Entah kenapa la aku rasa letih sangat badan ni.padahal tak ramai pun pelanggan hari ni.
Aku mengeluh kecil sambil melabuhkan punggung atas sofa ruang tamu.bola mata aku kekiri kekanan atas bawah.Sunyi sepi ja rumah aku tanpa penghuni.Biasa lah waktu waktu macam ni walid,Ummi,Yusof dan Idris mesti ada dekat surau kampung aku.
Aku bangun dengan rasa malas melangkah kaki aku masuk kebilik.Aku tengok katil aku macam melambai lambai ja panggil aku.Ringan ringan ja aku nak rebahkan tubuh aku atas tilam tu.
"Tak boleh tak boleh,kalau walid nampak aku tidur waktu magrib mau tiga hari tiga malam dia membebel.Tapi Walid tak ada lepas isyak baru balik.Eh tak boleh tak boleh Walid tak nampak tapi Allah nampak."
Aku pujuk hati aku untuk melawan syaiton nirojim yang tengah berbisik di telinga aku.Aku capai tuala yang tersidai cepat cepat aku berjalan menuju kebilik air.
Rumah aku ni tak la besar sangat,ada empat bilik.satu bilik air.Bilik air tu kena lah kongsi.Walid aku ni bukannya tak berduit tapi dia lebih suka hidup bersederhana tak nak berhutang katanya takut riba.Al maklumlah ustaz.Tapi bukan semua ustaz macam walid aku.walid aku ni ja kadang kadang over sikit.
Tapi bagus juga hidup kami ni aman ja bebas hutang.semua benda walid aku beli tunai termasuklah rumah dan kereta.Tapi tu la sebab tak nak berhutang terpaksalah walid aku guna kereta yang sama umur dengan aku.
Sesudah mandi siap pakai pakaian aku solat magrib.lepas solat magrib aku baca lah satu muka ayat suci Al quran.Walid aku selalu pesan bacalah Al quran setiap hari walaupun satu ayat.
Sementara tunggu masuk waktu isyak aku duduk melepak kat ruang tamu sambil menonton tv.Macam macam chanel aku tekan tapi semua siaran aku tak minat nak tengok.Tapi las chanel ni berjaya menarik perhatian aku.Walaupun bahasanya aku tak faham tetapi aku tertarik dengan pelakonnya.
"Wah segak segak betul ya pelakon india sekarang! kulit putih dah macam mat salleh."
Teruja aku tengok pelakon wanita india dalam filem tamil ni.Kulit diaorang punya la putih kalah kulit aku orang melayu ni.Tajuknya entah apa aku pun tak tahu.Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan heronya.
"Macam Bob lah."
Kata hati aku.Bob lagi.aku malas nak ingat tapi teringat ingat la pula.
Masa ni aku dalam kelas sorang sorang.oleh kerana aku puasa sunat aku tak pergi lah kantin.Aku kan budak nerd masa yang ada aku gunakan untuk ulangkaji pelajaran.
"Hoi."
Aku dengar suara orang.Tapi aku buat tak peduli ja.
"Hoiii."
Makin kuat pula suara tu.apa lagi aku angkat la kepala aku.
"Hah korang! korang buat apa dalam kelas ni?"
Soal aku kepada dua orang budak lelaki yang berdiri didepan meja kelas aku.Tajam sungguh pandangan mereka melihat wajah aku.
"Aku nak duit!"
Selamba ja diaorang minta duit dekat aku.Ingat aku ni apa jabatan kebajikan masyarakat.
"Aku tak ada duit."
Aku terus menjawab dengan jujur.suara aku agak bergetar.
"Cepat bagi aku duit kalau tak aku koyak buku kau!"
Kata salah seorang budak lelaki ni.Entah bila masa dia ambil buku nota sains aku.Aku pun tak sedar.
"Sumpah! aku tak ada duit."
Aku terus menjawab.Sebelah tangan aku angkat.Bersungguhnya aku jujur siap sumpah sumpah lagi.
"Berani pula kau main sumpah sumpah.Berdosa tau kalau kau tipu."
Aku tenung muka budak laki tu kecik ja aku tengok dia rasa nak pijak pijak.Tahu pula dia dosa pahala habis yang kau nak pau aku ni tak berdosa kah.Aku bisik dalam hati ja.
"Izham bagi la buku aku.Betul aku tak ada duit.kalau kau tak percaya nah ambil dompet aku tengok lah sendiri."
Terpaksalah aku merayu bila tengok Izham dah nak koyak buku nota sains aku.Aku keluarkan dompet dari beg sekolah lalu aku letakkan atas meja.
"Kau tipu"
Izham masih tak percaya.dalam dompet aku pun dia tak tengok suka hati cakap aku tipu.
"Betul lah! kalau tak percaya kau bukalah dompet aku tu."
Masa ni suara aku dah terkuat sikit.
"Kau tipu.kau mesti dah sorokan duit tu!"
"Nilah yang susah bila cakap dengan manusia jenis tak faham bahasa.Aku cakap arab nanti dah kau tak faham.Masalah betul la budak budak kelas belakang ni.Belajar malas yang diaorang tahu pau duit orang."
Aku membebel dalam hati ja.Nak cakap depan depan memang tak la.
"Betul la!"
"Tipu!"
"Betul"
"Tipu."
"Hoi."
Tengah aku berbalas cakap dengan Izham tiba tiba ada suara garau yang mencelah.Pantas mata aku memandang siapakah pemilik suara itu.
"Bob!"
Aku sebut nama Bob dengan nada yang sangat perlahan.
"Korang buat apa dalam kelas ni."
Tegas suara Bob menyoal Izham.Kedua belah tangannya disilang ke belakang.dah macam gaya guru besar pula aku tengok.Dengan seluar besarnya,kemeja pengawas dibutangkan sampai terjerot lehernya.tali leher tergantung kemas ja.Siap bersongkok lagi.Pergghh ni lah hero yang aku idamkan.
Aku tengok Izham dengan kawan dia tu dah macam cacing kepanasan.Buku nota sains aku cepat cepat diaorang pulangkan.
"Korang berdua bukan budak kelas ni kan?"
Soal Bob lagi sambil berjalan kehulu kehilir.Matanya tepat memandang Izham dan sahabatnya.Suaranya memang garang lah.
Masa ni tiba tiba ja jantung aku berdegup kencang.Mata aku bersinar ja tengok wajah Bob.
Bob macam perasan ja aku dok ushar dia,sekali dia pun menoleh kearah aku sambil mengukir senyuman.
"Ya Allah hensemnyaa.."
Aku puji ketampanan Bob dalam hati.Jantung aku bagaikan terhenti melihat senyuman menawan yang Bob hadiahkan untuk aku.Aku dah tak tentu arah dah.aku balas senyuman Bob.Lama mata kami bertaut.
"Kringggg.."
Tiba tiba loceng kelas berbunyi.Bob pun beredar keluar dari kelas sambil berjalan sempat lagi dia menoleh sambil menghadiahkan senyuman untuk aku.
Aku apa lagi terkulat kulat membalas senyuman Bob.
Izham? awal awal lagi dah cabut lari dengan sahabatnya.
Sepanjang hari tu aku rasa bahagia sangat.kerana terlalu bahagia aku tak sedar yang aku tesenyum sorang sorang.
"Oi Mina! kau apahal dari tadi tersengeh sengeh."
Tesentak bahu aku bila Dewie menyapa aku.bahu aku Dewie tepuk perlahan.Dewie ni satu bilik asrama dengan aku.Kami tidur satu katil.Dewie katil atas aku katil bawah.boleh dikatakan kita orang ni kawan juga lah tapi tak rapat sangat.Bila nak pergi solat dia mesti ajak aku.
"Jom pergi solat dah masuk magrib ni."
Kata Dewie.punya lah seronok aku mengelamun tadi sampai tak sedar suara azan berkumandang.
"Ha ah..kau pergi la dulu.aku nak pergi tandas jap."
Kelam kabut aku melangkah turun dari katil.Telekong yang sudah tersangkut tu aku capai dan sarungkan.kainnya aku gantung di lengan.
Sayu sayu aku terdengar suara azan.Berat pula kelopak mata aku ni nak terbuka.Entah berapa ekor la syaitan nirojim ni bergayut kat bulu mata aku.Jenuh aku beperang dan akhirnya berjaya juga mata aku terbuka.
Aku menolak tubuh aku bangun dari sofa.Aku tengok jam didinding dah pukul 8.25 malam.Dah masuk isyak.aku tertidur tadi.
Remote tv aku ambil lalu punat merah aku tekan.Mata aku ni masih tak mampu nak terbuka luas.Mulut aku yang terbuka cepat cepat aku tekup rasanya tak sempat kot setan setan tu melompat masuk.Aku melangkah malas turun dari sofa sambil jari jemari aku ni tergaru garu dimuka tergaru garu disiku merata tempat la dia garu malu pula aku nak cakap.
Terpaksalah aku berwuduk sekali lagi.
Selesai solat isyak aku sambung menonton tv.Aku tau walid aku dah nak balik aku buka chanel Al hijrah biar sejuk mata walid memandang anak solehah dia yang tengah dengar ceramah.
Tak lama lepas tu aku dengar bunyi enjin kereta walid.laju ja aku bangun tolong buka pintu.
"Hah Aminah dah solat isyak."
Nampak ja muka aku itulah soalan pertama yang walid akan tanya.
"Aaa dah solat dah.awal walid balik hari ni. tak ada ceramah ka?"
"Tak ada.last minit ustaz Sobri batal."
Kata walid sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Aminah tolong panaskan lauk,Ummi nak pergi tandas sekejap sakit perut."
"Ha baik ummi."
Laju ummi melangkah kaki berjalan ke bilik air.Aku tengok ummi sambil tertawa kecil.Jalannya terkepit kepit dah nak terkeluar la tu.
Aku masih berdiri di muka pintu.Kedua tangan aku silangkan bola mata aku ni tajam ja tengok Idris dan Yusof masih lagi bergurau senda di luar rumah.
"Hoi masuk cepat! korang ingat aku ni mak guard nak tunggu korang kat depan pintu ni."
Garang betul suara aku masa ni.
"Aminah! apa ni.jaga suara kamu tu.kamu tu perempuan.Suara kamu tu aurat."
Setepek walid bagi kat aku.tu belum walid buka hadis lagi.Walid pandang aku sambil menggelengkan kepalanya.
Tersengeh sengeh aku tengok muka walid sambil kepala yang tak gatal tu aku garu.
Yusof dan Idris apa lagi suka la diaorang bila aku kena sound.sambil tersenyum sinis Yusof dan Idris berjalan masuk ke dalam rumah.
Laju aku melangkah kaki masuk kedapur.hampir terlupa aku ummi minta tolong aku panaskan lauk untuk makan malam.Aku ambil masak merah ayam dan masukkan kedalam mikrowave.tak sampai beberapa minit dah panas.aku masukkan pula sup sayur.lepas tu tak ada apa dah itu ja lauk yang ummi masak.ummi tak masak macam macam menu bukan sebab malas tapi tak nak membazir.Ya lah membazirkan amalan syaiton.
Siap semuanya dah terhidang atas meja.tinggal nak makan ja.
"Idris... Yusof... jemput makan sayang intan payung berlian."
Dengan penuh kelembutan aku panggil diaorang makan.
"Walid.. jom makan Mina dah siap hidang."
Semua orang dah duduk kat kerusi masing masing hanya tinggal ummi ja yang masih sibuk bergayut dengan telefon bimbit nokia 3310 dia tu.Entah dengan siapa la ummi bercakap terangguk angguk aku tengok.
"Eh kenapa tak makan dulu."
Kata Ummi sambil melabuhkan punggungnya.
"Tak pa kita makan sekali.Hah Idris baca doa."
Walid aku ni kalau ummi tak duduk depan mata tak akan ditelannya nasi tu.betul betul cinta sejati ni.padahal diaorang kawin atas pilihan keluarga.Tapi kat rumah ja.kalau kat luar walid bedal makan macam biasa ja.
Lepas habis ja Idris baca doa semua mula menjamah makanan tanpa bersuara.
Dah habis makan malam seperti biasalah aku lah bibik yang kena kemas semuanya.Kadang kadang geram juga aku dengan walid ni.kenapa la walid biarkan sahaja Idris dengan Yusof tu langsung tak reti nak tolong aku.Sedangkan ni semua kerja lelaki.Orang perempuan ni kerjanya layan suami dan melahirkan anak ja.Aku tahu hal ni pun sebab dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat.Tapi malas lah aku nak berdebat dengan walid.
"Aminah sini jap."
Walid panggil aku.tak sempat aku nak membawa diri masuk dalam bilik.
"Idris,Yusof pergi masuk bilik."
Dua orang anak jantan tu pula Walid suruh masuk bilik.Aku dah rasa pelik ni.selalunya kalau diaorang tu kena halau mesti ada hal penting yang walid nak cakap dengan aku.
Aku berjalan sambil melemparkan jelingan paling tajam kat dua orang adik aku tu.Aku duduk atas sofa sebelah ummi.
Aku pandang wajah manis ummi.tapi ummi pandang wajah kacak walid.aku tengok ummi dengan walid sibuk pula bermain mata sampai terangkat angkat kening walid.
"Walid dengan ummi ni kalau ya pun nak bermanja manja masuk lah bilik,segan pula aku tengok."
Bisik hati aku.termenung sekejap aku kat situ.aku toleh tengok walid.
"La tak habis lagi walid dengan ummi ni main mata."
Kali ni aku tak bisik bisik dah aku cakap ja terus.
"Walid,ummi cakap ja lah.tak payah main main mata."
Aku tengok riak muka ummi macam serba salah ja nak buka mulut.
"Macam ni Aminah. Ada orang nak datang merisik kamu."
"Hah merisik??"
Aku buat muka terkejut.tapi aku tak terkejut sangat pun sebab ni bukan kali pertama aku dirisik.
"Sapa pula kali ni ummi"
Lemah betul la aku bila dengar bab kawin ni.
"Mak long."
"Hah Mak Long???"
Kali ni aku betul betul terkejut.aku punya terkejut tu sampai walid sekali terkejut.aku perasan bahu walid terangkat.
"Kamu ni Aminah.terkejut walid."
Kata walid sambil mengurut dada.bola mata walid tepat menatap wajah aku.aku balas renungan walid dengan riak wajah bersahaja.
"Kali ni walid nak kamu terima lamaran ni.kamu tu bukan muda lagi.dah tiba masa kamu kawin lain.ada keluarga ada anak."
Aku tengok walid ni macam nak memaksa aku ja.suara walid pun tegas.Nak aku kawin boleh tapi kenapa dengan anak mak long.
Share this novel