PERNAH BERCINTA?

Romance Series 11578

Baihaqi terus memandang telefonnya dan melepaskan aku, baihaqi terus bangun dan meninggalkan aku untuk menjawab panggilan itu. Aku hairan kenapa dia tinggal aku macam tu je? OMG!!

Aku keluar untuk mendengar perbualan baihaqi yang berada di pondok halaman rumah. Aku mencuri-curi dengar melalui sliding door yang terbuka sedikit

"Alya abang minta maaf"

"Bukan niat abang nak menipu alya, tapi abang terpaksa"

Terpaksa? apa maksud dia terpaksa tu, dia terpaksa kahwin dengan aku ke?

"Tak alya, alya dengar dulu apa yang abang nak cakap ni"

Aku terdengar alya seperti menangis sambil memarahi baihaqi, apa yang aku tak tahu pasal hubungan dorang ni?

"Alya okay-okay, abang faham salah abang sebab tak berterus-terang, tapi alya kena faham. Kenapa abang buat macam tu"

"Tak kan la alya nak datang rumah abang?"

"Berbincang dengan kak fatin? tapi untuk apa alya?"

What?? dia panggil aku kak fatin? how dare you! you ingat i ni tua sangat ke hahh?

"Alya jangan buat gila, benda ni tak kan terjadi lah" tegas baihaqi

"Alya, alya, alya" aku mendengar baihaqi memanggil perempuan tu, seperti perempuan itu sudah pun menamatkan panggilan

"Ishhhh" marah baihaqi, mahu saja dia menghempas telefon itu. Tetapi ditahan

Aku kelang-kabut melarikan diri menuju ke bilik semula, cepat-cepat aku menaiki katil dan menutupi separuh badanku dengan kain selimut sehingga ke paras dada. Aku berpura-pura tidur semasa baihaqi memasuki bilik dan menutup pintu. Aku terdengar bunyi paip air dibuka di dalam bilik air. Mungkin baihaqi inginkan ketenangan terlebih dahulu. Seketika aku terdengar pintu bilik air tertutup dan suis lampu tidur dibuka. Aku mengeraskan badanku apabila baihaqi sudah menaiki katil dan berbaring di belakangku. Ada keluhan dalam yang dilepaskan dengan kuat, agaknya ada masalah. Tapi perlu ke aku bertanya? atau akan lagi menambahkan tekanan kepada dirinya? Aku biarkan sahaja. Baihaqi terus menarik aku supaya rapat kepadanya dirinya, lalu dia terus memelukku erat sekali dan mencium leher dan pipiku sambil berkata "Sayang, saya minta maaf"

Kenapa dia minta maaf? untuk apa?

Keesokan harinya, semasa kami bersarapan. Aku terdengar ada bunyi ketukan pintu diruang tamu. Aku baru sahaja ingin bangun membuka pintu, aku ditahan oleh baihaqi

"Takpelah, sayang duduk. Biar saya yang pergi buka pintu tu" baihaqi meninggalkan aku yang masih lagi blur di meja makan

Seketika kemudian, hadirlah seorang perempuan bersama baihaqi menuju ke arah aku dimeja dapur. Dia ialah alya, perempuan yang aku jumpa dekat mall kelmarin

"Akak" panggilnya kepada aku, sambil menghulurkan tangan untuk bersalam

Aku tersenyum dan menyambut salam itu. Aku melihat dia duduk berdepan dengan aku, dia hanya menunduk tanpa berpandangan dengan aku

Lama kami berdiam, alya membuka bicara

"Akak sihat?"

"Sihat, alhamdulillah" jawab aku sambil makan

"Awak pulak sihat ke?" tanya aku kepadanya semula

"Sihat alhamdulillah kak"

"Awak dah breakfast ke? kalau belum, boleh lah sarapan sekali dengan kami" ajak aku

"Eh tak apa ke kak?"

"Takpe, dah alang-alang akak termasak lebih ni" aku menghulurkan pinggan kepadanya. Cehhhh masak lebih konon, macam la aku tak dengar kau dengan laki aku cakap semalam yang kau nak datang sini. Itu yang sengaja aku memasak lebih

"Terima kasih kak"

"Sama-sama"

Semasa makan, kami hanya diam sahaja tidak tahu berkata apa. Ataupun disebabkan ada dibudak ni, yang menjadi punca kami diam? hmmm mungkin

Selesai itu, aku membasuh pinggan makan lalu terus ke ruang tamu apabila telah diarah oleh baihaqi tadi. Aku duduk disebelah baihaqi

Aku mengangkat kening kepada baihaqi sebagai tanya "apa?". Barulah baihaqi memganggukkan kepala kepada alya. Cehhh gaya jpj la pulak, nasib baik dia bawak balik rumah buku saman tu

"Akak" panggil alya kepada aku

"Ye?"

"Saya nak bagitahu dekat akak satu perkara boleh?"

"Boleh apa?" aku mengembuskan nafas perlahan-lahan sambil cuba untuk mengawal riak wajahnya supaya tidak gementar

"Kami sebenarnya pernah bercinta"

Aku yang terdengar terus terdiam, jadi betullah andaian aku sebelum ni

"Kami bercinta daripada sekolah menengah lagi, memang lama. Lebih daripada 10 tahun kak, tapi pada hari pertunangan kami. Ada sekeluarga yang hadir di rumah saya, dorang cakap saya terlanjur dengan anak lelaki dorang nama Amzar. Kami sekeluarga terkejut dengan berita tu, sedangkan saya langsung tak kenal dengan dia. Keluarga saya tanggung malu dan marah pada saya disebabkan kejadian itu. Disebabkan untuk tutup malu itu, kami berkahwin pada hari yang sepatutnya saya berkahwin dengan baihaqi. Saya ikut sahaja kemahuan keluarga, supaya tidak malu. Selepas hampir 6 bulan kami berkahwin, akhirnya pecah cerita yang sebenar. Cerita saya yang sudah terlanjur dengan suami saya sekarang tu hanyalah rekaan semata-mata. Dia tak nak saya berkahwin dengan baihaqi sebab dia cemburu. Dia suka kan saya, tapi saya tak suka kan dia. Dia buruk-burukkan baihaqi yang menunjukkan bahawanya baihaqi tu rela nak jadi pak sanggup untuk kandungan saya lah, sanggup jadi kambing hitam saya lah" kata alya sambil tertunduk, air matanya sudah menitis

"Saya menyesal kak sebab kenal dengan dia, saya berkawan dengan dia atas dasar kerja sahaja kak. Saya berkahwin dengan dia pun sebab nak tutup malu keluarga, saudara-mara sepupu sepapat je kak" luah alya lagi

"Maksudnya awak kena perangkap?"

"Iye kak, saya diperangkap oleh suami saya sendiri kak"

"Okay, tu akak faham. Jadi korang dah berapa lama kahwin?"

"Dekat 3 tahun kak" sayu suaranya

"Anak tak ada, kami tak bahagia pun kak"

"Awak tak cuba untuk mencintai dia ke?"

"Saya bukan tak cuba kak, tapi hati saya memang tak boleh nak terima dia. Saya pujuk hati saya untuk sayang dia, untuk cintakan dia sebagai suami saya. Saya still tak boleh kak. Saya tak boleh nak tipu perasaan saya lagi kak"

Aku mengerutkan dahi, dia seperti memberiku seribu satu pertanyaan

"Kenapa?" tanya aku padanya

"Saya masih sayangkan dan cintakan abang baihaqi kak" luahnya pada aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience