BAB 43:Bayi di Curi.
ISU keluaran terbaru BONGKAR yang keluar pada hujung minggu itu telah menampilkan artikel jurnal siasatan wartawan Asywina Joseph dan Yeob Maon sebagai headline.
Seperti biasa rating pembaca dan jualan terus meningkat. Strategi syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR untuk mengetengahkan siasatan ke atas setiap subjek inkubasi memang menjadi! Walhasilnya pembaca terus di hambat rasa ingin tahu dari masa ke masa.
_______________
PAGI ahad menjelma. Yana masih enak dan nyenyak tidur di katil dalam sebuah bilik hotel. Sehinggalah suatu panggilan menujah masuk ke i-phone miliknya.
Yana meraba ke dalam beg tangan di atas meja tepi katil. Panggilan pun di jawab. Anak lelaki bongsunya yang telefon.
"Mmm...Muiz..mama tidur kat opis malam tadi. Ada kerja sikit nak buat..yelah..yelah..mama balik ke rumah sekarang"kata Yana dengan suara mamai-mamai.
Panggilan berakhir.
Yana tersenyum melihat sejambak bunga ros yang di tinggalkan untuknya di tepi bantal.
Setelah menelan sebiji dua pil pencegah kehamilan dengan segelas air,dia pun ke bilik air,mandi dan bersiap untuk pulang.
Ketika tiba di rumah dan bersarapan dengan anak-anaknya,satu panggilan menerjah masuk ke selfon Yana lagi.
Panggilan pun di jawab. Seorang wanita yang di kenali sebagai Puan Salwa bercakap di hujung talian. Beliau adalah isteri kepada Ramzi Hussein iaitu salah seorang subjek yang di temui telah di inkubasi.
"Saya fikir cik Yana Maya pasti berminat dengan kisah kehilangan misteri suami saya. Pendedahan yang di buat oleh akhbar BONGKAR sedikit sebanyak ada persamaan dengan apa yang saya dan suami lalui beberapa tahun lalu''ujar Puan Salwa.
"Sebenarnya i memang nak interview puan Salwa pun. Tak sangka puan dah call saya terlebih dahulu"ujar Yana.
"Apa?! jadi cik Yana juga dah tahu tentang kisah saya?"
"Belum tahu cerita sebenarnya. Tapi suami Puan Salwa yang hilang tu adalah salah seorang subjek yang wartawan Harun Nasharuddin temui telah di inkubasi dalam pesawat piring terbang''
Puan Salwa tergamam dan kelu. Memang ada di dedahkan tentang para subjek inkubasi di dalam isu keluaran BONGKAR,namun hal itu tidaklah di dedahkan secara jelas. Dan wajah para subjek itu pun terpaksa di kaburkan oleh akhbar BONGKAR. Dan baru satu atau dua subjek di dedahkan oleh tabloid misteri itu setakat ini.
Akan tetapi bila wartawan Yana mengesahkan bahawa Ramzi Hussein adalah salah seorang dari subjek,itu agak mengejutkan Puan Salwa. Dia tidak pernah menyangkakan akan hal ini.
"Cik Yana free ke hari ni? boleh kita bertemu di sesuatu tempat?"
_____________
CUACA agak baik. Langit cerah membiru memayungi kawasan taman tasik yang indah dekat tengah ibu kota. Anak-anak Yana iaitu Hana,Amirul dan Muiz sedang leka melihat ikan-ikan di tasik sementara Yana pula duduk bersama Puan Salwa di sebuah bangku bawah pohon yang redup.
Air mata Puan Salwa mengalir ketika melihat sendiri foto suaminya dalam keadaan sedang di inkubasi. Yana masih belum tahu lagi apa kisah tentang kehilangan suami wanita berkenaan.
Akan tetapi Yana sudah bersedia dengan alat perakam. Dan tak sabar mendengar butiran apa yang hendak di sampaikan oleh Puan Salwa.
"Kejadian ni berlaku sewaktu saya sedang mengandungkan anak nombor tiga kami kira-kira lapan tahun lalu.."Puan Salwa memulakan kisahnya.
Pandangannya di lempar jauh ke arah tasik.
       (Imbas Kembali 8 Tahun Lalu)
Pada malam itu Salwa memandu pulang agak lewat kerana ada sambutan ulangtahun di tempat kerjanya. Ketika dalam perjalanan pulang,Salwa berasa agak mengantuk.
Kereta yang di pandu lalu di sebatang jalan yang sunyi. Salwa gagal menahan rasa kantuk. Dia terlelap sebelum terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat.
Rupanya bahagian hadapan keretanya sudah terlanggar sebatang tiang lampu di bahu jalan.
"Mujurlah saya tak apa-apa..cuma kepala saya jadi berdenyut. Saya amat risaukan tentang kandungan dalam perut saya. Ketika membuka pintu,saya lihat ada seseorang telah muncul. Hairannya dia hanya berdiri tercegat. Saya tak nampak wajahnya dengan jelas. Tapi saya perasan dia memakai jaket kulit hitam metalik paras lutut,bertopi dan bersarung tangan"ujar Puan Salwa.
"En..Encik..tolong saya...saya eksiden ni"rayu Salwa. Matanya berpinar.
Kemudian dia mendengar suara berbicara di dalam mindanya.
"Aku datang untuk ambil anak di dalam perut kamu"
"Tapi saya tak kenal kamu ni siapa?! kenapa nak ambil anak saya pula?!soal Salwa.
"Barangkali kamu sudah lupa tentang apa yang kita pernah lakukan sewaktu kamu dan Ramzi bertengkar dan pernah berpisah sebentar beberapa bulan lalu?"
GULP!
Salwa teguk air liur. Dia tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Razman? awak ke tu? tolonglah saya merayu jangan hebohkan hal kita pada suami saya. Ia suatu kesilapan"kata Salwa.
"Aku bukan Razman. Tapi aku berkemampuan merubah wajah dan diri dalam apa jua bentuk. Aku cuma menyamarkan diri dalam rupa Razman untuk memperdayakan kamu"
Lelaki itu menunjukkan kebolehannya menukar wajah yang pelbagai sebelum menukar ke wajah raksasa yang menakutkan.
"Aaaaaaaaaaa!!"
Salwa pengsan.
SEJURUS terjaga,Salwa mendapati dirinya sudah pun terbaring di katil hospital. Suaminya ada datang tadi sewaktu dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut Puan Salwa,pada ketika itu bayi dalam kandungannya hilang ghaib begitu sahaja. Dia yang hairan dan cemas lantas memberitahu kepada suaminya. Encik Ramzi sudah mengetahuinya lebih awal ketika berkejar ke hospital.
Salwa jadi panik.
Pada mulanya pasangan itu menyangkakan yang Salwa mengalami keguguran.
Hal itu sungguh misteri dan sukar untuk di terima akal. Doktor yang bertanggungjawab memeriksa kandungan Puan Salwa juga mengesahkan beliau tidak mengalami keguguran,tapi bayinya hilang ghaib tanpa dapat di kesan.
Salwa pun meraung kesal lah dengan apa yang terjadi. Dia pun menceritakan kepada suaminya tentang kejadian misteri di datangi orang misteri sejurus kemalangan itu baru terjadi.
Dia juga menangis kesal dan berterus-terang kepada Ramzi akan status sebenar anak yang di kandungnya itu. Hairannya Ramzi bersikap tenang sahaja walaupun tahu isterinya pernah bersekedudukkan dengan orang misteri yang di sangka rakan sepejabat sehingga berbadan dua.
"Saya sungguh tak menyangka yang suami saya masih dapat memaafkan saya di atas keterlanjuran itu. Rumahtangga kami pun kembali aman seperti biasa. Tak lama kemudian Ramzi mendapat mimpi yang aneh. Dia memberitahu telah melihat orang misteri itu tinggal di Zon Projek Highlanders"cerita Salwa.
Yana membiarkan sahaja wanita itu menyudahkan ceritanya.
"Suami memberitahu yang dia mahu pergi mencari dan membalas dendam pada orang misteri tu. Dia bertekad pergi ke Zon Projek Highlanders. Dan itulah kali terakhir saya melihatnya"cerita Puan Salwa.
Yana kembali membuka fail mengandungi data maklumat peribadi subjek inkubasi milik Ramzi Hussein.
"Maaf Puan Salwa..saya rasa ada sesuatu yang Puan tidak pernah ketahui selama ini"
"Haa? apa maksud cik Yana?"
"Ini adalah dokumen yang Harun dapati turut berada pada mesin inkubasi yang menempatkan jasad Ramzi Hussein. Saya fikir ini adalah surat perjanjian rahsia di antara Ramzi dan orang misteri yang menculik bayi puan"
Apabila Puan Salwa baca lampiran itu,dia pun terkejut dan tergamam. Dunianya terasa gelap. Kakinya lemah bagai hilang darah.
Rupanya sedari awal lagi Ramzi telah merahsiakan segala-galanya dari Salwa. Ramzi rupanya adalah seorang saintis yang bekerjasama dengan orang misteri itu sendiri.
Dalam dokumen sulit itu ada cop jari dan tandatangan persetujuan dari Ramzi sendiri untuk menjalankan eksperimen pengklonan bayi hibrid campuran manusia dan ras orang misteri itu sendiri.
Pertengkaran dan perpisahan sementara di antara Salwa dan Ramzi juga semuanya telah di plotkan dari awal oleh Ramzi sendiri agar orang misteri dapat 'mendekati' Salwa sebelum berlakunya hubungan badan di antara mereka.
Bayi yang di kandungkan oleh Salwa amat di nantikan oleh Ramzi dan orang misteri untuk di ambil demi eksperimen yang bakal di jalankan bersama.
Salwa berasa kesal. Rupanya dirinya adalah mangsa komplot sulit suaminya dengan orang misteri itu sendiri.
"Tapi kenapa akhirnya suami saya di inkubasi oleh orang misteri tu?"soal Salwa.
Akan tetapi Yana sendiri pun tidak tahu akan jawapannya.
BAB 43:Bayi di Curi.
BERSAMBUNG....
Share this novel