Naurah mengeringkan rambutnya terlebih dahulu sambil membelek jadual harini tiba-tiba telefonnya berdering tertera nama Zukie.
Dia menekan dan menjawab panggilan dari pembantu peribadi Tuan Althaf tu.
"Asalamualaikum good morning Mr Zukie...ada apa-apa boleh saya bantu?"soal Naurah dengan ceria.
"Walaikumusalam... Naurah I need your help now...ambil Tuan Althaf dekat lapangan terbang sekarang..lagi setengah jam dia landing"ucap Zukie.
Berus mekap Naurah terjatuh ke lantai.Dia melihat jam sudah mahu subuh.
" Tapi kenapa Encik Zukie tak ambil?"soal Naurah.
"Tuan Althaf minta saya buat persediaan untuk mesyuarat pagi ni..jadi awak pergi dia...okay...bye..."ucap Zukie terus mematikan panggilan.
Naurah tercengang.
Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah dia memeluk tubuh sambil menanti gadis genit itu.Menurut Zukie Naurah akan mengambilnya pagi ini.Masalah sekarang ni, gadis itu pun belum dia nampak lagi.
Naurah memegang kemas stereng Perodua Kenari miliknya memasuki ruang mengambil penumpang.Dari jauh dia nampak lelaki itu dengan seluar jeans biru beserta t shirt berkolar beserta jaket kulit dan kasut Timberland berwarna coklat itu.
Naurah menekan memberhentikan keretanya dihadapan lelaki itu.
Pandangan Tuan Althaf teralih sebaik sahaja sebuah Perodua Kenari berwarna merah jambu berhenti betul-betul depannya.
Dalam hatinya berkata, "siapalah yang malang naik kereta kenari berwarna merah jambu ni" desus hatinya.
Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Naurah mendengus.Dia membuka pintu keretanya dan berdiri memandang majikannya.
"Tuan!!!" panggil Naurah.Althaf memandang ke arah suara itu.Dia terkejut rupanya Naurah pemilik Kenari berwarna merah jambu depannya.
Dia memicit kepalanya.Naurah bergegas ke arah Tuan Althaf.
"Asalamualaikum Tuan...maaf lambat... Encik Zukie baru je bagitahu suruh ambil Tuan dekat sini..."jelas Naurah.
Althaf memandang serius perkara ini.Dia menghentikan bicara Naurah.
"Kenapa?"soal Naurah.
"Zukie tak bagitahu awak yang awak kena ambil kereta dekat rumah saya?"soal Althaf.
"Kereta? Ohh...tak sempat Tuan...jadi saya bawa kereta sendiri...je...jom..kita ada lagi 45 minit sebelum pertemuan tu"ucap Naurah.
"Naik kereta ni?"soal Althaf sambil menunjukkan arah belakang Naurah.
Naurah mengangguk perlahan.
"Yalah Tuan saya bawa ni..je....jangan risau Tuan kereta saya ni nampak je old school tapi yang bawa ni muda lagi"soal Naurah Naurah dengan yakin.
Naurah berjalan kembali pada keretanya.Althaf masih tercegat.
"Tuan... hurry up...we already late"ucap Naurah dengan semangat.
Althaf berjalan dengan langkah berat ke arah pintu kereta itu.Dia masuk ke dalam kereta itu tapi ruang tempat duduk sangat sempit.
Naurah membetulkan tempat duduk bagi memudahkan kaki panjang Tuan Althaf duduk dengan selesa.
Althaf menundukkan wajah sedikit sebaik sahaja Naurah memandu keluar dari lapangan.
Dalam perjalanan Althaf hanya diam pada mulanya tapi dia perhatikan tangan Naurah yang mengikut rentak lagu di radio.
"Kau memang suka benda-benda lama ke?"soal Althaf memecah kesunyian.
Naurah memandang wajah itu.
"Ini kereta lama abah saya..saya pakai sebab abah dah tak pakai kereta ni..daripada tersadai baik saya guna..bawa pergi kerja"ucap Naurah.
Althaf hanya mendengar.Dia memandang patung Pink panther atas dashboard itu.
"Kau dah patut tukar kereta ni...aku risau tiba-tiba kereta ni breakdown nanti..."kata-kata Tuan Althaf belum habis tiba-tiba kereta Naurah semput-semput.
Dia memandang wajah lelaki itu dengan serius.
"Tengok apa Tuan dah buat...kereta ni tak pernah rosak sepanjang saya bawa tau...harini..saya bawa Tuan terus rosak lagi-lagi Tuan cakap macam tu...kereta ni dah merajuk..."ucap Naurah memberhentikan keretanya ditepi jalan.
Althaf tak sangka pulak mulutnya masin.Naurah keluar dari keretanya melihat enjin berasap.
"Ishh...tolonglah aku...ni...duduk dalam tu buat apa?"soal Naurah mendengus bengang.
Tuan Althaf keluar dari kereta dan bercekak pinggang memandang kereta gadis itu.
"Sekarang macaman Tuan? Ni semua Tuan punya pasallah"ucap Naurah membebel.
"Shut up!!" ucap Tuan Althaf dengan sekali sahaja membuatkan Naurah berhenti membebel.
Dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan menelefon seseorang.Dia menjauhi Naurah sedikit.
Naurah menggaru kepalanya yang tak gatal.Althaf kembali pada Naurah setelah menamatkan panggilan.
"Lima minit..ada orang ambil kita...kereta ni tinggal sini..nanti ada pomen ambil..selesaikan...pasal bayaran aku akan settlekan.."ucap Tuan Althaf dengan sekali nafas.
Naurah mengambil begnya dan berdiri tercegat depan keretanya.Althaf memandang wajah gadis itu yang begitu risau.
"Risau-risau juga... jangan berdiri tepi tu bahaya ..."ucap Althaf menarik lengan Naurah untuk berdiri jauh sedikit.
Naurah memeluk tubuhnya menunggu bersama Tuan Althaf.Dia memandang Naurah yang memandang ke arah kakinya.
"Aku minta maaf..."
Naurah memandang lelaki itu.Kenapa minta maaf? Bukan hari raya?.
"Aku minta maaf sebab cakap buruk pasal kereta kau...Aku tak tahu pulak kereta kau sensitif...lepas ni..kalau nak ambil aku guna kereta dekat rumah aku..."ucap Tuan Althaf memandang gadis itu.
Naurah masih memandang.
"Kau faham tak apa aku cakap ni?"soal Althaf.
Naurah mengangguk perlahan.
**************
Althaf menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerana lelah baru sahaja selesai mesyuarat dengan klien luar.
Dia menghela nafas sebentar.Penghawa dingin dalam pejabatnya membuatkan dia terbuai.
Jarinya mengetuk cermin meja dengan perlahan.Dia membuka matanya dan tersenyum meleret.
Naurah menyusun semua fail dalam bilik fail rekod tiba-tiba dia rasakan angin panas dibelakang tengkuknya.
"Aik...selalu kalau seram-seram sejuk ada benda tu tapi ni kenapa panas tiba-tiba"ucap Naurah dalam hati.
"Hai Naurah...."suara garau dibelakangnya.Dia berpaling dan figura itu begitu rapat dibelakangnya.
"Tuan....?"soal Naurah kerana dia konfius dengan siapa sebenarnya dia bercakap.Tuan Althaf atau Isaac?.
Lelaki itu hanya diam memerhati Naurah tanpa berkata apa-apa.Rambutnya sedikit jatuh.
"Isaac?"
"Good little bunny..." ucap Isaac dengan sengihan dibibirnya.
Naurah baru tersedar keadaan mereka yang boleh menimbulkan fitnah.Dia terus menolak tubuh itu dan keluar.Berubah air muka Isaac cepat-cepat dia mengikut langkah Naurah dan mengenggam lengan gadis itu.
"Kenapa?"soal Isaac.
"Saya lebih selesa berbual dekat tempat terbuka... sebenarnya awak datang sini ada apa? Nak jumpa Tuan Althaf ke?"soal Naurah.
"Tak....kan awak ada hutang dengan saya"ucap Isaac.
"Hutang? Aik...setahu saya...saya hanya hutang Ptptn je..."ucap Naurah.
Isaac mendekatkan wajahnya.
"Lunch dengan saya jom..."ucap Isaac mahu memegang tangan Naurah.Cepat-cepat Naurah menyorokkan tangannya.Dia baru teringat tentang itu.
"Boleh...tapi tangan jangan merayap..."ucap Naurah terus berjalan.Isaac dah tersenyum dengan gelagat Naurah.
*********
Naurah menyedut minuman didepannya sambil dia melihat jam dipergelangan tangannya.Sekejap lagi masuk waktu zohor.
"Awak... dengan Tuan Althaf memang kembar ke?"soal Naurah yang ingin tahu.
"Kenapa tiba-tiba berminat nak tahu pasal saya?"soal Isaac.Mata Naurah terpandang pada rantai di leher Isaac.Matanya tidak silap rasanya.Dia yakin itu rantai...
"Tahulah saya ni kacak...tak perlu rasanya pada sampai macam tu sekali..."ucap Isaac.
Azan Zohor berkumandang membuatkan perbualan mereka terhenti seketika.
"Jom waktu zohor dah masuk.kejap lagi saya nak masuk kerja balik.."ucap Naurah mahu mengajak lelaki itu untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.Dia bangkit terlebih dahulu dari kerusi.
Wajah Isaac sedikit kaku.Dia memandang Naurah.
"I'm Kristian..."ucap Isaac.Naurah terdiam dan tercengang.Apa? Mustahil...apa yang sebenarnya berlaku?.
Mana ada orang yang ada dua agama.Tuan Althaf seorang yang beragama Islam takkan kembarnya beragama Kristian?.
Mana ada orang yang ada dua agama.Tuan Althaf seorang yang beragama Islam takkan kembarnya beragama Kristian?.
Share this novel