BAB 46: Perjanjian Rahsia.
HARUN baru terjaga dan mendapati dirinya sedang terbaring di atas halaman berumput dan di bawah sebatang pokok redup. Suasana agak sejuk,berangin dan sedikit berkabus. Terdengar akan telinganya bunyi kicauan burung dan bunyi air.
"Aku kat mana pulak ni?"
Bingkas Harun pun bangun dan berjalan ke sana ke mari memerhatkan di sekelilingnya. Sukar di percayainya bila menyedari hamparan rumput itu berada di atas tanah tinggi seperti di lembah dan terdapat gaung air terjun seperti di Niagara Falls.
Harun cuba mencari jalan keluar namun seakannya dia terperangkap di daratan tinggi berumput di tengah gaung air terjun itu. Buntu fikirannya.
"Kalau macam ni aku akan terkandas kat tempat ni sampai bila-bila!"getus hati Harun.
Tiba-tiba suasana itu mulai berubah. Seolah-olah pemandangan daratan rumput lembah air terjun itu cuma ilusi yang bukan nyata.
Semua itu hilang sebelum suasana kembali berganti menjadi ruang serba putih itu kembali.
Tiba-tiba di lantai muncul bulatan bercahaya. Harun pun mengundur ke belakang. Kemudian dari lubang itu muncul lah sebuah lif kaca berbentuk silinder dan ada seseorang berdiri di dalamnya.
Pintu lif kaca pun terbuka. Sosok itu pun melangkah keluar.
"Eloklah kau dah terjaga"katanya.
"Orang misteri! kau rupanya"
"Aku fikir mungkin kita patut duduk dan berbual pelbagai perkara. Aku pasti kau juga ada banyak pertanyaan untuk di tanyakan pada aku"balas sosok penuh misteri berjubah jaket kulit hitam metalik paras lutut itu lalu menekan suatu butang pada dinding ruang bilik putih sebelum sebuah meja bulat dan dua buah kerusi berbentuk kapsul di munculkan.
Harun dan orang misteri pun melabuhkan punggung ke bangku yang saling hadap-menghadap antara satu sama lain.
"Baiklah..engkau ni siapa sebenarnya?"itu soalan pertama yang di lemparkan oleh Harun.
"Agak sukar kalau kau ingin menyebut nama panjang aku"
"Cuba engkau sebutkan"
Orang misteri merenung dalam ke anak mata Harun sebelum menulisnya di atas kertas lalu di beri kepada Harun.
"Zenxxnhgneuszt?"terbelit-belit lidah Harun ingin menyebutnya. Ia bukanlah nama yang mudah untuk di sebut.
"Kau boleh panggil aku sebagai Zenus je"
"Itu lebih mudah"
Zenus pun mulai bercerita tentang asal usulnya.
"Planet Leximus? Bunyi macam tak masuk dek akal"kata Harun.
"Leximus berada pada suatu gugusan yang jauh di bimaksakti. Aku menjadi wakil kerajaan Leximus dalam menjelajah ke bumi dan membuat pelbagai kajian dan eksperimen"
"Baiklah..ada apa hal nya dengan apartmen Haunted Hills?"soal Harun.
"Dekat bawah tanah blok D ada sebuah makmal yang kami bina untuk kegunaan kami. Itu cerita lama sebelum pihak pemaju mendirikan blok-blok apartmen. Tapi elok jugak keadaan jadi seperti itu. Ini menyebabkan rahsia makmal penjelajah Leximus selamat terpendam jauh dari pengetahuan manusia"
Harun menganggguk.
"Jadi itulah sebabnya kalian membina lif kaca silinder tu kan? Agar dapat akses masuk ke ruang makmal bawah tanah?'
'Benar. Hm semenjak kalian sibuk membongkar rahsia tentang Haunted Hills,aku fikir tapak itu sudah tidak lagi selamat. Sesuatu harus di lakukan agar rahsia kewujudan makmal bawah tanah tidak terbongkar ke pengetahuan ramai. Dan aku terpaksa mengebom blok berkenaan sehingga runtuh"cerita Zenus merujuk kepada kejadian sewaktu beliau di buru pihak polis dahulu.
"Apa hal nya pulak dengan hal-hal aneh yang kami temui sewaktu menjalankan tugas di Haunted Hills? Aku maksudkan tentang ribuan akar-akar menjalar,kolam ais yang tidak wujud secara nyata dan pelbagai hal menyeramkan lainnya?"
Zenus tersenyum.
"Semua itu adalah hasil kecanggihan teknologi kami. Apa yang kau lihat dan alami namun tidak berwujud secara nyata itu terhasil dari peranti penghasilan realiti tambahan yang kami miliki. Semuanya di buat untuk menakut-nakuti orang yang datang ke tapak Haunted Hills agar mereka menyangka bahawa tempat itu keras dan berhantu"ujar Zenus.
"Termasuklah suasana hamparan berumput tanah tinggi lembah dan air terjun tadi?"soal Harun.
"Ya..semuanya kelihatan seperti nyata kerana teknologi kami mencakupi kesan efek dan bunyi yang boleh di rasai. Walhal tadi engkau masih dalam bilik ruang putih ni sahaja'
Harun masih kagum dengan semua itu.
Zenus terus bercerita panjang lebar.
_____________
DEBURAN air laut menghempas di tepian tebing-tebing berbatuan tinggi itu. Camar berterbangan riang di dada langit membiru. Suasana itu sungguh mententeramkan jiwa sehingga wartawan Haziq yang sedang berdiri di atas tebing tinggi itu sambil menghadap ke lautan boleh terkhayal buat seketika.
''Awak cari siapa?"tanya suatu suara dari dalam pagar rumah agam atas tebing tepian laut itu.
"Ah maafkan saya..err..saya Haziq Khairullah,wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri
BONGKAR. Saya datangĀ ke sini kerana sedang menyiasat salah seorang subjek yang di temui oleh wartawan kami dalam keadaan telah di inkubasi sewaktu beliau meninjau ke Zon Projek Highlanders"ujar Haziq sambil menunjukkan foto subjek dari fail yang di bawanya.
Pakcik tua yang sedang berkebun di rumah agam itu merenung ke wajah wartawan muda terbabit.
Pintu pagar pun di buka. Haziq pun di pelawa masuk. Rupanya pakcik tua itu adalah pemilik kediaman rumah agam tepi laut terbabit. Dia juga adalah bapa kepada subjek.
Pak Amit sebak dan terharu melihatkan ke foto anak lelakinya Zamrul yang sudah di inkubasi itu. Dia juga sudah maklum tentang orang misteri dan piring terbang itu sejak dulu lagi sewaktu Zamrul masih ada. Cuma pada waktu itu dia kurang percaya dengan cerita-cerita begini.
"Hal ni sebenarnya agak sulit dan ada pihak yang tidak mahu ia sampai ke pengetahuan ramai"kata Pak Amit.
Berkerut dahi wartawan Haziq.
"Apa maksud Pak Amit?"
"Zamrul adalah salah seorang jurutera di lapangan kem tentera Zon Projek Highlanders. Pihak atasannya ada membuat kontek dengan orang misteri setelah menemui piring terbang itu. Zamrul terkejut besar setelah mendapat tahu pihak atasannya ada membuat perjanjian rahsia"
"Perjanjian rahsia?!"soal Haziq. Hal ini sudah semakin menarik.
"Ya..dalam perjanjian itu orang misteri bersetuju untuk membantu pihak atasan dalam menaiktaraf teknologi pembangunan jet pesawat tentera dengan syarat pihak tentera dapat membantunya dalam suatu rancangan dekat apartmen Haunted Hills..
...Zamrul telah di paksa oleh pegawai tertingginya untuk membantu orang misteri dalam membina sebuah lif silinder dekat salah sebuah blok apartmen Haunted Hills bagi membolehkan orang misteri mengakses ke makmal rahsia mereka yang berada di bawah tanah blok berkenaan.
Untuk tujuan itu,apartmen Haunted Hills harus di 'kosongkan' dari penghuninya terlebih dahulu. Suatu helah harus di cipta agar penghuninya berpindah. Orang misteri telah membebaskan sejenis asap hitam yang mampu membuatkan penghuni di apartmen Haunted Hills pengsan untuk suatu jangkamasa tertentu"
"Fenomena Black Fog?"soal Haziq.
"Ya.Helah itu berjaya menakut-nakuti penghuninya yang mana telah menyebabkan sebahagian besar penghuni akhirnya berpindah dan tapak pangsapuri itu pun terpaksa di tutup.
Zamrul bukan sahaja di bawa ke tapak berkenaan untuk membantu membina lif silinder terbabit,malah membangun sebuah landasan di atas bumbung blok.
Timbul rasa kesal dan bersalah dalam diri Zamrul kerana telah bersekongkol dengan pihak atasan dan orang misteri dalam menganiaya penghuni apartmen Haunted Hills hanya kerana perjanjian rahsia yang telah di capai.
Zamrul lari dari kem tentera. Namun malang nasib Zamrul. Dia telah di jejaki. Pihak atasannya datang menemui pakcik memberitahu kononnya Zamrul telah di hadapkan ke mahkamah dan di penjarakan gara-gara perbuatannya itu. Sejak itu Zamrul tidak lagi pulang buat selamanya"cerita Pak Amit yang agak sedih dengan apa yang telah menimpa anaknya.
_______________
HARUN masih duduk dan tekun mendengar apa yang di sampaikan oleh orang misteri atau nama sebenarnya ialah Zenus.
"Perjanjian rahsia dengan pihak atasan tentera di Zon projek Highlanders telah membuahkan hasil. Helah fenomena kabus hitam telah berjaya membuatkan ramai penduduk berpindah secara besar-besaran agar kami dapat menjalankan projek pembinaan lif silinder. Namun ada sesuatu yang kami hanya sedari setelah berlalu masa beberapa tahun.."
Harun berkerut dahi lalu bertanya.
"Apa hal nya?"
"Berkaitan penulis novel tu.."
"Mariah Hanif?!"
Zenus mengangguk.
"Kenapa dengan dia?"
"Kami hanya menyedari bahawa beliau rupanya salah seorang kanak-kanak yang menghuni di apartmen Haunted Hills sewaktu kami melancarkan kabus hitam tu melalui karya novel terakhirnya.
Beliau bukan sahaja telah menjadi saksi dan cuba mendedahkan perihal keberadaan kami di Haunted Hills malah pendedahan beliau tentang kristal di loteng menara Sri Permata sudah cukup memberitahu kami bahawa pihak atasan tentera rupa-rupanya sedari awal lagi telah mencabuli perjanjian yang di buat. Kami akui terlalu naif dalam mempercayai mereka sehinggakan mereka telah mengetahui rahsia di sebalik kristal terlarang yang kami sembunyikan di makmal bawah tanah blok D Haunted Hills.
Jadi kami terpaksa 'menyahkan' pegawai atasan di kem tentera Zon Projek Highlanders tersebut sehingga tapak landasan jet latihan tentera itu terpaksa di tutup atas alasan kekurangan dana. Walhal pihak mereka terpaksa berbuat demikian demi menutup rahsia tentang apa yang sudah berlaku.
Malangnya kristal itu sudah di curi dan kami gagal menjejaki bertahun lama sehinggalah Mariah Hanif mendedahkan perihal lokasi penyembunyian kristal terlarangĀ melalui karyanya.
Kami percaya Mariah tidak terkesan dek fenomena kabut hitam kerana pernah memanjat ke menara itu dan menyentuh kristal terlarang.
Namun kami fikir ada juga baiknya ia terus tersembunyi di situ. Cuma kami terpaksa menyahkan Mariah sebelum lebih banyak rahsia tentang kami di dedahkan oleh beliau ke khalayak"ujar Zenus.
BAB 46: Perjanjian Rahsia
BERSAMBUNG...
Share this novel