Bab 4:Perebutan Meja Makan

Action Completed 149

"Woi, sedap nampak!"
Tiba-tiba satu tepukan kuat mendarat di belakang badan Faiq, membuatkan dia hampir tersedak.

"Uhuks, uhuks!" Faiq terbatuk-batuk, matanya mencerlung geram.

"Woi, apa masalah kau ni?!" herdik Faiq, marah.

Seorang pelajar bertubuh agak sasa berdiri dengan muka selamba.
"Kau duduk tempat aku. Ini kawasan aku, Idzlan Farhan!" bentaknya tanpa rasa bersalah.

Faiq merenung meja di depannya.
"Tak ada pun nama kau terpahat kat sini. Dah, aku nak blah. Malas nak layan," katanya sambil bangkit, malas mahu melayan kerenah budak itu.

Idzlan tersengih sinis.
"Woi, main blah macam tu je? Ingat sikit nama aku — Idzlan Farhan. Kau akan kenal nanti," ugutnya perlahan.

KRINGGG!
Loceng berbunyi, tanda tamat waktu rehat. Murid-murid mula berpusu-pusu kembali ke kelas masing-masing, riuh rendah suasana kantin.

Faiq menarik nafas lega.
"Nasib baik loceng bunyi. Kalau tak, memang aku libas dia dengan buku lima," rungutnya dalam hati, bara masih bersisa.

Faiq memilih untuk berlalu saja. Kali ini, dia berjaya menahan amarah — sesuatu yang jarang berlaku untuk dirinya.

Dalam perjalanan ke kelas, Faiq bertembung dengan Uwaisy yang baru sahaja keluar dari bilik pengawas.

"Oii, Uwaisy!" panggil Faiq.

Uwaisy berpaling, tersengih.
"Ha, apa lagi kau? Nak tanya subjek apa lepas ni, kan?" teka Uwaisy, sudah masak dengan perangai Faiq.

"Haah, bijak," balas Faiq sambil menyengih nipis.

"Lepas ni Pendidikan Islam," kata Uwaisy sambil menyelak rambut yang sedikit basah dek peluh.

"Boring lah," Faiq mencebik tanpa segan.

Uwaisy ketawa kecil.
"Boring? Wei, itu subjek kegemaran aku tau! Best gila," katanya penuh semangat.

Faiq mengangkat kening, malas.
"Oh, kisah pulak aku subjek kegemaran kau," jawabnya bersahaja, membuatkan Uwaisy geleng kepala sambil ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience