SUAMI UNTUK DITAWAN-1

Romance Series 4230

"hye sayang.. cantiknya isteri abang ni.. Hana, maaf abang lupa nak bagitahu Hana yang kita tak jadi pergi rumah mama malam ni, Hana okeykan?" soal Ean yang baru saja melangkah masuk kedalam bilik tidur mereka berdua dengan muka kepenatan selepas dia melihat isteri kesayangannya sedang bersiap-siap dengan pakaian yang cantik yang sedang duduk didepan meja soleknya dengan muka yang sudah siap disolek walaupun hanya mengenakan solekkan biasa diwajahnya tapi tetap indah dimatanya sebagai seorang suami.

"abang.. oh yeke. Lewatnya abang balik hari ni, banyak sangat ke kerja kat pejabat tu? semalam abang cakap abang nak balik awal hari ni sebab nak jumpa dengan mama kat rumah mama, tapi kalau abang cakap tak jadi tak apalah, mama bising tak abang tak jadi pergi sana? Hana tak nak nanti mama salahkan Hana, cakap Hana yang mengelak dari pergi rumah mama, yelah biasanya macam tulah, Hana yang selalu disalahkan tanpa sebab.." ujur Hana selepas melihat suaminya masuk kedalam bilik tidur mereka dengan muka jelas terpancar kepenatan dan terus merebahkan badannya keatas tilam yang empuk tersebut dan sementara itu dia terus menyambung menyikat rambut panjangnya dengan senyuman manis untuk suaminya walaupun didalam hatinya sangat-sangat bersyukur jika dia tak jadi pergi rumah mak mertuanya malam ini.

"erm.. banyak pula kerja hari ni, tak apa Hana jangan risau abang dah telefon mama tadi cakap abang tak jadi balik rumah mama malam ni sebab abang banyak sangat kerja kat pejabat tu.. tunda hari minggu je, lagi pun malam ni untuk keluarga kita je. Nanti hari minggu mama jemput semua saudara mara dan kawan-kawan dia datang, jadi meriahlah sikit acara tu, malam ni kalau kita tak ada kat sana pun makan malam tu tetap juga jalan macam biasa.." jelas Ean Yousoff yang masih terbaring penat diatas katil dengan mata terpejamnya.

"erm yelah.. abang pergilah mandi dulu.. Hana nak tukar baju ni.." ujur Hana lagi dengan lembut sambil menarik tangan suaminya supaya bangun dari baringnya dan kemudian dia duduk kembali didepan meja solek untuk membuang solekkannya sudah terlihat indah diwajah mulusnya dengan rasa gembira dihati.

"yelah.. abang minta minta.. kesian isteri kesayangan abang ni dah pakai cantik-cantik tapi akhirnya kena buka semula baju.. dah la tadi ada masalah kat tempat kerja, dengan mama asyik telefon abang suruh datang rumah dia lagi.. serabut otak ni, hanya isteri kesayangan abang seorang ni je yang faham apa yang abang alami.." bebel Ean sambil memuji isterinya Hana dan terus bangun dari baringnya untuk masuk kedalam bilik air tapi dia berpusing kembali untuk memberikan sebuah ciuman dikepala Hana kerana dia tahu isterinya sangat tidak suka bila dia balik kerja terus terbaring diatas katil tanpa mandi terlebih dahulu.

"erm.. yelah, tak apa Hana faham.. cuma Hana risau mama je nanti, kalau abang dah cakap macam tu lega la sikit hati Hana ni.." balas Hana seakan dia sudah cukup faham dengan situasi tersebut yang masih terlekat punggungnya kerusi meja solek sambil melihat wajah gembira dan juga kecewa dirinya sendiri didepan cermin dengan melirikkan anak matanya kearah suaminya Ean yang sedang berjalan masuk kedalam bilik air, dan terus dia bangun dengan malasnya untuk menukar pakaian yang sangat indah terletak dibadan langsingnya kepada pakaian tidur sesudah dia siap membuang segala solekkan yang baru saja dia hiasi cantik dimukanya beberapa minit yang lalu.

"Hana.. abang lapar.. Hana ada masak apa-apa tak tengah hari tadi?" soal Ean kepada isterinya sebaik saja dia melihat isterinya yang sudah siap menukar pakaiannya dan sudah berbaring diatas katil sambil membelek-belek telefon ditangannya. Dan sementara dia pula bersiap untuk memakai pakaian tidurnya.

"tak ada, Hana masak sikit je tadi untuk Hana je.. kan malam ni sepatutnya kita pergi rumah mama sebab nak sambut hari jadi mama.. tu yang Hana tak masak lebih, kenapa abang lapar yea? nak Hana masakkan apa-apa ke untuk abang?" soal Hana sebaik saja dia melihat suaminya seperti kepenatan dan kelaparan yang sudah duduk ditepi katil bersebelahan kakinya sambil mengeringkan rambut yang masih basah dengan menggunakan tuala.

"Hana tak kisah ke abang nak Hana masakkan untuk abang nasi? lauk apa-apa pun abang tak kisah, gorengkan telur mata je pun tak apa untuk abang.." jawab Ean sambil memegang tangan isterinya selepas dia siap keringkan rambutnya.

"yelah.. abang tak makan ke siang tadi? lain macam nampak laparnya.. kejap Hana turun bawah masakkan untuk abang, telur goreng je? atau abang nak ayam sambal? atau ayam kicap?.." soal Hana sebelum dia berlalu turun dari atas katil untuk turun ke tingkat bawah untuk masak didapur.

"Hana, kejap.. masak je telur mata untuk abang.. dah lama rasanya abang tak makan telur mata lepas tu tabur je cili potong dengan bawang merah atas telur lepas tu tambah kicap.. perrgghhhh sedapnya lawan pula nasi panas-panas.." panggil Ean dengan menarik tangan Hana selepas Hana berjalan kearah pintu bilik tidurnya untuk kedapur dan Ean terus memeluknya dari belakang.

"oh, yeke.. boleh je.. tapi kesian la abang makan itu je, dah macam tak ada isteri.." ucap Hana pelik selepas suaminya yang tiba-tiba saja memeluknya dari belakang seakan sedang mengodanya.

"eh, Hana makan boleh.. kenapa pula abang nak makan tak boleh? sedapkan telur mata?" soal Ean pelik tapi dia tetap tak ingin mengalah dengan menu lain yang ditawarkan oleh Hana untuknya.

"lah, Hana makan macam tu pun tetap tambah tenaga.. Hana ni duduk rumah je goyang punggung.. abang tu banyak pakai tenaga, otak kena banyak fikir.. kena makan yang berkhasiat.. nanti mama salahkan Hana kalau abang tiba-tiba kurus, Hana juga yang salah.." ucap Hana lembut.

"ish, mama nak marahkan Hana buat apa? abang yang mintakan? dah jangan fikir yang bukan-bukan.. Hana, terima kasih kerana Hana tetap setia bersama dengan abang, walaupun abang bukan suami yang baik pada Hana.. terima kasih sayang.." ucap Ean lembut dan mengucup ubun-ubun kepala Hana dengan penuh perasaan sayang dan cinta yang tak pernah pudar dari mula mereka kenal, bercinta dan kahwin sehinggalah sekarang.

"sama-sama, terima kasih juga sebab abang dah berkerja keras demi keluarga kita, dan Hana amat hargai sangat setiap apa yang abang pernah berikan pada Hana selama ni.." balas Hana kembali dengan memeluk erat tangan suaminya yang masih tidak mahu melepaskan pelukkannya dari belakang badannya.

"yea semua tu memang tanggungjawab abang pada Hana, sampai bila-bila pun Hana adalah cinta hati abang.. biarlah kita menua bersama.. tapi jangan lupa masak telur mata untuk abang, masak sedap-sedap eh.. abang kalau sehari tak makan masakkan isteri abang seorang ni rasa macam tak lengkap pula hidup abang.." gurau Ean dengan cuba mencium leher jinjang Hana dari belakang tapi dielak oleh Hana dengan laju.

"abang.. janganlah.. kalau abang buat perangai macam ni, abang lapar nanti.. yelah kalau Hana dah penat Hana dah malas nak masak.. hahahaha.." gelak Hana selepas dia tak tahan dengan ciuman dari suaminya yang semakin galak.

"okey-okey.. abang mengalah sebab abang lapar sangat.. tapi lepas makan bolehkan kita sambung balik adegan manja-manja kita ni? bolehkan sayang? boleh la.. boleh la.." rengek Ean dalam guraunya.

"ish.. bagi Hana fikir dulu.. dah-dah.. Hana nak turun masak dulu.. abang berehat la dulu, dah siap nanti Hana panggil abang.." ucapnya selepas Ean melepaskan pelukkan eratnya.

"okey sayang.. dah siap jerit je tak payah naik atas.. kesian Hana dah penat-penat masak untuk abang.." ucap Ean dengan berbaring kembali diatas katil dengan terlentang gaya bebasnya.

"yelah.. Hana turun dulu.. jangan abang tidur pula.. kalau abang tidur memang Hana marah.." ugutnya pula kerana sudah beberapa kali suaminya meminta untuknya memasak lewat malam tapi tidak disentuhnya walaupun sedikit kerana tertidur terlebih dahulu kerana kepenatan.

"tak, abang janji.. kali ni abang tak akan kecewakan Hana. Hana jangan tutup pintunya nanti abang tak dengar Hana panggil abang.." pesannya dengan matanya sudah mula layu dan seakan berat untuk dibuka.

"yelah.." jawab Hana dan berjalan turun kedapur untuk masak seperti yang dipinta oleh suaminya.

Setengah jam pun berlalu, makanan juga sudah terhidang diatas meja dengan harapan penuh gembira.

"abang.. makanan dah siap.. cepatlah turun!." jerit Hana dari tingkat bawah selepas dia selesai memasak.

"abang.. cepatlah.. jangan sampai Hana naik atas!.." jeritnya lagi.

"ish.. dah lima minit pun tak turun-turun lagi ni.. penatlah Hana jerit macam ni.." bebel Hana selepas beberapa minit suaminya masih belum turun kebawah.

Tanpa berlama-lama Hana terus naik kebilik tidur mereka untuk melihat suaminya yang masih belum terlihat kelibatnya.

"abang selalu buat Hana kecewa dengan abang.. masa abang untuk Hana cukup singkat.. tapi abang tetap abaikan masa bersama kita.." keluh Hana perlahan sambil kakinya melangkah masuk kedalam biliknya untuk melihat suami tersayangnya jika suaminya hanya buat-buat tidur untuk bergurau dengannya.

"abang.. tadi janji apa dengan Hana.. erm.. selalu sangat buat Hana macam ni.." bebelnya lagi dengan membetulkan selimut untuk menutup badan suaminya dari kesejukkan kerana suaminya sudah tertidur kepenatan siap dengan dengkuran sebagai muzik tambahan, walaupun hatinya cukup kecewa dengan apa yang suaminya selalu lakukan padanya, dia tidak pernah sekali pun bencikan suaminya atas perkara remeh seperti sekarang ini.

"abang langsung tak fikirkan perasaan Hana yang sendirian kat rumah ni.. Hana bosan, Hana tahu abang mampu berikan semua kekayaan ni pada Hana, tapi Hana hanya inginkan abang bersama dengan Hana, waktu suka Hana, waktu sakit Hana.. tapi abang tiada bila Hana perlukan abang.. Hana tak inginkan duit yang banyak.. tapi Hana hanya ingin sedikit masa abang untuk Hana.. itu je Hana nak dari abang.." ucap Hana perlahan sambil melihat dengan penuh cinta dan sayang pada suaminya.

"abang, Hana tahu abang dah buat yang terbaik untuk kita berdua, tapi Hana ni isteri yang kurang bersyukur ke sampai Hana selalu pertikaikan apa yang abang bagi pada Hana? Hana minta sedikit je ruang dan masa untuk kita bersama, tak perlu pergi bercuti jauh-jauh bersama, cukup untuk kita berdua didalam rumah kecil kita ni layan movie sama-sama, masak sama-sama, kita berkebun sama-sama walaupun kita tanam hanya sepokok je pokok bunga, abang.. Hana sunyi.." ucap Hana perlahan sambil menyapu air matanya yang sudah mula berguguran membasahi pipinya.

"tidurlah, semoga hari esok ada sinar seperti yang selalu Hana harapkan dari abang, masa.. walaupun Hana tahu cinta abang pada Hana sekuat cinta Hana pada abang.." ucapnya lagi sebelum keluar kembali dari bilik tidur mereka berdua untuk mengemas dapur dan menutup semua lampu yang telah menyinari rumah mereka dimalam hari.

Hana Qadeeja Dan Ean Yousoff

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience