‘QIS DESSERT LOUNGE’ kelihatan sibuk seperti biasa. Walaupun tidak besar, kedai dessert milik Qis sering dipenuhi pelanggan. Bau harum kek, puding karamel dan kopi panas menyebar ke seluruh ruang. Dari balik dapur kaca, kelihatan kelibat Qis yang tekun menghias tart strawberi dengan taburan gula halus.
“Wah, cantiknya tart strawberi yang Cik Qis buat. Sama cantiknya, dengan orang yang buat.” Puji Kak Moon.
“Amboi… puji semacam je ni. Mesti ada mahunyakan.”
“Akak puji ikhlas dari hati. Cik Qis makin hari, makin cantik. Oh ya Cik Qis, tadi Tuan Arash cari Cik Qis, katanya ada benda nak di bincangkan.”
“Oh… Qis dah jumpa dia dah. Biasalah, kalau dia nak keluar negara. Dia mesti jumpa Qis dulu.”
“Cik Qis !.” Panggil Nia.
“Ya.” Sahut Qis.
“Ada pelanggan VIP nak jumpa!.” Suara Nia, pekerjanya, melaung dari kaunter.
Qis mengangkat wajah. Keningnya sedikit terangkat.
“VIP?.” Ulangnya.
“Agaknya Tuan Kim kot. Siapa lagi pelanggan Vip kita kalau tak Tuan Kimkan Cik Qis. Kalini dia nak apa ya?. Nak jadikan Cik Qis isteri dia kot.” Usik Kak Moon.
“Apalah Kak Moon ni. Dia tu tak mungkin suka dekat Qis. Lagipun, dia dah tua. Qis tak suka lelaki tua. Tenaga dah takda.”
“Ai, memilih pulak dia ni. Dengar sini Cik Qis. Orang tua macam Tuan Kim tu berpengalaman. Belum cuba belum tahu. Lagipun orang tua-tua cakap, yang Qis tak suka tulah akan jadi suami Qis. Percaya cakap akak.”
“Jauh-jauhkanlah suami macam Tuan Kim tu, ala muka ketat. Tak dapat Qis bayangkan bila kahwin dengan dia. Dahlah kak, Qis pergi dulu. Sebelum muka dia lagi ketat.”
Tangannya segera meletakkan dulang tart yang sudah siap. Dia menyeka tangan dengan apron sebelum melangkah keluar.
Seperti yang diduga, lelaki itu sudah duduk di salah satu meja yang berada di hujung. Berkemeja putih bersih, blazer hitam yang sempurna potongannya, wajah tegas dengan garis usia yang memancar karisma. Boleh di katakan setiap hari pemuda itu datang ke kedainya, jika dia sibuk, assistantnya yang akan datang membeli dessert atas arahan bosnya. Sehingga dia hafal akan kemahuan pemuda itu.
“Tuan Kim…” Qis tersenyum, cuba menyembunyikan rasa gugup. Dia tahu lelaki di hadapannya sekarang bukan pelanggan biasa.
Usianya baru menjejak 39 tahun, namun namanya sudah gah di dunia perubatan. Putra Dakim Danial, yang lebih mesra dipanggil Tuan Kim, bukan sekadar seorang doktor biasa, dia adalah doktor pakar obstetrik & ginekologi (O&G), terkemuka yang memiliki empayar sendiri. Memiliki banyak cabang hospital kesuburan mewah sendiri, lengkap dengan penginapan eksklusif untuk rawatan pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat. Dari bilik konsultasi hinggalah ke ruang rawatan, semuanya dirancang rapi olehnya dan semestinya mahal, harganya.
Oleh kerana itu, Qis terkejut apabila mengetahui bahawa pemuda itu pengemar dessertnya. Sedangkan dirinya, boleh membelinya di tempat lain, yang lebih mewah dari kedainya.
‘Dia nak apa kali?. Jangan cakap, dia nak ajak aku keluar lagi. Oi, trauma aku. Haritu pun, entah apa-apa yang dia bahas.’ Kesal Qis dalam hati.
Kim mengangkat wajah, matanya tepat memandang wajah Qis.
“Cik Qis, silakan duduk.” Arahnya.
Qis menarik kerusi di hadapan lelaki itu, lalu duduk.
“Maaf sebab buat tuan menunggu. Ada yang saya boleh bantu?.”
Kim meletakkan fail hitam di atas meja, menolak sedikit ke arah Qis.
“Apa ni?.”
“Tak lama lagi, majlis perasmian pembukaan hotel baru saya akan berlangsung. Saya nak sesuatu yang istimewa untuk jamuan pembukaan. Saya harap, awak terima job ni.”
“Sure. Tak mungkin saya tolakkan. Tuan nak dessert apa untuk majlis tu nanti?.”
Qis mengambil buku menu, yang menampilkan pelbagai pilihan manisan. Dia menyelak helaian demi helaian.
“Kalau majlis formal, saya cadangkan pavlova dengan buah segar, juga tiramisu. Atau… kalau Tuan Kim nak sesuatu lebih moden, boleh cuba panna cotta teh hijau.”
Kim memandang buku itu, tetapi fikirannya sekejap-sekejap melayang ke wajah Qis yang serius menerangkan. Gadis itu masih muda, polos, tapi ada sesuatu yang memikat hatinya. Setiap kali Qis membetulkan rambut yang jatuh di pipi, Kim terasa dadanya berombak lain macam.
“Tuan Kim?. Are you okey?.” Soalnya apabila Kim terlalu lama diam.
Kim cepat-cepat berdehem, pura-pura meneliti helaian.
“Hmm, boleh juga. Pavlova, tiramisu. Masukkan kedua-duanya.”
Qis tersenyum, sambil menandakan pada bukunya.
“Baiklah. Saya akan siapkan sampel esok, tuan boleh rasa dulu. Kalau tuan suka. Saya akan buat, dan staf saya yang akan hantarkan ke majlis tuan. Seperti biasa pekerja saya yang akan bertugas di sana nanti. Kalau ada apa-apa yang tuan tak berkenan, atau ada yang kurang. Tuan boleh bagitahu mereka.”
“Tak.” Kim menolak pantas. Matanya kembali menatap Qis, kali ini lebih tajam.
“Kenapa tuan?.”
“Kenapa tak awak je yang ada di majlis tu?.”
Qis terdiam sejenak.
“Saya sendiri?.”
“Ya.” Jawab Kim sambil bersandar, lalu melipatkan tangannya di dada. “Awak tahu sendiri, majlis saya bukan biasa-biasa. Semua tetamu vip yang hadir. Jadi, saya tak nak ada masalah.”
Qis mengangguk faham.
“Baiklah. Kalau itu yang Tuan nak. Saya akan uruskan.”
Kim mengerling, melihat senyuman Qis. Ada sesuatu pada senyuman itu, manis, polos, tapi cukup untuk mengetuk dinding keras dalam dirinya. Dia menunduk sedikit, menyembunyikan mata yang hampir ketara.
“Baguslah kalau awak faham.”
Qis hanya mengangguk, sambil mengukir senyuman lebarnya. Sejenak Kim mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja. Matanya masih pada Qis.
“Berapa umur awak sekarang?.”
Qis tergelak, tidak menyangka ditanya begitu tiba-tiba.
“Umur?. Saya baru masuk sembilan belas tahun tuan.”
Kim mengangguk.
“Muda lagi. Biasanya perempuan 19 tahun macam awak ni, sibuk keluar dengan kawan-kawan berseronok. Tapi awak sibuk di dapur. Sibuk melayan pelanggan. Sibuk mengejar cita-cita. Gadis langka.”
“Tuan ni puji ke, atau sindir saya?.”
“Saya kagum. Mungkin di sebabkan saya terbiasa tengok anak muda sekarang suka buang masa dengan pergi club, enjoy sana sini. Jadi, tengok awak yang kerja keras ni buat saya rasa kagum sangat. Teruskan. Banggakan orang tua.”
“Terima kasih atas pujiannya. Tuan adalah orang pertama yang puji saya, selain atok, mama dan papa saya.”
“Awak masih ada masa untuk diri sendiri?. Maksud saya untuk berseronok, bercinta?.”
Qis terdiam, keningnya serta-merta terangkat.
“Bercinta?.”
“Ya. Awak pernah bercinta?. Pernah ada lelaki yang awak suka?.”
Qis tersipu, jari jemarinya bermain dengan hujung apronnya.
“Hmm… saya sibuk belajar. Sibuk urus kedai. Mana sempat fikir pasal cinta. Lagipula, papa saya larang saya bercinta di usia sekarang. Dia suruh saya fokus belajar dan kejar cita-cita saya. Baru fikir tentang cinta.”
Sejenak dahi Kim mengerut, seakan tidak percaya.
“Tak ada langsung?. Seriusly!?. Lelaki seumuran awak… mereka biasanya suka kejar perempuan cantik macam awak ni. Tak mungkin takdakan.”
“Mungkin ada… tapi saya tak layan. Saya rasa lelaki sebaya saya belum cukup matang.”
Kim terdiam seketika, kata-kata Qis membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar.
“Jadi awak suka lelaki matang?.”
Qis tersentak, matanya terarah pada Kim.
“Maksud tuan?.”
“Lelaki matang tahu apa yang dia nak. Tahu macam mana nak jaga. Tahu macam mana nak… memiliki.”
Qis merasakan wajahnya panas. Dia tergelak gugup.
“Tuan Kim ni suka cakap berlapik ya. Saya tak fahamlah.”
“Awak tak perlu faham sekarang. Tapi kalau ada lelaki yang sanggup tanggung semua hidup awak. Bayar belajar, bisnes, rumah, masa depan… asalkan awak jadi isteri dia. Awak terima?.”
Qis tergamam.
“Isteri?. Saya?. Tuan… saya baru sembilan belas tahun. Saya tak pernah fikir sejauh tu. Lagipula, saya dah biasa berdikari. Tak suka mengharapkan orang.”
“Tapi cuba bayangkan. Awak tak perlu risau lagi pasal duit. Tak perlu penat jaga kedai sendiri. Awak hanya perlu jadi isteri. Dilindungi. Dimiliki. Disayangi.”
Qis terkedu.
“Kenapa tuan tiba-tiba cakap macam tu?.”
“Sebab saya nak tahu, ciri-ciri lelaki yang mampu buat awak tunduk. Lelaki sebaya awak, atau lelaki matang yang mampu beri segalanya?.”
Qis menggeleng.
“Saya tak tahu, yang saya tahu cinta bukan tentang duit. Tapi tentang hati.”
“Cinta sememangnya indah. Tapi cinta tanpa perlindungan akan cepat hancur. Lelaki muda boleh menjanjikan bulan dan bintang, tapi akhirnya mereka pergi. Lelaki macam saya, kalau dah miliki sesuatu, dia tak akan lepaskan.”
Nada suaranya sarat dengan maksud tersembunyi. Qis tersentak, wajahnya semakin merah.
“Sebaiknya kita bincang pasal dessert saja lah, ya?. Pasal cinta ni, nanti-nantilah. Kalau jodoh, tak ke manakan.”
Kim hanya tersenyum, tapi matanya jelas menyimpan sesuatu yang ingin Qis tahu.
“Dessert, ya. Tapi jangan lupa, awak sendiri adalah manisan yang paling sukar ditolak.”
Kim kembali menegakkan tubuh, seolah tiada apa berlaku.
“Tentang majlis nanti, jangan lupa bawa diri awak sekali. Saya tunggu. Kalau awak tak datang, majlis takkan mula. Saya tak kisah dengan pandangan orang. Tetamu utama saya bukan mereka, melainkam awak Qis.”
Qis menelan liur, hatinya berdebar tak menentu. Lelaki di hadapannya terlalu dingin, tapi bila berbicara, ada sesuatu yang membuatkan kata-kata itu menusuk jauh ke dalam jiwa.
“Baiklah, tuan.” balasnya.
Seketika mata Kim tidak lepas dari memandang indahnya ciptaan tuhan di depan matanya. Hatinya tenang ketika memandang wajah itu. Tidak dapat ia bayangkan, betapa indahnya hidupnya jika gadis itu menjadi miliknya.
Share this novel