atau tidak.
" Apa perempuan nama Dihya tu buat?"
"Dia berjaya kawal tuan dari mencederakan cik Sarah. Masa tuan nak mengamuk, Cik Sarah teruk kena pukul."
Kelakar! Perangai Zane tu tak berubah langsung. Tidak lelaki tidak perempuan. Selagi boleh dipukul semuanya nak di belasah! Astrid berdengus tak percaya.
"Ubah pelan. Saya taknak kamu sampaikan saya apa yang berlaku dan apa yang perempuan tu buat lepas ni."Astrid menarik laci meja paling bawah lalu mengeluarkan satu sampul putih plastik lalu dicampak atau meja." Sebab saya nak kamu tamatkan terus riwayat dia."
Beberapa hari sebelum Sarah menemui dia, Astrid dari awal lagi sudah mengetahui identiti Mistress baru Zane. Setelah bersusah payah mengorek maklumat dari anak buah Kyren barulah Astrid dapat tahu bahawa Dihya adalah perempuan yang Zane selamatkan dari menjadi mangsa pelacuran tidak lama hari tu. Jadi dia telah mengupah orang untuk menjadi mata-mata dia sebaik dia dapat tahu Zane membiarkan pengawal secara bergilir berkawal depan rumah Zane. Dari situ Astrid dapat maklumat dan setiap aktiviti yang terjadi di situ.
Termasuklah ketaksuban Zane terhadap Mistress baru suaminya itu.Isteri mana yang tak sakit hati bila dapat tahu suami sendiri obses dengan perempuan lain bukan isteri sendiri. Memandangkan dia tak boleh nak sentuh Dihya, biar dia hapuskan terus perempuan tu dari jauh!
Kalau suami dia terlalu sukakan dengan Dihya, biar dia ajar sikit Zane apa itu rasa sakit bila seseorang yang mereka sukai tu di rampas!
Selepas beberapa minggu merancang, akhirnya tiba masa untuk jalankan pelan dia!
"Kamu kata Zane dah upah tukang masak untuk sediakan makanan perempuan tu kan? Ambik ni. Ini adalah ubat tidur yang dah dicampur dengan dadah. Kalau kau tuang dalam makanan dia..perempuan tu boleh disahkan mati sebab overdose. Jadi tak ada siapa akan curiga dengan kematian dia nanti."ujar Astrid menjuih dagu pada paket plastik tadi.
"Semua sekali? "
"Yalah semua, kalau letak sikit apa rasa. Kau sendiri cakap perempuan murahan tu ada masalah deria rasa? Nah... Kalau kau letak semua tu mana la dia tahu nak rasa apa-apa yang pelik kan..."
Untuk seketika lelaki dihadapan meja itu kelihatan teragak-agak.
"Kenapa? Tak boleh nak buat ke? "cemik Astrid tiba-tiba kejengkelan." Ingat sikit, kalau kau nak selamatkan mak kau yang sakit dekat hospital tu, baik kau buat apa aku suruh. Lepas perempuan tu mati, aku akan berikan bayaran penuh untuk upah kau. Jadi buat kerja tu betul-betul."
Lelaki itu tidak menjawab.
"Kau dengar tak ni Ryan?" bentak Astrid sedikit meninggi suaranya.
Tersentak kepala berambut hitam itu tatkala namanya disebut. Dengan renungan dingin, Ryan tenung tatapan serius Astrid tanpa berkedip. Liur gugup ditelan dengan susah payah. Dia kelu di situ. Sebab bukan ini yang dia sangkakan.
Awal semasa menerima permintaan Astrid ni pun hanya sebagai pengintip saja. Bukan pembunuh!
Ryan mengangguk tidak lama kemudian. "Saya faham puan."
"Tunggu apa lagi. Dah pergi sana.."
Ryan dekati meja Astrid lantas mengambil paket plastik di situ lalu berjalan keluar dari ruangan tersebut. Meninggalkan Astrid yang tersenyum puas kerana sibuk membayangkan apa reaksi Zane nanti!
Share this novel