“Rhett!”
“Del!”
Hampir serentak keduanya bersuara. Masing-masing bernada terperanjat. Bebola mata bertaut. Masing-masing memancarkan sinar yang sukar untuk dimengertikan.
Rhett terpaling tidak mampu sembunyikan perasaan. Dengan mata berkaca-kaca, tubuh terketar, dada naik turun dengan laju, langkah tak teratur dibuka untuk hampiri Deila.
“Muuu… my!”
Sontak langkah sumbang Rhett mati bila si kecil berlari lebih dulu lalu memeluk kaki Deila. Kepala Rhett seperti dihempap sebuah batu besar dan wajah pula seperti ditampar-tampar oleh malaikat maut. Bertapa saat itu Rhett berharap bumi terbelah dua dan terus menelan dia. Biar dia lenyap dari muka bumi. Dia rela daripada hadap kenyataan perit itu. Deila… anak itu…
TIDAK!!!
Tak mungkin! Selagi dia tidak bahagia selepas perpisahan mereka, Deila tidak boleh bahagia. Dia tak nak! Rhett menggeleng sebak.
“Mummy… pe… yo…” Anak kecil itu menarik hujung blouse Deila lalu menayangkan biskut yang sudah tinggal separuh dalam genggaman.
Deila menjatuhkan bebola mata, merenung wajah si kecil yang sedang menatap dia penuh berharap. Nak minta sebatang biskut lagilah tu!
“No Deqa, dah lima batang dah Deqa makan tadi kan? Nanti papa marah.” Bantah Deila dengan suara lembut, memujuk.
“Pe… yo… nak! Mummy… one!” Sambil pelat berkata, si kecil terusan menarik hujung baju Deila.
Tergeleng Deila melihat. Segera dia duduk mencangkung di hadapan anak kecil itu. Bahu si kecil dipaut lembut.
“No, Deqa. Tak ingat pesan papa? Kalau Deqa tak nak dengar, lain kali Deqa dah tak boleh ikut mummy. Nak macam tu ke?”
Laju kepala si anak kecil itu digelengkan.
“Nak… mummy…” Jawab si kecil, terbata-bata. Deila tersenyum.
“Kalau nak, kena dengar cakap mummy.”
Si kecil terangguk-angguk. Deila mengusap kepala Andeqa dengan penuh kasih sayang. Pipi montel Andeqa dikucup mesra.
“Good boy. Mummy loves you so much, Deqa.” Seraya berkata, tubuh montel Andeqa dibawa ke dalam dukungan Deila.
Tubuh dipusing, mahu beredar dari situ. Langkah sontak mati bila Rhett meluru dan berdiri di hadapan Deila, menghalang jalan. Deila terkesima. Bebola mata mereka bertaut sejenak.
“I-Is he… yours?” Jelas suara Rhett sedikit bergetar ketika menyoal. Kedua penumbuk Rhett dikepal erat. Deila menarik nafas panjang, cuba tenangkan dada yang sedang bergelodak.
Dua tahun!
Selama dua tahun cuba melupakan semua tentang Rhett Raffendy! Sangkanya semua mudah. Sangkanya semua sudah terkubur bersama semalam yang pergi. Ternyata… ia tidak mudah! Lebih-lebih lagi bila lelaki itu berada di depan mata.
“Rasanya tak perlu saya jawab soalan tu.” Balas Deila dengan suara datar lalu orak langkah, mahu segera pergi dari situ.
Langkah kembali terbantut bila pergelangan tangan Deila direntap laju oleh Rhett.
“Are you married?” Rhett terus aju soalan, tak dia peduli penolakan serta wajah kurang senang Deila terhadap dia.
“Who do you think you are, Rhett Raffendy? We were over! Lepaskan tangan saya!” Deila cuba merentap tangannya. Sukar melakukannya bila dia sedang mendukung Andeqa.
“Answer me! Who’s the father?!” Desak Rhett dengan suara meninggi. Bulat mata Deila memandang. Darah menggelegak dengan tingkah Rhett yang dia rasakan sangat tidak wajar itu.
“Apa masalah kau sebenarnya hah?! You and me… it’s over! OVER, Rhett! Saya berhak kahwin. Saya berhak bahagia! Hidup saya, pilihan saya, dah tak ada kena mengenai dengan kau!” Deila bertempik. Dada naik turun dengan laju, menahan rasa marah dan kesal dengan kelakuan Rhett.
“Secepat itu? Secepat itu kau gantikan saya?!” Rhett bersuara lirih, buat Deila sontak tergamam. Wajah terus dilarikan dari tatapan Rhett. Tidak mahu tewas dengan perasaan jika dia terusan memandang wajah suram Rhett ketika itu.
“We were over Rhett. Lupakan kisah lalu. As you can see, saya dah bahagia sekarang.”
“Nonsense!!!” Rhett menjerit.
“You are crazy!” Deila merentap tangannya dari cengkaman Rhett. Langkah dibuka besar-besar. Bahu Rhett dilanggar kasar hingga Rhett terundur setapak.
“Deila Araferro!!! Don’t you dare walk away from me! You owe me an explanation, dammit!!!” Tempikan Rhett bergema di ruang dewan sederhana luasnya itu, mengundang perhatian semua yang berada di dalam dewan.
Deila terus melangkah dengan yakin, meninggalkan Rhett yang masih terpacak tegak, tubuh menggigil menahan badai amarah.
“Deila Araferro!!!”
Rhett Raffendy memang spesis tak tahu malu ke apa? Wajah Deila sudah merah padam menahan rasa malu. Dua kali nama penuhnya dijerit lantang oleh Rhett. Satu dewan dengar. Beratus pasang mata pasti sedang tertumpu ke arah dia dan Rhett sekarang ini. Apa mahu Rhett sebenarnya? Dia sudah bahagia. Hidupnya tenang selepas dia tinggalkan lelaki itu bersama hidup penuh dramanya.
“Apa yang berlaku?!” Satu suara lantang bergema dari arah gerbang masuk.
Rhett mengeratkan genggaman buku lima. Suara itu! Suara yang sangat dia cam. Mengapa lelaki itu boleh muncul di situ? Dada semakin terbakar.
“Pa… pa!” Si kecil Andeqa menjerit penuh teruja lalu menggeliat dalam dukungan Deila, meminta diri diturunkan. Deila akur. Selepas diturunkan, Andeqa terkedek-kedek berlari mendapatkan lelaki yang sedang terpacak di ambang pintu sambil depa tangan luas-luas.
Saat itu, terasa nafas Rhett bagai terhenti. Jantung seolah berhenti berdegup. Sungguh, dia tidak mahu hadap realiti itu. Tak mungkin! Tak mungkin terjadi!
“Deqa anak papa!” Lelaki itu duduk mencangkung, membiarkan Andeqa berlari dan masuk ke dalam dakapannya. Kepala si kecil diusap mesra sebelum ubun-ubun anak kecil itu dikucup agak lama.
“Hari ni Deqa good boy tak? Dengar cakap mummy tak?”
Laju si kecil Andeqa angguk.
“Deqa… baik…” Terbata-bata si kecil menjawab.
Lelaki itu tersengih lalu mencium pipi tembam Andeqa sebelum mendukung tubuh si kecil. Langkah dibawa menghampiri Deila.
“It’s you, dammit!” Berjarak hanya tinggal semeter, Rhett meluru sambil mengayun buku lima ke wajah lelaki itu.
“Rhett!!!” Deila menjerit nyaring. Bergegas Deila mara, mahu menghalang Rhett. Hancur hati Rhett bila lihat Deila berdiri di hadapan lelaki itu, cuba melindungi lelaki itu dari diserang oleh dia. Tidak mampu menahan perasaan, Rhett merenung Deila dengan mata berkaca.
“Serious, Del?” Lirih Rhett bertanya. Dia tidak dapat terima semua ini. Deila yang masih dicintai sepenuh hati, bersungguh-sungguh mempertahankan lelaki lain di depan mata dia? Deila… tak mungkin! Sebegitu cepat mencari penggantinya? Sedang dia masih dirantai, digelangi rindu tak berpenghujung selepas Deila menghilang!
“Kau dah kenapa, Rhett?! Tak malu ke semua orang tengok? Apa masalah kau sebenarnya, hah?!” Deila bersuara tinggi. Menyorot mata merenung Rhett.
“No, Del! Jangan macam ni please… kau… kau tak boleh! Jangan gantikan tempat saya di hati kau, Del! I still… I can’t stop loving you, Deila Araferro!”
Semua yang ada di situ tergamam dengan pengakuan berani mati Rhett. Tak dia peduli! Dua tahun Rhett macam orang bodoh mencari Deila. Kalau saja Deila tahu bahawa dia tidak pernah berputus asa, Saban waktu berdoa, berharap Deila tidak berubah hati kerana dia mahu tebus semula semua kesilapan yang telah dia lakukan. Kalau saja Deila tahu… bertapa menderitanya dia hidup tanpa rasa sepanjang dua tahun itu. Pasti Deila mengerti rasa hatinya itu… Deila harus mengerti, paksa diri untuk mengerti kerana dia takkan melepaskan Deila kepada lelaki lain, never!
“Unfortunately, Mister Rhett Raffendy… saya dah tak ada rasa dekat kau. Rasa itu dah lama mati.”
Terketar lutut Rhett bila lihat Deila dengan selamba menarik tangan lelaki itu untuk pergi dari situ.
“Stop!” Rhett menjerit sekuat hati.
“Celah mana lagi kau tak faham tentang kau dan Del, Rhett? She’s not yours anymore!” Suara lelaki itu menyampuk buat darah naik sampai ke kepala.
“Shut up, Amirul! This is between me and Del!”
“No, Mirul! Let’s just go. Tak perlu layan lelaki macam tu!”
Damn! Rhett menyumpah dalam hati bila lihat Deila cuba menghalang Amirul sambil menarik tangan lelaki itu untuk pergi.
“Deila!” Rhett cuba mengejar namun segera ditahan oleh Ghadaffi, pembantunya.
“Cukuplah, tuan. Semua orang tengah pandang.” Dafi bisik di telinga Rhett, mahu menyedarkan bos angin kus-kus dia tentang situasi mereka ketika itu. Siapa pun yang melihat pasti akan anggap Rhett lelaki jahat, cuba merosakkan sebuah rumah tangga.
“No, Dafi. She’s mine!” Rhett tetap berkeras. Masih gigih mahu kejar Deila. Dafi hampir mati akal. Menangkap pinggang Rhett lalu dia peluk erat dari belakang.
“Tolong berhenti, tuan. Dia bukan milik tuan lagi. Sedarlah! Dia dah berkahwin dan punya seorang anak comel. Tegakah tuan ganggu kebahagiaan dia dan pisahkan anak comel itu dari orang tua dia?”
Kata-kata Dafi buat pemberontakan Rhett mendadak terbantut. Tubir mata yang semakin memberat akhirnya menumpahkan air jernih ke pipi Rhett.
“No, Dafi… saya… masih cinta… sungguh terlalu cinta…”
Rhett menggeleng sebelum tubuh melorot ke bawah, lutut lebih dulu menghentak permukaan lantai.
“Saya masih cinta…” Keluh Rhett dengan lirih sambil terusan merenung belakang Deila yang semakin samar di lensa mata.
Sesampainya mereka di luar dewan, Amirul menghentikan langkah. Wajah Deila ditenung dengan muka tegang.
“Why he’s here, Del?” Begitu jelas penampakan rasa cemburu di wajah Amirul. Deila angkat bahu lalu mengagah-agah Andeqa yang ketika itu berada di dalam pangkuan Amirul. Tak kisah langsung dengan reaksi Amirul yang jelas kurang senang dengan kemunculan Rhett dalam majlis itu.
“Kau sukalah tu kan? Gembira sangat ke lihat Rhett masih menunjukkan minat terhadap kau hah?! Kau pasti dah tak sabar nak kembali ke sisi Rhett kan?”
Mati mendadak senyum manis Deila buat Andeqa bila dengar kata-kata sinis Amirul. Wajah bengang Amirul ditenung dengan mata marak berapi.
“Kau dah kenapa, Mirul? My personal affair is none of your business! Kau jangan nak cari pasal dengan saya eh!”
Amirul menarik wajah kelat bila Deila membentak kasar. Hati bagai diperah-perah ketika itu.
“You still care!” Marah Amirul, tak kurang kasarnya. Deila mendengus.
“None of your business, Mirul!”
“Kau dah lupa ke hah? Rhett dah banyak buat kau menderita, Del! Dua tahun, Del! Dua tahun kau hidup bahagia tanpa Rhett. Now he’s back, kau nak kembali hidup macam dulu ke? Makan hati berulam jantung? He doesn’t care, Del! Apa yang kau harapkan dari lelaki seperti itu hah?!” Amirul melengking. Marak mata memandang Deila. Terbakar dengan api cemburu.
“I know, Mirul. Tak payah kau nak ulang-ulang ingatkan saya tentang lelaki tu.” Deila jawab dingin.
“Baguslah. Kau kena sedar yang kau tak mungkin dapat menggantikan tempat first love Rhett tu. Kata cinta, kata sayang tapi akhirnya kau ditinggalkan sorang-sorang kerana perempuan lain. Kalau kau masih ada hati nak kembali kepada Rhett, kau memang bodoh!”
Deila ketap rahang. Menahan rasa pedih tertampar dengan kata-kata sinis Amirul.
“Dua tahun, Del… you didn’t even give me a chance. You know I can do better than him.”
“Cukup, Mirul!”
“Cukup?! Sampai bila, Del? Sampai bila kau nak kekal macam ni? Kau langsung tak bagi peluang kepada saya, Del! Kerana kau masih mengharapkan lelaki itu kan?!”
Deila merenung Amirul, kemudian mata berkalih ke wajah si kecil Andeqa yang sedang sibuk menikmati biskut jejari tanpa mempedulikan mereka berdua.
“I tried, Mirul… kau lupa? Atau buat-buat tak ingat? Selepas isteri kau pergi, saya cuba demi Deqa. Kau tahu apa yang kita lalui. I can’t even kiss you, Mirul! Why? It’s like I kiss my own brother!”
“Deila!”
“I can’t love you more than a family, Mirul. I’m sorry….”
Share this novel